30 November 2013

Kisah Amrsyar : Takut Rambutan

Pernah jumpa tak orang takut rambutan?

Pagi semalam, waktu nak turun tangga, saya terdengar Ali menjerit-jerit kat dapur. Saya terus bergegas ke sana. Risau something bad jadi pada.dia. Sampai di dapur....


Hahaha !!! Lawak sungguh anak mama ni. Rupa-rupanya Ali menjerit sebab atok letak rambutan kat depan dia. Jadi dia tak boleh kemana-mana. Sebab tu dia menjerit minta tolong saya alihkan rambutan tu. Ada jugak orang takut dengan rambutan. 

Tapi sehari je dia takut dengan rambutan. Bila atok suap rambutan kat dia...terus tak takut dah. Siap ambik rambutan busuk dan baling pada mama lagi. Macam-macam gelagat anak teruna mama ni. Ali Amrsyar memang penghibur kami sekeluarga. Membesar dengan cergas dan cerdas ya nak. Mama sayang Ali banyak-banyak.

29 November 2013

Kisah Adik : Jaudis @ Demam Kuning

Dalam entry "Adik Demam !!!!" saya ada mention sikit pasal adik masih lagi kuning walaupun umur adik dah sebulan. Kali ni saya nak buat full entry pasal kisah jaudis adik. Semoga perkongsian ini dapat membantu mommy-mommy yang lain.

Apa itu jaudis/demam kuning? Jaudis atau demam kuning merujuk kepada baby yang menunjukkan bahagian putih mata atau kulit yang kekuningan. Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin ialah darah yang rosak dan pecah lalu diproses oleh  hati untuk dibuang dari badan melalui najis dan air kencing. Paras bilirubin dalam tubuh baby boleh meningkat disebabkan oleh :

1. Sel darah baby mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
2. Lebam pada badan baby semasa proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
3. Bayi pra-matured. Organ baby (terutama hati dan usus) belum dapat berfungssi sepenuhnya.
4. Darah ibu dan baby tidak sesuai. Sekiranya ibu dan bayi mempunyai darah yang berbeza, susu ibu mungkin mempunyai antibody yang akan memusnahkan sel darah bayi dan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi.
5. Ibu ada GDM masa hamil (thats me!!!!)
6. Penggunaan oxytocin semasa proses kelahiran (biasanya digunakan semasa proses bersalin secara induce)
7. Keturunan 

Kalau pergi KK, biasanya paras bilirubin ditentukan melaui ujian darah. Tahap serius atau tak, biasanya ditentukan oleh umur baby. Selalunya, bila saya bawa result ujian darah adik, doktor akak bukak calculator (apa yang dikira, saya tak tahu la), then rujuk jadual kat dinding. Setahu saya kalau result ujian darah melebihi bacaan 15, baby kena admit wad untuk diletakkan dibawah lampu selama 2 hari. Setakat ni bacaan result ujian darah adik belum pernah capai bacaan yang kena admit wad. Alhamdulillah sangat. 

Adik mula ada kuning sejak hari ke-3. Kalau ikut info yang saya baca, kuning pada hari ke-2 or ke-3..itu normal. Yang tak normal ialah baby kuning masa lahir. Itu mungkin disebabkan hati atau usus yang gagal berfungsi dengan baik. Dari hari ke-3 sampai hari ke-14, bacaan ujian darah adik macam yoyo. Kejap naik..kejap turun. Disebabkan hari ke-14 pun, adik masih ada kuning, doktor di KK minta saya bawa adik ke Hospital Kampar untuk buat ujian darah sekali lagi. Masa buat ujian darah di Hospital Kampar, nurse ambil adik dari saya dan bawa masuk bilik lain. Kat dalam bilik tu nurse ambik darah adik kat tangan. Agaknya kali ni banyak darah adik yang diambil sebab tu nurse tak bagi saya tengok. Kalau di KK, nurse cuma akan cucuk sikit kat kaki adik untuk ambik darah. Hasil result ujian darah adik di Hospital Kampar 8.9. Masih belum turun ke tahap yang sepatutnya. Doktor minta saya bawa adik jumpa pakar pada 4 Nov. Hati saya dah mula risau. Dalam otak macam-macam saya fikir. "Anak aku ni sakit ke?" "Agaknya apa yang doktor pakar nak buat dengan anak aku nanti?". Siap termimpi-mimpi doktor tebuk leher adik untuk buat ujian. 

Abang Ali pun kesian tengok tangan adik 
4 Nov (hari ke-24) saya bawa adik jumpa doktor pakar di Hospital Kampar. Waktu tunggu giliran tu memang berdebar-debar sangat. Tak lama menunggu (sebab dah ada appoinment), kami masuk jumpa doktor. Doktor yang bertugas agak muda (untung doktor sekarang. Muda-muda dah jadi pakar). Doktor tekan-tekan badan adik. Then tanya saya beberapa soalan "Your baby breastfeeding well?" "Baby kerap berak dan kencing?" "Najis baby warna apa?" "Air kencing baby warna apa?". Then doktor cakap adik dah boleh discharge sebab dia rasa kuning adik dah tak tinggi sangat. Saya terdiam. Rasa tak puas hati pulak dengan keputusan doktor sebab mata adik masih kuning lagi. Tapi doktor dah kata boleh discharge, so tak mau la argue. 

12 Dis (hari ke-31), saya bawa adik ke KK untuk check up sebulan. Saya cakap pada doktor tentang mata adik yang masih kuning. Doktor minta saya buat ujian darah adik esoknya (13 Dis). Hasil ujian darah adik pada hari ke-32 : 10.8. Tinggi lagi kuning adik rupanya. Doktor minta saya bawa adik jumpa doktor pakar pada 19 Nov. Sekali lagi saya dilanda kerisauan. Dalam hati saya tekad nak cuba apa cara sekalipun untuk kurangkan kuning adik.

 A few days before bawa adik jumpa doktor pakar, saya beli 1 sachet kecik susu kambing serbuk brand Hi-Goat di restoran mamak (mamak tu charge RM 2. Kalau sekali dengan air panas dia charge RM 2.70. Mahai sungguh air panas kat kedai mamak - RM 0.70). Walaupun kat paket tu ada tulis "Tidak sesuai untuk bayi dibawah 6 bulan", tapi saya dah tak ada pilihan. Tak sanggup nak tengok kaki dan tangan adik kena cucuk lagi. Sehari saya bagi adik minum 1 sudu kecik (saya guna sudu KFC). Alhamdulillah warna kuning kat mata adik dah mula hilang. 19 Dis, saya bawa adik jumpa pakar. Lama menunggu sebab tak buat appoinment. Doktor pakar yang check adik kali ni sangat teliti. Siap bawa adik keluar bilik rawataan sebab nak tengok adik masih kuning ke tak. Selepas 2 orang doktor pakar check adik, doktor-doktor setuju untuk discharge adik. Alhamdulillah..lega sangat-sangat. Lepas ni tak ada saya mimpi yang bukan-bukan lagi. 

Actually, dari cerita jaudis adik ni..saya ada satu soalan untuk para mommies yang bergelar nurse dan doktor. KALAU BABY KORANG KENA DEMAM KUNING, KORANG BAGI TAK BABY KORANG MINUM/MAKAN SELAIN SUSU IBU? Sebab setiap kali saya bawa adik ke KK atau hospital untuk rawatan kuning, nurse dan doktor selalu ingatkan jangan jemur dan bagi baby minum susu ibu sahaja. Saya dah follow arahan nurse dan doktor. Saya susukan adik sekerap yang mungkin. Tapi still..kuning adik tak mau baik sehingga saya bagi dia minum susu kambing. Jadi, saya terus tertanya-tanya betul ke tindakkan saya?

p/s : entry ini tak ada tujuan untuk promote susu kambing Hi-Goat.

28 November 2013

Kisah Amrsyar : Obses Dengan Selipar Rumah

Tak tau kenapa tapi anak teruna saya sangat suka main selipar rumah. Dalam rumah ni memang semua orang ada selipar masing-masing kecuali Ali. Tapi sejak Ali boleh jalan, selalu selipar kami hilang sebelah. Mula-mula ingatkan kucing yang sorokkan. Dah lama baru kami sedar..ini semua kerja si budak kecik ni. Disebabkan dia suka hilangkan selipar kami, jadi saya pun beli sepasang untuk dia. Selipar katak warna hijau. Tak mahal pun cuma RM 5 kat Daiso. Tapi kan....walaupun dia pakai selipar katak dia, dia tetap suka ambil selipar orang lain. Kadang-kadang dia kumpul selipar semua orang atas karpet..dan kadang-kadang dia sorokkan selipar kami kat bawah kerusi  (tempat yang dia sorang je senang nak nampak sebab dia pendek). Sangat nakai kan Ali Amrsyar ni. Walaupun nakai + aktif, mama tetap sayangkan Ali Amrsyar dunia akhirat. Ali Amrsyar..anugerah terindah dari Allah yang jadikan mama seorang ibu. Thank u Allah .....

Ali tengah sorok selipar Mama

25 November 2013

Mommycha 1st Giveaway : 1st Time Saya Join GA

After sekian lama berblog, ini baru kali pertama saya terbuka hati nak join GA. Actually GA yang Mommycha anjurkan ni agak menarik. Sebab tu saya berminat nak join. Nak tau GA pasal apa?!!! Kejap saya kopipes ye..


Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.
How it work:

  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

Senangkan GA ni. After mencari-cari gambar saya dengan Ali dan Adik dalam hp...baru saya sedar..rupanya gambar saya dengan anak-anak tak banyak pun. Banyak gambar bebudak ni sorang-sorang je. Huhuhu.. Lepas ni harus la saya gegeh tangkap gambar dengan Ali dan Adik banyak-banyak. 



Gambar ni diambil masa karnival apa tah kat Tanjung Aru, Sabah. First time bawa Ali Amrsyar pegi pantai. Maybe waktu ni dia tak tau apa lagi..so dia tak nanges pon. Kali ke-2 bawa dia ke pantai masa umur dia nak masuk setahun. Dia meraung macam kena dera sebab takutkan ombak. Lawak sungguh anak mama ni. 

Ok..wish me luck ya. Semoga ada rezeki saya dan anak-anak !!!

23 November 2013

Kisah Adik : Adik Kuat Teriaaaaaaaak !!!

Tinggal lagi a few days saya dan adik nak habis pantang. Tak sabar nak bawa adik kuar jalan-jalan (mamanya dah selamat kuar ke Tesco walaupun masih dalam pantang). Tapikan...semakin dekat nak habis pantang, makin kuat anak mama ni menanges. Yang buat saya lagi pelik tu, si kecik ni suka menanges waktu malam je. Kalau time siang elok dia tido. Tapi bila pukul 2 or 3 pagi, mula la dia buat konsert. Kadang-kadang sampai pukul 5 pagi saya terpaksa berjaga untuk tenangkan dia. Esoknya mula la pening kepala sebab tak cukup tido. Nak cover tido time siang pun tak boleh jugak sebab Ali pun perlukan perhatian saya. Jadi..nak tak nak, terpaksa la saya telan 2 cawan kopi sehari. Pagi secawan..petang secawan. Harap-harap lepas ni saya tak kembali pada habit masa jadi student dulu : coffee addicted. Kalau la En Amri ada..boleh kami bergilir jadi burung hantu. Tapi nak buat macamana kan....dah kena bertugas (pura-pura memahami. Pada hal selalu bertekak pasal hal ni). Sabar je la.....

Adik yang suka buat konsert malam-malam

Pagi tadi saya bawa adik ke Darul Syifa di Kampar. Darul Syifa ni terletak berdekatan dengan Masjid An- Nur. Hari biasa saya tak pasti buka ke tak..tapi weekend buka sampai 12 tengahari. Tak ada bayaran tertentu untuk rawatan yang dibuat. Lepas habis rawatan, kita cuma perlu masukkan sumbangan ikhlas dalam tabung yang disediakan. Cuma bila rawatan yang dibuat memerlukan air, kita kena masukkan RM 2.50 ke dalam tabung. Kalau kita ada hajat, boleh tulis nama dan hajat dalam borang solat hajat yang disediakan. Bagi saya ini salah satu cara untuk kita berusaha. Menjadi atau tak..biar Allah yang tentukan.

Ok back to our main story. Petang tadi, opah dah mandikan adik dengan air yang ustaz di Darul Syifa bekalkan. Ustaz suruh mandikan adik dengan air yang dah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran (yang saya perasan ustaz baca 3 Kul dan ayat Kursi) tiga petang berturut-turut. Harap-harap malam ni dan malam-malam seterusnya adik akan berenti buat konsert pukul 2 or 3 pagi lagi dah. Kesian la kat mama ye dik. Mama pun nak tidur jugak. 

22 November 2013

Kisah Mama dan Babah : 12 Tahun Sudah

21.11.13 - Cantikkan tarikh semalam. Ada nombor 1 2 dan 3. Semalam genap 12 tahun saya dan En Amri menyulam kasih (ayat novel). Dah 12 tahun...fuhhhh!!!! Kalau kami terus kawin dulu..agaknya anak sulung kami dah darjah 5. Tapi soal jodoh itu urusan Allah. After 8 tahun BenCinta baru kami dapat bina masjid sendiri. Banyak sangat halangan dan dugaan yanng terpaksa kami tempuh. 

12 tahun saya kenal lelaki bernama Amri bin Abu Talib, banyak yang dah kami lalui bersama. Dia lah lelaki yang banyak buat saya ketawa, menangis, marah, gembira, nervous...and almost jadi gila. Tapi..honestly, kalau saya ada kuasa untuk return back time, saya tetap akan pilih dia untuk jadi suami saya. Saya tak akan lupa dia yang banyak sokong saya disaat orang lain tak sependapat dengan saya. Tahun 2010 dan 2011 ada lah tahun paling malang untuk saya. Jobless and childless. Ramai yang mengutuk tindakkan saya untuk jadi temporary housewife. Tapi En Amri satu-satunya orang yang tak pernah ungkit 2 benda tu. Dia selalu cakap "Rezeki itu kerja Allah". 

Kisah cinta kami macam 2 garis yang selari, tapi tak pernah berjumpa di satu titik yang sama. Sepanjang 12 tahun, masing-masing bawa haluan masing-masing dalam mengejar kerjaya dan menguruskan kehidupan. Cuma tahun 2010, saya merasa jadi full time housewife pada En Amri. Itupun setelah saya resign sebagai engineer (kalau tak, tak merasa nak tinggal sebumbung). Sejak tahun 2012 sampai sekarang...impian untuk terus hidup bersama sebagai sebuah keluarga masih lagi pudar dan mungkin jugak akan hilang (sebab saya akan mula bekerja di Perak awal tahun depan). Tapi, saya tak pernah putus harapan dan berdoa agar suatu hari nanti En Amri dapat bersama saya untuk besarkan 2 orang anugerah terindah kami. Banyak momen-momen indah yang saya harap dapat dikongsi bersama dia.

 Kepada suami isteri yang tinggal bersama : 
Bersyukur lah sebab hari-hari anda diberi peluang untuk berjumpa pasangan anda. Hari-hari anda boleh berkongsi kegembiraan dan kesedihan dengan pasangan anda..boleh bertepuk tampar..boleh merajuk atau memujuk..boleh bermanja.. Hargai la semua tu sebab bila dah berjauhan, apa yang anda boleh buat cuma luahkan betapa anda rindu dia...tapi sayang..anda tak dapat menyentuh dia. 

Kepada my beloved husband (if you read this) : 
Mungkin gambar dibawah boleh ingatkan By pada hari 21.11.01. Lepas habis jawab SPM paper kimia kita jumpa kat kelas 5P. Lin harap By masih ingat soalan yang By tanya Lin hari tu. Jawapan Lin masih lagi sama ... mungkin juga akan sama sehingga  ke hujung nyawa.

Tahun 2001

Kepada readers yang disayangi :
Doakan semoga jodoh kami berpanjangan dan kekal kukuh.

19 November 2013

Kisah Amrsyar : 15 Bulan

Lama tak buat entry pasal perkembangan abang Ali. Ali dah besar sekarang ni. Berat pun dah cecah 10 kg. Bila dukung dia memang terasa sangat. Gigi kat depan dah ada 6 batang (4 atas 2 bawah). Baru-baru ni saya perasan ada 2 batang gigi (gigi taring) nak tumbuh lagi...dan yang buat saya pelik sikit bila ada 2 gigi garham nak tumbuh. Saya dah rujuk doktor hal ni. Doktor jawab "Biarkan je. Kejadian Allah." So, nothing to worry la kot. Kalo bleh saya nak gigi Ali tersusun cantik. Tak mau ada yang bertindih.


Sejak nak tumbuh gigi garham ni, macam-macam ragam dia buat. Paling teruk bila dia nak berdukung setiap masa. Bila letak dia kat lantai, dia akan buat kaki lembik. Sabar je la.. Terpaksa mama dengan opah bergilir dukung budak debab ni. Ada masa tidur pun nak berpeluk. Sebab memikirkan dia sakit, kami ikutkan saja kehendak dia. Kesian anak teruna mama ni..nak tumbuh 4 batang gigi serentak. 

Bab makan pun dah makin susah. Setiap kali nak suap nasi..ada je ragam dia. Paling kelakar bila dia lari sambil tutup mulut. Terpaksa la kami kejar dia satu rumah. Lepas saya penat kejar, opah dia pulak akan ambil alih kejar dia untuk suap nasi. Punya la mencabar. Hari-hari macam ni boleh kurus mama dengan opah. Tapi Ali ni jenis yang tak reti luah makanan dari dalam mulut. Bila nasi dah masuk dalam mulut, dia akan kunyah dan telan.  

So far, Ali dah boleh sebut banyak words macam "Atuk", "Pah"(opah), "Nana"(mak su), "nak", "butak"(bukak), "totop"(tutup). Arahan mudah macam buang sampah dalam tong sampah or suruh ambil barang, pun dia dah boleh follow. Sekarang ni, opah dia dah mula toilet training. Setakat ni, dah berjaya ajar dia poo poo kat toilet. Dia pun dah tak nak poo poo dalam diapers lagi dah. Geli kot... Cuma nak ajar kencing kat toilet tu payah sikit. Tapi, insyaAllah lama-lama nanti pandai la Ali ni. Lepas tu, duit diapers Ali boleh masuk poket mama. Hehehehe....

Ok la..Doakan Ali terus membesar dengan sihat dan cerdas ya. Semoga bila besar nanti Ali akan jadi macam Saidina Ali (itu la harapan saya masa namakan dia Ali).

17 November 2013

Kisah Mama : Tesco dan Dua Ringgit

Sapa sini selalu shopping kat Tesco.... angkat tangan? Saya bukan la peminat Tesco, tapi boleh dikira pengunjung tetap jugak sebab di Kampar cuma Tesco tempat shopping barang dapur yang paling selesa. Bagi readers yang selalu ke Tesco, sila la baca kisah saya.

Ini kisah semalam. Saya ke Tesco untuk beli diapers bebudak 2 orang ni. Yang abang masih pakai saiz L tapi si adik dah muat saiz S. Selain diapers, ada la jugak barang-barang lain yang diangkut ke dalam troli. Macam biasa sebelum ambil barang, saya akan tengok harga dulu. Bandingkan dengan harga brand lain, then baru masukkan barang tu dalam troli. Waktu ambil diapers adik, saya perasan harga diapers ni RM 12.90. Sama jugak, masa Ali ambil Koko Crunch dari rak. Saya perasan harga Koko Crunch RM 6.99. Tapi waktu membayar, harga diapers adik jadi RM 13.90 dan Koko Crunch jadi RM 7.99 macam dalam gambar resit kat bawah. 

Fokuskan pada Whoopie BA dan Nestle Kok
Mula-mula saya tak perasan. Entah macamana terdetik hati nak tengok resit. Disebabkan tak puas hati, saya masuk dalam Tesco balik. Comfirmkan harga dua barang tersebut. Then terus ke kaunter Customer Service untuk buat aduan. Masa buat aduan, pekerja tu tak banyak tanya. Dia ambil barang saya dan resit dan terus pergi check harga barang tersebut. Agaknya dia pun dah biasa dengan situasi macam ni. Around 10 minit, saya dapat balik RM 2 saya. Huhuhu...Alhamdulillah. Walaupun cuma RM 2, tapi lepas jugak la beli teh ais sebungkus kat Warung Sinaran.

So, kepada pengunjung Tesco, sila ingat harga barang-barang yang anda beli dan selalu la check resit anda selepas buat bayaran. Jangan biarkan Tesco terus mengenakan anda.

16 November 2013

Kisah Amrsyar : Mari Menabung



Rajin betul abang Ali menabung. Actually si Ali ni bukan menabung tapi main duit syiling. Sekarang ni Ali suka ambik duit syiling masuk dalam tabung. Kalo orang tua-tua tengok mesti marahkan..sebab takut anak tercekik syiling. Tapi disebabkan Ali dah biasa main so buat masa ni belum pernah lagi dia buat hal nak telan duit ni. Cuma jangan mention ayat "JANGAN MAKAN SYILING TU" sebab Ali ada sydrom dengan perkataan JANGAN. Apa yang kita kata jangan, itu yang dia akan buat. So..instead of using word JANGAN, saya akan suruh buat benda lain or not mention about it at all.

Kalo tengok gambar kat atas betul-betul, si Ali cuma pakai stoking sebelah kaki je. Konon-konon dia pun nak ikut pakai stoking macam saya (saya kan tengah berpantang. Memang pakai stoking selalu..sejuk tapak kaki bila pijak lantai).Huhuhuhu.... Makin besar, makin banyak akai Ali. Hari-hari dia buat seisi rumah 96 ni ketawa dengan gelagat dia. Membesar dengan sehat dan cerdas ya nak. Mama sayang Ali sangat-sangat.

15 November 2013

Kisah Adik : Adik Demam !!!!!!!

Dua hari lepas saya bawa adik ke KK untuk check up 1 month. Berat adik dah 4.0kg. BMI stabil..so tak ada apa nak dirisaukan. Masa nak buka baju untuk timbang, adik membuang poo poo. Terpaksa mama cuci
 montot adik dulu sebelum letak atas penimbang. Waktu.angkat adik dari penimbang, adik membuang yang kecil pulak. Habis penimbang basah. Nurse yang check adik gelak sambil cakap "Cukup syarat anak kamu Putri"

Sebelum cucuk, nurse suruh bawa adik jumpa doktor dulu. Doktor suruh saya bawa adik esok untuk test blood jaudis sebab walaupun adik dah sebulan tapi muka dan mata adik masih kuning. Masa cucuk, menjerit jugak anak dara mama ni. Nasib waktu tu dah dekat pukul 12 tengahari. Orang dah tak ramai sangat.

Esoknya (13 Nov), saya bawa adik ke KK untuk ambik darah. Keputusan untuk blood test jaudis adik 10.8. Huhuhuhu...mak aiiiii naik balik. Result sebelum ni 8.9. Doktor Norlina mintak saya bawa adik jumpa pakar kanak-kanak pada 19 Nov ni. Ini kali ke 2 adik kena rujuk jumpa pakar. First time rujuk ke sini pada 4 Nov tapi doktor pakar discharge adik sebab kuning adik sangat-sangat rendah. Nampak gayanya kena ulang-alik hospital lagi la lepas ni. Jangan sampai masuk wad sudah la.


Adik with her funny face
 Semalam, badan adik masih panas sikit. Pelik jugak..tak kan kesan cucuk hari tu belum habis lagi. Rupa-rupanya...BCG adik dah nak timbul. Baru perasan...patut la budak ni kuat teriak lately.Sabar je la mama dan opah. Malam-malam kami bergilir jadi burung hantu memandangkan adik nak tidur atas riba saja. Tapikan..dah nama pun anak..tentu la apapun kita sanggup buat. Setakat jadi burung hantu tu apa la sangat. Nasib si abang Ali jenis tido nyenyak waktu malam. Ok la..adik pun dah lena. Masa untuk saya cover tido balik sebelum si abang jaga.

12 November 2013

Kisah Amrsyar : Ali Amrsyar dan Durian

Oh kome deghoyan dah bebunge
Moh kite minang anok dare

Hihihi..sukenya saya sekarang ni sebab di Perak dah start musim buah. Tapi memandangkan saya masih dalam pantang dan BF kan adik, terpaksa saya batalkan hasrat nak ber"pesta durian" tahun  ni. Jamah pun sekadar seulas dua. jadilah..sekadar untuk menghilangkan kempunan. 

Pagi tadi anak teruna saya temankan atoknya pergi rumah Opah Alang untuk ambik buah deghoyan yang dah mula luruh. Sampai sana, atok pun kopek la sebiji durian. Tapi Ali pulak lari-lari sambil tutup hidung. Hahahaha...rupanya anak teruna saya ni TAK SUKA DURIAN. Jenuh atoknya kejar nak suapkan dia durian. Bila dapat bagi dia makan secalit isi durian...dia muntah (bukan luah). Lawak tengok gelagat atok dengan cucu ni. Lepas adengan kejar-mengejar, si Ali kacau atok makan durian. Tapi bila disua isi durian, cepat-cepat dia tutup mulut. Nakai sungguh budak ni sekarang.


Ali Amrsyar kaco atok makan durian
Bila tengok gelagat Ali yang fobia dengan durian, teringat pada abang saya..yang kecik-kecik dulu pun memang tak suka durian. Agaknya Ali ikut perangai Pak Long dia. Oh anak teruna mama !!!! Buat malu orang perok je yoep kalo kamu terus fobia dengan deghoyan cenggini.

11 November 2013

Kisah Adik : Adik Dah Sebulan

Hari ni 11 November 2013 (Isnin), Addeena Safiyya genap sebulan. Congratulation for mama, abang Ali, opah dan seisi rumah 96 sebab berjaya menebalkan telinga dengan tagisan adik. Al-kisah...anak ke-2 saya ni suka sangat menangis. Asal letak dalam play pen..bertahan la 30 minit..lepas tu..huaaaaaaa. Kalau boleh nak melekat kat badan 24 jam. Huhuhu...geram jugak sebab banyak kerja bertangguh dan tak dapat nak berehat secukupnya. Paling parah...bila pukul 10 sampai pukul 2 pagi..mata adik celik seluas-luasnya (opah panggil mata tikus sebab mata hitam adik besar). Kadang-kadang disebabkan stress..saya pun menangis sekali dengan adik. Tapi orang tua-tua cakap newborn baby memang kuat menangis sampai habis pantang. Betul ke?!!! Itu saya pun tak pasti sebab abang Ali jenis yang tak kuat menangis masa baru lahir. Asal perut kenyang..tepuk-tepuk sikit...lepas tu boleh biarkan dia tido atas tilam. Lagi nyenyak kalau saya bagi dia tido atas badan. Maybe adik gegurl kan..sebab tu manja sikit. Lain anak, lain ragamnya. 

Apapun saya sangat bertuah sebab tinggal dengan famly. Walaupun keadaan rumah no 96 ni masih tunggang langgang (seperti no 96), tapi kami berjaya harungi setiap hari dengan jayanya. Thanks to my famly members yang banyak support dan bantu saya dalam menjaga 2 orang anak yang sangat-sangat perlukan perhatian ni. En Amri pegi mana?!!!! Macam biasa la..bapak budak-budak ni sedang menjalankan tanggungjawab pada negara. En Amri masih dalam ops di sempadan negara untuk tempoh yang belum pasti. Masa berpantangkan Ali tahun lepas, kami ditinggalkan sebab En Amri terlibat dalam ops Pasir di Semporna. Dan waktu berpantangkan adik kali ni pun...En Amri terlibat dalam ops lagi. Sabar saja lah...dah nama pun isteri si baju hijau. Untuk anak ke-3..saya nak tunggu bila En Amri dah pencen. Boleh dia jaga saya dalam pantang sepenuhnya.

Sebagai penutup entry, enjoy la gambar adik yang dah genap sebulan :


03 November 2013

Kisah Mama : Zaman Muda Mudi

Asyik-asyik kisah Amrsyar .. kisah adik. Baru tersedar yang blog ni tak pernah ada kisah mama budak bedua ni. Jealous la pulak. Entry kali ni kita buat KISAH MAMA pulak.

Actually malam tadi, Ali Amrsyar tido dengan opah dan atok dia. Tinggal si kecil Addeena dengan saya. Itu pun tido dalam play pen dia. So, ada la masa terluang untuk saya menggerudi laptop lama balik. Sekali terjumpa gambar masa muda mudi. Huhuhu... Bila tengok balik gambar-gambar lama...cuma satu ayat je saya nak cakap "RINDUNYA NAK JADI MUDA". Rindu zaman berseluar jeans ketat dan ber"sneakers" Converse.

Zaman muda mudi saya banyak dihabiskan di Jepun. Dari umur 19 till 24 tahun saya spend untuk buat degree di Okayama University. Merasa la 5 tahun hidup sorang diri terkontang-kanting di tempat orang. Tak ada parents, tak ada boypren (En Amri buat degree di UTM Skudai). Yang ada cuma kawan-kawan. Banyak pengalaman hidup yang saya kutip kat sini. Bila teringat balik...rasa rindu nak balik ke Jepun. But, tinggal sana...mungkin tidak. Cuma terasa nak pergi as a tourist. Maybe one day..bila Ali Amrsyar dan Addeena dah besar, saya nak bawa En Amri ke Jepun. Nak bawa dia menyelami 5 tahun kehidupan saya di sana.

Tapi buat masa sekarang jom layan pics muda-mudi mama Ali dan Addeena :


Kereta Back To The Future USJ 2006

Hanami (Pesta Bunga Sakura) 2005

Autumn 2009

Hanami 2009

Autumn 2006

Dengan Rozie 2008

Winter 2008

Winter 2008

Raya

Hanabi (Pesta Bunga Api) 2008

Okayama Crow Castle 2009

Miyajima 2009

Okayama Rose Garden 2009

Summer 2007

01 November 2013

Kisah Amrsyar dan Adik : The Bonding

Nak tau apa reaksi Abang Ali bila dapat baby baru ?!!!!




Abang Ali sangat caring dan penyayang. Pantang saya letak adik atas katil or bean bag, mesti dia datang nak.cium. Kadang-kadang kepala dan muka adik penuh dengan nasi or coklat hasil dari cop mohor mulut si Abang Ali. Nak marah pun ada..nak gelak pun ada. Bila adik nangis (owhhh...adik sangat kuat nangis sampai mamanya tension), Abang Ali akan panggil saya.

Tapi, dalam sayang-sayang pun ada masa dia buat jugak. Pernah sekali waktu saya mandi,  my mum dan MIL kat dapur .. tak sedar cuma ada si abang dan si adik (tengah tido dalam katil) kat ruang tamu. Tiba-tiba adik menjerit kuat. Rupanya Abang Ali picit kaki adik.Geram kot....dok tengok kaki.adik menguit-nguit. Sejak tu kami lebih berhati-hati.

Dalam menjaga dua orang anak, saya tak halang Ali Amrsyar dekat dengan adik. Saya nak ada bonding yang rapat antara abang dan adik. Masa Ali Amrsyar nak tido, saya selalu cakap pada dia yang dia kena sayang adik dia sebab bila mama dengan babah dah tak ada, dia yang kena jaga adik (masa ni memang meleleh air mata). Harap-harap bila saya pesan setiap hari, Ali Amrsyar akan jadi abang yang penyayang dan bertanggungjawab.