18 September 2015

Kisah Amrsyar : Jerebu & Demam


Cuba teka ini jerebu ke kabus?!!!! Mesti ramai yang teka jerebu kan.. Ya tekaan anda memang tepat. Teruk betul jerebu kali ni. Pekan sekecil Kampar pun turut terkesan.


Gambar ni saya snap hari Selasa 13hb 9. Cuti hari Malaysia semalam...jerebu dah makin kurang...tapi kami anak beranak just stay at home saja. Sehari sebelum hari Malaysia, Ali demam dan Adik selsema. Nak bawa keluar rumah pun takut. Ali pun nampak tak bermaya sangat. Dia cuma baring sambil tengok Upin Ipin. Makan pun tak lalu. Nasi langsung tak nak. Dia cuma makan donut dan Apollo kek. Tapi nasib baik Ali jenis yang kuat minum air dan senang makan ubat. Tak susah nak jaga dia sakit....cuma nak bermanja lebih. 


Adik pulak...hurmmmm bila si Abang sakit...dia jadi tukang kacau. Mentang-mentang dia sehat....ada saja benda yang dia nak sakat abang dia. Bila kena kacau, si abang mula lah merengek. Biasa lah...kalau saya sakit pun saya tak nak dikacau. Tapi itu lah....Adik ni tak mau duduk senyap. Akhirnya Mama terpaksa jadi Hulk dengan Adik.


Sempena musim jerebu ni...kena kurang aktiviti luar anak-anak. Actually kalau kita google banyak aktiviti indoor untuk anak-anak. Semalam time blogwalking saya terjumpa cara nak buat colorfull sand dari pewarna dan garam halus. InsyaAllah weekend ni saya try buat dengan Ali. Yang penting anak-anak tak bosan.

7 comments:

  1. semoga cepat sembuh.. amboi adik kacau abang ye..

    ReplyDelete
  2. Adik masih tak faham lagi. Dia nak main dgn abang tapi abang pulak tak sihat itu yg jadi abang merengek. Moga abang cepat sembuh ye sayang..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah mujur sekarang jerebu dh makin reda

    ReplyDelete
  4. harap2 skrg dah ok...jerebu pun dah beransur

    ReplyDelete
  5. kan.
    dugaan betul jerebu kali ni
    nti up entri tau pasai xtbt tu.
    blh buat juga nanti

    ReplyDelete
  6. Semoga makin sihat... I tgh demam skrg, myb sbb hujan selepas jerebu kot... BTW, alhamdulillah jerebu kian berkurangan d tmpt saya Semporna.

    ReplyDelete
  7. Semoga makin sihat... I tgh demam skrg, myb sbb hujan selepas jerebu kot... BTW, alhamdulillah jerebu kian berkurangan d tmpt saya Semporna.

    ReplyDelete