30 December 2013

Kisah Adik : Adik Dah Menerap

Surprise !!!!! Adik dah boleh menerap !!!!! 

Rabu lepas, Opah bagitau Adik dah berjaya menerap dengan sendiri. Terkejut saya. Owhhhh....cepatnya Adik menerap. Saya memang sedar sejak dia nak masuk 2 bulan, dia dah mula mengiring. Tido pun asyik nak mengiring. Tapi saya tak sangka dia akan menerap secepat ini. Weekend lepas, baru saya dapat tengok sendiri Adik menerap untuk pertama kali. Punya la riuh mulut anak dara ni marahkan punggung dia yang tak lepas-lepas. Akhirnya selepas 10 minit baru Adik berjaya menerap. Berbaloi saya jadi cheerleader untuk naikkan semangat Adik supaya terus berusaha menerap.

Sejak jadi working mummy, saya rasa sedih sikit sebab tak dapat jadi orang pertama yang dapat lihat setiap perkembangan anak. Masa Ali dulu, saya sentiasa jadi orang pertama yang dapat lihat dia menerap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan. Tapi tak apa lah..demi masa depan kami sekeluarga...saya redha kan saja. Semoga Adik sentiasa sehat-sehat dan aktif macam Abang Ali.

29 December 2013

Kisah Adik : Adik Dapat Baju

Semalam tertunai sudah niat opah ngan atok untuk buat kenduri kesyukuran sempena kelahiran Adik. Kalau ikut saya, saya agak keberatan nak buat kenduri sebab En Amri masih di ops. Tapi atas desakkan opah dan atok...buat jugak kenduri untuk Adik. Entry pasal kenduri nanti saya cerita lain kali. Entry kali ni nak story pasal....Adik dapat baju baru.


Pink kan semua baju Adik. Actually baju ni hadiah dari Tok Nani. Tok Nani tak puas hati sebab Adik selalu pakai baju lelaki. So...semalam jugak..lepas selesai kenduri, Tok Nani ke Aeon Kinta City beli baju warna pink banyak-banyak kat Adik. Sayang sungguh Tok Nani kat Adik walaupun Adik cuma cucu sedara saja. Lepas ni boleh la Adik melaram sakan dengan baju yang Tok Nani beli. Sayang Adik banyak-banyak.

25 December 2013

25 Dec 2013 : 4 Tahun - Saya Isteri Dia

25 Dec 2009 - 25 Dec 2013 - Allhamdulillah..genap 4 tahun saya bergelar isteri kepada Amri Bin Abu Talib. Walaupun selalu berjauhan, Allah masih panjangkan jodoh kami. Syukur sangat-sangat. Baru 4 tahun bernikah, tapi rasanya macam dah terlalu panjang cerita cinta kami. Hingga kini, perasaan saya pada En Amri tak berubah..mungkin lebih sikit dari dulu sebab sejak ada Ali dan Adik, En Amri jadi lebih penyayang dan bertanggungjawab. Saya bersyukur kerana Allah jodohkan saya dengan dia. En Amri bukan suami yang sempurna tapi saya percaya dia sentiasa cuba untuk jadi suami yang terbaik. Bagi saya itu pun dah cukup (saya pun tak sesempurna mana). Semoga Allah terus kekalkan jodoh kami dan kebahagiaan yang kami nikmati ini hingga ke Jannah.


Untuk Amri Bin Abu Talib : Lin akan terus setia menunggu untuk kita sambut anniversary kita bersama. Lawakkan dah 4 tahun kawin, 2 orang anak..tapi sekalipun tak pernah sambut anniversary bersama. Huhuhuhu...dugaan isteri tentera. 

24 December 2013

Kisah Amrsyar : Hilang Selera Makan

Lama tak tulis entry pasal kisah Abang Ali. Alhamdulillah Ali dah nak masuk 1 tahun 5 bulan. Makin aktif dan makin banyak pe'el dia. Sometime tak terlayan saya. Tapi sejak akhir-akhir ni Ali dah hilang selera makan. Macam-macam saya dan Opah cuba suapkan dia. Nasi, western food, mamak, nasi arab...semuanya dia tak mau. Kalau makan pun..sesuap dua je. Yang selebihnya kami terpaksa paksa dia makan. Kesian dia...(kesian jugak kat saya dan Opah nye sebab terpaksa bekejar nak suapkan Ali).

Disebabkan masalah tak mau makan Ali makin kronik, saya terpaksa cari alternatif lain. Saya terpaksa bagi dia supplement. Mula-mula saya nak belikan dia Appeton Lysine. Tapi...macam mahal plak. Then terpandang Pharmaton Kiddi CL Syrup. Harga quite murah dari Appeton. Ada Lysine, Calcium, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin D3 dan Vitamin E. Actually yang segala jenis vitamin tu  saya tak peduli sangat. Saya cuma nak Lysine saja...sebab Lysine membantu membangkitkan selera kanak-kanak. So, saya pun rembat la sebotol. Alhamdulillah..Ali nak telan Pharmaton Kiddi Syrup ni. Dos yang disyorkan bagi kanak-kanak 1 hingga 5 tahun ialah 7.5 ml sehari. Tapi Atok suruh kurangkan. Risau terlebih dos. Kami cuma bagi satu sudu kecil. Pharmaton Kiddi Syrup ni rasa oren..mungkin sebab tu Ali suka. Sejak ambil Pharmoton Kiddi Syrup, selera makan Ali bertambah sikit. Kalau kena dengan tekak dia, banyak jugak dia makan. Kalau bawa makan luar, lagi dia berselera. Lega saya dah Opah.
Supplement yang saya beli untuk Ali
Atas nasihat Atok yang tak berapa yakin dengan dos supplement jenis syrup (risau cucu ter"over" dos), saya cuba tukarkan supplement Ali kepada jenis tablet. Saya pilih Champs Vitamin C with Lysine. Tapi, Ali tak nak makan supplement jenis tablet. Bila saya suap dalam mulut, dia luah balik. Nak kata tak sedap..saya rasa rasa Vitamin C Champs ni sama je dengan Pharmaton Kiddi Syrup. Maybe Ali belum pandai makan supplement jenis tablet. Lagi pun kalau dibandingkan kedua jenis supplement ni, kandungan Lysine dalam Pharmaton Kiddi Syrup lagi tinggi...150 mg (dalam setiap 7.5ml).  Vitamin C Champs cuma ada 50mg Lysine dalam setiap tablet. So buat masa ni terpaksa la saya spend sikit duit untuk beli Pharmaton Kiddi Syrup. Yang Vitamin C Champs tu boleh la masuk ke perut mama. Apa saja la...asalkan Ali ada selera nak makan. Sayang Ali banyak-banyak. Jangan kurus ye sayang..nanti tak comey macam tembikai.

Tembikai mama

18 December 2013

Kisah Adik :Adik Sudah 2 Bulan

11.12.13 - Adik genap 2 bulan. Cepat je anak dara mama ni besar. Ragam Adik pun dah banyak berubah. Kalau waktu lahir dulu Adik kuat nangis, tapi sekarang Alhamdulillah...Adik menangis time lapar or sakit saja. Menguruskan adik makin mudah sebab Adik tak banyak ragam. Asal perut penuh, Adik jarang buat hal. Yang selalu merap nak bermanja adalah si Abang Ali. Sejak beradik ni, Ali lebih suka dilayan macam baby. Kami jpanggil dia si baby tua. Ada masa dia nak didukung dan didodoi macam baby. Bila tak ada sapa tengok, dia ambil botol susu Adik dan minum. Opsssssssssss....terkeluar tajuk sudah. Kisah ragam si abang nanti saya ceritakan dalam next entry ya.

Alhamdulillah..Adik masih fully BF walaupun saya dah mula bekerja. Allah masih murahkan rezeki Adik. Saya diberi kelonggaran oleh Ketua Pejabat untuk pam susu bila keadaan mengizinkan. Lately, saya mula perasan yang Adik dah mengiring. Huhuhu...Adik dah nak mula belajar menerap. Badan Adik pun dah makin keras dan dia dah pandai control kepala sendiri. Bab bersembang Adik no 1. Pantang ada orang kat depan..mesti Adik ajak sembang...sampai muncung-muncung mulut Adik. Yang rajin melayan Adik sembang..mesti la si Mak Su Nana. Macam-macam nama gelaran Mak Su bagi kat adik..Chipmunk la..cekodok pisang la (sebab pipi Adik chubby sangat). 

Bab penyakit kuning...Adik dah bebas sepenuhnya. Cuma a few weeks ago, Adik merisaukan Opah dan Atok sebab Adik tak berak selama 15 hari. Saya tak risau pun sebab Ali dulu pun pernah jadi macam ni juga. Bukan sekali..tapi berkali-kali. Saya dan En Amri bawa Ali jumpa paed. Paed cakap..kes baby tak berak berhari-hari tu memang selalu berlaku pada baby yang fully BF sebab baby akan serap hampir semua yang terkandung dalam susu ibu. Cuma sikit je kandungan susu ibu yang akan ditukar menjadi najis. Sebab tu usus baby lambat penuh dan baby pun tak berak berhari-hari. As long as perut dia tak keras..tak ada apa yang nk dirisaukan.

16.12.13 - saya bawa adik untuk check up dan ambil imunisasi untuk 2 bulan. Alhamdulillah berat Adik dah naik dari 4 kg (waktu 1 bulan) ke 4.9 kg. BMI pun stabil. So nothing to worry. Cepatt besar ye anak mama. Nanti boleh main dengan Abang Ali. Mama sayang dua buah hati mama.

Two Months Addeena Safiyya

10 December 2013

Kisah Mama : 3 Hari 2 Malam

Tajuk entry macam saya travel je kan?!!! Hihihihi.... Actually saya tak travel ke mana-mana pun. Cuma  last week saya ditinggalkan selama 3 hari 2 malam tanpa anak-anak. Opah bawa si Ali dan Adik ke konvo Mak Su di UUM Sintok. Since saya mula bekerja pada 2hb Nov (Isnin), jadi tak dapat lah saya turut serta ke sana. Untuk Adik saya bekalkan stok EBM banyak-banyak. Alhamdulillah...dia kenyang dengan susu saya walaupun berjauhan selama 3 hari.

Hari pertama (Ahad) tanpa anak-anak, saya excited. Sekali-sekala dapat berehat...fuhhhh. Saya terus ke Tesco beli junk food banyak-banyak (kalau ada Ali tak boleh makan junk food). Konon-konon nak buat junk food party sambil layan movie sorang diri. Tapi balik saja dari Tesco, saya dah blank. Rasa rumah ni sunyi sangat. Tak ada Ali yang selalu bergayut kat kaki saya ajak main bola or suara Adik yang teriak mintak didukung. Saya duduk di sofa sambil tengok TV. Tapi otak melayang-layang teringatkan anak-anak. Pukul 10 malam, saya daah masuk bilik untuk tido. Tapi pukul 12 malam baru dapat tido...itupun berbantalkan tilam Adik.

Hari ke-2 (Isnin), saya dah mula bekerja. Waktu kerja, hilang sikit rasa rindu pada anak-anak. Tapi bila balik rumah....huaaaaaaaaaaaaaa. Menitis air mata teringatkan Ali dan Adik. Makan Super Ring pun sambil menangis. Walaupun dah dengar suara Ali di tepon, tapi still rindu pada dia tak terubat. Tak sabar nak tunggu Ali dan Adik balik. Malam ke-2 pun saya tido berbantalkan tilam Adik.

Hari ke-3 (Selasa), tak sabar nak tunggu petang sebab bebudak 2 orang tu balik hari ni. Dekat tempat kerja, mata asyik tengok jam. Pukul 2 lebih Ali dan Adik dah sampai rumah. Tak sabar nak balik. Kalau boleh nak tekan butang kat mesin punch card bagi cepat sikit. Pukul 5.01, saya terus balik rumah. Sampai rumah...haaaaaaaaaaaa !!!! Dengar suara Ali...dengar Adik menangis. Everything back to normal. Rumah 96, dah kembali kepada suasana asal...kecoh dan tungang langgang.

Kesimpulanya...3 hari 2 malam tanpa Ali dan Adik really drive me crazy. Rasa serba tak kena. Baru saya faham perasaan En Amri setiap kali dia terpaksa tinggalkan kami. Bukan mudah sebernarnya. Seriously after this, saya tak akan merajuk lama-lama bila dia terpaksa tinggalkan kami lagi.

Dua Buah Hati Saya

04 December 2013

Kisah Mama : Hasil Berblog Selama 3 Tahun



Akhirnya saya dapat jugak hasil setelah berblog selama 3 tahun. Saya mula berblog pada tahun 2010. Tapi tak la seaktif sekarang. Sejak pregnantkan adik baru saya berblog secara serius. Mungkin ssebab sejak ada anak-anak...saya punya banyak cerita dan tips untuk dikongsi bersama. Alhamdulillah...akhirnya merasa jugak saya duit hasil berbloging. Walaupun jumlah tak banyak...tapi saya cukup gembira. Thank u Nuffnang. Lepas ni tolong bagi CPUV banyak kat saya ye. Kepada rakan-rakan blogger yang selalu support blog saya...terima kasih banyak-banyak. Jasa anda amat saya hargai. Dan kepada suami tersayang En Amri : now you can stop lauging at me. 

02 December 2013

Kisah Adik : Si Chubby Mama

Adik makin TEMBAMMMMMM !! Sejak akhir-akhir ni saya suka sangat gomoi pipi adik. Sometime adik rimas dengan saya sebab suka kacau dia tido. Tapi serius....tak boleh tahan tengok pipi dia. Ini semua hasil dari minum susu mama. Terasa berbaloi bersengkang mata bangun malam-malam semata-mata untuk susukan adik.





Alhamdulillah rezeki adik pun murah macam rezeki Abang Ali dulu. Susu badan saya memang banyak sejak adik lahir. Ada masa saya terpaksa pam sebab breast dah membengkak dan adik tak mau minum. Jadi, sekarang stok EBM memang sedia ada di rumah dan saya pun boleh kembali bekerja tanpa perlu risau pasal susu adik. Paling best...JIMAT DUIT SUSU. Duit babah bagi boleh masuk poket mama.

Disebabkan pipi adik dah labuh, Mak Su bagi nama baru untuk adik. Mak Su panggil adik "Theodore" watak chipmunk yang paling chubby dalam movie "Alvin and The Chipmunk". Huhuhu..suke-suke je Mak Su panggil adik chipmunk ye. Apapun adik tetap comey. Mama cayang-cayang si pipi tembam ni. Bagi yang tak pernah tengok movie Alvin and The Chipmunk, ini la si chubby Theodore :


01 December 2013

Kisah Mama : Merdeka !!!

Merdeka dibulan November. Oppppssss!!! I'm not crazy yet. Actually 24 Nov lepas, saya secara rasminya dah lepas pantang (Secara tak rasminya...hurmmm.. nanti saya tulis full entry pasal kisah pantang saya bersama 2 anak kecik tanpa suami. Sangat mencabar).

Sempena menyambut kemerdekaan saya dan adik, atok dengan murah hatinya telah blanja kami lunch kat Kenny Rogers sebab Ali akan tunjuk sambil buah muka excited setiap kali iklan Kenny Rogers keluar TV. Demand sungguh anak teruna mama ni. Kecik-kecik dah pandai paw atok yer.

Kami cuma order 3 set je. Order 4 set nanti tak habis pulak. Ali suka sangat makan macaroni and cheese. Seronok tengok Ali makan. Tapi kesian kat adik. Adik kena paksa tido dalam stroller. Sabar ye nak...blom tiba masa adik lagi. Nanti bila adik dah besar, mama bagi adik makan sehat-sehat macam Abang Ali makan. 

Big Brother Ali