20 May 2018

Kisah Ali & Adik : 🌊🌊🌊Santai Pagi @ Pantai Teluk Batik🌊🌊🌊

Assalamualaikum. Dah 2 Ramadhan hari ni...Alhamdulillah...sampai jugak kita ke Ramadhan tahun ni. 

Last weekend..time cuti PRU..saya dan En Amr sempat bawak anak-anak ke Teluk Batik. Actually dah lama kami janji nak bawa budak berdua ni ke pantai..tapi setiap kali balik Manjung...mesti terlupa sebab Ali dan Adik selalu hilang ikut Tok Tak. Tak tahu lah ke mana Atoknya bawa main. Mama ngan Babah is redha jer...bagi chance budak-budak ni lepas rindu pada Atok.


Kami sampai around pukul 8.30 pagi. Time ni orang tak berapa ramai..ada lah dalam 4 family. Mula-mula Ali dan Adik just main pasir. Bila saya turun..main air kat tepi pantai....Adik terus ikut. Abang Ali masih lagi takut-takut...siap panggil kami suruh naik. Tapi lama-lama dia pun join sekali. Bila keadaan dah OK..saya tinggalkan Ali dan Adik main berdua. Saya pesan pada Ali...tengokan Adik. Tak sangka dia betul-betul jaga Adik dia. 3 or 4 kali dia tarik tangan Adik..ajak naik..tapi Adik tak nak. Last-last dia sendiri terpaksa berendam dalam air sebab nak temankan Adik. Terharu Mama...dah besar rupanya Abang Ali. Alhamdulillah....


Around pukul 10, Babah dah ajak budak berdua ni balik....orang dah mula ramai dan keadaan makin panas. Risau ada yang demam. Janji seterusnya....is zoo. Ni kena tunggu lama sikit lah. InsyaAllah...lepas Mama habis pantang kot.

Kepada yang menyambut Ramadhan, Selamat Berpuasa daripada kami sekeluarga. Semoga Ramadhan tahun ni dapat kita jumpa keberkatan yang dicari.

11 May 2018

❌❌❌❌ PRU Ke 14 ❌❌❌❌

Alhamdulillah...PRU14 baru saja berakhir. Keputusan dan PM baru pun dah tahu. PRU kali ni sangat berbeza dengan yang sebelum-sebelum ni. Setakat saya masih bernafas ni, kalau ikutkan...ini PRU yang ke3 saya layak mengundi...tapi baru merasa mengundi 2 kali. Yang first tu...tak dapat sebab time tu masih di Jepun. Kesedaran diri tak timbul lagi nak ambik kesah pasal mengundi...tak terfikir pun nak undi pos. 2nd time, saya mengundi di Sabah sebagai isteri tentera. Alhamdulullah.....3rd time ni merasa jugak buang undi di tempat sendiri. Saya undi apa?!!!! Itu rahsia lah....saya pun bukan suka politik sangat..tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Cuma saja nak mengingatkan, dalam kita dok seronok meraikan kemenangan parti pilihan kita...jaga tutur kata...jangan sampai ada hati yang terluka...terutamanya hati orang tua kita. Kebanyakkan parents kita ni penyokong BN....jadi berhati-hati lah. Tak guna keruhkan hubungan bapak-anak or adik-beradik hanya sebab perbezaan pandangan politik. Sometime saya ada dengar golongan muda ni bercakap tak boleh nak brain kenapa parents dia still sokong BN. Ko tak boleh nak brain tak pa lah dik...cukup kalau ko boleh brain yang mak bapak ko yang besarkan ko..cukupkan segala keperluan ko...bagi ko kasih sayang dan pendidikan sampai ko bijak membuat pilihan. Bila fikir yang itu..insyaAllah ko boleh brain kenapa ko perlu jaga hati mak bapak ko. 

Ok cukup-cukup story pasal PRU. Cuti extra 2 hari yang kerajaan baru bagi ni...saya guna untuk buat persiapan nak sambut baby baru. Banyak barang keperluan baby yang masih dalam stor. Setakat ni baby carrier, baby bean bag dan play mat dan settle dibasuh. Cuma play pen dan stroller jer belum tau lagi kondisinya. Harap-harap masih elok...kalau tak terbang lah πŸ’Έ Babah kena beli baru. Yalah...kebanyakkan barang-barang ni beli time Ali lahir dulu. Kalau boleh saya nak settle kan semua persiapan sebelum puasa. Bulan puasa ni...rasa tak mampu nak bergerak aktif sangat sebab dah 8 bulan. 

So itu saja cerita PRU kali ni. Hari Isnin ni kita kembali bekerja tapi dengan kerajaan baru. Harap-harap semuanya akan baik-baik saja.

P/s : Masih ternanti-nanti bos baru kami. Agaknya mana satu yang jadi pilihan Tun untuk pegang KDN.