15 March 2013

Amrsyar dan Push Car


Amrsyar dah ada kereta!!!! 

Kayanya anak mama ni. Mama pun dok pakai kereta babah lagi. Bila la nak merasa beli kereta sendiri. Masuk peraduan Senang Menang Pos Malaysia, tak menang menang pun. Habis duit setem je. Agaknya mama Amrsyar ni memang tak lucky.

Keta Amrsyar ni opah Tipah yang hadiahkan. Waktu Amrsyar kat KK lagi opah dah beli. Bila dah balik Perak, baru dapat merasa. Tapi cayang, kaki budak ni tak cukup panjang lagi. So terpaksa la mama ngan Mak Su tolong tolakkan. Terbakar jugak la kalori mama tanpa perlu ke gym. Babah balik nanti Amrsyar buli babah suruh tolakkan pulak ye. Mama ngan Mak Su nak berehat. Cepat lah April..kami tak sabar menanti.


10 March 2013

Mama Amrsyar kena Penyakit M & R

MALAS! MALAS! MALAS !
RUNSING ! RUNSING ! RUNSING !


Lately saya diserang penyakit M. Badan rasa sangat berat, otak lagi la jangan cakap. Ada masa saya rasa malas nak bangun. Kalau waktu ni Amrsyar tak ada lagi, dah lama saya memerap atas katil sehari suntuk tak mandi dan tak makan. Kronik kan? 
Entah lah.. Lately hidup ni terasa sangat berat. Sejak pengganas Sulu menyebok masuk Lahad Datu, hati saya tak tenteram. 4 hari selepas En Amri dapat tau tentang kehadiran pengganas Sulu, dia dah hantar saya dan Amrsyar ke Perak awal-awal. Waktu tu saya blur jugak..but, after kes tu dah kecoh baru dia bagitau niat sebenar dia hantar kami ke Perak. Dan sekarang tinggal lah saya dan Amrsyar di Perak with my parents. Selamat tu memang la selamat..tapi tiap hari hati asyik dup dap dup dap. Tambah pulak sekarang ni En Amri dah terlibat dalam Ops Daulat. Ya Allah ..jangan ditanya apa perasaan saya. Pantang HP or telefon rumah berbunyi, mula la hati risau kemain.
But, sejak 2 hari lepas, saya belajar untuk REDHA. Saya masih ingat lagi betapa besarnya kuasa doa seorang isteri sewaktu saya pregnantkan Amrsyar. Waktu tu En Amri terlibat dalam Ops Pasir di Lahad Datu. Saya ditinggalkan di Perak. Hubungan kami waktu tu ON and OFF. Setiap hari saya diburu kerisauan. Ada masa rasa seperti tak mampu nak teruskan kandungan. tapi demi Amrsyar dalam perut, saya terpaksa kuat. Makan sekadar untuk hidup, tersenyum sekadar untuk puaskan hati orang lain. Waktu tu saya serahkan hubby saya di dalam jagaan Allah. Semoga Allah lindungi dia setiap masa. Akhirnya sewaktu kandungan mencecah 36 minggu, En Amri dibenarkan keluar operasi dan temankan saya di Perak sehingga saya bersalin. Hebatkan kuasa Allah.
Dan kini sekali lagi saya serahkan suami saya di bawah jagaan Allah. Doa saya setiap hari semoga dia selamat kembali ke pangkuan kami sesegera yang mungkin. Ada masanya saya berharap yang saya erada di rumah kami..so that I can hug and kiss him before I let him go dan tunggu kepulangan dia. But, if I stay there, saya tau En. Amri tak akan boleh bekerja dengan senang hati. Sampai bila kami akan hidup macam ni, entah lah. Selepas Ops Daulat tamat, saya pasti kerajaan akan perketatkan lagi kawalan di sempadan Philippines - Malaysia...dan sudah pastinya En. Amri akan sibuk keluar masuk operasi. Semoga cepat-cepat lah dia dapat posting ke Semenanjung. Sebok macam mana pun, tak perlu tinggal anak bini berbulan-bulan. Rupanya berat jugak dugaan jadi isteri tentera ni. 
Ok lah..my little Ali Amrsyar pun dah lena. So, Mamanya pun kena la lena juga. Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.