22 February 2013

Tips Bawa Baby Travelling by Plane

As-Salam

Sebelum saya start membebel, meh kita lap dulu habuk-habuk kat blog nih. Lama tak update. Actually dah seminggu saya dan Amrsyar balik ke Perak. Bercuti? Owhh no no no. Kami balik Perak coz parents saya pergi umrah dan En Amri ada exercise somewhere dalam hutan. So, daripada saya dan Amrsyar mati kutu di Kota Kinabalu, baik saya temankan my lil' sista di Perak. 

Actually ini adalah kali ke-4 saya bawa Amrsyar naik flight. First time saya bawa dia naik flight ke Sabah masa umur dia 3 bulan. 2nd time masa dia 4 bulan, 3 rd masa dia 5 bulan dan 4th masa dia 6 bulan (macam ni la hidup kami..asyik ulang alik Perak-Sabah. Babah cepat la posting Semenanjung). Bawa baby travelling dengan flight memang agak menakutkan especillay bila terpaksa travelling berdua sahaja dengan baby. But, kita tak boleh jadikan itu sebagai halangan. Macam saya, if nak harapkan En Amri cuti, alamatnya   bertahun-tahun la saya tak jengok my parents. So, as long as En Amri bagi permission, saya akan balik walaupun hanya berdua dengan Amrsyar.

After 4 kali ulang alik Kota Kinabalu- Kuala Lumpur, here are some tips that might be usefull yang saya boleh share:

  • bawa puting, botol susu or anything yang boleh baby isap. Masa plane berlepas dan landing, bagi baby isap something or minum air masak atau susu untuk hilangkan degung di telinga. Disebabkan Amrsyar kalis segala jenis puting dan botol susu, saya akan bagi dia isap jari saya or direct feeding dia. If flight tak penuh, minta seat yang tak ramai orang. Normally flight attendant akan faham. 
  • pakaikan baby dengan baju yang selesa. Tak perlu la nak pakaikan baby dengan baju yang bergaya tapi tak selesa. Dalam plane nanti dia akan hadapi situasi yang kurang selesa, so please jangan menambah ketidakselesaan baby anda.
  • Bawa toys yang baby suka. My hand luggage normally penuh dengan toys Amrsyar saja. Sekali-sekala, saya akan dukung Amrsyar dan bawa dia berjalan-jalan supaya dia tak menangis keboringan. Tapi bila plane start bumping, cepat-cepat lari cari seat kosong.
  • stroller yang sangat membantu. Disebabkan Babah Amrsyar ni super busy, so saya tak pernah naik flight ditemani En Amri. Ramai yang terkejut bila tahu saya cuma naik flight berdua sahaja dengan Amrsyar. Rata-rata mummy tak sanggup nak travelling by flight berdua saja dengan baby. But for me I've got no choice. Luckily saya ada stroller yang banyak membantu. So, tak ada la kelam kabut sangat nak dukung baby lagi, nak angkat hand luggage lagi.
  • Bawa beg galas belakang or sangkut bahu as your hand luggage. If naik flight Air Asia, kita kena naik tangga untuk ke pintu flight. Bayangkan if sebelah tangan dukung baby and sebelah tangan lagi nak angkat beg. Sangat kelam kabut.
  • Before masuk ke balai berlepas sila pergi toilet awal-awal, so that dalam flight tak perlu fikir nak letak baby kat mana while kita nak menunaikan hajat.
  • if perlukan bantuan (nak suruh ambil barang, nak pindah seat or etc) jangan segan silu mintak tolong pada flight attendant. Kita bayor tiket mahaiiii weh !!!
  • jangan risau. Rakyat Malaysia sangat baik hati. Normally if orang tengok hanya kita dengan baby saja, akan ada tangan yang membantu. Allah akan tolong umatNya yang dalam kesusahan.
Diharap tips diatas dapat membantu mummy-mummy yang bercadang nak travelling with baby by plane. If baby anda menagis dalam flight, that normal lah. Baby kerjanya memang menangis. So, tak perlu la nak tarik muka masam. Cuba senyum sambil pujuk baby anda. Most people faham situasi anda.

Sebagai pengakhir entry, saya sertakan gambar Amrsyar nak tangkap air hujan di tingkap bus. Very funny la anak mama nihhh.


BON VOYAGE 

07 February 2013

Kisah Amrsyar dan Kisah Hati Mama Amrsyar

As-Salam

Lamanya mama Amrsyar menghilang diri dari blog ni. Actually tak ke mana pun. Cuma sejak akhir-akhir ni emosi saya kurang stabil sikit. Terlalu banyak sangat peristiwa pahit yang kena ditelan. Bila difikirkan semula, hidup ni memang sangat funny. How someone yang kita sangat-sangat sayang, boleh jadi insan yang banyak sakitkan hati kita. Ada masa, saya berdoa pada Allah agar Dia kurangkan rasa sayang dalam hati ini supaya hati saya tak dilukai lagi. Berdosa tak saya berdoa macam tu?!!! Entah la. Apa yang saya mahukan cuma dipujuk sekali sekala. Tapi, orang lelaki ni selalu anggap yang luka dihati perempuan boleh recover sendiri.

Ok la..tak mau cerita sedey-sedey dah. Pagi tadi saya dah nanges puas-puas. Lets story pasal my Ali Amrsyar (taip nama dia je pun dah buat saya tersenyum sorang-sorang). Pagi tadi saya bawa Amrsyar ke RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk cucuk 6 bulan. Actually, sepatutnya dia kena cucuk 1 week ago. But, since vaksin measles belum sampai lagi di RSAT masa tu, so terpaksa la tangguh. A few weeks ago, doctor dari RSAT confirmkan yang vaksin dah sampai, itupun untuk 10 baby pertama sahaja. So, saya terus bawa dia ke RSAT hari ni. Alhamdulillah..dah settle pagi tadi. Amrsyar kena cucuk 2 jarum, measles dan hepatitis B. Satu di peha, satiu lagi di bahu. Kesian juga tengok dia meraung kena cucuk tadi (mama dia  pun menanges skali). 

Sampai rumah, dia terus tertidor sambil menangis. Lepas bangun tido, aktif balik. Senang hati saya tengok dia tersenyum riang dan gelak mengekek. But, masa nak mandikan tadi, saya perasan badan dia dah mulai panas. So, this nite saya prepare termometer dan tuala basah bersama baldi. Risau kalau-kalau dia demam. Hari ni pulak, En Amri ada kerja luar di Papar. Rasanya esok baru balik. Elok juga kami berjauhan buat masa ni. Hati masing-masing masih panas lagi.

Apa perkembangan Amrsyar sekarang? Masa umur dia 5 bulan 4 minggu, Amrsyar dah mula duduk. 2 days after that, dia dah boleh merangkak properly. Kalau dulu cuma sondol-sondol orang but now, dah boleh merangkak. Depan TV dekat ruang tamu ni, saya cantumkan tilam queen dan single as his plauground. Tapi, pantang saya toleh tempat lain sikit, dia dah sampai hujung tilam. Setakat ni dah 3 or 4 kali dia gedebukkk jatuh ke lantai. Risau juga saya. But, Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi dia muntah or meragam. Bila tengok dia dah boleh duduk dan merangkak, hati saya jadi sayu. Cepatnya dia membesar. Lepas ni berdiri, berjalan berlari, makan sendiri, boleh poo n pee sendiri .... Waktu tu maybe dia dah kurang bergantung pada saya lagi. Terasa berat pulak hati saya. Tapi itu lah tugas seorang ibu, besar dan didik anak and one day kita terpaksa lepaskan mereka berdikari sendiri. Setakat ni saya bersyukur sangat-sangat sebab saya diberi peluang utk besarkan dia dengan tangan sendiri. Saya dapat tengok 1st time dia menerap, duduk, merangkak. InsyaAllah, lepas ni saya nak tengok his 1st step.

Dah panjang lebar kot saya memebebel kali ni. OK as usual, here are some pic of my little boy yang sudah 7.1 kg :

Finally can sit properly


Ali Amrsyar first time pegi beach @ Tanjung Aru Beach, KK

Anak askorrr..apa lagi nak dikatoo