22 December 2014

Kisah Mama : Hasil BerChurpChurp

Ingat lagi tak dalam entry yang lepas-lepas saya story pasal saya terima cek pertama dari ChurpChurp. Last week saya beli hadiah untuk diri saya dengan menggunakan duit ChurpChurp. Mula-mula tu pening jugak fikir nak beli apa sebab duit yang saya terima pun tak la banyak mana. Akhirnya...saya terasa nak beli kasut. So last weekend sambil bawa Ali dan Adik jalan-jalan di Kinta City, saya sempat grab kasut ni.


Masa nak beli tu..ingat nak cari flat shoes je..senang nak kejar budak bedua ni. Tapi jenuh mencari...tak jumpa jugak saiz 4. Maklum lah kaki saiz Cindralela. Penat si promoter check kan saiz kasut yang available untuk saya. Tiba-tiba terpandang kasut ni. Tinggi....tapi nampak selesa. Saiz pun ada..so saya pun grab saja lah. Malas nak fikir lama lagi. Dengan Ali yang sebok try kasut-kasut yang dia bekenan. Dia ambik, dia pakai then dia letak tempat lain. Adoiii la anak oiiii....nasib promoter tak marah. Huhuhu...

Lepas pakai kasut ni....sedap dan sangat selesa. Walaupun tinggi saya tak rasa sakit kaki pun pakai. Kasut melekat cantik kat kaki. Puas hati sangat-sangat. Bukan senang orang yang berkaki kecik macam saya nak jumpa kasut yang selesa. Tapi kali ni alhamdulillah...pilihan yang tepat untuk kaki saya. Paling saya suka warna dia. Nampak comey jerrr.

Ok end of story. Semoga rezeki saya lebih murah lagi lepas ni. Thank.You ChurpChurp !!!!

18 December 2014

Kisah Ali dan Adik : Lost World Tambun

Actually ni entry baling belakang. Time En Amri cuti ari tu, kami sempat bawa anak-anak mandi-manda di Lost World Tambun. Asalnya nak bercuti di Melaka, tapi cuti saya tak cukup panjang. Nak bawa anak-anak balik Manjung, nak pergi kenduri sepupu di Rawang...so akhirnya kami bawa Ali dan Adik mandi-manda di Tambun saja. 


Kami sampai di Tambun pukul 11 pagi. Pelampung siap beli awal-awal di kedai 2 ringgit. Tak kuasa nak sewa pelampung. Tiket masuk RM 50 untuk seorang dewasa. Saya dan En Amri dah RM 100. Ali dan Adik tak kena bayar sebab tak cukup tinggi 190 cm (tapi Ali nyaris-nyaris nak cukup). Terasa mahal jugak tiket masuk dia. Lepas masuk kami sewa locker sebab tak ada sapa nak jaga barang. Sewa locker saja dah kena RM 15. Tapi yang lagi seksa time nak tunggu simpan barang dalam locker. Punya la lama sebab pengurusan locker yang tak sistematik. Semua orang diberi locker di bahagian yang sama. Bila habis bahagian tu baru pihak pengurusan bagi bahagian lain. Lama jugak kami menunggu untuk simpan barang. Ali dan Adik mula buat perangai. Budak-budak mana suka menunggu. Sabar saja la....




Pukul 12 tengahari baru kami start terjun dalam kolam. Dah ada anak-anak ni kena la sedar diri sikit. Tak de la merasa naik gelungsur tinggi-tinggi macam time berdua dulu. Kami cari kolam yang cetek..sesuai dengan Ali dan Adik. Tapi Ali ni penakut air. Asyik nak berpaut dengan Mama dan Babah je. Kalau lepas sikit...mula la menjerit. Adik pulak yang berani. Siap ada gaya nak berenang lagi. Saya dan En Amri yang takut nak lepaskan dia sebab kaki dia tak sampai ke lantai kolam.  Walaupun kat sini banyak kolam tapi yang sesuai untuk budak-budak macam Ali dan Adik tu sikit saja. Kebanyakkan kolam yang ada sesuai untuk budak-budak yang dah sekolah. Bagi ibubapa yang bawa anak kecik macam kami, saya nasihatkan anda ke bahagian kolam air panas dulu sebab kat situ ada baby pool yang tak ramai orang sangat. So anak-anak kita pun boleh mandi dengan tenang.


Pukul 1.30 petang,  Adik dah mula meragam sebab lapar. So nak tak nak kami terpaksa lunch disini. Ingatkan nak lunch di Giant Tambun..lagi murah dan lagi banyak pilihan. Tapi Adik dah meragam. Saya beli nasi vanggey RM 10 dan air milo. Terasa makanan kat sini mahal jugak dan rasanya...tak ada la sedap sangat. Untuk orang yang lapar...telan saja lah. Lepas makan...si comey kecik ni terus tido dalam pangkuan Mama. Nyenyak tido walaupun baju basah. Ali pulak sambung mandi dengan Babah. Dalam pukul 2 petang, langit dah mendung. Saya ajak En Amri bawa anak-anak masuk Petting Zoo. Masuk pun sekejap je..buat syarat sebab rasa macam membazir pulak bayar tiket mahal-mahal tapi tak masuk. Tak sempat nak explore sangat. Kami cabut awal sebab hujan dah turun.



After kuar zoo, kami tukar baju dan terus balik. Budak-budak ni dah penat sangat. Tapi bila masuk kereta...tak de pulak nak tido. Asyik main berdua. Sampai rumah pun tak tido jugak. Pelik....mana budak berdua ni dapat tenaga. Malam baru Ali dan Adik tido. Adik siap ngigau lagi. Comey pulak budak ni ngigau.

Itu saja cerita pengalaman kami mandi-manda di Lost World Tambun. Nak datang lagi ke? Jawapanya maybe not....not until budak-budak ni yang request. Dari tiket masuk till makan minum...even nak simpan barang pun sangat mahal. Rasa tak berbaloi. Ali dan Adik pun nampak gaya macam tak berapa enjoy. Maybe sebab ramai sangat orang...cuti sekolah la katakan. Lepas ni kalau nak bawa budak berdua ni mandi-manda...kami akan bawa duduk hotel yang ada private pool. Tak ramai sangat....lagi selesa nak berendam. Ok..jumpa lagi dalam entry seterusnya (itu pun kalau saya rajin update ..huhuhuh).

10 December 2014

Kisah Babah : Bye Bye Babah

Semalam 8 Disember 2012,  En Amri dah selamat pulang ke Sabah. Kursus En Amri dah tamat on 28 Nov, then En Amri sambung cuti seminggu. Sedeyyy sangat..... Kalau time kursus En Amri balik jump kami anak-beranak almost on every weekend. Tapi sekarang dah tak ada. Sebulan sekali nak jumpa pun susah. Ya Allah...kuatkan hati ini.

semalam saya ambil cuti dan hantar En Amri ke KLIA. Kami naik ETS dari Kampar pukul 5.30 pagi. Ali dan Adik tinggal dengan Opah. Pagi sangat...tak seswai nak bawa anak-anak. Nak drive ke KL...hihihi...memang tak la. Pukul 7.30 pagi kami dah sampai ke KL Central. KL Central tengah sibuk dengan umat manusia nak g kerja. Seronok pulak tengok orang-orang KL. Tak dapat bayangkan kalau saya terpaksa jadi orang KL. Tak seswai kot. Saya lebih selesa di Kampar...bandar kecik yang tak berapa nak padat. Pergi kerja cuma 15 minit drive dari rumah. Kalau pecut...8 minit dah sampai. Ok....back to our story. Lepas breakfast di KL Central, kami naik bus ke KLIA. Tiket cuma RM 10. Dalam pukul 10.30 pagi kami dah sampai di KLIA. 

After selesai urusan chek in barang, saya dan En Amri lepak-lepak dulu. Flight En Amri pukul 2.00 petang. Time tunggu flight ni kami manfaatkan untuk bersembang. Sedey la..lepas ni sakit pinggang kena urut sendiri. Tak ada teman nak bertekak....kena mandikan anak-anak sendiri....kena drive sendiri...semua kena buat sendiri. Dah tak boleh manja-manja buat muka kesian minta En Amri tolong. Huhuhu....sedey...Rasa sayu je bila saya salam En Amri sebelum kami berpisah. Tapi saya cuba untuk fikir positif. InsyaAllah bulan 2 kami jumpa lagi. Bila fikir macam tu...terus tak jadi nangis.


Actually dah penat dengan hidup PJJ macam ni. Tapi apa nak buat... Suami saya pergi carirezeki halal untuk kami. Bukan tak nak ikut En Amri tinggal di Sabah. Tapi bila dipertimbangkan balik, lebih banyak negatif dari positif. Paling menakutkan...kalau En Amri dah posting ke Semenanjung tapi saya tak dapat (sebab En Amri dah lama di sana). Saya belum cukup kuat nak jaga 2 orang anak kami seorang diri. Jadi biar la kami tunggu En Amri posting ke Semenanjung..baru bleh kami tinggal bersama. 

Untuk kawan-kawan blogger, doakan semoga doa kami untuk tinggal sekali dan hidup normal macam family lain akan termakbul. InsyaAllah.....

05 December 2014

Kisah Mama : Alhamdulillah...Murah Rezeki Bulan Ni

Alhamdulillah Selasa lepas saya terima cek yang pertama dari ChurpChurp. Lama jugak menabung dengan ChurpChurp ni...dekat 2 tahun. Tapi tahun pertama tak aktif sangat. Start awal tahun ni baru saya aktif mengiklankan iklan ChurpChurp di Facebook. Thank u kepada rakan-rakan dan sedara-mara yang sudi klik.



Semoga lepas ni ChurpChurp akan lebih murah hati dengan saya.

30 November 2014

Kisah Mama : Alhamdulillah...Kami Dah Sehat !!!!

Kalau entry lepas saya cerita kami anak-beranak kena demam, tapi sekarang ni Alhamdulillah...kami dah totally recover. Dua buah hati ni memang demam sekejap saja...yang paling teruk tentulah saya...si Mama. Dekat 3 minggu juga menanggung sakit kepala. Nak berehat atas katil saja pun tak boleh sebab kena pergi kerja. Jawabnya...buat kerja tapi tak sempurna. Bila sakit kepala menyerang...terpaksa berehat di surau. Nasib rakan sekerja faham.

Time kami anak-beranak sakit, En Amri tak dapat balik selama 3 minggu. Kursus En Amri dah nak tamat..jadi jadual agak ketat sikit. Tak apa lah....ini memang realiti isteri tentera. Kena extra kuat. Nasib ada Atok, Opah dan Mak Su untuk tengok-tengokkan Ali dan Adik bila saya tak berdaya untuk bangun. Kalau tak....hurmmmmm...tak tahu la macam mana hidup kami.

Nak tahu macamana saya recover. Banyak jugak cara saya cuba. Yang paling mujarab...of course la...makan panadol. Tapi macam yang kita tahu panadol tak baik untuk badan kita. Jadi saya cari alternatif lain. Saya berurut kepala dan leher. Kebetulan mak mentua datang rumah...saya mintak mak mentua urutkan. Memang banyak sangat angin dalam kepala. Lepas berurut baru kepala rasa ringan. Then, atas nasihat blogger Cik Su, saya cuba Pati Delima Gulsan. Buat masa ni baru habis suku botol. Kesan pertama yang boleh saya rasa...sistem buangan saya jadi lawas. Sampai berebut toilet dengan officemates (saya jarang membuang di toilet office). Buat masa ni saya terus amalkan dulu.
 Sebotol pun tak mahal...baru RM 20. Nanti dah nampak kesan lain, saya share lagi pasal pati delima ni. Then, saya cuba minum air badak cap kaki tiga. Ini pun atas nasihat penyelia. Time nak beli tu, saya check dulu air badak ada kelulusan KKM ke tak. Alhamdulillah..ada. Tapi rega..huhuhu..tak sepadan dengan saiz  yang besar botol mineral kecik tu je. Hurmmmm....mahai naaaa air cap badak sekarang.

Seksa jugak 3 minggu sakit. Tapi tak apa lah...at least Ali dan Adik sakit kejap. Tengok anak-anak sakit lagi sedih daripada kita sakit. After dah baik ni..harap-harap mood berblogging saya kembali macam dulu. InsyaAllah....

Sebagai penutup entry...kita tengok gambar 2 buah hati yang asyik nak ajak naik kereta.


16 November 2014

Kami Demam !!!!!!!

Lagi sekali..saya tenggelam lagi. Sorry...Actually since 2 minggu yang lepas saya dan anak-anak tak berapa sihat. Awal bulan 11 aritu saya kena pegi PTM (Program Transformasi Minda) di Penang. Saya angkut Abang Ali dan Adik sekali tapi tinggal di Bayan Baru rumah mak cik. Balik dari Penang, Abang Ali demam panas sampai kena masuk ubat ikut bontot dan ambil darah kat tangan. Tapi Alhamdulillah...keputusan ujian darah tak ada apa-apa. Esoknya dia dah sihat dan berlari-lari. Tapi lepas Ali sembuh....Adik pula demam selsema..diikuti dengan saya. Huhuhuhu....dugaan sungguh. Adik cuma demam 3 hari saja....tapi saya sampai sekarang (dah seminggu 2 hari), selsema masih belum sembuh dan kepala asyik pening je. Hari-hari terpaksa telan 2 biji panadol. Kalau tak, tak bleh nak buat kerja. Rasa macam dah habis 3 papan panadol saya telan. Entah kenapa sakit kali ni lama sangat nak sembuh. Selalunya saya sakit cuma 2 or 3 hari saja. Tapi tak apa la...sekurang-kurangnya dosa-dosa kecil terhapus.

Ok lah...kepada kawan-kawan bloger sila jaga kesihatan. Dalam cuaca hujan-panas sekarang ni...penyakit mudah singgah. Akhir entry saya belanja gambar tangan Ali kena cucuk ambil darah hari tu. Sampai sekarang dia asyik tunjuk tangan tu sambil cerita nurse ambil darah. "Aaaakit". Huhuhu....hero Mama ni macam-macam kerenah.


06 November 2014

Kisah Amrsyar Dan Adik : Jalan-Jalan Zoo Taiping

After berkali-kali tetangguh, akhirnya dapat jugak kami bawa Ali dan Adik ke Zoo Taiping. Last time kami ke sini.... tahun lepas. Masa tu Adik masih dalam perut lagi. Dah setahun lebih...zoo pun dah berubah. Last year ada bahagian zoo yang tengah renovate but this year...kami dah boleh lawat semua kawasan. 

Pukul 9.30 pagi kami dah bertolak ke Taiping. Breakfast pun dalam kereta jer. Tak berhenti kat RnR sebab kami harap dapat sampai before pukul 11 pagi. Tapi kita cuma merancang, kami sampai di zoo Taiping pukul 11 lebih dan hujan turun rintik-rintik. Mula-mula saya ingat nak tunggu hujan reda, tapi En Amri nak masuk jugak. Adik kami masuk dalam stroller dan Abang berpayung. Entrance fee cuma RM 16/person...Abang dan Adik free. Bagi yang tak larat nak jalan, pihak zoo ada sediakan train. Tak ada bayaran dikenakan. Tapi nasib kami tak baik...time tu ramai budak tadika yang buat lawatan tengah tunggu giliran nak naik train. Jadi kami anak beranak terpaksa ringankan kaki dan berjalan. Nasib baik hujan turun sekejap je. Kalau tak basah kuyup kami. Banyak jugak binatang kat zoo ni dan binatang pun tak de pasif sangat. Dapat la Ali dan Adik kenai monyet, cipanzi, harimau, singa, zirafah, badak sumbu ..... yang lain dah lupa (Mama sudah tua).







Pukul 12.30 kami dah habis pusing satu zoo. Dekat pintu keluar ada jual gambar yang diambil dekat pintu masuk tadi. Sekeping RM 30. En Amri suruh beli sebab dia memang suka collect gambar kami satu family. Sebab dalam gambar tu saya nampak lawa sikit (maybe dah kena edit), saya pun setuju. Masa datang sini tahun lepas pun kami beli jugak gambar dekat pintu masuk. Tapi time tu gambarnya tak berapa nak cantik. Tukang edit tak pandai edit gambar ler tu. Huhuhu..suka-suka je saya kutuk orang. Ok...sambung cerita. Lepas tamat melawat Zoo Taiping, kami mencari Jusco Taiping untuk mandikan dan tukar diapers dan baju Ali dan Adik. Cari-cari....rupanya Jusco Taiping belum siap lagi. Terpaksa ke Tesco. Macam biasa...baby room di Tesco agak kureng sikit. Rasanya semua Tesco pun sama...baby room jarang dijaga. Sebab tu saya lagi prefer Jusco.

After lunch dan bersihkan Ali dan Adik, En Amri nak cari Mee Udang Kuala Sepetang. Sepanjang perjalanan ke Kuala Sepetang, Ali dan Adik tidur. Penat sangat berjalan pusing zoo tadi. Mula-mula ingat nak makan mee udang Mak Jah. Tapi bila sampai sana...kedai Mak Jah dah penuh dengan umat manusia. Comfirm order lambat sampai. Jadi kami terus ke pekan Kuala Sepetang. Dekat pekan ada kedai nama Salleh Stall. Mee udang dia not bad. Service pun tak lembab dan harga pun boleh tahan. Saya lupa nak kira berapa ekor udang dalam mee saya. Lepas isi perut, kami tappaw mee udang dan mee goreng udang untuk Opah dan Atok. Tertunai sudah hajat En Amri nak makan mee udang Kuala Sepetang. Lepas ni tah apa pulak dia teringin nak makan. Macam orang pregnant pulak.



Ok...dah tamat sudah cerita trip ke Zoo Taiping. Next trip maybe nak ke Lost World Tambun pulak.

28 October 2014

Kisah Mama : Oren Cupcakes

Ahad lepas saya sempat masuk ke dapur dan sediakan OREN CUPCAKE untuk En Amri. Sejak En Amri berkursus di PD dan balik Kampar every weekend..setiap kali hari Ahad kami.akan bawa anak-anak breakfast di luar. Tapi minggu lepas saya rasa malas nak keluar...jadi terpaksa la masuk dapur sediakan breakfast untuk family. Sekali-sekala jadi full time housewife kembali.

Kek ni simple dan sekejap saja nak buat. Time saya dah nak habis bakar baru Ali dan Adik bangun. Kek pun sedap. En Amri sorang je makan 5 biji. Tekstur sangat lembut macam sponge. Ali dan Adik pun suka tapi lepas makan kek, Ali mintak nasi lemak. Memang perot melayu betul hero Mama ni.


Bagi yang berminat nak cuba, bleh klik disini untuk ke "rumah" saya yang satu lagi. Resipi asal saya ambik dari "rumah" blogger terkenal En Mat Gebu. Ok need to go now. Jom sambung kerja.

21 October 2014

Kisah Adik Dan Babah : Celebrating Birthday

Seperti yang saya janjikan dalam entry yang lepas nak cerita pasal sambutan birthday Adik. Kebetulan 11 Oktober yang lepas jatuh pada hari Sabtu..so kami terus sambut birthday Adik. Actually bukan Adik saja yang diraikan...tapi Babah sekali. Bagi yang tak tahu Babah dan Adik share tarikh lahir yang sama 11 Oktober. Jadi tiap tahun jimat duit...beli sebiji kek saja untuk dua beranak (Mama memang sangat kedekut key!!!!!!).

As usual, saya cuma buat sambutan kecil saja (no party no photoshoot no tetamu jemputan). Yang ada cuma sebiji kek dan family members yang terdekat. Pagi-pagi lagi Atok Talib dan Opah Tipah dah sampai dari Manjung. Opah Tipah siap bawa pulut kuning dan rendang daging (memang favourite saya). Kek pula saya beli di King Bakery..Boston Cheese Cake sebab En Amri request. Kemudia Opah Dah pulak masak kuew tiaw goreng dan nasi beriani. Memang kami makan-makan sampai perut kenyang. 




Itu saja cerita sambutan birthday Adik dan Babah. Sangat simple....hihihi. Kalau ikut hati saya memang teringin nak buat sambutan besar-besaran tapi..rasa membazir pulak. Lagipun Adik kecik lagi. Tak ada kawan-kawan yang nak dijemput. Cukup lah sekadar sambut birthday dengan orang-orang yang menyayangi dia.

Doa Mama untuk Adik : Semoga Adik membesar dengan sihat dan sentiasa dikelilingi dengan banyak kasih sayang. 
Dan untuk En Amri : Semoga Allah permudahkan semua urusan kehidupan Babah. Dan terima kasih sebab sentiasa berusaha cari rezeki yang halal untuk Mama, Ali dan Adik.

17 October 2014

Kisah Adik : Alhamdulillah...Adik Dah Setahun !!!!!

Alhamdulillah anak manja Mama dah menginjak setahun pada 11 Oktober (Sabtu) yang lepas. Tak sangka cepat sangat Adik membesar. Dari baby yang kuat nangis (masa dalam pantang) Adik dah jadi baby yang mudah sangat nak dijaga. Tak banyak ragam dan tak kerap sakit. Setakat yang saya ingat, lepas pantang till now Adik cuma sakit sekali je..itupun selsema yang ringan. Alhamdulillah...Adik dikurniakan kesihatan yang baik. Mungkin berkat Adik menyusu susu badan dan makan homemade food (sorry bukan nak riak..tapi saya memang dapat rasa kebaikkan susu badan pada anak-anak).

Perkembangan Adik setahun :



1. Adik dah berjalan. Kalau sebelum ni saya cerita Adik takut-takut nak melangkah..tapi sekarang Adik dah pandai atur langkah. Cuma bila dipakaikan kasut..Adik kekok sikit dan ada masa dia akan terjatuh. Then dia akan bangun dan sambung jalan balik. Strong girl !!!! Sekarang ni kami memang enjoy tengok Adik berjalan..hihihi..bila dia tak nampak, kami akan gelakkan dia..sebab cara dia jalan comey sangat.

2. Adik dah ada 4 batang gigi...2 diatas dan 2 dibawah. Gigi dibawah senget dan gigi diatas besar sangat. Atok cakap gigi atas Adik macam rabbit sebab Mama suka bagi dia makan carrot lenyek. Tapi AbangAli dulu pun sama macam Adik..gigi atas besar. Bila gigi dah penuh..comey je. So saya tak risau sangat.

3. Since Adik dah tumbuh gigi..Adik dah tak nak makanan lenyek lagi. Jadi Mama dah tak perlu bangun seawal 5.30 pagi untuk stim dan lenyek makanan Adik. Cuma untuk lunch dan dinner Adik masih lagi nak makan bubur nasi walaupun Opah dah cuba bagi nasi biasa. Rasanya Adik belum bersedia lagi. Tak apa..take your time ye Adik.

4. Adik dah pandai pangil MAMA. Everytime dia nampak saya, dia akan kejar dan panggil "Mama". Saya rasa untuk setiap ibu...saat anak mula panggil kita "Mama" antara saat paling indah. Terharu...ada masa rasa nak menangis.

5. Adik dah mula kenal a few things especially her shoes. Kenapa kasut???!!!! Sebab setiap kali waktu petang Opah akan bawa dia keluar dengan syarat dia pakai  kasut. Huhuhuhu...sangat kelakar budak comey ni.

6. Hubungan Adik dan Abang Ali memang sangat rapat. Walaupun ada masa Adik dan Abang akan bergaduh berebut perhatian atau barang, tapi saya dapat rasa pertalian yang erat antara 2 beradik ni. Alhamdulillah...

Itu saja cerita perkembangan Adik. Next entry kita share sambutan birthday Adik dan Babah. 

12 October 2014

Kisah Mama : Shopping Online Di HERMO

Sejak bergelar Mama, masa untuk keluar shopping dah tersangat terhad. Kalau keluar ke shopping complex pun mesti tak puas shopping sebab perhatian lebih tertumpu pada Ali dan Adik (nanti ada pulak annoucement budak gigi depan besar hilang). Tapi bila keluar tak bawa anak-anak pun still tak puas shopping sebab hati teringat kat anak-anak so rasa nak rush balik rumah. At the end, Mama kena shopping online la jawab nya. Selalunya saya suka shopping online di Groupon. Tapi barang-barang yang dijual agak terhad. Baru-baru ni saya cuba shopping online di Hermo. Hermo ni site yang jual barang kosmetik dan skin care sahaja. Kebanyakkan brand yang dijual ialah brand dari Korea..macam Leinage, Skin Food, Hada Labo etc (dah lupa). Saya beli cleanser Hada Labo Arburtin whitening dan trial set whitening Leinage. Harga boleh tahan murah. Beli 2 items dapat free postage. Service pun cepat. Tak lama saya tunggu untuk terima barang. Sangat happy dan puas hati. 

Bagi yang mencari trial set untuk skin care, maybe bleh try beli kat Hermo. Harga berpatutan dan service pun bagus. Itu saja perkongsian untuk entry kali ni. Next time saya share pengalaman shopping online di Groupon dan MyDeal pulak.


30 September 2014

Kisah Amrsyar dan Adik : TINGGGGG !!!!!!

Tajuk entry kali ni pelik sikit..tapi isi entry biasa-biasa saja.


A few months ago saya buka akaun ASB untuk dua buah hati. Sebelum ni memang ada niat nak buka, tapi disebabkan saya belum bekerja maka cuma En Amri saja yang buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji anak-anak. Tapi sekarang saya dah kerja dan rasa dah stabil sikit..so why not tambah lagi saving budak 2 orang ni. Sebab tak nak kacau akaun TH anak-anak (biar la Babah saja yang bagi sumbangan), saya buka akaun ASB untuk Ali dan Adik. Tapi tak ada lah buat potongan gaji macam Babah (gaji Mama kecik...potong sikit pun dah nampak beza). Every month after dapat gaji saya akan ke pejabat pos untuk masukkan duit. Tak banyak pun...cuma puluh-puluh saja. Tapi insyaAllah kalau istiqamah mesti boleh nampak hasilnya nanti.Mana tau kalau satu hari nanti Ali dan Adik nak pakai duit...tak perlu berhutang. Hihihi...actually niat saya buat saving pada anak-anak supaya bila mereka nak sambung belajar nanti, tak perlu guna pinjaman (samada PTPTN, MARA atau loan bank). Babah sambung belajar dulu guna PTPTN. Jadi ada masanya kami memang rasa terbeban. Baru mula kerja dah ada loan yang kena settle. 

Jadi, untuk Ali dan Adik saya ikut budaya Jepun...start saving untuk anak-anak belajar sejak lahir. Harap-harap usaha saya dan En Amri dapat bantu anak-anak kami dimasa hadapan. Ada jugak kawan-kawan yang syorkan pada saya untuk saving dalam koperasi, insurans, saham dan etc...tapi buat masa ni saya lebih percaya pada TH dan ASB sahaja.

Untuk buka akaun ASB tak susah. Had umur minimum untuk buka akaun ialah 6 bulan. Dokumen yang diperlukan cuma SIJIL KELAHIRAN dan MYKAD PENJAGA (copy dan original). Kena isi 2 jenis borang dan seorang saksi diperlukan untuk tandatangan borang. Akaun ASB boleh dibuka di pejabat pos atau dimana-mana bank yang jadi agen ASB (biasanya dekat pintu bank ada sticker). Cuma RM 10 sahaja diperlukan untuk buka akaun. Simplekan syarat dia.

Jadi pada parents yang masih belum buka akaun untuk anak-anak anda..jom kita start saving untuk masa depan mereka. Sikit-sikit..lama-lama jadi bukit.

20 September 2014

Kisah Mama : Scallop Plain Versi Baru

Akhirnya projek yang mengehadkan masa berbloging saya...siap jugak. Alhamdulillah. Bagi yang suka shopping online mesti tau kan baju scallop plain. Actually baju ni sangat sesuai untuk yang berbadan petite macam saya. Kebanyakkan baju/dress yang saya beli online..selalu mengecewakan saya. Walaupun dia tulis fit xs to l....tapi selalunya bila pakai mesti nampak besar dan mengelebah. Frust sangat...

Tapi lain dengan baju scallop ni. Bila saya pakai..memang muat-muat. Hasilnya saya dah beli 3 pasang. Yang 2 pasang bercorak..tapi yang sepasang ni kosong (sebab tu dipanggil scallop plain).  Disebabkan baju ni kosong, En Amri suruh saya buat something. So, after a month of workin....tadaaaaaaaa :


Saya tambah beads pada baju supaya dia tak plain lagi. Actually niat dihati nak tambah renda lace. Tapi kos yang tinggi buat saya rasa tak berbaloi. Baju ni nak pakai kerja je pun. Tak perlu nak spend sampai ratus-ratus sangat. So akhirnya...saya cuma tambahkan beads dari 2 warna dan saiz yang berbeza. Walaupun ambik masa selama sebulan nak disiapkan...tapi puas hati sangat.

So bagi sesiapa yang ada scallop plain dan rasa nak put some magic on your dress...boleh cuba idea saya. Murah dan...hurmmm cantik (sekali sekala puji hasil seni sendiri..tak salahkan). 

15 September 2014

Kisah Adik : 11 Bulan

11 Sept 2014 - Adik dah 11 bulan. Tinggal lagi sebulan before Adik turns 1. Mama syukur sangat sebab Adik anak yang sehat dan mudah dijaga. Cuma Adik suka usik orang especially Abang Ali. Seronok tengok gelagat 2 beradik ni. Rasa sejuk perut biarpun beranak setahun sorang.


Di usia 11 bulan, perkembangan Adik agak normal. Adik dah boleh berdiri masa 10 bulan lagi. Jadi sekarang ni, Adik baru boleh menapak selangkah dua. Masih takut-takut nak melangkah tanpa memaut pada apa-apa. As a mom, saya train Adik supaya lebih berani melangkah. Ramai yang kata biar dia jalan sendiri. Tapi bagi saya, ada masanya kita sebagai ibubapa perlu ajar anak-anak untuk berusaha. Bukan memaksa..tapi kita encourage mereka. Well..itu cara saya.

Bab bercakap..huhuhu Adik memang sangat aktif. Kalau dia jaga, mulut dia memang akan sentiasa bergerak..samada dia bercakap atau makan. Sometime saya macam dengar dia menyanyi. Entah la..sebab Adik masih guna bahasa baby..jadi saya tak berapa faham dia cakap apa. Tapi selalunya saya layankan saja setiap kali dia bercakap..suka dengar suara comey dia.

Walaupun Adik dah nak setahun, tapi saya tak hadapi masalah nak suap makan. Adik masih lagi berselera macam dulu. Berbeza dengan Abang Ali dulu. Maybe sebab Adik dibesarkan dengan homemade food while Abang Ali dibesarkan dengan nestum (time Abang Ali dulu..saya kurang ilmu. Ikut saja apa yang orang tua kata). Walaupun setiap pagi saya kena bangun awal untuk stimkan carrot/ubi/labu untuk Adik, saya tetap rasa cara ini sangat berbaloi.  Kalau saya tak sempat sediakan breakfast Adik, saya akan suruh Opah suapkan Adik dengan pisang/betik/mangga. Saya dah berikrar no more nestum/cerelac for my babies.

Dalam gembira tengok perkembangan Adik, ada jugak perkara yang sedih. Adik dah tak fully BF. Saya dah mula campurkan susu Adik dengan susu formula sebab susu badan dah makin berkurang. Kalau dulu time di ofis dapat pump 8 ke 10 oz satu seisi..tapi sekarang nak dapat 5 oz pun payah. Milk booster..dah bermacam-macam saya try..tapi still tak jalan. Tak apa lah..maybe rezeki Adik dapat fully BF sampai 10 bulan saja. Tapi saya masih berusaha pump susu untuk Adik walaupun Adik dah mula minum susu formula. Time malam..memang dia bergantung saja dengan saya. Buat masa sekarang Adik minum Lactogen 1..insyaAllah next month saya nak tukarkan ke Lactogen 2.

Satu perkara yang sangat risaukan saya ialah bab gigi Adik. Walaupun Adik dah 11 bulan, gigi Adik baru ada 3 batang (2 bawah, 1 atas). 2 batang gigi kat bawah tu senget..macam bentuk V while sebatang kat atas tu sangat besar. I cannot imagine how she will look like bila gigi dia dah penuh. Mesti sangat funny dan comey. Saya pernah tanya nurse pasal gigi Adik yang bentuk V tu..nurse cakap maybe Adik suka gigit benda keras. Bila difikirkan balik...memang Adik suka gigit HP saya.

Itu saja cerita pasal perkembangan 11 bulan Adik. Semoga Nur Addeena Safiyya membesar dengan sihat, aktif dan jadi wanita yang solehah dan lembut (seperti maksud Safiyya). Luv you Adik !!!


09 September 2014

Kisah Amrsyar Dan Adik : Riadah Pagi Ahad

Ahad lepas Babah balik lagi. Sekarang ni Babah kursus di PD, jadi insyaAllah most weekend bleh balik. Seronok bebudak dua orang ni sebab dapat jumpa Babah kerap. Kalau tak sebulan sekali baru dapat jumpa Babah. Itupun kalau Babah tak kena pergi operasi. Kalau Babah kena pergi operasi..berjanggut lah kami anak beranak tunggu 3 bulan.

Ahad lepas kami bawa Ali dan Adik pergi riadah pagi. Tak jauh pun..kat taman area Bandar Baru je. Actually saya nak train Adik berjalan. Adik dah nak masuk 11 bulan..dah boleh berdiri tapi masih takut-takut nak melangkah. Babah dah mula risau. Jadi kami bawa budak bedua ni ke taman...train Adik berjalan atas rumput. Jatuh pun tak pe.. Hasilnya....Adik boleh berjalan laju..tapi masih nak pegang tangan Mama. Bila Mama lepas tangan, dia berdiri statik tak mau bergerak. Huhuhu...tak pe sayang...kita usaha lagi ye.


Abang Ali....seronok dia dapat berlari tanpa had. Anak lelaki...memang suka padang. Walaupun kat taman ni ada playground tapi Ali masih belum berminat lagi. Ali lagi.suka berlari. Seronok dia lari sampai ibu jari kaki luka pun tak bagitau Mama. Malam tu time dahmandikan dia baru dia tunjuk. Lepas tu mula merengek mintak ditempek dengan plaster. Macam-macam ragam dia.




Pukul 10 pagi, Babah dah ajak balik sebab pukul 12 tengahari Babah nak bertolak ke PD. Sabar ye anak-anak Mama..next week insyaAllah kita jumpa Babah lagi.

05 September 2014

Kisah Mama Dan Babah : Honeymoon di Gold Coast Morib

Lamanya tuan tanah menghilang...ada tak yang merindui saya. Sorry..dah lama tak berblogging. Lately hidup tersangat busy sebab En Amri kerap balik. Bila suami ada disisi, saya memang liat sikit nak update blog. Kalau boleh 24 jam nak duduk celah ketiak suami. 

Entry kali ni "cerita baling belakang". Awal bulan Ogos hari tu, saya dan En Amri sempat ber"hunnymoon" selama 2 hari. Actually kami dah lama beli voucher 2D1N GOLD COAST MORIB di Groupon. Mula-mula ingat nak bawa anak-anak tapi disebabkan tak tahu jalan nak ke Morib (risau anak-anak meragam dalam kereta), kami decided untuk pergi berdua saja. Opah dan Mak Su bawa Ali dan Adik ke Penang. Excited jugak bila sekali sekala diberi peluang untuk bercuti berdua saja. Kami bukan macam pasangan lain yang bersua muka hari-hari. En Amri cuti baru dapat jumpa. Itu pun bukan dapat bagi 100% perhatian pada En Amri. Bila anak-anak dah tidur, baru dapat belai-belai dan manjakan En Amri. Kesian kan suami saya... 

Bagi yang tertanya-tanya apa ada di Morib....jawapannya MORIB TIADA APA-APA. Disebabkan itu kami suka sangat. Tak ada aktiviti nak dibuat selain spend masa berdua. Bilik yang kami dapat quite besar dan selesa cuma nampak lama sikit. Dekat luar bilik ada taman tema air...dari balkoni dah boleh nampak kolam dan papan gelungsur. Kalau bawa budak-budak..maybe nak terus terjun tapi untuk kami yang dah matang ni (tak mau mengaku tua)....tak terasa pun nak mandi-manda. Entrance fee ke taman tema air dah masuk sekali dalam bayaran hotel dan time check in dia bagi tiket.




After selesai urusan check in, kami jalan-jalan area Morib saja. Kiri kanan jalan banyak gerai-gerai kecil yang jual seafood segar. First stop kami ialah Pantai Morib. Dekat sini ada food court..tapi disebabkan time tu petang, banyak kedai yang baru nak buka. Saya sempat cuba SOTONG BAKAR. Rasa sedap...tapi bagi saya agak mahal-RM 10 untuk yang saiz kecik. On the way ke pekan Banting, kami berhenti isi perut dengan SOTONG GORENG dekat kedai tepi jalan. Nama kedai tak pasti tapi kedai warna hijau. Sos sedap dan sotong goreng ranggup..tapi yang tak best bau sekitar kedai tak berapa nak sedap (banyak benor komplen...orang Morib jangan marah naaa). Untuk yang macam saya..terus mati selera tapi En Amri tetap makan.


Bila tiba waktu malam, lagi sekali kami keluar ke Pantai Morib cari makan. Time ni food court dah penuh dengan manusia walaupun hari yang kami datang tu weekdays. Lepas makan terus balik hotel dan tido sebab dah mati kutu tak tau nak buat apa. Suasana di Gold Cost Morib time malam memang tersangat suram. Tapi rasanya kalau weekend maybe meriah kot. 

Hari ke-2, kami mulakan dengan menikmati breakfast yang termasuk sekali dalam package hotel. Rasa sangat puas hati sebab pihak hotel sediakan banyak pilihan menu. Memang kenyang perut. Tambah pulak pagi tu hujan....perut asyik minta diisi. Lepas perut kenyang, baru kami masuk taman tema air. Kalau ikut hati saya memang tak nak masuk, tapi En Amri beria. Tak nak bazir tiket. So, dalam hujan yang renyai-renyai both of us jadi kanak-kanak riang semula. Yang terlebih jadi kanak-kanak riang comfirm lah si bapak budak. Kalau boleh semua gelungsur dia nak cuba..tapi ada setengah gelungsur ikut berat badan. Rasanya kalau lebih 55kg tak boleh naik (opssss....En Amri jangan marah..terbocor rahsia).  


Around pukul 11 pagi kami dah check out sebab hati saya dah meronta-ronta nak jumpa Ali dan Adik. Jadi tamat la sudah kisah honeymoon saya dan En Amri kali ni. Seronok - yes. Puas hati denga hotel - yes. Tapi..dalam hati selalu teringat dekat anak-anak especially bila time mengepam susu. Huhuhu..naluri seorang ibu. 


So, for those yang masih ragu-ragu nak beli voucher Gold Coast Morib di Groupon, saya harap entry saya dapat membantu anda membuat keputusan. Saya dulu pun ragu-ragu jugak..takut kena tipu or diberi layanan buruk. Tapi...overall saya rasa puas hati. Harga tak mahal dan layanan pihak hotel pun baik. Cuma sekiranya anda mencari tempat bercuti yang happening..ini bukan untuk anda.

14 August 2014

Kisah Amrsyar : 2 Tahun

Bismillahhirahmannirahim

Alhamdulillah Muhammad Ali Amrsyar bin Amri dah genap 2 tahun pada 29 July 2014. Dan cukup 2 tahun jugak saya bergelar Mama. Terasa sekejap..tapi bila teringat balik pengalaman membesarkan dia..terasa perlahan sangat masa berlalu. Dari hanya mampu berbaring, menerap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri, berlari, melompat, bercakap...semuanya berlaku dalam tempoh 2 tahun. 

Bila tengok Ali sekarang, rasa sayu pun ada. Dua tahun saya dan En Amri tunggu kehadiran dia. Tiap bulan mengharap Miss P tak bertandang..tapi selalu kecewa. Pergi berurut sana sini...tapi still tak ada rezeki. Then kami buat rawatan di hospital swasta. After 6 bulan, saya masih lagi kosong. Akhirnya saya decide untuk stop buat rawatan...dan tak nak fikir soal anak lagi. Saya sibukkan diri dengan bekerja sebagai guru ganti..ajar budak darjah 1 dan 2. Hari-hari ceria dengan telatah anak murid. Sebulan lepas tamat kontrak, Alhamdulillah saya preggykan Ali. Bila difikir balik...perancangan Allah itu lagi indah. Kami dah usaha..dan mengharap usaha kami ada hasilnya. Tapi hampa. Tiba-tiba Dia hantar kejutan pada kami bila kami dalam keadaan tak menjangkakan. Kejutan yang teramat mengembirakan.

Birthday Ali yang ke-2 saya tak buat celebration besar-besaran sangat. Macam tahun lepas..cukup sekadar tiup lilin dan potong kek. Itu definasi Birthday pada saya. Tak ada birthday party besar-besar yang kena buat goodies pelbagai..tak ada juga photoshoot kat tepi tasik dan tak ada juga hadiah mahal-mahal (sorry kalau ada yang terasa). You can call me kedekut...tapi ini cara parents saya besarkan saya dan adik-beradik. Dan cara yang sama jugak saya akan besarkan anak-anak saya. 

Since Ali dah 2 tahun...dia dalam proses belajar bercakap. Banyak words yang dia boleh cakap tapi ada sebutan yang tak betul lagi. Pengalaman saya mengajar dia bercakap...saya lebih banyak menggunakan words english. Bukan nak berlagak..tapi pernah sekali dia tunjuk gambar ikan pada saya. Saya ajar dia cakap "IKAN"...dia sebut lain. Banyak kali saya ajar..dia masih tak boleh sebut. Tapi bila saya ajar dia sebut "FISH", terus dia boleh (walaupun bunyinya jadi "PISH"). Mungkin sebab "IKAN" ada 2 suku kata, tapi "FISH" cuma 1 suku kata..so Ali lebih senang sebut FISH daripada IKAN. After kejadian tu, saya lebih banyak ajar dia words english yang simple contoh "CAT" "COW" "RED" "BLACK" "DUCK" "DOG". Tapi bila ajar dia sebut "ICE CREAM"..dia sebut "nyum nyum". Seriously...mengajar anak bercakap ni seronok dan ada masa boleh gelak sampai pecah perut. 

Rasanya dah cukup panjang kisah ni. Doakan semoga Ali Amrsyar membesar dan jadi pemimpin Islam seperti Saidina Ali. InsyaAllah....


25 July 2014

Kisah Mama : Persiapan Raya

Tinggal lagi 2 hari sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Rata-rata mommies mesti dah siap persiapan raya kan. Biasanya kita akan dahulukan barang anak-anak. Biasa la...naluri ibu.

Raya tahun ni En Amri tak dapat balik beraya. Dah tugas...saya terima saja keadaan kami. Sedih memang sedih..tapi bila dah biasa...pandai-pandai la kita ceriakan hati sendiri. 5 tahun usia perkahwinan kami, kami cuma pernah sambut raya 2 kali saja. Yang lagi 3 kali kami sambut berasingan. Lagipun raya tahun ni, saya dah ada 2 orang buah hati. Ada la pengupat kesedihan.

Persiapan raya tahun ni lebih kepada anak-anak. Baju raya Ali dan Adik dah siap beli...sorang 3 helai. Jadi lah...sebab tiap bulan pun memang saya belikan baju untuk Ali dan Adik. Jadi baju raya...tak payah banyak-banyak. Duit raya pun dah prepare. Tahun ni semua guna sampul baru. Tak ada sampul recycle sebab stok sampul dah bertengkek-tengkek. Semak la pulak... Tinggal baju raya saya dan kuih raya je belum cari lagi. Baju saya tu...kalau ada..ada la..kalo tak ada...saya tak kesah sangat.


Kalo tengok baju Ali dan Adik semua brand Anakku. Hehehe...itu tandanya mamanya shopping last minute sebab kat Kampar cuma ada butik Anakku. Kalau nak brand lain biasanya saya ke Ipoh. Next year dah tak mau shopping last minute dah. Sebelum raya nak complete semua persiapan raya. Penat woooooo.....

Akhir kalam : Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada hasil tulisan saya yang buat anda terasa. Nak ucap selamat hari raya awal-awal sebab raya nanti mesti bz.

17 July 2014

Kisah Amrsyar dan Adik : Balik Manjung

Jumaat lepas saya ambik cuti sebab nak bawa Ali dan Adik jumpa Opah Tipah dan Tok Talib (my parents in law).  Kami balik 2 hari semalam saja sebab hari Ahad En Amri dah kena terbang balik ke KK. Dapat balik sekejap pun jadi lah....dapat jugak En Amri lepas rindu pada family dia 

Actually dalam family saya dan family En Amri, Ali adalah cucu pertama dan Adik cucu ke-2.  Jadi faham-faham saja la...bila budak bedua ni balik Manjung, Opah dan Atok memang excited sangat. Tambah pulak Ali dah pandai sebut "Opah" "Atok" "Angah"(Mak Ngah)....lagi suka Atok dan Opah melayan. Cuma Adik saja yang agak takut-takut dengan orang. Asyik nak melekat dengan Mama dan Babah. 

Dalam banyak-banyak aktiviti budak-budak ni kat Manjung, Mama cuma sempat snap gambar budak-budak ni mandi kolam. Bukan main seronok lagi Ali dan Adik mandi kolam. Si Abang mula-mula tak nak  mandi kolam...tapi bila dah masuk..dia yang tak nak kuar. Sampai kecut-kecut pun still nak main air lagi. Adik pulak...tak nak duduk...asyik nak berdiri saja..terpaksa Babah pegangkan. Lama jugak budak bedua ni berendam...sampai habis mandian baby Ali tuang dalam kolam. Seronok ye...mandi la puas-puas...dekat Kampar tak ada kolam sebab nanti kucing cakar.


Since raya tahun ni En Amri tak balik beraya, so ada kemungkinan yang kami anak beranak akan balik beraya di Penang. Jadi Opah Tipah awal-awal dah belikan kereta mainan as hadiah birthday anak teruna ni (birthday Ali pada 29hb ni). Seronok kemain Ali dapat keretabaru..saya tak berani nak cakap apa-apa. Mahaiiiii oooooo....boleh lepas belanja diapers dan susu anak sebulan. Tapi dah Opah nyer nak bagi...terima saja la....


Ok lah....sejak puasa ni saya memang dah malas nak update blog. Banyak entry yang cuma jadi draft je. Harap-harap lepas raya ni semangat nak update blog akan datang balik.

10 July 2014

Babah Balik !!!!!!!!

Surprised !!!!!!! BABAH BALIK !!!!!!
Mama pulak yang terlebih excited. Almost 4 bulan tak jumpa suami, kasi chan la kat Mama nak excited sikit. Alhamdulillah En Amri balik pada Sabtu yang lepas. En Amri dapat cuti seminggu. Lepas CO sign borang cuti, En Amri terus beli tiket flight and balik ke Kampar. Tq dear...

Reaksi Ali bila jumpa Babah : mula-mula dia renung Babah. After 2 minit baru dia jerit BABAH. Lepas salam dengan Babah, dia pegang tangan Babah sambil bye bye kat Mama. Amboiiiii...seronok ko ye nak..sampai Mama pun ko siap bye bye lagi. Sekarang ni...Ali asyik sebut BABAH BABAH BABAH je. Penat Babah asyik kena sahut.

Reaksi Adik : Awal-awal jumpa Babah Adik tak nak kat Babah. Bila Babah dukung, Adik menangis. Tapi lepas beberapa jam Babah asyik cium-cium Adik, dia dah mula suka pada Babah. Time bebuka pun dia asyik duduk kat kaki Babah mintak makanan. Sampaikan Babah nak pegi toilet pun payah.

Reaksi Mama : Suke la saya.....suami dah balik. Ada orang boleh tolong dukung anak. Bukan nak bersungut tapi dengan tinggi 140 cm dan berat 45kg....rasa sakit tulang belakang bila kena dukung Ali yang  dah 11 kg dan Adik yang dah 7kg. Tapi seminggu je pun boleh bermanja-manjaan. Ahad ni En Amri dah kena terbang ke KK semula. InsyaAllah bulan 8 baru kami dapat jumpa balik.


Doakan semoga family kami dapat tinggal bersama bila tiba masanya nanti. Semoga Allah perkukuhkan kasih sayang dalam hati kami biarpun dipisahkan oleh Laut China Selatan.

04 July 2014

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan. Dah 5 hari puasa baru ada kesempatan nak ucap Salam Ramadhan. Ramadhan tahun 2012 saya bepantangkan Ali. Ramadhan tahun 2013, saya tengah sarat preggykan Adik 8 bulan. Tahun ni....berpuasa sebagai orang bekerja. Memang terasa penat jugak sebab balik rumah sibuk dengan anak-anak pulak. Tapi tak baik mengeluh...

Berbuka dengan anak-anak memang agak mencabar jugak. Sebelum waktu berbuka, dah kena suap Ali dan Adik makan. Lepas tu mandikan budak bedua ni...dengan harapan bila time bebuka nanti tak adalah budak bedua ni ganggu. Tapi bila tiba time bebuka....sama je.Budak bedua ni pun sibuk nak bebuka especially Adik. Saya letakkan dia dalam walker. So time bebuka...dia sibuk keliling meja makan mintak makanan. Abang Ali pulak asyik minta air. Bila Upin Ipin dah start baru Abang Ali akan senyap. Tapi Adik masih keliling meja mintak makanan. Kecoh jugak rumah kami bila tiba masa berbuka. Lepas habis berbuka budak-budak ni terus zzzzzzz..Huhuhu lega Mama ....

Sejak ada anak, solat terawih berjemaah di surau atau masjid memang dah tak dapat saya buat. Tak apa lah rasanya Allah lagi mengetahui. Tunggu anak-anak besar baru dapat terawih di surau. Rindu nak dengar bacaan imam.

Babah?!!!! Hurmmmm.....setakat ni En Amri tak ada perancangan nak balik lagi. Masih banyak kerja...biasa la orang baru kuar operasi. Tak apa lah...kami bersabar menunggu kepulangan babah.

Itu saja cerita Ramadhan kali ni. Kalo.ada masa saya update lagi.

11 June 2014

Kisah Adik : 8 Bulan

Hari ni Adik genap 8 bulan. Tak sangka kejap sangat Adik membesar. Mama syukur sangat dapat anak-anak yang sehat, aktif dan baik macam Ali dan Adik. So far Adik masih lagi baby yg mudah nak dijaga. Tak banyak kerenah cuma aktif macam abang. Karakter Adik lebih banyak mirip Abang..suka senyum, aktif, mulut bising, suka merajuk...huhuhu..memang macam Abang Ali cuma Adik suka makan. Kalo nampak Opah pegang mangkuk nasi, cepat je dia datang kat Opah. 

Perkembangan Adik bulan ni tak banyak. Kalau bulan sebelum ni Mama risau Adik tak boleh duduk dengan tegak..tapi sekarang Adik dah boleh. Jadi tak de apa nak risau. Adik masih lagi dalam proses nak belajar berdiri. Adik lagi suka memaut kat kerusi atau badan orang. Tapi bila masukkan dia dalam walker memang dia meraung nak keluar. Jadinya walker hanya digunakan time makan saja. Ikut Adik lah..asal Adik happy.

Semalam, Mak Su Nana bagi Adik minum air oren guna botol air abang yang ada straw. Ingatkan saja-saja nak bagi dia main...tapi rupanya dia dah pandai sedut air guna straw. Terkejut kami. Hahahaha... So lepas ni Adik kena minum air guna botol air...no more botol susu.


Walaupun Ali dan Adik dah almost 3 bulan tak jumpa Babah (Babah masih di Semporna. Jaga sempadan negara) tapi budak-budak ni sangat ceria. No demam-demam or merengek-rengek rindu Babah. Cuma sekali sekala Ali akan sebut Abah. Mama yang sebak. Bila bagitau Babah, terus Babah buat video call. Nasib teknologi dah makin canggih. 

Ok..semoga anak-anak kesayangan Mama terus kuat dan tabah.

10 June 2014

Kisah Mama : Sakit Gigi..Adoiiiiii!!!!!!

Lamanya Mama Ali & Safiyya ni menghilang. Actually bukan dah tak ingat nak update blog tapi since last week saya sakit gigi. Dalam banyak-banyak sakit, saya paling tak tahan sakit gigi. Gigi yang sakit tu sebenarnya memang dah tahap nazak sangat. Dah start sakit masa saya preggykan Adik 8 bulan tapi dentist klinik kesihatan tak berani nak cabut sebab HB saya low. Dia takut jadi pendarahan so dia just letak filling dan nasihatkan saya datang cabut after delivered Adik. 

Tapi biasalah kita ni...selagi tak sakit gigi..memang tak bertandang jumpa Dr D @ dentist. Nak dijadikan cerita last Sunday gigi tu dah berdenyut balik. Mula-mula tu sakit manja-manja je..saya biarkan saja. Bila malam, sakit makin kuat...saya telan panadol 2 biji..ok dah boleh lena. Masuk hari Isnin..lepas kerja saya terus pergi dental klinik sebab tak tahan sakit sangat. Doktor suruh datang esok untuk cabut. Malam tu dia bagi saya paint killer yang power puna (dia yang cakap). So malam tu lepas makan, saya terus telan paint killer yang doktor bagi. Tapi.....................start pukul 9 malam sampai pukul 2 pagi....gigi terasa sangat sakit. Nampak sangat paint killer yang doktor bagi tadi tak cukup power. Macam-macam saya buat untuk hilangkan rasa sakit..tempek koyok - tak jalan, tuam pipi - pun tak jalan, kumur dengan Listerine - tak jalan jugak....akhirnya KUMUR DENGAN AIR GARAM - alhamdulillah..lega. Tapi sekejap saja leganya..dalam 5 minit...sakit balik. Kumur lagi dengan air garam..5 minit lepas tu sakit balik. Itu lah rutin saya Isnin malam sampai pukul 2 pagi. 


Hari Selasa..pagi-pagi saya dah berkunjung ke dental klinik. Tak sampai sejam gigi yang nazak dah kena cabut. Dari hari Selasa ke Rabu..memang tak sakit..tapi masuk hari Khamis...wahhhhhhhhhhhh tak tahan..sakit balik. Saya habiskan ubat yang doktor begi tapi still sakit lagi. Sebab tak tahan sangat..hari Jumaat saya ke dental klinik balik. Rupanya dah ada jangkitan dekat gusi..sebab tu walaupun gigi dah cabut saya still rasa sakit. Kali ni doktor bagi saya antibiotik 2 jenis dan paint killer. If Sabtu dan Ahad saya still rasa sakit, doktor cadangkan untuk cuci gusi tersebut. Dengar pun dah ngeri. So hari Sabtu dan Ahad saya pulun antibiotik ikut peraturan. 

Pagi tadi saya pegi dental klinik lagi. Alhamdulillah...doktor tak jadi cuci gusi. Antibiotik yang dia bagi dah cukup untuk hapuskan jangkitan kuman. Lega saya....kalau tak..terpaksa menahan sakit lagi laa jawabnya. Setelah berhari-hari malam saya terganggu dengan sakit gigi, akhirnya malam ni..insyaAllah saya dapat tidur lena. 

Daripada cerita pendek saya..dapat disimpulkan 2 perkara :
1. KUMUR DENGAN AIR GARAM adalah tips yang paling berkesan untuk kurangkan rasa sakit gigi. Walaupun terpaksa kumur setiap 5 minit..tapi saya lega sebab rasa sakit tu hilang.

2. Kalau ada gigi yang dah rosak..cepat-cepat lah berjumpa dengan Dr D. Tak payah tunggu sakit baru nak pegi.

Ok..dah masa saya letak kepala atas bantal..cover balik time tidur yang terganggu. Gud nite all !!!

22 May 2014

Kisah Adik : Dah Mula Melasak

Just a quick update pasal Adik since Mama ada jangkitan wabak M. Adik sekarang dah makin lasak.Suka panjat kerusi kemudian lepas tangan..konon nak berdiri sendiri. Tapi kaki tak kuat lagi..so bedebuk jatuk ke lantai. Nasib tikar tebal kalo tak....alamat dapat telor free sebijik kat kepala. 

Since Adik dah boleh memanjat, so Opah dapat sorang lagi "tukang kemas rumah tak bergaji". "Tukang kemas rumah tak bergaji" yang pertama mesti lah Abang Ali yang comey.Setiap hari rumah mesti bersepah dengan toys dua beradik ni. Nak baring depan TVpun dah payah. Opah pun dah malas nak kemas rumah. Tunggu budak-budak ni tidur baru boleh kemas. 


Ok tu je la cerita yang boleh di"update" pasai budak comey ni. Lain kali kalau ada masa Mama update lagi. Luv Ali dan Safiyya.

10 May 2014

Kisah Mama : Dapat Hadiah Mother's Day

11 MEI 2014 - Kali ke-2 saya diraikan sebagai ibu. Ada yang cakap hari ibu kena sambut hari-hari bukan pada hari tertentu sahaja. Tapi bagi saya, tak salahkan kalau ada satu hari yang special untuk kami para ibu. Yer la..tak kan hari-hari suami dan anak-anak nak bagi hadiah. Tak kan hari-hari jugak suami dan anak-anak nak buat semua kerja rumah sementara kami berehat. Jadi bagi saya tak salah kalau kita sambut Mother's Day. Hari dimana kami, para ibu diraikan dan diberi layanan atau hadiah istimewa. Tapi ini cuma pendapat saya sebagai seorang ibu.

Tahun lepas rasanya tak ada apa-apa special gift dari En Amri. Tapi tahun ni...saya dah terima gift dari dia petang tadi. Nasib sempat abang Pos Laju call suruh saya tunggu depan office. Kalau tak, alamatnya hari Isnin baru dapat. Mother's Day tahun ni saya dapat :


COOLER BAG

Actually saya ada merungut kat En Amri cooler bag saya dah koyak. Dah lama pun pakai coller bag tu..dari Ali lagi. Dah 1 tahun 9 bulan kot. Jadi, pak cik tu pun belikan la cooler bag baru untuk saya. Comey sangat..siap ada corak jalur-jalur lagi..nasib bukan corak jalur gemilang. Nanti orang ingat saya rembat barang kerajaan pulak. Anyways, THANK YOU EN AMRI. Hadiah yang terbaik untuk seorang ibu. Lepas ni dah tak malu nak usung cooler bag lagi dah. Kalau coller bag sebelum ni orang suka perli saya bawa jantung sebab cooler bag tu warna hitam. Dah ada cooler bag jalur-jalur ni..baru nampak stylo sikit. Hahaha...boleh tak..cooler bag je pun.

 Hadiah dari anak-anak ????!!! Anak-anak saya kecik lagi. Hari Isnin sampai Ahad pun belum kenai..ni kan pulk hari ibu. Tapi bagi saya, cukuplah sekadar dapat tengok senyuman dan gelak tawa Adik dan Ali. Itu dah merupakan hadiah terbesar untuk saya. 3 tahun menanti untuk bergelar seorang ibu...akhirnya Allah hadiahkan saya dengan 2 anugerah terindah : Muhammad Ali Amrsyar bin Amri dan Nur Addeena Safiyya binti Amri. Syukur Ya Allah...

07 May 2014

Kisah Adik : Perkembangan Adik 6 Bulan


Lama tak tulis pasal perkembangan debab-comey Mama ni. Adik dah nak masuk 7 bulan pun. Tapi ok la sebab entry kali ni nak cerita pasal perkembangan Adik sepanjang 6 bulan. 1 day after masuk 6 bulan, saya bawa Adik check up di KK. Alhamdulillah semua normal..berat pun dah 6 kilo +++ . Adik masih lagi minum susu manusia walaupun Adik dah start makan solid food. Saya belum terfikir nak bagi Adik minum susu haiwan. Pendapat saya : Selagi ada susu manusia, bagi lah susu manusia pada anak anda. Ok ini list yang 6 months old's Addeena Safiyya dah mampu buat :

1. MERANGKAK LAJU - since 5 bulan Adik dah boleh merangkak..tapi slow macam kura-kura. Sekarang ni dah laju..sekejap je dah sampai dapur. Time saya balik kerja, dia dah tunggu depan pintu. Tak sempat nak bukak tudung, kain dah kena tarik sambil mata dia terkebil-kebil mintak dukung.

2. MEMANJAT - huhuhu..dah nama pun anak askar..panjat memanjat serahkan pada diaorang. Kat rumah 96 ni, kena jaga-jaga kalau nak tidur atau baring kat lantai. Sebab si kecik ni suka panjat badan orang lepas tu korek lubang hidung atau telinga.

3. BERDIRI DENGAN BANTUAN - since Adik dah boleh panjat, biasanya dia akan panjat sofa kemudian berdiri sambil pegang sofa. Cepat ????!!! Hurmmmm...entah lah. Actually Abang Ali dulu pun sama jugak..6 bulah dah boleh berdiri dengan bantuan. 

4. TOILET TRAINING - Walaupun Adik baru 6 bulan, opah tak bagi Adik poo poo dalam diapers dah. Bila dia buat muka meneran, cepat-cepat saya atau opah bawa Adik ke toilet. Letakkan dia atas potty. First time letak Adik atas potty memang dia meraung. Tapi bila Abang Ali buat muka meneran..konon-konon ajar Adik poo poo dalam potty, baru Adik dapat selesaikan urusan yang terbantut seketika. Pecah perut tengok gelagat 2 budak manja ni.


Itu saja rasanya perkembangan Adik sepanjang 6 bulan. So far so good. Cuma yang merisaukan saya Adik masih belum boleh duduk dengan sendiri. Kalau diletak dalam posisi duduk, dia ok. Cuma dia masih belum boleh duduk sendiri bila dia merangkak. Tapi tak apa lah..maybe Adik lambat sikit. Saya akan pantau dia bulan depan. Kalau tak boleh jugak..kena dapatkan nasihat dari yang pakar. 

03 May 2014

Kisah Amrsyar : Dah Ada Basikal

ALI DAH DAPAT BASIKAL !!!
Baru setahun 8 bulan, tapi Atok dah belikan Ali basikal. Actually Atok kesian kat Ali. Tiap petang asyik tengok je budak-budak lain naik basikal depan rumah. Tak sampai hati tengok muka dia yang kagum tengok orang kayuh basikal. Jadi Atok pun belikan satu untuk Ali. Tapi, kaki Ali belum cukup kuat lagi nak kayuh basikal. Sudahnya jadilah macam ni :


Atok ikat tali pada basikal Ali supaya senang Atok nak tarik. Jadi tak payah Ali susah payah kayuh basikal. Tak tahu la sampai bila Atok kena tarik basikal Ali. Lawak jugak tengok gelagat cucu dan atok ni. Tiap-tiap petang Ali akan ajak Atok naik basikal. Lepas habis naik basikal, Atok akan merungut lenguh tangan sebab Ali dah semakin berat. 

Hero Mama ni makin banyak akal dia. Sebagai mama, saya tak nak limit kan keupayaan dia, walaupun orang kata masih terlalu awal untuk ajar Ali naik basikal. Biar lah orang dengan cara orang dan saya dengan cara saya. Semoga Ali membesar dan dewasa seperti Saidina Ali : berani, kuat dan aktif. 

29 April 2014

Kisah Mama : Nak Kumpul Susu Untuk Stok Ramadhan

Sedar tak sedar tinggal 2 bulan je lagi kita nak berpuasa. Cepat sangat masa berlalu. Ramadhan last year saya tengah sarat preggykan Adik 8 bulan. Jadi puasa pun ada 8 hari berlubang. Ramadhan 2012 pulak saya tengah berpantangkan Ali. Memang comfirm la berluang-lubang. Harap-harap Ramadhan tahun ni dapat la saya berpuasa penuh. Buat masa ni Miss P saya tak stabil lagi. Ada bulan dia muncul, ada bulan dia senyap je. Maybe disebabkan injection yang saya ambik. So probability untuk puasa penuh tu insyaAllah ada.

Bila dah dekat nak puasa ni, satu jer yang merisaukan saya --> SUSU BERKURANG. Saya jenis yang kuat makan bila menyusukan anak. Dekat office memang selalu kena tegur sebab asyik muka saya je di pantry. Actually malu la jugak..tapi nak buat macam mana memang perut cepat lapar. Tak dapat makan heavy, snack pun jadi lah. Bila nak puasa ni, saya risau susu berkurang dan stok EBM tak cukup. So, saya buat persediaan dari sekarang. Saya merajinkan diri menge"pam" susu sekerap yang boleh. Since Adik dah mula makan solid food, dia dah kurang menyusu. Jadi dapat la saya buat stok EBM extra untuk puasa. Sometime terpaksa bangun pukul 5 pagi untuk pump susu. Dapat sikit pun tak apa...asal ada. 

Peneman Mama pump susu pukul 5 pagi

Hasil tuaian yang agak lumayan
Buat masa ni saya masih setia dengan ESP sebagai milk booster saya. Terfikir jugak nak try produk lain..tapi masih tercari-cari produk apa yang bagus. So, if ada mummy yang tahu pasal milk booster yang bagus please sharekan dengan saya. Thank you.....