27 August 2015

Kisah Amrsyar dan Adik : Gunting Rambut

Agak lama menghilang kali ni. Sejak 2 minggu yang lepas betimpa-timpa dugaan melanda keluarga kami...sampai sekarang pun hati ni masih belum reda lagi. Masih berdebar-debar dan ternanti-nanti. Sungguh dugaan kali ni amat besar...ada masa rasa macam dah tersungkor tak mampu nak bangun kembali. Tapi demi Ali dan Adik...saya gagahkan juga. Masalah besar macamana sekalipun, hidup perlu diteruskan sebab Ali dan Adik masih kecik. Perjalanan dua buah hati saya masih jauh. Apapun doakan yang baik-baik untuk family kami. Saya percaya masih ada sinar bahagia untuk kami.

Terus kepada cerita entry kita...pasal gunting rambut Ali dan Adik. Dua beradik ni bab gunting rambut memang payah. Dulu Ali tak susah...biasanya Babah yang akan bawa Ali ke kedai mamak...then dia akan duduk atas kerusi sendiri. Kalau dia takut, dia akan duduk atas riba Babah. Tapi kali ni memang susah. Kali pertama pergi kedai gunting, Atok yang bawakan. Meraung dia tak nak. Kali ke-2 saya bawakan. Kali ni Ali buat perangai tak nak gunting rambut jugak. Solution terakhir, amoi kedai gunting rambut Ali sambil saya dukung dia. Itupun dia mengelak banyak kali. Akhirnya rambut Ali berjaya digunting jugak walaupun nampak macam pelik sikit. Sepatutnya amoi kedai nak guna mesin untuk nipiskan rambut Ali, tapi....dia tak nak. Risau Ali terluka, saya cakap cukup lah. Biar la nampak pelik sikit rambut Ali. Habis gunting rambut Ali, saya call En Amri. Dia janji nak bawa Ali gunting rambut bila dia balik nanti. Hurmmm...susah jugak bila Babah tak balik lama. Jenuh Mama nak handle kerenah anak-anak.


Berlainan dengan cerita Adik. Actually saya pernah suarakan pada En Amri nak gunting rambut Adik. Tapi En Amri tak bagi sebab katanya Adik perempuan...biar la rambut panjang. Tapi semalam saya terpaksa gunting juga rambut Adik sebab rambut depan dah cucuk mata while rambut belakang buatkan leher Adik naik ruam. Sorry lah Babah...Mama terpaksa jugak gunting rambut Adik. Kita tunggu Adik dah besar sikit baru kita ajar Adik simpan rambut panjang. Adik tak banyak kerenah...senang saja nak gunting rambut dia. Tapi sebab tangan saya ni bukan jenis berseni...jadi hasilnya tak lah cantik sangat. Tak apalah...at least Adik dah selesa dengan rambut dia. No more rambut masuk mata or gatal-gatal leher.


So far itu saja lah cerita Ali dan Adik. Dalam seronok melayan kerenah anak-anak, saya rindu sangat pada En Amri. Lagi perit bila Ali ajak saya pergi Sabah untuk ambil Babah. Sabar ye sayang....belom masanya lagi. Semoga Allah kasihkan hamba-Nya yang merintih ini.

7 comments:

  1. Bukan main taknak lagi dia gunting rambut ye. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sekarang pun mama still usaha untuk gunting rambut Ali lagi

      Delete
  2. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

    Thanks :)

    ReplyDelete
  3. bebudak kecik ni mmg mudah rambut pendek . klu nak panjang rambut ,mamanya kena rajin ikatlah rambut dia . my anak buah dulu pun susah amat nak gunting rambut . mungkin mrk rasa ngeri kot tengok gnting tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo rambut panjang tapi suka ikat rambut x apa..adik ni bila kita ikat dia tanggalkan getah...pening dh mama

      Delete
  4. mncabar kann nk potong rambut anak anak
    ni rania pon rambut pnjg ke depn juga
    saya just trik ikat j. syg pulak nk gunting sbb rambut rania jns halus

    sabar ye ali nanti babah balik jumpa mama adik and abg

    ReplyDelete