07 November 2015

Kisah Mama : Chip Chocolate Coffee Muffin

Dah lama tercari-cari masa free untuk update blog. Kebetulan petang ni saya kena basuh comforter kat self laundry services. So sambil tunggu mesin mendobi...apa kata kita update sikit blog ni. Sejak ada kedai dobi self services ni memang dah tak pernah pergi kedai dobi lagi. Lagi jimat buat sendiri.. 

Entry kali ni nak cerita pasal muffin yang saya buat untuk Ali dan Adik minggu lepas. Actually ini cubaan ke-2. Cubaan pertama saya follow resipi asal betul-betul kena letak cinnamon powder. Tapi....satu family tak suka muffin tu. Ali dan Adik makan sikit je...kemudian dua-dua pegi main. Saya bawa pergi ofis pun...ofismate cakap rasa cinnamon terlalu kuat sampaikan dah hilang rasa coffee. So untuk cubaan kali ke-2 ni saya tak letak cinnamon powder lagi dan saya guna coffee emulco. Hasilnya....much much better than 1st one. Ali dan Adik pun suka. 

Kalau ikut saya between kek dan muffin, saya lebih suka baking muffin sebab muffin lebih mudah....tak perlu pukul butter, gula dan telur sampai kembang....cukup sekadar bergaul mesra. Masa untuk sediakan muffin pun sekejap. Biasanya saya baking muffin time awal pagi sebelum Ali dan Adik bangun. Pernah saya cuba baking time Ali dan Adik ada. Tapi....memang kecoh jadinya. Ada saja barang yang hilang....budak-budak ni buat mainan. Sabar je la mama dengan kerenah anak-anak.

So..tak mau cerita panjang. Kita tutup entry dengan pic muffin coffee yang sangat cun. Bagi yang terliur tengok, boleh ke rumah@blog saya yang satu lagi.


12 comments:

  1. Menyelerakan betul.. Sedap buat makan petang nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..sesuai sgt bt time cuti2 ni

      Delete
  2. sedapnya makan petang2 gini..

    ReplyDelete
  3. best sgt bila mkn dgn.kopi...
    bt utk.breakfast pun ok jugak

    ReplyDelete
  4. Selera nmpk muffin tu..cantik je jadinya.. lps ni boleh buat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...nk bt pun senang..

      Delete
  5. Terasa nak cuba nanti..nyummy

    ReplyDelete
  6. Terasa nak cuba nanti..nyummy

    ReplyDelete
  7. betulbetul mufin lg mudah dr kek.
    kacau kacau, siapp
    suka mkn mufin panas panas hirup air coklat
    saya slalu mufin coklat n vanila. coffee blm pnh buat nti nk try buat la .nti sy gi rumah sebelh.hikhiks.tenkiu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah cik sue..sekali sekala bt kelainan...

      Delete