27 December 2015

Kisah Mama : Jamuan Akhir Tahun

Dah lama tak update blog. Sibuk dengan macam-macam hal. Akhir tahun memang time yang paling busy. Nasib cuti Maulidur Rasul dan Krismas bersambungdengan weekend. Dapat jugak jengok blog ni. 

Actually ni entry yang dah jadi perkasam. 17hb 12 yang lepas ofis saya buat jamuan akhir tahun. Jamuan pun secara kecil-kecilan. Masing-masing support satu meal. Walaupun staff dalam ofis ni cuma 9 orang je...tapi penuh meja jugak makanan. Ada yang masak sendiri dan ada jugak yang beli. Bagi saya tak kesah beli or masak sendiri...yang penting..IKHLAS. 

Panjang celoteh saya...lupa nak cerita meal yang saya bawa. Atas permintaan ofismate yang lain saya buat kek coklat. Actually jamuan kali ni nak celebrate sekali birthday staff yang lahir bulan Disember. So...kek coklat tu pun dijadikan kek birthday. Jimat duit ofis. Malam sebelum jamuan saya dah buat kek ni. Sampai ofis...just tuang toping dan hiaskan dengan M&M. Saja buat toping melimpah ruah...baru puas orang makan. Walaupun rupa bentuk kek hodoh sikit...tapi alhamdulillah...rasa tetap mabeles. Satu ofis suka. Habis jamuan...terus licin. Seronok tengok....walaupun time nak buat tu terseksa sikit sebab Adik bergayut kat kaki. Huhuhu...dugaan sungguh nak buat kek dengan anak kecik ni.

So sebagai penutup entry...saya belanja gambar makanan time jamuan. Sorry ggambar orang lain tak ada sebab saya hormat privacy kawan-kawan. Bukan semua orang suka gambar muka kena display dekat blog kan...so saya tempek gambar sendiri saja lah.



07 December 2015

Kisah Mama : Dapat Points Dengan Drypers

Sapa sini guna diapers brand Drypers untuk anak? Kalau anda guna..sila baca entry ini sampai habis. Kalau anda guna diapers brand lain..sila abaikan entry ini.

Actually saya dah guna Drypers sejak Ali lahir lagi. Ada jugak beralih arah ke diapers brand lain...but normally I will always come back to Drypers. Why?!!!! Sebab Drypers paling affordable dan sesuai dengan Ali dan Adik. Everytime beli...selalalu nampak points dekat tepi pek. Tapi tak tahu macam mana nak dapatkan point tu. Until this night, ada seorang kawan share dekat FB cara nak dapatkan points dari pek Drypers. Rupa-rupanya kod untuk dapatkan points tu ada di sebelah dalam pek. Lorrrrr.....lepas 3 tahun pakai baru tau. Kalau tak..dah banyak benda boleh redeem dengan points dari pek Drypers. 

Baru sat tadi saya dah register jadi ahli Drypers Club. So far saya baru register 2 kod so dapatlah kumpul 340 points. Satu kod = 140 points. Banyak jugak pilihan gifts yang Drypers Club offer..but memandangkan Ali dan Adik dah besar..saya ingat nak tebus diapers saja. Boleh jugak jimat RM 30. Tapi ni pun tak lama sebab Ali dah 90% diapers free while Adik dah mula toilet training. So lepas ni memang dah jarang beli diapers untuk anak-anak except....jeng jeng jeng...kalau ada rezeki tambah baby lagi. 

Contoh Kod Dalam Pek Drypers


Antara pilihan gifts yang Drypers Club offer

Ok lah..itu saja nak share. Bagi yang berminat boleh google Drypers Malaysia dan register jadi ahli. Step seterusnya boleh dapatkan dari sana. 

07 November 2015

Kisah Mama : Chip Chocolate Coffee Muffin

Dah lama tercari-cari masa free untuk update blog. Kebetulan petang ni saya kena basuh comforter kat self laundry services. So sambil tunggu mesin mendobi...apa kata kita update sikit blog ni. Sejak ada kedai dobi self services ni memang dah tak pernah pergi kedai dobi lagi. Lagi jimat buat sendiri.. 

Entry kali ni nak cerita pasal muffin yang saya buat untuk Ali dan Adik minggu lepas. Actually ini cubaan ke-2. Cubaan pertama saya follow resipi asal betul-betul kena letak cinnamon powder. Tapi....satu family tak suka muffin tu. Ali dan Adik makan sikit je...kemudian dua-dua pegi main. Saya bawa pergi ofis pun...ofismate cakap rasa cinnamon terlalu kuat sampaikan dah hilang rasa coffee. So untuk cubaan kali ke-2 ni saya tak letak cinnamon powder lagi dan saya guna coffee emulco. Hasilnya....much much better than 1st one. Ali dan Adik pun suka. 

Kalau ikut saya between kek dan muffin, saya lebih suka baking muffin sebab muffin lebih mudah....tak perlu pukul butter, gula dan telur sampai kembang....cukup sekadar bergaul mesra. Masa untuk sediakan muffin pun sekejap. Biasanya saya baking muffin time awal pagi sebelum Ali dan Adik bangun. Pernah saya cuba baking time Ali dan Adik ada. Tapi....memang kecoh jadinya. Ada saja barang yang hilang....budak-budak ni buat mainan. Sabar je la mama dengan kerenah anak-anak.

So..tak mau cerita panjang. Kita tutup entry dengan pic muffin coffee yang sangat cun. Bagi yang terliur tengok, boleh ke rumah@blog saya yang satu lagi.


28 October 2015

Kisah Babah : Happy Belated Birthday Babah


Last weekend saya terbang ke KK untuk celebrate birthday En Amri tersayang. Sepatutnya En Amri balik ke Perak dan kami plan nak celebrate sekali dengan birthday Adik macam tahun lepas..tapi Allah dah ada perancangan lain untuk kami. Its OK..sebab saya percaya perancangan Allah itu lagi sempurna.

Walaupun lambat sambut dan jauh perjalanan yang terpaksa saya tempuh..tapi rasa sungguh berbaloi. It was just a simple celebration. Cuma saya dan En Amri (dah lama tak berdua macam ni). Ali dan Adik saya tak bawa sebab kenkangan modal nak beli tiket flight (dua-dua anak Mama dah lebih 2 tahun...dah tak boleh add-on). Actually ingat nak dining out tapi kan......poket dah bocor...so kita masak kat rumah sajalah. Saya cuma baked vanilla cupcake dan masak meatball spaghetti. Simple saja kan...tapi puas hati sangat sebab semuanya air tangan sendiri. En Amri pun berselera makan.


Semoga untuk tahun-tahun seterusnya kami masih diberi kesempatan untuk sambut hari-hari bermakna macam ni bersama. InsyaAllah...

Untuk En Amri : HAPPY 31TH BIRTHDAY BABAH. Bersabar lah dan terus kuat untuk sedikit masa lagi. After this insyaAllah everything will be OK...dan kita boleh mula hidup baru. Mama, Ali dan Adik sentiasa sayang Babah. 

14 October 2015

Happy Birthday Babah !!!!! Happy Birthday Adik !!!!!

Salam Maal Hijrah
Bulan 7 dan 8 yang lepas kita celebrated Birthday Ali dan Mama..now..turn Adik dan Babah pulak. Bagi yang belum tahu...Adik dan Babah share hari lahir yang sama iaitu 11 Oktober. Agak kelakar jugak bila ingat balik detik kelahiran Adik. Time tu En Amri sangat mengharap Adik lahir pada hari jadi dia walaupun date saya akan di'induce'kan ialah pada 12 Oktober. Akhirnya Adik pilih untuk keluar cara normal pada 11 malam 11 Oktober. Suka sangat Babah time tu..ada kawan untuk celebrate birthday setiap tahun. 


As usual..Babah tak ada dengan kami untuk celebrate birthday. Jadi..kami cuma buat small celebration untuk Adik. Beli sebiji kek saja. Bagi sepotong untuk Adik dan Ali hancurkan (actually Mama bagi suruh makan..tapi budak berdua ni kurang gemar kek). Hadiah birthday pun Mama tak beli. Saja tak nak biasakan dari kecik. Takut anak-anak jadi macam cousin Harry Potter si Dudley Dursley...tiap tahun hadiah birthday mesti lebih dari tahun sebelumnya. So..no hadiah birthday for my children. Saya nak mereka membesar dengan set dalam otak kalau ada hadiah birthday..itu satu bonus. Kalau tak ada pun....tak apa.


Ok..enough membebel (Mama ni kalau tak membebel memang tak sah. Dekat rumah membebel..dalam alam maya pun nak membebel jugak). Kita cerita pasal perkembangan Adik 2 tahun. Well...saya rasa Adik sama macam budak 2 tahun yang lain. Suka main, tengok Upin Ipin, manja...overall Adik normal. Cuma Adik masih belum boleh cakap dengan lancar. Mostly she still using baby language. Saya tak bimbang sangat since Ali dulu pun lambat jugak bercakap. Tapi sekarang...huhuhuhu..menangis Mama nak layan. Adik suka ais krim. Ini kena salahkan Babah sebab Babah yang start ajar Adik makan aiskrim. Setiap hari mesti Adik mintak 1 kon aiskrim mini Cornetto. Nasib 1 box (12 kon) baru RM10. Kalau Adik suka Magnum...pokai Mama. Huhuhu...apa-apa saja untuk anak-anak. Saya kerja keras pun untuk mereka. Bab nakal...yes...she a little bit naughty macam Ali. Apa yang Ali buat, Adik akan ikut. Sometime saya dengar Opah membebel dekat Adik sebab Adik tak macam perempuan. Doll tak nak main..Adik lagi suka Ultraman. Masak-masak pun tak layan...Adik lagi suka memanjat. 1 more thing saya perasan Adik suka kucing. Berbeza sikit dengan Ali (yang suka buli kucing), Adik lebih lemah lembut dengan kucing. Adik suka belai, cium dan tido peluk kucing especially si Mot. And for my surprise...kucing pun suka dekat Adik. Mungkin Adik serasi dengan binatang. Tak apa lah...besar nanti boleh jadi veteriner. Mulia kerja tu..

Itu saja cerita pasal tuan puteri kesayangan Mama ni. Mama doakan Adik membesar jadi muslimah sejati. Semoga Allah sentiasa lindungi dan rahmati anak manja Mama. InsyaAllah Mama akan cuba tunjuk tauladan yang baik untuk Adik ikuti. 

For Babah : Happy 31th Birthday By. Semoga Allah makbulkan doa kita untuk jalani kehidupan macam pasangan suami isteri yang lain. I will always right here waiting for you.

10 October 2015

Kisah Mama : Tips Mencuci Barang Emas

Entry kali ni...tak nak membebel pasal anak-anak tapi saya nak berkongsi pasal barang emas. As a woman...saya memang suka emas. Bagi saya emas ni pelaburan yang berbaloi.  Saya selalu membebel dekat adik-adik ofis yang beli HP beribu-ribu. Alahaiiii.....rasa membazir sangat. HP kalau dah rosak...tolak kedai tak laku. Hangus ribu-ribu duit kerja kau. Tapi biasalah...budak muda bukan nak dengar pun. Tunggu umur dah meningkat sikit macam saya baru tahu value duit yang kita cari. 

Actually barang kemas saya pun tak banyak mana. Ada la...sikit-sikit. Banyaknya parents dan En Amri yang bagi. Bila dah kerja ni...saya menabung sikit-sikit. Hasil berbulan-bulan menabung baru dapat beli seutas. Bila dapat beli barang emas hasil titik peluh sendiri....memang puas hati sangat. Hari-hari dok tenung sambil senyum. Nampak jugak lah...hasil duit gaji. Nak kumpul rumah dan tanah...saya tak mampu....dapat kumpul barang  emas pun jadi lah...asalkan ada nilai.

Bila dah ada barang emas, mesti kena pandai cuci supaya boleh terus shining. Dulu saya suka cuci di kedai emas. Tapi...sekarang ni saya cuci sendiri. Thanks to FB yang banyak bagi ilmu. Actually ada banyak cara nak cuci barang emas...ada yang letak cuka, asam jawa, lemon....tapi kebanyakkan yang saya baca menyarankan agar guna berus gigi untuk memberus barang emas. Saya gunakan berus gigi Adik yang dah tak pakai. Berus gigi Adiklagi kecil dan lembut. Senang nak berus celah-celah lubang dan barang emas pun tak calar. So ini tips yang saya gunakan untuk cuci barang emas.

Bahan-bahan yang diperlukan : sabun cuci pinggan (saya guna Sunlight), berus gigi lembut, ubat gigi dan air panas.
1. Rendam barang emas dalam air panas yang dicampurkan dengan sabun cuci pinggan. Biarkan selama 15 minit.
2. Berus barang emas dengan berus gigi. Gunakan sedikit saja ubat gigi. Jangan guna ubat gigi yang ada butiran-butiran kecil sebab ditakuti akan mencalarkan barang emas especially jika emas 999.
3. Bilas dengan air.
4. Keringkan dengan kain yang lembut. Biarkan diluar sehingga barang emas betul-betul kering baru masuk dalam box.

Ini lah hasil eksperimen saya :


Shining lah jugak....tak bersih macam kat kedai....tapi boleh lah. Kalau kat kedai dia akan bakar sikit barang emas kita untuk hilangkan habuk dicelah-celah yang susah nak capai dengan berus. So memang bersih betul lah... Tapi kalau guna cara ni perlu usaha lebih sikit kalau nak bersih betul-betul. Tunggu dah betul-betul kotor baru hantar kedai. For time being...kita bersih sendiri dulu. Jimat duit.....

25 September 2015

Kisah Mama : Red Valvet Cake Bukan Hanya Sekadar Kek Warna Merah !!!!!!!

Entry kali ni entry nak lepas geram. Dah lama tak buat entry macam ni. Al kisahnya....last week, officemates saya ada beli Red Valvet Cake (RVC) dari sebuah bakery di Kampar (bakery mana...dirahsiakan). Sebiji kek...RM 15. Untuk saya quite mahal jugak...but bila fikir RVC..huhuhuhu..memang mahal. Saya pernah buat RVC 2 kali. Bahan-bahan kek yang digunakan memang agak mahal especially serbuk koko dan cream cheese. So bila bakery tu jual sebiji RVC dengan harga RM 15...saya expect..taste dia mesti WOW. Tapi bila kawan saya potong dan bagi kami rasa....ALAMAK !!!!! INI RVC KE ?!!! Sorry to say.....saya tak dapat rasa kat mana rasa coklat dan moist yang sepatutnya ada dalam RVC. Aising cream chesse pun sangat light...rasa macam makan aising buttercream. Totally disapointed me. 

Minta maaf lah..bukan nak mengutuk..tapi saya agak tak puas hati dengan sesetengah peniaga RVC. Most of them...buat kek yang bewarna merah..and they claim it as RVC dan jual dengan harga mahal. RVC bukan sekadar hanya kek merah. Nasihat saya kepada bakery tersebut..before nak jual RVC...pergi la try makan RVC kat hotel atau paling senang Secret Recipe or Starbucks. Baru tau RVC tu rasa macamana. Then baru boleh jual pada customer. Ini....hurmmmmm...buat saya rasa tertipu. Kesian kawan saya yang beli kek tu. 

Ahad lepas..geram punya pasal..saya buat RVC sendiri dan bawa pergi office esoknya. Bukan nak berlagak saya pandai buat kek ke apa...just kesian dekat kawan-kawan yang kempunan nak makan RVC tapi dapat kek merah. Dapat lah kawan-kawan saya merasa sebiji sorang. Jadi lah kan.... 


So kepada peniaga-peniaga kek yang nak jual RVC tu....nasihat saya tolong lah jangan tipucustomer. Saya faham kos untuk buat RVC agak mahal berbanding kek biasa. Tapi rata-rata customer sekarang tak kesah bayar lebih asalkan sedap. Cuma jangan charge customer lebih-lebih...tapi kek RVC tah rasa apa-apa. Itu saja kot....bagi yang rasa entry ni terlalu telus...ampun ye..ini cuma luahan hati saya yang ikhlas. 

18 September 2015

Kisah Amrsyar : Jerebu & Demam


Cuba teka ini jerebu ke kabus?!!!! Mesti ramai yang teka jerebu kan.. Ya tekaan anda memang tepat. Teruk betul jerebu kali ni. Pekan sekecil Kampar pun turut terkesan.


Gambar ni saya snap hari Selasa 13hb 9. Cuti hari Malaysia semalam...jerebu dah makin kurang...tapi kami anak beranak just stay at home saja. Sehari sebelum hari Malaysia, Ali demam dan Adik selsema. Nak bawa keluar rumah pun takut. Ali pun nampak tak bermaya sangat. Dia cuma baring sambil tengok Upin Ipin. Makan pun tak lalu. Nasi langsung tak nak. Dia cuma makan donut dan Apollo kek. Tapi nasib baik Ali jenis yang kuat minum air dan senang makan ubat. Tak susah nak jaga dia sakit....cuma nak bermanja lebih. 


Adik pulak...hurmmmm bila si Abang sakit...dia jadi tukang kacau. Mentang-mentang dia sehat....ada saja benda yang dia nak sakat abang dia. Bila kena kacau, si abang mula lah merengek. Biasa lah...kalau saya sakit pun saya tak nak dikacau. Tapi itu lah....Adik ni tak mau duduk senyap. Akhirnya Mama terpaksa jadi Hulk dengan Adik.


Sempena musim jerebu ni...kena kurang aktiviti luar anak-anak. Actually kalau kita google banyak aktiviti indoor untuk anak-anak. Semalam time blogwalking saya terjumpa cara nak buat colorfull sand dari pewarna dan garam halus. InsyaAllah weekend ni saya try buat dengan Ali. Yang penting anak-anak tak bosan.

16 September 2015

Kisah Mama : Demam Cupcake

Ini cerita baling belakang. Masa ni saya diserang demam cupcakes...gila buat cupcake. Biasalah...perempuan...time rajin masuk dapur..rajin sangat. Bila penyakit M melanda...anak-anak minta cupcake..saya singgah King Bakery..beli Hokaido Cupcakes. Sedapppp....

Asalnya bos office minta saya sediakan 50 biji cupcake untuk jamuan. Saya buat vanilla cupcake dengan coklat topping. Tapi sayangnya..lepas 2 kali bancuh adunan, saya cuma dapat 46 biji. Ingatkan dapat lebih..boleh tinggal untuk Ali dan Adik. Tapi tak ada rezeki...so saya bawa semua cupcake pergi ofis. Bila hero kecik tu bangun...dia tanya opah mana cupcake saya buat semalam. Alahaiiiiiii....cian anak Mama. Sedih dengar....rasa bersalah sangat.


So bagi menebus rasa bersalah..weekend minggu yang sama saya bangun awal pagi dan bake cupcake untuk Ali. Kali ni saya buat Lemon Cupcake. Kebetulan Tesco ada buat promosi Lemon murah. So apa lagi saya borong 10 biji. Tapikannnnnn.........Ali dan Adik cuma makan sebiji saja. Ali cakap kat Opah...cupcake Mama tak sedap (dia tak berani cakap kat saya). Bila saya rasa cupcake tu...memang tak berapa sedap...rasa pahit sikit. Mungkin Lemon dah tua..so jus yang dihasilkan rasa pahit. Huhuhuhu....kecewa jugak. Alamatnya baki lemon yang lain tu kita buat basuh botol saja lah.


Tak pe ye Ali....next time Mama bake Vanilla Cupcake untuk Ali ye. Dun worry...Mama dah master resipi tu.p

12 September 2015

Kisah Amrsyar : 3 Tahun

Dah lama tak update pasal perkembangan anak-anak. Memandangkan Ali baru menginjak ke 3 tahun...kita story pasal perkembangan Ali terlebih dulu. 29 Ogos yang lepas umur Ali dah masuk 3 tahun 1 bulan. Ali macam Ali...masih lagi aktif dan banyak idea. Imaginasi dia makin berkembang. Dalam usia macam ni saya perasan Ali cepat belajar. Tunjuk lah dia apa benda pun....cepat je dia tangkap. Dari cara nak guna smartphone, laptop Atok....semua benda dia tau buat. Tapi....walaupun dia dah boleh buat semua benda...kadang-kadang Ali suka dimanja jugak. Bangun pagi-pagi...kalo mood dia tak baik..dia akan ajak saya bawa dia ke toilet untuk kencing. Dari A-Z saya kena buat untuk dia. Tapi kalau mood dia baik, dia akan buat semua sendiri. Bab pakai baju pun sama....ada masa dia nak pakai sendiri..tapi bila datang mood manja...huhuhu..semua Mama kena buat untuk dia. Sabar lah dengan kerenah hero Mama ni.

Bab nakal...memang saya akui Ali a little bit naughty. Kalau dia senyap means dia ada buatsomething. So Mama dan Opah memang kena perhatikan dia sentiasa. Tapi dalam dok perhati dia...ada jugak kami terlepas pandang. A few weeks before Ali turns 3 saya ajar dia tulis huruf "A"...and the next day I catch him writing an "A" on the wall dekat tangga. Nak marah...tapi tak jadi. Biar lah...dinding je pun...boleh cat balik. Tapi kemahuan Ali nak tulis A tu buat saya rasa berbaloi ajar dia. 


Another story pasal kenakalan Ali....Opah dapat tangkap dia conteng KUCING. Dekat rumah ni ada 2 ekor kucing...Mot dan May. Kisahnya Opah tengah solat...tinggal lah si Ali dekat atas katil dengan marker dan 2 ekor kucing. Tiba-tiba si May kuar bilik..tapi Mot senyap kat atas katil. Bila Opah tengok...habis bulut Mot kena conteng dengan marker oren. Tak banyak...tapi Mot pun senyal je....tak melawan balik. Lepas saya tahu, saya check si May pulak...rupanya kawan tu pun Ali conteng jugak...dekat hidung. Atok dan Opah tak jadi nak marah...gelak saja dengan perangai cucu. Tapi...as a mom saya cakap elok-elok pada Ali...after this no more bulliying May and Mot. Alhamdulillah...buat masa sekarang dia tak ada conteng kucing lagi dah.


Buat masa sekarang kami memang kena jaga segala perbuatan dan percakapan depan Ali sebab takut dia akan ikut kalau kami terbuat atau tercakap benda yang tak baik. Even TV pun saya terpaksa tapis dulu. Kalau kartoon yang ganas sikit tu..memang kena reject. Buat masa ni kartoon yang paling sesuai untuk budak berdua ni cuma Upin dan Ipin. Hari-hati minta Atok bukakan Upin Ipin...nasib ada Youtube. Kalau suruh Mama beli CD...memang parah poket Mama. 

Ok...itu saja lah kisah hero kecik saya. Kalau rajin..kita sambung dengan kisah Adik yang makin aktif.



27 August 2015

Kisah Amrsyar dan Adik : Gunting Rambut

Agak lama menghilang kali ni. Sejak 2 minggu yang lepas betimpa-timpa dugaan melanda keluarga kami...sampai sekarang pun hati ni masih belum reda lagi. Masih berdebar-debar dan ternanti-nanti. Sungguh dugaan kali ni amat besar...ada masa rasa macam dah tersungkor tak mampu nak bangun kembali. Tapi demi Ali dan Adik...saya gagahkan juga. Masalah besar macamana sekalipun, hidup perlu diteruskan sebab Ali dan Adik masih kecik. Perjalanan dua buah hati saya masih jauh. Apapun doakan yang baik-baik untuk family kami. Saya percaya masih ada sinar bahagia untuk kami.

Terus kepada cerita entry kita...pasal gunting rambut Ali dan Adik. Dua beradik ni bab gunting rambut memang payah. Dulu Ali tak susah...biasanya Babah yang akan bawa Ali ke kedai mamak...then dia akan duduk atas kerusi sendiri. Kalau dia takut, dia akan duduk atas riba Babah. Tapi kali ni memang susah. Kali pertama pergi kedai gunting, Atok yang bawakan. Meraung dia tak nak. Kali ke-2 saya bawakan. Kali ni Ali buat perangai tak nak gunting rambut jugak. Solution terakhir, amoi kedai gunting rambut Ali sambil saya dukung dia. Itupun dia mengelak banyak kali. Akhirnya rambut Ali berjaya digunting jugak walaupun nampak macam pelik sikit. Sepatutnya amoi kedai nak guna mesin untuk nipiskan rambut Ali, tapi....dia tak nak. Risau Ali terluka, saya cakap cukup lah. Biar la nampak pelik sikit rambut Ali. Habis gunting rambut Ali, saya call En Amri. Dia janji nak bawa Ali gunting rambut bila dia balik nanti. Hurmmm...susah jugak bila Babah tak balik lama. Jenuh Mama nak handle kerenah anak-anak.


Berlainan dengan cerita Adik. Actually saya pernah suarakan pada En Amri nak gunting rambut Adik. Tapi En Amri tak bagi sebab katanya Adik perempuan...biar la rambut panjang. Tapi semalam saya terpaksa gunting juga rambut Adik sebab rambut depan dah cucuk mata while rambut belakang buatkan leher Adik naik ruam. Sorry lah Babah...Mama terpaksa jugak gunting rambut Adik. Kita tunggu Adik dah besar sikit baru kita ajar Adik simpan rambut panjang. Adik tak banyak kerenah...senang saja nak gunting rambut dia. Tapi sebab tangan saya ni bukan jenis berseni...jadi hasilnya tak lah cantik sangat. Tak apalah...at least Adik dah selesa dengan rambut dia. No more rambut masuk mata or gatal-gatal leher.


So far itu saja lah cerita Ali dan Adik. Dalam seronok melayan kerenah anak-anak, saya rindu sangat pada En Amri. Lagi perit bila Ali ajak saya pergi Sabah untuk ambil Babah. Sabar ye sayang....belom masanya lagi. Semoga Allah kasihkan hamba-Nya yang merintih ini.

09 August 2015

Happy Birthday Ali !!!! Happy Birthday Mama !!!!

Sejak minggu lepas peti sejuk rumah kami penuh dengan kek birthday je. 29 Julai..kami sambut birtday Ali yang ke-3. Seminggu lepas tu 5 Ogos, sambut birthday saya yang ke......(erkkkk....perlu ke tulis). Dah sambut birthday, kena lah ada kek. 

Untuk birthday Ali tahun ni saya buat sambutan biasa-biasa saja. No hadiah, no party....just kek dan pizza domino. Cukup lah....sambut besar-besar nanti kesian pulak Opah nak kemas. Tak ada jemput orang luar pun....cuma Atok, Opah, Acu, Adik dan Mama. Babah pun tak dapat balik. Tak apa lah.....birthday Ali yang sebelum ni pun Babah tak pernah ada. So....its okay. Anak Mama kuat. Perkembangan Ali....nanti kita cerita dalam entry lain (if Mama rajin). Rasa kejap je Ali dah besar. Lahir dulu Ali cuma 2.4 kg saja...sekarang ni Mama pun tak pasti berat Ali. Tapi yang pasti hero Mama ni makin tinggi. Seluar 3 tahun dah senteng....terpaksa Mama belikan seluar saiz 4 tahun. Tahun depan insyaAllah Ali akan masuk sekolah. Mama tengah servay sekolah yang terbaik untuk Ali. Walaupun ada yang suggest tadika yang berasaskan English education....tapi saya rasa macam nak hantar Ali ke tadika yang lebihkan Islamic education. Saya harap Ali belajar solat dan Al-quran sebelum dia belajar benda-benda lain sebab solat dan Al-quran dia akan amalkan sampai ke akhir hayat. Besar kan harapan Mama. InsyaAllah Ali akan jadi muslim sejati yang mampu jadi imam. Baru la Mama tak malu nak minang anak dara orang untuk Ali (jauh sungguh pemikiran saya). 


Untuk birthday saya pun sama....just small celebration among family saja. Beli kek dan mee bandung kat kedai. Kesian nak minta tolong Opah masak mee. Nak masak sendiri memang tak sempat sebab balik kerja terus sambut birthday. Sambut lambat nanti...Ali dan Adik dah Zzzzzzz. Bila tengok umur kat kek tu...hurmmmmm rasa dah tua dah saya. Penyakit pun dah mula banyak yang singgah. Agak-agak sempat tak saya tengok anak-anak saya berkeluarga dan hidup bahagia?!!!! Sedih pulak bila terfikirkan kematian. Tapi itulah....mati itu pasti. Apa yang kita ada hari ini hanya pinjaman dari Allah. Oklah....tak nak sedey-sedey..... En Amri macam biasa....tak ada bersama kami. Cuma call dan wish kat wassap saja. Jadi lah.....kurang-kurang dia ingat. Hadiah birthday?!!!! Opah belikan saya perfume. En Amri ?!!!! Dia suruh tunggu dia balik baru nak bagi hadiah birthday saya. Apa-apa lah....yang pasti saya tak mengharap pun. 

Untuk rakan-rakan blogger...doakan semoga saya dan Ali panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Sekiranya Allah panjangkan umur..ada lagi entry birthday kami di tahun hadapan. InsyaAllah....

02 August 2015

Salam Aidilfitri

Wahhhhhhh dah lama saya menyepikan diri. Blog kawan-kawan pun dah lama tak jengok. Biasa lah....dah nak raya ari tu sibuk dengan preparation raya. Time raya sibuk ke rumah sedara mara. Lepas raya...sibuk mendobi kain baju dan segala urusan yang tergendala time cuti raya. Huhuhu..punya la banyak alasan tak dapat update blog. Saja je kan... Alhamdulillah start minggu ni, life dah kembali normal. Officemates yang bercuti raya pun dah mula bekerja...so balik kerja...saya tak penat sangat. 


Ceritera raya kami sefamily tahun ni tak berapa nak manis sangat. Macam tahun lepas, En Amri tak dapat balik beraya dengan kami. Sedey ?!!!!!! Walaupun ini tahun yang ke-4 En Amri tak dapat balik beraya, saya masih belum biasa. Hari pertama raya saya still rasa sedih. Entah nak tunggu berapa tahun lagi baru saya dapat immune dengan situasi macam ni. Sampai bila-bila pun tak kot.... Disebabkan raya tahun ni kami tak dapat sambut raya sefamily..so no baju sedondon. Baju raya saya warna coklat,  Ali warna peach dan Adik warna biru. Sangat carca marba kan. Tak kesah lah....yang penting ada baju raya. 

Raya pertama kami sambut di Kampar. Petang raya tu baru kami bertolak ke Penang. Sambut raya kat sana pulak. Hari raya ke-2 kami ke Sungai Petani. Makan besar kat sana. Then raya ke-3 di Penang balik. Raya ke-4 baru balik ke Kampar. Huhuhu... jauhkan perjalanan raya kami ?!!!! Terubat jugak kerinduan pada En Amri bila dikelilingi sedara mara. Raya-raya macam ni kalau kita tengah sedey pun kena senyum jugak supaya tak spoil kan mood raya orang lain. 

Kalau tanya pasal perangai Ali dan Adik bila Babah tak dapat balik raya, Alhamdulillah...anak-anak saya tak buat perangai pun sebab Ali cuma pernah sambut raya dengan Babah sekali je dan Adik....belom pernah lagi. Hahaha....dah jadi anak askar...kena kuat sikit. Bila anak-anak OK, saya pun tak rasa sedih sangat. Cuma saya harap situasi macam ni tak akan berlarutan. Harap-harap raya ni yang terakhir kami tak dapat sambut dengan En Amri. Jealous oooo tengok kawan-kawan post gambar baju raya sedondon anak-beranak. Sampai saya deactive FB sekejap. Tunggu orang dah reda pos gambar raya baru nak aktif balik. Memang tak baik nak berhasad dengki dengan orang...tapi hati ini terguris jugak.

Ok lah..itu saja ceritera raya kami anak-beranak. Biasa-biasa saja kan... Gambar raya pun tak ada nak snap. Tak apa lah...insyaAllah tahun depan kami dapat beraya dengan En Amri. Kepada kawan-kawan blogger, saya mohon ampun dan maaf seandainya ada yang terasa atau terguris hati dengan kata-kata dan penulisan saya dalam blog ni. Semoga persahabatan alam maya ini akan kekal berpanjangan. InsyaAllah....

02 July 2015

Kisah Mama : Peringatan Daripada Allah (2)

Sambungan daripada entry yang sebelum ni pasal peringatan yang Allah beri pada saya dalam bentuk masalah kesihatan. Susulan daripada muka, badan, anak mata putih, air kencing dan najis dah kekuningan, saya ke Klinik Kesihatan lagi. Seperti yang bermain difikiran saya, doktor minta saya buat ujian darah untuk hati, LFT ( Liver Function Test ). Hasil ujian menunjukkan enzim dalam hati saya ( ALT, ALP dan AST ) dan bilirubin sangat tinggi. Saya pernah terbaca pasal bilirubin masa buat research Adik demam kuning. Sebab bilirubin saya tinggi, itu yang buat muka, badan, mata putih, air kencing dan najis saya bertukar kuning. Kesimpulannya hasil daripada LFT, HATI SAYA SEDANG ROSAK. Masa doktor cakap macam tu, saya tak begitu terkejut. Apa yang saya fikir, macamana hati saya boleh rosak ? Doktor minta saya buat satu lagi ujian darah untuk Hepatitis B dan C. Walaupun rasa kemungkinan tu rendah tapi doktor tak nak tolak kemungkinan hati saya rosak berpunca daripada Hepatitis B dan C. Keputusan untuk ujian Hepatitis tak dapat on the spot. Kena tunggu about 2 weeks. Doktor bekalkan saya dengan supplement Livovid.




 After 1 week, consume Livovid, saya perasan muka, badan, mata putih dan najis dah tak kuning lagi. Yang tinggal cuma air kencing yang masih kuning pekat. Saya ke Klinik Kesihatan untuk LFT yang ke-2 pada 22/5. Alhamdulillah...bacaan bilirubin dah menurun sebab tu kuning makin hilang. Bacaan enzim ALT, ASP dan AST juga menurun walaupun belom mencecah yang sepatutnya. Gembira sangat bila hati dah mula sembuh. Jumpa doktor kali ni, saya terus tanya penyebab hati saya rosak. Doktor pun tak pasti. Ujian Hepatitis B dan C saya negatif. Doktor buat kesimpulan mungkin sebab saya ada makan makanan yang tak bersih ataupun supplement yang saya ambil. Bila recall balik...ya...saya ada makan dekat tempat yang tak bersih masa travel di Sabah Mac lepas da ya....saya jugak ada consume jamu yang tak ada kelulusan KKM. Nah ambikkkk ko...degil sangat. Ambik mudah semua benda. Doktor nasihatkan saya berhenti ambil sebarang supplement..cuma consume Livovid yang doktor bagi. Doktor bagi appoiment lagi 2 minggu untuk buat LFT lagi.

Tapi tak sampai 2 minggu saya ke Klinik Kesihatan lagi sebab kelopak dalam mata saya ada bisul. Kebetulan dah datang klinik, doktor minta saya buat LFT yang ke-3 pada 1/6. Nak tahu apa keputusan LFT...kita tunggu lagi next entry. Jariku yang comeyyy sudah penat. Sabaqqqq naaa kawan-kawan.

28 June 2015

Kisah Mama : Peringatan Daripada Allah (1)

Sebenarnya dah lama nak meluahkan di sini, tapi entah lah.....saya belum ada kekuatan nak menulis. Tapi kali ni....Alhamdulillah Allah titipkan sedikit semangat untuk mula meluahkan kegusaran yang saya alami. Mungkin juga saya dah mula redha. Bagi saya apa yang saya hadapi sekarang bukan lah satu dugaan tapi peringatan daripada Allah. Saya akui sebelum ini saya bukan lah hambaNya yang baik. Saya hanyut dalam kenikmatan dunia sekaligus mengabaikan hubungan saya dengan Yang Maha Esa terutama bab temujanji 5x sehari antara saya dengan Dia. Itu belum lagi bab yang sunat. Jadi bila Allah bagi musibah pada saya, saya beranggapan Dia bagi peringatan kerana Dia masih sayangkan saya. Alhamdulillah....saya antara yang terpilih.

Cerita saya bermula pada awal bulan 5 yang lalu. Kalau diselak balik entry bulan 5, saya ada update pasal saya demam. Retetan dari cerita tu, doktor sahkan saya deman denggi. Itu pun setelah hari yang ke-8. Silap saya...lepas ke klinik 1Malaysia masa hari ke-3 demam, saya dah malas nak ke Klinik Kesihatan Kampar. Peram sakit sampai hari ke-8 baru nak pergi jumpa doktor. Tapi platlet saya tak teruk sangat walaupun dibawah 200. Saya tak kena admit wad..cuma diminta untuk buat ujian darah. Saya cuma buat 3 hari ujian darah. Bacaan platlet pada hari ke-2 dan ke-3 dah cecah 200...jadi doktor discharge. Actually, bila disahkan denggi...saya pulun minum air 100+ dan air masak. Itu yang platlet naik.

Lepas discharge dari denggi, saya rasa badan bertenaga dan mampu buat kerja macam biasa. Berbeza sangat waktu kena denggi....saya cuma mampu terlantar, sakit sendi, kepala pening dan tak bertenaga langsung. Tapi, cerita saya tak tamat kat situ. Sehari lepas discharge denggi, muka dan badan saya bertukar warna kuning. Actusally masa kena denggi hari tu air kencing saya memang dah kuning. Pembantu makmal ada bagitau doktor air kencing saya ada jaudis tapi doktor just bagi antibiotik. Lepas makan antibiotik pun air kencing tetap kuning. Tak sangka kuning merebak ke muka dan badan. Officemates mula tegur tapi saya tak hiraukan sebab saya rasa sihat dan bertenaga. Saya anggap itu kesan daripada denggi dan kuning tu akan hilang sendiri. Beberapa hari kemudian, mata putih saya mula kekuningan. Tapi saya masih tak ambik hirau. Kemuncaknya bila badan saya mula gatal-gatal dan kesan lebam ambil darah waktu denggi jadi makin teruk. Selain lebam tu, banyak lagi kesan lebam di badan yang saya tak pasti puncanya. Yang pasti badan saya jadi mudah berlebam. Kemudian, najis saya pun bertukar kuning. Sebab dah mula risau, saya ke Klinik Kesihatan. Dalam hati saya mula terdetik : "Hati saya rosak ke?"

Cukup takat ni dulu. Saya sambung dalam entry seterusnya. Panjang sangat nanti orang tak nak baca pulak. Ok...tungguuuuu.....

23 June 2015

Kisah Mama : Rawatan Kecemasan Gigi Tertanggal

Dah lama peram gambar ni. Saya tangkap di Klinik Pergigian Kampar time check gigi Ali dan Adik. Good info...sebab saya pun tak tahu. So lepas ni kalau tiba-tiba gigi Ali atau Adik tertanggal....mama dah tau nak buat apa. Ingat !!!! Gigi yang tertanggal masih boleh diselamatkan.


Kalau gambar tak jelas, saya tuliskan disini : LANGKAH - LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA GIGI TERTANGGAL

1. Cari gigi yang tertanggal.
2. Pegang bahagian korona gigi.
3. Bilas gigi selama 10 saat ( tutup lubang sinki ).
4. Seberapa boleh, letak semula gigi ke soket.
5. Sekiranya tak berjaya :
a) simpan gigi dalam susu segar
atau
b) simpan dalam bekas berisi air liur pemilik gigi
Kemudian, jumpa doktor gigi dengan segera ( dalam masa sejam ).


20 June 2015

Kisah Mama : Thumb's Cafe Ipoh

Jumaat 12hb 6, sampai juga saya ke Thumbs Cafe. Actually Selasa minggu yang sama saya dan En Amri dah datang ke sini. Siap bawa Ali dan Adik lagi. Tapi cafe ni tutup. Nak buat macamana...dah tak ada rezeki. Kali ni lagi sekali kami datang...tapi berdua saja. Opah dah bawa Ali dan Adik ke Penang. Since anak-anak tak ikut sama, kami decide untuk pergi time malam...around pukul 9 lebih. Baru ada feeling nak dating sambil pegang tangan macam orang muda. Huhuhu....kalau ada dua buah hati...memang tak ada chance. Saya sibuk layan Abang Ali dan En Amri akan layan Adik. Perasaan nak beromantik tu kena simpan dulu.

Ok sambung cerita pasal Thumbs Cafe. Time kami sampai parking dah agak penuh..maybe  sebab Thumbs Cafe ni berkongsi parking dengan Karats Cafe. Actually dua-dua cafe ni sebelah menyebelah dan satu pagar...maybe owner yang sama (saya agak saja). Masuk saja ke Thumbs Cafe....rasa kelainan cafe ni. Deko dalam cafe banyak dipenuhi dengan barangan antik (mesin taip, mesin jahit, lukisan lama). Even ada jugak meja dan kusyen antik yang dijadikan meja untuk pelanggan. Suddenly saya rasa macam masuk rumah lama arwah Tok Akob. Suasana dalam cafe agak penuh dengan pelanggan. Nasib time tu ada meja kosong untuk 2 orang....terus duduk. Actually pelanggan boleh pilih nak duduk dalam cafe atau di luar. Tapi sebab saya nak merasai suasana Thumbs Cafe...kami pilih untuk duduk dalam cafe. Lampu dalam cafe ni agak malap maybe nak timbulkan suasana relax. Rata-rata yang datang sini dari golongan muda..mungkin ini port terbaik untuk jumpa kawan-kawan lepas habis kerja sambil isi perut. Kebetulan time kami datang ada live band buat persembahan....lagi ramai orang datang.


Saya order meatball with brown sauce dan En Amri order Nasi goreng hentian rasa. Tak lama kami tunggu...order dah sampai (walaupun ramai pelanggan). Tengok orang lain punya meals pun not bad. Presentation menarik. Meatballs yang saya order...boleh tahan. I can finished mine tanpa bantuan En Amri. Nasi goreng pulak....ok ok lah...cuma agak pedas untuk saya. Sambil makan...sambil dengar live band...terasa muda. Hahaha.....actually tumpuan saya lebih pada gelagat orang-orang muda. Macam-macam fesyen tudung dan macam-macam gelagat. Seronok tengok...


After habis makan...kami tak tunggu lama. Ramai lagi pelanggan yang tunggu nak duduk. Kesian pulak.....tak sampai hati nak lepak-lepak while orang yang menunggu tu tengah kelaparan. Bil kami malam tu RM 19++. Berpatutan untuk saya. Next time datang lagi ?!!! My answer is YES DEFINETLY...but without Ali dan Adik sebab pelanggan dibenarkan merokok dalam cafe. Saya tak kesah kalau yang merokok tu duduk di kawasan open air macam kat luar cafe...tapi bila merokok di dalam cafe.....adoiiiii la...dengan cafe yang penuh dengan manusia tambah pulak dengan suasana tertutup....jawapnya memang saya tak akan bawa anak-anak saya ke sini. Sorry lah....kalau ada yang kurang setuju dengan pendapat saya.

Itu saja review saya pasal Thumbs Cafe. Bagi yang nak cari port melepak dengan kawan-kawan sambil isi perut...ini tempat terbaik untuk anda. Tapi bagi parents yang nak lepak dengan anak-anak yang masih kecil...this is not the right place.


16 June 2015

Kisah Mama : Makan Burger Besar Di 21 Grilled

Dah lama tak cerita pasal jalan-jalan cari makan. Bila En Amri balik bercuti...ligat kami cari tempat-tempat yang best untuk menjamu selera. Baru-baru ni kami cuba makan di 21 Grilled. Actually tujuan asal kami ke Ipoh nak makan di Thumbs Cafe. Dok dengar kawan dok bom-bang bom-bang kat FB pasal Thumbs Cafe...saya pun jadi teruja. Tapi mungkin nasib tak baik, hari yang kami pergi (hari Selasa), Thumbs Cafe tutup. Then kami ke cafe sebelah...Karats Cafe. Tapi Karats Cafe pulak dah kehabisan salmon. Menu lain....macam biasa-biasa. Kami tak berminat nak cuba. Lepas masuk dalam kereta saya google pasal Restoran Kampung Ipoh...tapi restoran tu pun ditutup pada hari Selasa. Lama berfikir...akhirnya kami ke 21 Grilled.


Bagi yang tak tahu 21 Grilled ni pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan sebab kat sini ada jual burger yang besar. Restoran ni dekat Kinta Riverfront Hotel....betul-betul tepi sungai. Restorannya agak terpencil..kalau dari dalam kereta memang tak nampak. Kat sini hanya ada jual BURGER SAHAJA. Kalau nak lamb chop ke chicken chop ke...bleh pegi tempat lain. Burger udang, rusa, ikan or oblong pun tak ada ye. Yang ada cuma burger chicken dan beef sahaja. Menunya tak banyak..tapi burger dia memang sedapppp. Saya order beef burger + BB sos + cheese. En Amri order chicken burger. Daging burger tebal dan tak terlalu kering. Sayur fresh...sos pun meleleh-leleh....roti soft. For me..rasanya dah perfect untuk sebiji burger. Servis restoran pun not bad. Mesra dan cepat. Untuk Ali dan Adik saya order kentang goreng. Budak-budak ni tak nak makan pun. Ali share burger dengan Babah. Adik pulak makan main-main je. Budak berdua ni lagi suka tengok lampu warna-warni kat tepi sungai. Layan saja lah.....

Itu saja review yang saya boleh tulis pasal 21 Grilled. Komen lebih-lebih ada orang tak suka pulak. Selera kita berbeza...ada orang suka yang macam tu...ada yang suka macam ni. Sedap di tekak saya tak semestinya sedap jugak ditekak orang lain. So bagi sapa-sapa yang cari burger yang luar biasa, boleh cuba di 21 Grilled Ipoh.

11 June 2015

Kisah Amrsyar dan Adik : Jalan-Jalan Di Gunung Lang

Last week kami bawa Ali dan Adik ke Gunung Lang. Tahun 2013 pernah datang sini dengan Ali. Time tu Adik dalam perot lagi. Dulu taman ni cantik sangat...selalu jadi tempat pengantin buat outdoor photoshoot. Tapi sekarang ni...dah macam tak terjaga. Binatang yang dalam sangkar pun dah tak ada. Sedey la pulak....tapi time kami datang ada jugak pengantin yang buat photoshoot. 

Sebab tempat lain macam menyeramkan...jadi kami bawa Ali dan Adik main dekat playground. Kat sini happening sikit dengan budak-budak lain. Seronok layan anak-anak main. Budak-budak baya Ali dan Adik memang suka bila dibawa ke playground atau padang sebab bebas nak berlari. Bila tengok anak-anak aktif berlari, saya rasa senang hati.   I know they enjoy being a kid. 









Almost 2 hours kami kat sini sebelum terpaksa balik sebab cuaca dah mendung. Risau tak sempat naik bot dah hujan. Sebelum balik Kampar, kami menjamu selera kat Mat Periuk. Order Nasi goreng ayam, Sirloin dan Mix platter...tapi semuanya tak habis makan. Maybe kami dah jemu dengan Mat Periuk....so kena hunting tempat makan-makan yang baru. Any ideas friends?!!!!!0

07 June 2015

Kisah Mama : Shopping Di Ekspo Borong Kemboja

Tajuk entry macam gempak je kan.. Shopping sampai ke Kemboja. Huhuhu...jangan salah sangka.Bagi yang duduk kat area utara Perak mesti dah sedia maklum pasal Pasar Kemboja. Sebelum ni kalau nak ke Pasar Kemboja, kena pegi Parit Buntar. Tapi saya tak pernah sampai pun. Just dengar dari kawan-kawan yang dah sampai kata banyak baju kurung, jubah, telekung dan tudung yang murah-murah. Murah macamana pun saya tak tahu.

Jadi bila nampak senior post kat FB kata ada Ekspo Borong Kemboja yang ala-ala Pasar Kemboja kat Teluk Intan, terus saya ajak En Amri. Kebetulan saya memang cuti pada 4hb 6 (Rabu). Lepas habis check gigi Ali dan Adik kami terus ke Teluk Intan. Sampai sana around pukul 12.30..parking memang full..nasib baik ada orang yang dah nak balik. Dapat kami park kereta dekat sikit dengan Arena Square. Alhamdulillah....kalau tak sakit telinga dengar En Amri membebel.


Lepas habis round satu Arena Square, saya dapat simpulkan :

1) Actually muka yang beniaga rata-ratanya muka Melayu. Rasanya ada la 2 or 3 orang peniaga dari Kemboja. 
2) Murah?!!!! Well not soo murah untuk saya. Saya jangka kan boleh jumpa baju kurang RM35 sepasang (boleh beli banyak-banyak untuk pakai pergi kerja). Tapi rata-rata baju kurung  RM 60. Baju kurung kain pelekat pun RM 50 ke RM 65 (kena tawar-menawar). Jubah pun mahaiiii...kalau yang murah pun..jubah lycra (saya tak berapa gemar kain lycra). Kain pasang RM 50 untuk 2 pasang. Tudung bawal kangaroo kosong paling murah RM 5/sehelai. Honestly...saya rasa baju kurung, kain pasang, jubah dan telekung yang jual kat Mydin lagi murah. 
3) Panas usah cakap la...walaupun Arena Square tu berbumbung...tapi pecah jugak peluh kami anak-beranak.
4) Rata-rata peniaga tak suka letak harga. Adoiiii la....kering anak tekak nak bertanya harga. 
5) Tak banyak barang yang dijual secarya borong macam kawan-kawan saya cakap. 
6) Actually saya nak mencari baju melayu untuk En Amri..tapi tak jumpa. Sepanjang berjalan saya cuma jumpa 2 kedai yang jual baju melayu..itupun tak kena dengan selera kami. So no choice..lepas ni kena ke Nagoya jugak.
7) Kebanyakkan blous yang dijual saiz M keatas. Huhuhu...sedey bagi si petite macam saya. 

After 2 jam, I end up with sehelai baju kurung, 5 helai tudung kangaroo (3 kosong dan 2 bercorak), blous sehelai dan tudung beratap sehelai (untuk Opah). Total habis RM 155. Ok lah tu...tak sampai RM 200 pun.

Next Ekspo Borong Kemboja akan diadakan di Batu Gajah pada 11 dan 12 June. Bagi yang nak shopping raya...boleh la cuba jalan-jalan ke sana. 

03 June 2015

Kisah Ali Dan Adik : Lawatan Ke Klinik Gigi

Kembali bersiaran after blog ni sunyi sekian lama. Lately saya sibuk ulang-alik ke klinik. Saya ada masalah kesihatan tapi itu nanti-nanti lah kita cerita..insyaAllah bila Allah dah beri kekuatan untuk saya bercerita. Entry kali ni nak cerita pasal lawatan Ali dan Adik ke klinik gigi di KK Kampar. 

Kebetulan Babah balik Jumaat lepas..jadi pagi tadi kami bawa dua buah hati ni untuk check gigi. Actually gigi Ali dan Adik tak ada masalah cuma saya je yang terlebih risau bila dengar anak kawan yang sebaya Ali dah ada gigi berlubang. Plus...Atok suka sangat spoiled Ali dan Adik dengan coklat (bukan gula-gula). Jadi timbul kerisauan kat hati saya. Ali cuma pernah check gigi di klinik sekali je time check up setahun. Lepas tu dia macam fobia. Adik pulak....memang tak pernah saya bawa. Huhuhu....cian Adik....terabai sikit.

Awal pagi saya dan anak-anak dah sampai di KK Kampar. Klinik pergigian kat tingkat 1. Waktu pemeriksaan untuk kanak-kanak ialah Isnin, Selasa dan Rabu sebelah pagi saja. Saya tak buat appoiment..just walk in. Lepas urusan pendaftaran Adik (Ali memang dah ada rekod), kami tunggu di ruang menunggu. Nasib ada meja kecik untuk kanak-kanak. Seronok Ali dan Adik main. Time menunggu ni saya terbaca satu info yang saya pun baru tahu tentang RAWATAN KECEMASAN GIGI TERTANGGAL. Good info...nanti saya share kan.


Tak lama menunggu nurse dah panggil kami masuk. Untuk check up kali ni, nurse yang check kan. Adik dulu yang kena check sebab Ali dah mula buat perangai ajak keluar. Susah jugak Adik nak buka mulut...jenuh nurse pujuk. Tapi dalam 10 minit dah selesai check gigi Adik. Gigi tak banyak pun. Then turn Ali pulak. Kali ni memang menduga sangat. Nurse pujuk Ali suruh buka mulut...tak jalan. Saya pujuk sambil dukung pun tak jalan. Tukar Babah pulak dukung.....tak jalan jugak. Then saya pulak dukung dia balik sambil pujuk...kali ni baru dia buka mulut. Banyak sungguh kerenah Ali. Lama jugak nurse ambik masa untuk check gigi Ali sebab dia tak nak nganga luas. Nasib nurse yang attend kami sangat penyabar.

Hasil pemeriksaan gigi Ali dan Adik...Alhamdulillah gigi budak berdua ni tak ada masalah. Big thanks to Opah yang sangat komited tentang penjagaan gigi Ali dan Adik. Tak sia-sia Mama berus gigi Ali dan Adik tiap hari sambil nyanyi lagu doktor gigi Upin Ipin. Sebelum balik nurse bagi penerangan sikit pasal cara-cara penjagaan gigi anak. Semua yang nurse cakap tu saya dah follow. Cuma lepas ni saya kena check gigi anak-anak dengan lebih kerap.

Ok lah..itu saja update untuk kali ni. Next entry kita update pasal Pasar Kemboja pulak sebab lepas selesai check gigi Ali dan Adik, kami ke Pasar Kemboja di Teluk Intan. Huhuhu...shoping sakan Mama. 

16 May 2015

Kisah Mama : Alhamdulillah....Rezeki

Lama saya menghilang lagi. Sebenarnya saya nak tulis entry pasal sambungan cerita demam hari tu. Tapi masih belum ada masa dan idea nak mula menulis. Jadi sebagai selingan...kita update pasal rezeki saya bulan ni.


Alhamdulillah...bulan ni saya dapat cek daripada Nuffnang. Kalau ikutkan ini cek yang ke-2. Jumlahnya tak lah banyak sebab saya pun cuma blogger suam-suam kuku. Tapi alhamdulillah...ada jugak hasil berblogging. 

Belum tau lagi nak buat apa dengan duit ni. Huhuhuhu...bawa Ali dan Adik makan angin kot... Tak kesah lah...apapun Terima Kasih Nuffnang dan Terima Kasih jugak kepada rakan-rakan blogger yang selalu meriahkan blog saya. Muaaaah ciked...

03 May 2015

Kisah Mama : Mama Demam...Huhuhu

Mama demam lagi !!!! Sejak akhir-akhir ni mudah sangat demam menyinggah kat kami anak-beranak. Saya binggung sekejap...pemakanan tak betul atau cuaca tak berapa nak elok. Entah lah... 

Kisah mama demam bermula dengan cherry-berry sejak hari Rabu lepas. Lepas 3 hari..cherry-berry dah ok tapi badan pulak sengal-sengal. Cuti Labour Day saya lembik...kaki, tangan dan pinggang memang rasa sengal sangat. Baring, berdiri, duduk semua pun rasa tak kena. Hari Sabtu, badan masih rasa sengal tapi gagah jugak pergi 2 kenduri. Dua-dua pun sedara rapat jadi tak manis pulak kalau tak pergi. Lepas habis kenduri ke-2, balik rumah badan dah mula panas. Saya mintak Acu tengokkan Ali dan Adik. Saya masuk bilik...terus zzzzz. Pukul 6.30 petang saya check suhu badan 37.9 C. Mulut, tekak dan mata dah mula rasa panas. Kepala mula pusing. Sebab dah tak tahan sangat, saya ambik panadol sebiji. Malam tu Opah take over jaga Ali dan Adik. Saya dah angkat bendera putih. Lepas makan panadol, terasa demam dah kebah. Tapi lepas habis kesan ubat, demam datang balik. 

Hari Ahad, keadaan saya masih sama. Bila telan panadol, demam jadi kebah. Tapi bila kesan ubat dah habis, mula demam dan sengal-sengal badan balik. Sebab dah tak tahan sangat, saya minta Acu tolong bawakan saya ke Klinik 1 Malaysia. Nasib kerajaan ada sediakan kemudahan macam ni. Cuti-cuti pun ada klinik kerajaan yang buka. Sebelum wujud klinik 1 Malaysia, kalau sakit pada hari cuti kami kena terus ke emergency Hospital Kampar yang kat atas bukit. Kalo setakat demam biasa ni....berjanggut menunggu sebab doktor lebih utamakan pesakit kronik. Nama pun emergency...memang la kes yang dibawa pun kronik. Sometime kes accident, kes kena patuk ular, kes sakit jantung....itu je yang pernah saya jumpa sepanjang berkunjung ke emergency Hospital Kampar. So jangan ambik hati kalo doktor kemudiankan kita yang demam biasa ni.

Hasil dari perjumpaan dengan penolong pegawai perubatan, dia suruh saya tunggu 2 hari lagi. Kalau demam berlarutan baru saya kena ke klinik kesihatan Kampar untuk ambil darah. Jadi saya pun balik dengan sepapan panadol. Tak apa lah sekurang-kurangnya dah tau nak buat apa kalo demam tak baik-baik lepas ni. Balik rumah pukul 7.00 malam, saya check suhu badan lagi sekali 38.6 C. Ngade-ngade sungguh...time check kat klinik tadi elok je suhu. Balik rumah..terus naik. So nak tak nak...kena la telan sebiji lagi panadol.

Dalam dok kalut-kalut menghadapi demam seorang diri..terasa sayu perasaan ni. Time sakit-sakit macam ni, saya mengharapkan kehadiran En Amri...tapi suami pulak jauh. En Amri pun setakat boleh wassap dan suruh ke klinik. Itu saja lah yang dia mampu buat. Nasib baik saya tinggal dengan family...bila sakit macam ni, tak perlu nak risau pasal Ali dan Adik. Opah, Atok dan Acu sentiasa ada untuk menolong. Kalau tak ada family...entah lah... mau tumpo teman.

So buat masa ni..saya just tunggu. Kalau by Tuesday demam tak baik-baik jugak...no choice kena serah diri kat klinik kesihatan Kampar untuk ujian darah. Huhuhuhu....harap tak de apa-apa lah.....

16 April 2015

Kisah Adik : 1 Tahun 6 Bulan

Dah lama tak menulis entry pasal kisah Adik. Adik dah genap 18 bulan pada 11 April yang lepas...means Adik kena ambik injection vaksin yang terakhir. Cepat kan masa berlalu. Masa baru lahir Mama kena ulang-alik klinik almost everyday sebab Adik kena demam kuning selama 1 bulan. Then masa Adik Baby...kena ulang-alik klinik untuk ambik injection vaksin. Tapi lepas ni...tunggu Adik sakit baru kita datang klinik ye. Doktor yang check Adik dari Adik masih new born pun cakap cepat sangat masa berlalu. Macam tak percaya Adik dah setahun setengah.

Adik masih lagi comey..muka baby face tu masih ada. Mama selalu panggil Adik tomato sebab bila dia senyum pipi dia macam tomato. Hahaha... Berat Adik dah 8.9kg. Tak terlalu kurus or gemok. Sekarang ni susah jugak nak suap budak comey ni makan. Paling susah nak suap bila makan nasi. Jenuh Mama kena kejar Adik..then tangkap dan paksa Adik makan. Tapi bila nasi dah masuk mulut..tak ada pulak dia luah balik. Sama macam perangai Abang Ali. Adik lebih suka makam roti dan biskut daripada nasi. Bab menyusu dia memang no 1. Buat masa sekarang Adik dan Abang Ali minum susu Lactogen 3. Senang...bila susu Adik dah habis..Adik akan intai susu Abang Ali. Pantang susu Abang ada baki saja...mesti budak ni akan habiskan. Itu sebab Mama cakap senang...tak membazir. Tambah dengan GST ni...memang kena berjimat cermat ( adoiiiiii...alasan Mama je tu ). Tapi start awal bulan 8 nanti Abang Ali dag kena minum Lactogen 4. Jadi huhuhu...Adik dan Abang Ali dah tak boleh share susu lagi. 

Buat masa ni Adik masih bercakap guna bahasa baby. Tapi Adik dah boleh sebut a few words macam Mama, Opah, Cing ( kencing...ok dia dah pandai cakap nak kencing tapi selalunya dia cakap bila dia nak kita tukar diapers dia). Mulut Adik memang non stop talking ( sama macam Abang Ali ). Sometine Mama macam dengar Adik menyanyi. Lawak jugak... Ada masa si kecik ni sembang dengan Mama...walaupun tak faham...Mama layan je. Bab memanjat dan menggigit orang memang dia suka. Kalau Abang Ali tolak dia...dia mula nak gigit Abang. Mama biarkan saja. Pandai-pandai la korang adik-beradik settle sendiri. Jangan sampai ada yang luka dan lebam sudah. 

Toilet training...saya masih belum mula lagi untuk Adik. Kalau poo..dia memang dah mula berak toilet sejak 8 bulan lagi. Cuma pee tu....nanti dulu lah. Tunggu dia dah betul-betul sedia. But saya akan encourage dia dari semasa ke semasa. Ingat nak start awal sikit. Zaman GST ni kena berjimat-cermat. Kalau Adik dan Abang Ali dah diapers free...memang boleh jimat RM 200 sebulan.

Bab bergaya tu...Adik more to boyish. Skirt dan gown dia pakai...tapi dia lagi selesa pakai seluar. Saya suka pakaikan dia dengan seluar legging beli di Tesco ( tapi sejak kena GST ni legging tu pun dah naik harga. Huhuhuhuhu ). Kalau nak pakaikan hair clip or hair band..tu memang cari nahas sebab dia akan mengamok sampai tertanggal hair clip/hair band. Tak tau budak ni ikut perangai sapa. So kalau nampak rambut budak ni tak terurus....itu memang kehendak dia. Dah penat saya pakaikan tapi dia tak nak. Tunggu besar sikit kot...(Mama masih belom give up nak comelkan Adik ). 

Itu saja perkembangan Adik yang boleh saya story kali ni. Akhir entry...jom tengok gambar budak comey ni kat baby room Aeon Jusco Station 18.


11 April 2015

Kisah Mama : Honeymoon lagi ( Part 2 ) !!!!!!!!

Ok sambung cerita pasal honeymoon yang tak habis lagi. Dun worry..ini entry last ( tak reti nak karang cerita panjang-panjang ). As I promised before, kali ni kita cerita pasal pulau yang saya pergi di sekitar Kota Kinabalu.

Actually saya cuma pergi 2 pulau saja..Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kalau ikut perancangan kami nak pergi Pulau Memutik..tapi sampai di Jeti Jesselton pun lambat (around pukul 11 pagi) so kami cuma dapat ke 2 pulau saja. Itu pun rasanya dah cukup.


Dari Jeti Jesselton kami naik bot ke pulau. Satu bot tak ramai..around 8 penumpang. Actually kalau datang by group..better sewa 1 bot terus. Lagi puas hati sebab jadual perjalanan bergantung pada kita. Macam saya..disebabkan pergi berdua dengan En Amri, kami terpaksa menunggu lama untuk cukupkan penumpang dalam 1 bot. Tambang yang dikenakan bergantung kepada jumlah pulau yang kita nak pergi. Kalau nak pergi 2 pulau saja, tambang yang dikenakan cuma RM 33/person (ampun kalau salah sebab En Amri yang bayarkan). Tambang yang dicharge ialah tambang pegi-balik. Jadi kalau pergi dengan company A...nak balik nanti pun kena naik bot company A jugak....jangan naik company B pulak. Hati-hati ye...sebab nama company yang uruskan bot-bot ni hampir sama. Macamana nak tau? Biasanya driver bot akan bagitau pukul berapa dia akan ambik kita di pulau tersebut. So don't worry. Just alert dengan waktu je. Kalau nak suruh driver bot ambik cepat/lambat pun boleh. Call no dekat kertas yang dia bagi...lepas tu bincang dengan driver bot. Kalau bot dia kosong, biasanya dia tak banyak kerenah.




Ok sambung cerita. First stop kami ialah Pulau Manukan. SubhanaAllah....cantik sangat air kat sini. Dari atas jeti dah boleh nampak ikan. Tak pernah jumpa laut sejernih kat sini ( sebab pantai yang biasa kami pergi pun cuna Teluk Batik dan Pangkor ). Di Pulau Manukan ada chalet dan restoran. Ada facilities lain jugak macam surau, toilet dan bilik mandi AWAM. Cuma faham-faham saja lah...bila dah namanya awam..jangan la nak high expectation sangat. Asal boleh tunai hajat dan tukar baju sudah. Pantai pun luas dan sangat tenang. Tapi kan....yang tak bestnya banyak sangat pelancong asing dok bersidai dengan underware dan bikini saja. Sakit jugak la mata. Kalau boleh nak tutup mata En Amri. Huhuhu... Aktiviti yang best kat sini...of course la snokerling. Boleh sewa set kat jeti atau pun di pulau. Jangan tanya saya snokeling tu macamana..sebab seriously hati ini masih belum terbuka nak mencuba. Hahaha...saya bukan outdoor person..so aktiviti mencabar ni totally not my type. Keberanian saya hanya setakat mandi laut saja.


Lepas spend about 3 hours kat Pulau Manukan, bot datang ambik kami dan bawa kami ke Pulau Sapi. Time saya pergi Pulau Sapi penuh dengan orang. Nak cari ruang pun susah. Mungkin sebab hari Ahad. Saya tak mandi pun kat sini. Cuma jalan-jalan dan duduk lepak dengan En Amri. Dekat sini pun sama macam Pulau Manukan..facilities sangat complete. Tapi bila packed sangat, saya mula jadi tak selesa. So kami call driver bot dan naik bot pukul 3 untuk pulang ke jeti Jesselton. Tak lama pun kami di Pulau Sapi. Around sejam lebih saja.

Untuk saya, kalau diberi pilihan antara Pulau Manukan dan Pulau Sapi, saya lebih suka Pulau Manukan sebab tak ramai orang. Maklum lah..dah tua bangka nak mandi laut...segan sikit bila orang perati. Huhuhuhu... Next trip kita bawa Ali dan Adik datang sini pulak. Tunggu dua buah hati besar sikit. Seriau..bila memikirkan keselamatan anak-anak atas bot. InsyaAllah tunggu sikit masa lagi..Mama dan Babah bawa Ali dan Adik datang sini ye....
I

04 April 2015

Kisah Mama : Honeymoon Lagi (Part 1) !!!!

Almost 2 weeks saya tenggelam lagi. Kali ni tenggelam bersebab (bukan sebab virus M ye).  Sebabnya.....saya dan En Amri ber'honeymoon' lagi. Tahun ni insyaAllah tahun yang ke-6 perkahwinan kami dan tahun yang ke-4 kami PJJ. Bila PJJ ni...kami tak banyak masa untuk bagi perhatian pada masing-masing. Kalau En Amri balik bercuti, perhatian lebih banyak pada Ali dan Adik. Tunggu anak-anak dah tido baru kami dapat spend masa bersama. Jadi sekali-sekala, ber'honeymoon' ni perlu untuk mengeratkan lagi hubungan suami-isteri. Ini lah masanya untuk maniskan yang mana yang hambar dan tawar.


Honeymoon kali ni kami pilih Kota Kinabalu, Sabah selama 4 hari 3 malam. Memandangkan kami dah buat keputusan yang saya dan anak-anak tak akan tinggal di Sabah...jadi En Amri nak serah balik kuartes family yang kami duduk sebelum ni. Pendek cerita...kami kena pindah keluar dari kuartes family. Jadi disamping ber'honeymoon' tujuan saya ke Sabah ni..nak kemas barang dan angkut bawa balik Perak yang mana yang boleh diangkut. Kalau bawa Ali dan Adik memang tak jadi la kerja mengemas. Saya letak barang dalam kotak, dua-beradik ni keluarkan balik. Seriously...memang pening kepala. Pernah sekali En Amri terbawa baju saya time pergi kursus sebab time kemaskan barang En Amri tu budak berdua ni ada. Adoiii la anak-anak kesayangan mama....

Ok..sambung cerita honeymoon balik. Actually kami tak berjalan sangat pun sebab ada masa pun sehari je (hari Ahad). Jadi sehari tu kami habiskan masa pergi melawat Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Pasal pulau tu kita cerita dalam entry lain la ye. Nanti panjang berjela entry ni. Lepas habiskan masa di pulau, kami pergi tempat favourite kami : Gerai Lokan Panggang dan Puding Kelapa di Sulaman. Bagi saya Lokan panggang masih lagi best cuma puding kelapa tu dah makin tak sedap. Sorry ya orang Sabah. Masa awal-awal sampai dulu puding kelapa kat sini memang the best..dengan lemak manis lembut...cukup semuanya. Tapi sekarang ni...alahaiiii..puding En Amri dapat dah cukup lemak manis tapi keras. Yang saya dapat pulak..lembut tapi rasa tawaq hebeh. At last kami order kelapa sejuk (tapi yang sampai kelapa suam). Agaknya gerai-gerai kat sini dah famous sangat..sebab tu dah tak peduli dengan kepuasan pelanggan.

 

After kecewa dengan puding kelapa di Sulaman,  saya request nak makan western food. As usual En Amri tak banyak cakap terus drive ke Cybercity dan bawa saya makan di The Crew. Harga standard la...dan rasa not bad. Kat Sabah ni lain sikit seleranya. Ada yang tak berapa masuk dengan tekak orang Semenanjung. Tapi rasanya kalau orang Sabah ke Semenanjung pun mesti complain benda yang sama kan. Tapi menu kat The Crew ok...sama macam Semenanjung. Siap ada burger bakar lagi.


Malam sebelum fly ke KL baru teringat nak beli souvenir untuk officemates. Apa lagi kelam-kabut kami ke Kg Air. Saya beli sekotak brooch mutiara (ada 12 pasang) dan 2 set butang baju melayu. Total semua RM 60. Untuk saya ok lah..berbaloi. Untuk anak-anak tak beli apa pun...nak beli baju pun ...untuk Adik tak ada saiz. Tunggu masa kami nak bawa Ali dan Adik datang sini.


Itu saja cerita entry kali ni. Next entry kita sambung pasal pulau pulak.

15 March 2015

Kisah Amrsyar : Toilet Training ( outing time )

Again.....saya tenggelam timbul dalam berblogging. Lately emosi kurang stabil ditambah dengan kerinduan pada En Amri. Huhuhuhu....nasib saya dikurniakan dengan 2 buah hati yang tak banyak kerenah. Bila Babah tak ada, Ali setakat bertanyakan Babah saja. Belum pernah lagi dia meragam bila Babah tak ada. Adik pulak....belum boleh cakap lagi..cuma dia kerap pandang tangga. Mungkin mengharap Babah akan turun. Sabar lah wahai hati...insyaAllah doa kami akan termakbul satu hari nanti.

Entry kali ni saya nak share pasal toilet training time bawa anak keluar. Kalau kat rumah..rasanya tak banyak masalah untuk train anak ke toilet. Bila anak nak kencing..buka je seluar..terus ke toilet tunaikan hajat. Tapi bila dekat luar ni....agak mencabar sikit. Masa first time tak pakaikan diapers pada Ali time outing....saya agak failed sikit. Masa tu kami kat Aeon Manjung. Time Ali cakap nak kencing baru saya bawa dia ke toilet. Belum sempat nak buka seluar jeans dia dah terkencing. Huhuhu...nasib bawa seluar salin. Kalau tak..terbang duit mama kena beli seluar baru. 

Outing semalam, sekali lagi saya tak pakaikan Ali diapers. Kali ni kami ke Ipoh Parade. Sebelum naik kereta, saya ajak Ali kencing dulu. So sepanjang dalam perjalanan ke Ipoh dia OK...tak gadoh nak ke toilet. Sampai di Ipoh Parade...saya ajak Ali ke toilet lagi. After jalan-jalan, sebelum balik...again..saya ajak Ali ke toilet lagi. Alhamdulillah...tak ada kes terkencing dalam kereta. Suka mama walaupun penat sikit sebab banyak kali kena ulang-alik bawa Ali ke toilet. 


Untuk mommies yang nak start toilet training anak anda..ini perkongsian dari saya berkenaan toilet training anak time outing ( untuk tips toilet training di rumah, boleh selak entry lama ) :

1. Pakaikan anak dengan selipar. Saya pernah pakaikan Ali kasut dan stoking time keluar. Bila dia cakap nak kencing...punya la payah. Saya kena bukakan kasut dan stoking dia dulu..baru boleh buka seluar. Akhirnya Ali terkencing dalam diapers ( nasib pakai diapers time tu ).

2. Pakai anak dengan baju yang simple dan mudah untuk dibuka especially seluar. Budak-budak ni bila dah nak terkencing sangat baru dia cakap. Jadi lagi simple pakaian dia..lagi mudah nak buka..lagi senang. 

3. Bawa baju seluar spare dan tuala dalam handbeg supaya kalau anak terlepas kencing...tak perlu nak susah cari pakaian ganti.

4. Cari tempat outing yang senang nak ke toilet. Sebab tu saya lebih suka bawa anak-anak ke shoping complex...banyak toilet.

5. Kerap tanya anak jika nak ke toilet. Budak-budak ni suka ralit bila bawa kuar. Jadi sebagai mommy kita pun jangan leka..kerap tanya anak.

Itu saja perkongsian yang saya mampu bagi. Semoga perkongsian ini dapat membantu mommies yang lain.