11 April 2015

Kisah Mama : Honeymoon lagi ( Part 2 ) !!!!!!!!

Ok sambung cerita pasal honeymoon yang tak habis lagi. Dun worry..ini entry last ( tak reti nak karang cerita panjang-panjang ). As I promised before, kali ni kita cerita pasal pulau yang saya pergi di sekitar Kota Kinabalu.

Actually saya cuma pergi 2 pulau saja..Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kalau ikut perancangan kami nak pergi Pulau Memutik..tapi sampai di Jeti Jesselton pun lambat (around pukul 11 pagi) so kami cuma dapat ke 2 pulau saja. Itu pun rasanya dah cukup.


Dari Jeti Jesselton kami naik bot ke pulau. Satu bot tak ramai..around 8 penumpang. Actually kalau datang by group..better sewa 1 bot terus. Lagi puas hati sebab jadual perjalanan bergantung pada kita. Macam saya..disebabkan pergi berdua dengan En Amri, kami terpaksa menunggu lama untuk cukupkan penumpang dalam 1 bot. Tambang yang dikenakan bergantung kepada jumlah pulau yang kita nak pergi. Kalau nak pergi 2 pulau saja, tambang yang dikenakan cuma RM 33/person (ampun kalau salah sebab En Amri yang bayarkan). Tambang yang dicharge ialah tambang pegi-balik. Jadi kalau pergi dengan company A...nak balik nanti pun kena naik bot company A jugak....jangan naik company B pulak. Hati-hati ye...sebab nama company yang uruskan bot-bot ni hampir sama. Macamana nak tau? Biasanya driver bot akan bagitau pukul berapa dia akan ambik kita di pulau tersebut. So don't worry. Just alert dengan waktu je. Kalau nak suruh driver bot ambik cepat/lambat pun boleh. Call no dekat kertas yang dia bagi...lepas tu bincang dengan driver bot. Kalau bot dia kosong, biasanya dia tak banyak kerenah.




Ok sambung cerita. First stop kami ialah Pulau Manukan. SubhanaAllah....cantik sangat air kat sini. Dari atas jeti dah boleh nampak ikan. Tak pernah jumpa laut sejernih kat sini ( sebab pantai yang biasa kami pergi pun cuna Teluk Batik dan Pangkor ). Di Pulau Manukan ada chalet dan restoran. Ada facilities lain jugak macam surau, toilet dan bilik mandi AWAM. Cuma faham-faham saja lah...bila dah namanya awam..jangan la nak high expectation sangat. Asal boleh tunai hajat dan tukar baju sudah. Pantai pun luas dan sangat tenang. Tapi kan....yang tak bestnya banyak sangat pelancong asing dok bersidai dengan underware dan bikini saja. Sakit jugak la mata. Kalau boleh nak tutup mata En Amri. Huhuhu... Aktiviti yang best kat sini...of course la snokerling. Boleh sewa set kat jeti atau pun di pulau. Jangan tanya saya snokeling tu macamana..sebab seriously hati ini masih belum terbuka nak mencuba. Hahaha...saya bukan outdoor person..so aktiviti mencabar ni totally not my type. Keberanian saya hanya setakat mandi laut saja.


Lepas spend about 3 hours kat Pulau Manukan, bot datang ambik kami dan bawa kami ke Pulau Sapi. Time saya pergi Pulau Sapi penuh dengan orang. Nak cari ruang pun susah. Mungkin sebab hari Ahad. Saya tak mandi pun kat sini. Cuma jalan-jalan dan duduk lepak dengan En Amri. Dekat sini pun sama macam Pulau Manukan..facilities sangat complete. Tapi bila packed sangat, saya mula jadi tak selesa. So kami call driver bot dan naik bot pukul 3 untuk pulang ke jeti Jesselton. Tak lama pun kami di Pulau Sapi. Around sejam lebih saja.

Untuk saya, kalau diberi pilihan antara Pulau Manukan dan Pulau Sapi, saya lebih suka Pulau Manukan sebab tak ramai orang. Maklum lah..dah tua bangka nak mandi laut...segan sikit bila orang perati. Huhuhuhu... Next trip kita bawa Ali dan Adik datang sini pulak. Tunggu dua buah hati besar sikit. Seriau..bila memikirkan keselamatan anak-anak atas bot. InsyaAllah tunggu sikit masa lagi..Mama dan Babah bawa Ali dan Adik datang sini ye....
I

10 comments:

  1. alahai.. 3 pulau ni lom pernah pegi lagi..rugi betul dulu..skrg nk p sabah susah dah laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la jijah...time duduk sabah dulu pun x pernah teringin nk pergi.bila dh pndh semenanjung baru ada hati nk pergi.nasib suami masih kt sana lg...

      Delete
  2. saya cukup suka pulau sipadan
    tapi ramai yg suggest pulau manukan ni
    in shaa Allah one day nk juga ke sabah..
    hri tu bru je planning, andai x berhasil usaha 2013 mmg nk pergi jenjalan sabah..sbb dh x mo pikir pasai rawatan nk enjoy j..mmg beserah redha j
    tup tup Allah perkenankan doa semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau sipadan jauh n bahaya sikit...kalau pulau manukan sapi n memutik dekat area kota kinabalu saja..so lebih selamat
      x pa cik sue..tunggu ank besar sikit..bawa pergi sabah..

      Delete
  3. Walaupun dah pernah ke sabah 2 kali dah tp ttp tsk berkesempatan nk buat island hopping lg.. insyaAllah kalau ada rezeki dtg lagi perkara itu lah aktiviti itu lah yg pertama nk buat dulu..hehehe.. seronok la yer bercuti berdua jer.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo nk buat island hoping kena pergi ke jeti awal pagi..kalo pkl 11 br nk pegi...maybe x sempat nk ke semua pulau..
      memang seronok..tp rindu kt anak2

      Delete
  4. Salam singgah,

    Saya tak pernah lagi buat island hopping. Saya ni masa in my 20's memanglah very the outdoor person gitu tapi bila dah tua (ngaku pun....) kurang banyak dah. Selalu dengar tentang pulau-pulau yang cantik di Sabah tapi tak pernah jejak. Setakat santai kat KK, Sandakan tu adalah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang bkn outdoor person dr dl lg...tp pulau2 kt KK memang dh cukup cantik.nk ke sipadan atau semporna jauh sangat..

      Delete
  5. pulau yg mmg sy nak jejakkkkkkkk dari dulu lg... insya allah ada rezeki awl thn dpn aminnnnn ;-)

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa honeymoon..hihi

    ReplyDelete