28 May 2017

Kisah Amrsyar : Denggi Screening

Assalamualaikum
Salam Ramadhan...Alhamdulillah dah 2 hari kita puasa. Seronok pulak rasa puasa tahun ni sebab dapat puasa dengan orang-orang yang tersayang. Huhuhu...cerita puasa dan persiapan raya kita simpan dulu. Ni nak cerita pasal cerita 2 minggu sebelum puasa. Al-kisah anak teruna saya demam seminggu tak mau baik-baik. Yang peliknya..malam je demam dan suhu badan sampai 38C ke 39C. Bila siang elok je main dengan Adik..suhu badan pun normal. Mula-mula Babah nyer bawa ke Klinik 1M tapi dah bagi makan ubat tak juga sembuh. So saya pun terpaksa ambik EL sehari bawa Ali ke KK. KK kat Kampar ni ramai orang..niat asal nak ambik time off je..tapi bila dah pukul 12.00 tengahari pun tak settle lagi...bos sarankan ambik je la EL. Tak apa lah..EL pun EL lah...asalkan hero kecik saya ni sehat.


Mula-mula jumpa doktor..doktor dan nurse tak percaya Ali demam sebab suhu 37C. Tapi bila tengok result blood test..muka doktor berubah. Dia minta Ali buat denggi screening. Masa dengar tu...saya dah cuak. Jangan la Ali kena denggi. Tak sanggup nak tengok dia sakit. Masa tengok nurse ambik darah dia pun...rasa nak nangis sekali dengan dia. Ini kan pula kalau dia kena masuk drip air...lagi lah....tak sanggup. Masa serah borang denggi screening kat lab...hati dok dup dap dup dap. Dalam hati dok berdoa untuk hero kesayangan Mama ni.

Tepat 25 minit..saya terpacak depan tingkap kecik lab. Tak lama tunggu..akhirnya nama Ali dipanggil.


Alhamdulillah result denggi screening Ali NEGATIVE. Syukur sangat. Tapi doktor nasihatkan kalau 2 or 3 hari masih demam...Ali kena buat denggi screening lagi. Huhhuhuhu...tak pe balik ni Mama paksa Ali minum air banyak. Ikut cakap doktor, Ali mungkin demam sebab tekak dia kena jangkitan kuman. So doktor bagi antibiotik dan ubat demam.

Alhamdulillah...lepas seminggu makan antibiotik dan ubat demam, Ali dah sehat. Cuma batuk-batuk tu ada lagi. So 90% Mama pasti Ali tak kena demam denggi...cuma demam biasa. Syukur sangat...

Sebagai parents kita kena alert hal kesihatan anak-anak. Actually few days before bawa Ali ke KK..saya ada daftarkan satu kematian. Arwah baru 14 tahun..ikut cakap waris arwah asalnya kena kencing tikus. Sayu bila pandang muka waris. Sebab tu masa di KK saya tekad...Ali melalak lah macamana pun time nurse nak ambik darah dia...saya tetap akan pujuk. Biar saya menangis sekarang daripada saya menyesal kemudian. Alhamdulillah...anak teruna ni tak banyak kerenah...cuma merengek sikit-sikit sebab tak selesa branula kat tangan. Jangan kata Ali...Mama pun tak suka branula tu. Hahaha...

Ok lah...semoga di bilan Ramadhan ni kita semua dikurniakan kesihatan yang baik.

14 May 2017

Kisah Mama : Selamat Hari Ibu 2017

Assalamualaikum

HAPPY MOTHERS DAY

Alhamdulillah...ini tahun ke-4 saya sambut Mothers Day. Tambah bahagia bila sambutan tahun ni dapat dirai bersama hubby tersayang. Tahun-tahun sebelum ni..jarang kami raikan Mothers Day. Jangan kata Mothers Day..birthday anak-anak dan anniversary pun selalu postpone sambutan sebab Babah jauh. Sekarang ni...Alhamdulillah Babah dah ada depan mata..InsyaAllah semua sambutan kami akan sambut bersama.


Hari Ibu tahun ni saya dapat 2 biji kek. Kenapa 2? Huhuhu...sebab tahun-tahun sebelum ni kami tak biasa sambut hari ibu..so saya tersilap bagitau tarikh kat En Amr. Ingatkan Hari Ibu minggu petama bulan Mei..rupanya minggu ke-2. Yang pak cik tu pun beli lah Kek Butterscotch  Jumaat lepas. Hari Ahad baru sedar bila buka FB..tak ada sapa pun wish Mothers Day. Malu I. So, semalam beli sebiji kek lagi..kali ni kek manggo pulak. Dua-dua kek ni kami beli melalui FB Siti Sarah. Yang kek Butterscotch tu RM 35 dan kek manggo tu RM 25 (tapi promosi dapat RM 20). Rasa memang mabeles. Kek lembut dan krim tak manis sangat. Kek Butterscotch...memang puas hati..sos butterscotch dan walnut tak kedekut. Kalau ada yang duduk sekitar Ipoh boleh try order kat Siti Sarah. Saya recommended. 

Untuk Hari Ibu ni saya bersyukur sangat sebab diusia 30++, Allah bagi saya nikmat menjadi seorang ibu dimasa yang sama masih lagi menjadi seorang anak. Sebab bila dah jadi ibu..baru la sedar mana silapnya kita sebagai anak. Alhamdulillah..Allah masih bagi peluang untuk saya perbaiki kesilapan tu. Saya masih ingat lagi hari pertama bergelar ibu, masa saya baru lepas selesai bertarung nyawa lahirkan Ali Amrsyar..masa nurse tolak keluar dari labour room..saya nampak Mama dan En Amr tengah tunggu saya di ruangan menunggu. Masa tu sebak sangat sangat tengok wajah Mama. Saya ambik tangan Mama dan cium sambil nangis. Saya rasa Mama faham kenapa. Masa tu memang menyesal dan rasa bersalah sangat pada Mama. Agaknya apa yang saya rasai masa lahirkan Ali....macam tu lah yang Mama rasa 27 tahun yang lepas masa lahirkan saya. Then bila saya dah besar..saya banyak sakitkan hati Mama...tapi Mama tetap maafkan dan redha. Bila saya sendiri rasa kesakitan tu..baru sedar betapa bertuahnya saya dianugerahkan seorang ibu macam Mama. Terima kasih Allah..moga saya teus diberi peluang untuk berbakti pada orang tua saya selama dan sebaik yang boleh.

Untuk anak-anak saya Ali Dan Addeena : Thank you sebab sudi hadir dalam hidup Mama dan Babah. Dari dulu sampai sekarang..Ali dan Adik tetap Anugerah Terindah yang Allah bagi pada Mama. Saya bertuah kerana dikurniakan anak yang mudah untuk dijaga.. Semoga Allah terus bagi Mama kekuatan untuk mendidik dan menjaga Ali dan Adik menjadi muslim dam muslimah yang terbaik. InsyaAllah...