23 May 2013

Kisah Amrsyar : Amrsyar Pergi Teluk Batik


Amrsyar di Teluk Batik
Ali Amrsyar baru 9 bulan, tapi Babah dah nak bawa mandi  laut. Konon-konon nak anak belajar jadi berani sebab dalam  diam-diam Babah Amrsyar nak suruh anak jadi  tentera (just forget it En Amri. I won't let my baby jadi tentera macam awak). Babah siap tiup pelampung lagi. Punya la semangat. Tapi ........



Gambar di atas dah menjelaskan segalanya. Amrsyar PENAKOTTTTTTTTTTTTT. Jenuh kami pujuk, dia tetap tak nak. Even bawa main kat gigi air pun, dia menjerit-jerit. Geli hati tengok dia menjerit setiap kali ombak datang. Tak sampai 10 minit kat Teluk Batik, En Amri ajak balik sebab kami dah jadi perhatian ramai orang. Maybe orang ingat kami nak dera anak kot. 

Akhirnya, Amrsyar mandi kolam saja. Yang ini memang dia cukup suka. Rendam lama-lama pun tak apa.

Gambar terpaksa di"sensor"kan
Tapi Babah Amrsyar masih belum give up untuk train Amrsyar. Babah cakap tunggu Amrsyar umur setahun, dia nak rendam Amrsyar lagi dalam laut. Sabar je la dengan anak beranak ni......

10 May 2013

Size Doesn't Matter..Yang Penting Hati

Baru-baru ni, saya dapat hadiah special. Hadiahnya kecik jer tapi sangat-sangat bererti bagi saya. Bagi yang ikuti perkembangan semasa maybe ramai yang tahu, kenaikkan gaji dan gred bagi anggota tentera. Jadi end of April yang lepas, En Amri terima tunggakkan gaji gred baru. Alhamdulillah..sejak Ali Amrsyar hadir dalam hidup kami, rezeki makin murah. Dalam masa 1 tahun, banyak kenaikkan dan imbuhan yang En Amri nikmati. Betul kata orang, setiap anak yang lahir, sudah ditetapkan rezeki dia. 

Setelah agak lama En Amri tak berikan hadiah pada saya, suddenly lepas balik dari Kundasang, saya terima :
jeng ....
jeng .....
jeng .....



Cute kan?!!! En Amri minta maaf sebab hadiah tahun ni kecik saja. Tapi bagi saya size doesn't matter. Lagi pun dah lama saya cari pendant bentuk love yang sepadan dengan rantai tangan saya. Thank you En Amri coz sangat prihatin dengan permintaan isteri kesayangan awak ni.

06 May 2013

2nd HunnyMun dan PRU13

Salam all
Lamanya saya menghilang lagi. Nak BW pun tak ada masa apa lagi nak mengupdate entry. Actually life quite busy rite now. Nanti kita story mory pasal hal busy tu lain kali ye.

Entry kali ni nak story pasal PRU13. Akhirnya..saya balik mengundi jugak ke Sabah. Hehehe..tiket fully supported by ATM. So, nak tak nak..balik saja lah. Tapi saya dan En Amri decided tak nak bawa balik Amrsyar. Konon-konon nak honeymoon. Rasanya budak comey tu dah banyak sangat naik turun flight. Risau telinga dia asyik berdegung (macam yang kami tengah alami sekarang)

Alhamdulillah sepanjang tinggalkan dia dengan Mama dan Abah, Amrsyar tak banyak ragam. Menangis pun jarang. Cuma setiap hari dia akan tertunggu-tunggu saya call. Bila saya call, dia akan cium telefon. Comey kan? Cuma saya je yang tak tahan rindu pada Amrsyar. Almost everyday menangis rindukan dia. Honeymoon pun terasa macam tercekit biji cempedak. Waaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!! Bukan senang nak tinggalkan anak rupanya.

Balik Sabah kali ni kami cuma sempat pergi ke Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang dan Rumah Terbalik di Tamparuli. Tak ada semangat nak berjalan sangat sebab hari saya rasa tak sempurna tanpa Amrsyar. Lain kali janji tak mau tinggal Amrsyar lagi. 

Ok la..need to go now. Mengharap yang esok cuti.

Rumah Terbalik Tamparuli
Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Selamat menunaikan tanggungjawab pada 30 April 2013