15 March 2015

Kisah Amrsyar : Toilet Training ( outing time )

Again.....saya tenggelam timbul dalam berblogging. Lately emosi kurang stabil ditambah dengan kerinduan pada En Amri. Huhuhuhu....nasib saya dikurniakan dengan 2 buah hati yang tak banyak kerenah. Bila Babah tak ada, Ali setakat bertanyakan Babah saja. Belum pernah lagi dia meragam bila Babah tak ada. Adik pulak....belum boleh cakap lagi..cuma dia kerap pandang tangga. Mungkin mengharap Babah akan turun. Sabar lah wahai hati...insyaAllah doa kami akan termakbul satu hari nanti.

Entry kali ni saya nak share pasal toilet training time bawa anak keluar. Kalau kat rumah..rasanya tak banyak masalah untuk train anak ke toilet. Bila anak nak kencing..buka je seluar..terus ke toilet tunaikan hajat. Tapi bila dekat luar ni....agak mencabar sikit. Masa first time tak pakaikan diapers pada Ali time outing....saya agak failed sikit. Masa tu kami kat Aeon Manjung. Time Ali cakap nak kencing baru saya bawa dia ke toilet. Belum sempat nak buka seluar jeans dia dah terkencing. Huhuhu...nasib bawa seluar salin. Kalau tak..terbang duit mama kena beli seluar baru. 

Outing semalam, sekali lagi saya tak pakaikan Ali diapers. Kali ni kami ke Ipoh Parade. Sebelum naik kereta, saya ajak Ali kencing dulu. So sepanjang dalam perjalanan ke Ipoh dia OK...tak gadoh nak ke toilet. Sampai di Ipoh Parade...saya ajak Ali ke toilet lagi. After jalan-jalan, sebelum balik...again..saya ajak Ali ke toilet lagi. Alhamdulillah...tak ada kes terkencing dalam kereta. Suka mama walaupun penat sikit sebab banyak kali kena ulang-alik bawa Ali ke toilet. 


Untuk mommies yang nak start toilet training anak anda..ini perkongsian dari saya berkenaan toilet training anak time outing ( untuk tips toilet training di rumah, boleh selak entry lama ) :

1. Pakaikan anak dengan selipar. Saya pernah pakaikan Ali kasut dan stoking time keluar. Bila dia cakap nak kencing...punya la payah. Saya kena bukakan kasut dan stoking dia dulu..baru boleh buka seluar. Akhirnya Ali terkencing dalam diapers ( nasib pakai diapers time tu ).

2. Pakai anak dengan baju yang simple dan mudah untuk dibuka especially seluar. Budak-budak ni bila dah nak terkencing sangat baru dia cakap. Jadi lagi simple pakaian dia..lagi mudah nak buka..lagi senang. 

3. Bawa baju seluar spare dan tuala dalam handbeg supaya kalau anak terlepas kencing...tak perlu nak susah cari pakaian ganti.

4. Cari tempat outing yang senang nak ke toilet. Sebab tu saya lebih suka bawa anak-anak ke shoping complex...banyak toilet.

5. Kerap tanya anak jika nak ke toilet. Budak-budak ni suka ralit bila bawa kuar. Jadi sebagai mommy kita pun jangan leka..kerap tanya anak.

Itu saja perkongsian yang saya mampu bagi. Semoga perkongsian ini dapat membantu mommies yang lain. 

02 March 2015

Babah Balikkkkkk !!!!!!

Alhamdulillah Babah balik cuti CNY yang lepas. Actually dah sebulan lebih Babah tak balik sebab susah nak ambik cuti. Babah dapat balik kali ni pun sebab ada tugas di KL 2 hari. Dah settle tugas baru Babah balik jumpa kami anak-beranak di Kampar. Dapat la Ali dan Adik bermanja dengan Babah selama 5 hari. Jadi lah kan....


Cuti CNY kali ni kami tak ke mana-mana. Serik terperangkap atas highway berjam-jam pada CNY tahun lepas. Tahun ni kami cuma bawa Ali dan Adik jalan-jalan sekitar Ipoh. Bawa pergi main playground dekat Kinta City dan Taman Polo. Itupun dah cukup buat dua buah hati ni seronok. Ali sekarang ni suka sangat main papan gelunsur. Adik pulak lebih banyak lari-lari sambil main chak-chak dengan saya atau En Amri. Penat jugak kami nak jaga 2 budak ni bila playground ramai dengan budak-budak lain. Kalau tak budak lain tolak anak-anak kita..anak-anak kita tolak budak-budak lain. Budak-budak....biasa lah..


After CNY, kami balik Manjung untuk raikan adik En Amri bertunang. Seronok tengok orang bertunang...teringat kenangan silam. Masa saya bertunang dulu tak ada pelamin (yang ada cuma bantal petak besar kain baldu warna merah) dan En Amri pun tak datang..sebab orang tua-tua tak bagi. Zaman sekarang..mungkin dah berbeza sikit. Apapun semoga Mak Lang dan pasangan selamat diijabkabulkan insyaAllah tahun ni jugak.


Itu saja rasanya yang boleh dishare kali ni. Babah pun dah balik ke Sabah Selasa lepas. Dan as usual saya terpaksa menjawab soalan yang sama dari anak teruna saya setiap pagi : "BABAH MANA?". Sabar lah wahai hati.....Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya.