20 June 2015

Kisah Mama : Thumb's Cafe Ipoh

Jumaat 12hb 6, sampai juga saya ke Thumbs Cafe. Actually Selasa minggu yang sama saya dan En Amri dah datang ke sini. Siap bawa Ali dan Adik lagi. Tapi cafe ni tutup. Nak buat macamana...dah tak ada rezeki. Kali ni lagi sekali kami datang...tapi berdua saja. Opah dah bawa Ali dan Adik ke Penang. Since anak-anak tak ikut sama, kami decide untuk pergi time malam...around pukul 9 lebih. Baru ada feeling nak dating sambil pegang tangan macam orang muda. Huhuhu....kalau ada dua buah hati...memang tak ada chance. Saya sibuk layan Abang Ali dan En Amri akan layan Adik. Perasaan nak beromantik tu kena simpan dulu.

Ok sambung cerita pasal Thumbs Cafe. Time kami sampai parking dah agak penuh..maybe  sebab Thumbs Cafe ni berkongsi parking dengan Karats Cafe. Actually dua-dua cafe ni sebelah menyebelah dan satu pagar...maybe owner yang sama (saya agak saja). Masuk saja ke Thumbs Cafe....rasa kelainan cafe ni. Deko dalam cafe banyak dipenuhi dengan barangan antik (mesin taip, mesin jahit, lukisan lama). Even ada jugak meja dan kusyen antik yang dijadikan meja untuk pelanggan. Suddenly saya rasa macam masuk rumah lama arwah Tok Akob. Suasana dalam cafe agak penuh dengan pelanggan. Nasib time tu ada meja kosong untuk 2 orang....terus duduk. Actually pelanggan boleh pilih nak duduk dalam cafe atau di luar. Tapi sebab saya nak merasai suasana Thumbs Cafe...kami pilih untuk duduk dalam cafe. Lampu dalam cafe ni agak malap maybe nak timbulkan suasana relax. Rata-rata yang datang sini dari golongan muda..mungkin ini port terbaik untuk jumpa kawan-kawan lepas habis kerja sambil isi perut. Kebetulan time kami datang ada live band buat persembahan....lagi ramai orang datang.


Saya order meatball with brown sauce dan En Amri order Nasi goreng hentian rasa. Tak lama kami tunggu...order dah sampai (walaupun ramai pelanggan). Tengok orang lain punya meals pun not bad. Presentation menarik. Meatballs yang saya order...boleh tahan. I can finished mine tanpa bantuan En Amri. Nasi goreng pulak....ok ok lah...cuma agak pedas untuk saya. Sambil makan...sambil dengar live band...terasa muda. Hahaha.....actually tumpuan saya lebih pada gelagat orang-orang muda. Macam-macam fesyen tudung dan macam-macam gelagat. Seronok tengok...


After habis makan...kami tak tunggu lama. Ramai lagi pelanggan yang tunggu nak duduk. Kesian pulak.....tak sampai hati nak lepak-lepak while orang yang menunggu tu tengah kelaparan. Bil kami malam tu RM 19++. Berpatutan untuk saya. Next time datang lagi ?!!! My answer is YES DEFINETLY...but without Ali dan Adik sebab pelanggan dibenarkan merokok dalam cafe. Saya tak kesah kalau yang merokok tu duduk di kawasan open air macam kat luar cafe...tapi bila merokok di dalam cafe.....adoiiiii la...dengan cafe yang penuh dengan manusia tambah pulak dengan suasana tertutup....jawapnya memang saya tak akan bawa anak-anak saya ke sini. Sorry lah....kalau ada yang kurang setuju dengan pendapat saya.

Itu saja review saya pasal Thumbs Cafe. Bagi yang nak cari port melepak dengan kawan-kawan sambil isi perut...ini tempat terbaik untuk anda. Tapi bagi parents yang nak lepak dengan anak-anak yang masih kecil...this is not the right place.


3 comments:

  1. la blh pulak benarkan merokok dlm kawasan cafe kan.mcm menggangu org lain je..
    mmm, x bmnt la sbb sy tak suka bau asap rokok
    alhamdulillah xdpt suami x merokok

    wow.adik n ali pergi penang
    tinggal mama dgn baba ye :)

    ReplyDelete
  2. saya plg x selesa klu ada org merokok masa saya mkn ...

    ReplyDelete
  3. Tak sampai lagi sini. Dsudugarfu yang depan rumah pun tak pernah sampai lagi. Punya pemalas nak makan luar. Kuikui

    Tapi kalau dah kata merokok anywhere boleh, memang tak nak pergi lah. Kesian budak2 hidu asap.

    ReplyDelete