11 January 2015

Kisah Mama : Yeaaaaaa !!!!! Mama Menang Cabutan Bertuah

Pembukaan tahun 2015 yang manis. Dapat cabutan bertuah di supermarket Minat. Tak sangka bertuah pulak kali ni. Sebelum ni dah macam-macam contest saya masuk, tak pernah bertuah. Kali ni alhamdulillah...ada rezeki.

Hadiah yang saya terima ialah steamer Elba. Memang dah lama ngidam nak benda ni. Dekat rumah cuma ada pengukus yang guna dapur. Bila nak beli steamer elektrik, Opah cakap tak perlu. Buat nyemak je. Tapi bila dapat percuma...kami terima saja. Huhuhu...


Masa submit borang, saya angan-angan nak dapat hadiah utama..motosikal sebijik (walaupun saya tak ada lesen motor). Tapi...dapat stepamer pun jadi lah. Bukan senang nak dapat barang free nowdays.

So...petang tadi saya pergi ambil hadiah saya. Dah godek-godek sikit...but still tak tahu nak masak apa pakai steamer ni. Saya kalau bab masak yang kukus-kukus ni failed sikit. Sebab merenyah nak pakai pengukus. But after this...dah ada steamer ni harus lah rajin sikit cuba resipi baru.


Ok la...thats all story untuk entry kali ni. Semoga tuah diawal tahun akan berpanjangan hingga ke akhir tahun. Aminnnnn......

01 January 2015

Kisah Mama : Azam Tahun 2015

Salam 2015

Hari ni new year..so saya cuti. Hahaha....statement yang semua orang pun tau. Pagi tadi Opah dan Atok dah bawa 2 orang buah hati saya pergi kenduri. Jadi lepas settle mendobi baju dan kemas rumah....ada sikit masa untuk update blog yang dah macam chipsmore ni. Kejap tenggelam dan kejap timbul.

Semua orang dah ada azam ke? Actually saya bukan jenis yang buat azam tiap tahun. Time sekolah dulu selalu la buat azam bila tiba tahun baru. But bila dah kerja dan jadi ibu....saya dah jarang nak buat azam. Rasa semua dah tercapai....so...nak apa lagi. Tapi sempena tahun 2015 ni saya dah ada azam baru. Kalau tahun 2014 saya kuat shopping baju, beg dan kasut secara online dan offline...tahun 2015 ni saya nak slow down sikit (actually banyak) my shopping habit. Start hari ni no more First Lady, no more Groupon, no more Tesco setiap hari. 

Untuk tahun 2015 saya berazam untuk lebih banyakkan saving dan beli barang emas. Sebagai permulaan bulan lepas saya dah tambah loan ASB dan start main kutu emas dengan orang yang boleh dipercayai. Dah masuk 3 series ni kena la lebih menghargai duit. Daripada dilaburkan untuk something yang tak perlu...lebih baik kita simpan dan beli something yang beharga rite.

Semoga saya cukup kuat untuk capai azam saya tahun ni. Tak sabar nak tunggu akhir tahun..nak tengok hasil investment saya.