24 July 2013

Lawatan Ke Klinik Datin Dr Mimin Tarmini @ Hospital Pantai Ipoh

Dua minggu lepas saya sempat pergi scan 3D adik. Kali ni saya dan En Amri buat scan 3D awal sikit. Waktu Ali Amrsyar dulu, saya buat scan 3D masa preggy 7 bulan ++ (masa ni En Amri masih terlibat dalam ops Pasir di Lahad Datu) sebab si abang asyik kepit kaki tak mau tunjuk jantina. Kali ni, terpaksa buat awal (6 bulan), sebab saya risaukan sangat perkembangan adik. Maklumlah 5 bulan pertama saya preggykan adik, saya tak jaga makan minum. Risau kalau ada kesan pada dia. Lagipun En Amri amat lah tak tahan-tahan nak tau adik ni gurl ke boy. Bagi saya, gurl atau boy, tak jadi masalah. Kalau adik ni gurl, kami dah ada sepasang anak. But, kalau adik ni boy...seronok la si abang Ali..dapat kawan main. Anyway..keputusan tentang boy or gurl kita senyap dulu. Apapun, keputusannya amat menggembirakan En Amri. Tersenyum lebor je babah bila doktor bagitau jantina anak. 


Untuk scan 3D kali ni, mula-mula saya cadang nak ke Klinik Dr Anjalai (boleh rujuk disini) lagi sebab masa scan Ali Amrsyar dulu, service Dr Anjalai sangat memuaskan. Kami dapat tengok muka Ali Amrsyar dengan jelas. Tapi disebabkan hari tersebut hari Sabtu (doktor kerja separuh hari), Dr Anjalai dah full dengan patients yang buat appointment. Jadi, terpaksa la kami pilih doktor lain. Di Hospital Pantai Ipoh ada 4 orang gynecologist. Yang saya ingat cuma Dr Anjalai dan Datin Dr Mimin (lagi 2 orang saya tak berapa nak ingat). So, after direject oleh kerani kaunter Dr Anjalai, saya dan En Amri terus ke klinik Datin Dr Mimin. Alhamdulillah...kami masih boleh diselit-selitkan antara patients yang dah buat appointment. Tapi lama juga kami menunggu...lebih 2 jam rasanya. Nasib baik kami tak bawa Ali Amrsyar. Kalau tak, mau meragam budak kecik tu menunggu lama sangat. Pengajaran kali ni : kalau nak buat scan 3D pada hari Sabtu, sila buat appointment terlebih dahulu. Jangan main terjah saja.

Muka Adik versi 3D
Hasil dari scan...alhamdulillah fizikal adik membesar dengan baik. Jantung, buah pinggan, tulang punggung dan lain-lain semuanya ok. Tapi masa nak scan tu, adik tutup muka dengan tangan. Jenuh Dr Mimin pujuk, tapi adik cuma tunjuk sikit je muka dia. Ada sekali adik tunjuk muka kat kami, siap senyum lagi. Tapi lepas tu dia mengiring balik. Sayangnya  doktor tak sempat nak snap gambar adik masa tu. Bagi saya Dr Mimin kira ok lah. Penerangan dia sangat jelas dan sabar melayan kerenah saya yang nak tengok setiap anggota adik. Bagi saya, sebagai seoarang wanita Islam, saya lebih selesa dengan Dr Mimin. Cuma itu lah...kami tak dapat tengok muka adik dengan jelas sangat. Tak apa la..agaknya adik nak kami tunggu dia keluar baru nak bagi kami tengok dia puas-puas.

Untuk scan kali ni, kami cuma bayar RM 75 (masa scan Ali Amrsyar dulu RM 80). Keseluruhannya, saya puas hati dengan service Dr Mimin cuma kerusi di ruang menunggu agak kurang sesuai bagi ibu mengandung. Kerusi yang disediakan jenis kerusi panjang yang tempat sandarnya 90 darjah. Bagi kami-kami yang tengah sarat ni,sakit jugak lah pinggang terpaksa duduk macam sami buddha. Tak pasal-pasal En Amri kena jadi kusyen saya bersandar hari tu. Dia siap mengeluh lagi kata saya berat. Logik la babah oiiiii....mama kan tengah pregnant.

Info Klinik Datin Dr Mimin Tarmini :

Suite 307, 3rd Floor Medical Mall,
126, Jalan Tambun,
31400, Ipoh, Perak 
(Hospital Pantai Ipoh, Tingkat 3)
Tel : 05-5405603

Waktu Operasi :

Mon - Fri : 9.00 am - 5.00 pm
Saturday : 9.00 am - 1.00 pm
Sunday & Public Holiday : Closed

Bayaran untuk scan 3D : RM 70 ke RM 100

9 comments:

  1. canggih la skang scanner baby en ? siap 3d lg . t klw sy dah kwen , dah perggy mcm akak , agaknya dah 6d kot! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6d?????!!! itu canggih betul..huhuhu..zaman sekarang nak ukir gambar baby dr scan 3d pun dah boleh

      Delete
  2. jantina adik buat babah seronok? hehehe..apakah???

    apapun tahniah ye.. :)

    take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. babah dia memang dah teka dari awal.tu yang dia seronok sangat

      Delete
  3. alhamdulilah bertambah rezeki.smoga selamat ye.seronok betul tgk org gembira nk dpt bb lg. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ziha.rezeki saya tahun ni dan tahun lepas

      Delete
  4. wah.. mesti teruja nak tunggu saat kelahiran dia kan...
    semoga dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun ini yg ke-2, tp kami tetap excited...seronok menunggu orang baru

      Delete
  5. klinik untuk scan 3d4d termasuk cd n colour print Rm120 sj ~~ cuba search facebook : 3d 4d scan malaysia

    ReplyDelete