29 July 2013

Kisah Amrsyar : Amrsyar is 1 Year Old

My little prince sudah setahun !!!! Kejap je masa berlalu. Dah besor anak mama ni. Untuk birthday Ali Amrsyar tahun ni..no birthday party or special gift. Saya cuma buat simple celebration dengan hanya sebiji kek. Lagipun as usual, babah tak ada untuk celebrate birthday Ali Amrsyar (babah sibuk berkursus kat PD). Yang ada cuma mama, tok dan opah. Rasanya itu pun dah cukup untuk menceriakan budak kecik ni.

Muka penat baru balik dari main petang dengan kawan-kawan
 Setahun jadi mama kepada Ali Amrsyar, buat saya rasa berbaloi tinggalkan kerjaya sebagai engineer di Intel Cooperation. Biarpun ramai yang mengutuk, saya sangat bahagia memegang status full time housewife. Dalam membesarkan Ali Amrsyar, saya tak ada rasa menyesal sebab saya sentiasa ada melihat semua perkembangan dia. Dari dia mula menerap, mengesot, duduk, merangkak, berdiri, berjalan, berlari dan memanjat ... saya sentiasa jadi orang pertama yang melihat semuanya. Alhamdulillah ..diatas kesempatan yang Allah bagi pada saya.

Semoga anak mama akan terus kekal aktif dan sehat. Terima kasih sayang sebab sudi hadir dalam hidup mama dan babah. Lagi 2 bulan, Ali Amrsyar nak jadi abang. Semoga Abang Amrsyar boleh jadi abang yang penyayang dan bertanggungkawab.

28 July 2013

Sampul Duit Raya Oh Sampul Duit Raya

Raya dah nak dekat. Duit Raya untuk bebudak dah prepare ke? Raya tahun ni bonus orang keje gomen tak lebat sangat (tapi tetap syukur sebab kerajaan masih bermurah hati), jadi sebagai full time housewife yang tak ada income, saya kena la berjimat cermat. Salah satu caranya ialah : 
RECYCLE BALIK SAMPUL DUIT RAYA TAHUN LEPAS



Masa saya kecik-kecik dulu, sampul duit raya ni selalu dapat free dari bank atau super market. Tapi sekarang ni, kalau ada yang bagi pun..cuma 5 helai saja. Mana cukup!!! Anak sedara berderet ramai (hehehe..tipu la. Saya belum ada anak sedara lagi). Nak tak nak..kena la kita membeli. Kalau di Tesco sampul duit raya yang paling murah pun RM1.20 for 10 keping. Kira sekeping sampul tu jatuh 10 sen. Budak-budak bila dapat duit raya, dia akan buang sampul dan cuma ambil isi dalam saja. Membazir!!!! Sometimes saya jadi sedey bila tengok sampul duit raya yang saya bagi kena buang kat tepi longkang.

Jadi untuk raya tahun ni, saya recycle balik sampul duit raya tahun lepas. Raya last year Ali Amrsyar baru lahir. Banyak jugak sedekah yang dia dapat. Bila tengok sampul-sampul yang still boleh guna, rasa sayang nak buang. Saya pun simpan baik-baik dan guna untuk raya tahun ni. Lepas ni kalau ada budak yang buang sampul duit raya yang saya bagi, saya tak akan terasa hati dah. Lantak kome ler !!!!

24 July 2013

Lawatan Ke Klinik Datin Dr Mimin Tarmini @ Hospital Pantai Ipoh

Dua minggu lepas saya sempat pergi scan 3D adik. Kali ni saya dan En Amri buat scan 3D awal sikit. Waktu Ali Amrsyar dulu, saya buat scan 3D masa preggy 7 bulan ++ (masa ni En Amri masih terlibat dalam ops Pasir di Lahad Datu) sebab si abang asyik kepit kaki tak mau tunjuk jantina. Kali ni, terpaksa buat awal (6 bulan), sebab saya risaukan sangat perkembangan adik. Maklumlah 5 bulan pertama saya preggykan adik, saya tak jaga makan minum. Risau kalau ada kesan pada dia. Lagipun En Amri amat lah tak tahan-tahan nak tau adik ni gurl ke boy. Bagi saya, gurl atau boy, tak jadi masalah. Kalau adik ni gurl, kami dah ada sepasang anak. But, kalau adik ni boy...seronok la si abang Ali..dapat kawan main. Anyway..keputusan tentang boy or gurl kita senyap dulu. Apapun, keputusannya amat menggembirakan En Amri. Tersenyum lebor je babah bila doktor bagitau jantina anak. 


Untuk scan 3D kali ni, mula-mula saya cadang nak ke Klinik Dr Anjalai (boleh rujuk disini) lagi sebab masa scan Ali Amrsyar dulu, service Dr Anjalai sangat memuaskan. Kami dapat tengok muka Ali Amrsyar dengan jelas. Tapi disebabkan hari tersebut hari Sabtu (doktor kerja separuh hari), Dr Anjalai dah full dengan patients yang buat appointment. Jadi, terpaksa la kami pilih doktor lain. Di Hospital Pantai Ipoh ada 4 orang gynecologist. Yang saya ingat cuma Dr Anjalai dan Datin Dr Mimin (lagi 2 orang saya tak berapa nak ingat). So, after direject oleh kerani kaunter Dr Anjalai, saya dan En Amri terus ke klinik Datin Dr Mimin. Alhamdulillah...kami masih boleh diselit-selitkan antara patients yang dah buat appointment. Tapi lama juga kami menunggu...lebih 2 jam rasanya. Nasib baik kami tak bawa Ali Amrsyar. Kalau tak, mau meragam budak kecik tu menunggu lama sangat. Pengajaran kali ni : kalau nak buat scan 3D pada hari Sabtu, sila buat appointment terlebih dahulu. Jangan main terjah saja.

Muka Adik versi 3D
Hasil dari scan...alhamdulillah fizikal adik membesar dengan baik. Jantung, buah pinggan, tulang punggung dan lain-lain semuanya ok. Tapi masa nak scan tu, adik tutup muka dengan tangan. Jenuh Dr Mimin pujuk, tapi adik cuma tunjuk sikit je muka dia. Ada sekali adik tunjuk muka kat kami, siap senyum lagi. Tapi lepas tu dia mengiring balik. Sayangnya  doktor tak sempat nak snap gambar adik masa tu. Bagi saya Dr Mimin kira ok lah. Penerangan dia sangat jelas dan sabar melayan kerenah saya yang nak tengok setiap anggota adik. Bagi saya, sebagai seoarang wanita Islam, saya lebih selesa dengan Dr Mimin. Cuma itu lah...kami tak dapat tengok muka adik dengan jelas sangat. Tak apa la..agaknya adik nak kami tunggu dia keluar baru nak bagi kami tengok dia puas-puas.

Untuk scan kali ni, kami cuma bayar RM 75 (masa scan Ali Amrsyar dulu RM 80). Keseluruhannya, saya puas hati dengan service Dr Mimin cuma kerusi di ruang menunggu agak kurang sesuai bagi ibu mengandung. Kerusi yang disediakan jenis kerusi panjang yang tempat sandarnya 90 darjah. Bagi kami-kami yang tengah sarat ni,sakit jugak lah pinggang terpaksa duduk macam sami buddha. Tak pasal-pasal En Amri kena jadi kusyen saya bersandar hari tu. Dia siap mengeluh lagi kata saya berat. Logik la babah oiiiii....mama kan tengah pregnant.

Info Klinik Datin Dr Mimin Tarmini :

Suite 307, 3rd Floor Medical Mall,
126, Jalan Tambun,
31400, Ipoh, Perak 
(Hospital Pantai Ipoh, Tingkat 3)
Tel : 05-5405603

Waktu Operasi :

Mon - Fri : 9.00 am - 5.00 pm
Saturday : 9.00 am - 1.00 pm
Sunday & Public Holiday : Closed

Bayaran untuk scan 3D : RM 70 ke RM 100

22 July 2013

Diabetis @ Kencing Manis Semasa Hamil

Entry kali ni saya nak share sikit pasal Diabetis atau dalam bahasa orang lama : KENCING MANIS. Selalu kita dengar orang yang dah berumur yang ulang-alik hospital disebabkan penyakit ni. Tapi, kali ni saya nak share pasal diabetis sewaktu pregnant. Masa pregnantkan Ali Amrsyar saya ada diabetis dan pregnant kali ni...pun sama juga.



Apa itu diabetis sewaktu hamil?

Dua kali pregnant, dua kali dapat sticker kuning disebabkan diabetis
Diabetis akan berlaku sekiranya badan kita tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya. Insulin digunakan untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Semasa hamil, badan kita akan hasilkan lebih banyak insulin untuk keperluan kita dan baby. Tapi sekiranya badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang lebih, ini akan menyebabkan diabetis semasa hamil.

Bagaimana untuk mengesan diabetis semasa hamil?

Untuk golongan yang berisiko (kalau keturunan memang ada sejarah diabetis) biasanya ibu hamil akan diberi minum air gula (ujian MGTT) sewaktu 24 ke 28 minggu. Masa preggy kan Ali Amrsyar saya kena minum air gula dua kali. Yang kali pertama sebab berat badan berlebihan dari sepatutnnya dan yang kali ke-2 semasa 28 weeks sebab family ibu saya memang ada sejarah diabetis yang kuat. Hasil ujian minum air gula kali ke-2, doktor dapat detect yang saya ada diabetis. Untuk kandungan kali ni, saya kena minum air gula seawal 22 weeks sebab kandungan pertama dah ada diabetis. Dari situ, dah tau yang pregnant kali ni pun saya ada diabetis juga.

Apakah kesan diabetis pada ibu dan anak?

Dari pengalaman saya, diabetis tak ada kesan sangat pun pada si ibu. Saya tak rasa sakit pun. Cuma sekali-sekala, saya akan rasa sesak nafas dan cepat penat. Tapi untuk si anak dalam perut, diabetis sangat bahaya. Selalu kita dengar kes baby lemas dalam perut ibu. Diabetis salah satu puncanya. Info yang saya dapat dari doktor di KK, sekiranya paras gula dalam darah ibu tidak dapat dikawal, gula tersebut akan block oksigen yang dibawa dalam darah untuk baby. Sebab tu terjadinya kes baby lemas dalam perut ibu.

Kesan lain yang maybe baby akan alami ialah baby terlebih besar. Selalunya baby diabetis around 3 kg keatas. Waktu scan 38 week (1 week before deliver Ali Amrsyar), hasil dari scan, berat Ali Amrsyar 3.2 kg. Masa tu saya dah susah hati. Macamana nak meneran baby sebesar 3.2 kg memandangkan badan saya ni kecik saja. Tapi Alhamdulillah, masa saya lahirkan dia (normal delivery), berat Ali Amrsyar cuma 2.4 kg. Nasib baik dia tak besar sangat walaupun saya ada diabetis. Harap-harap adik pun berat around 2.5 kg saja.

Saya ada juga terbaca baby yang ibunya ada diabetis semasa pregnant lebih cenderung terkena jaudis selepas kelahiran. Maybe ada betulnya coz Ali Amrsyar memang ada jaudis 2 hari lepas lahir. Cuma jaudis dia tak berapa tinggi sangat. Tapi around 5 hari jugak, kami terpaksa ulang-alik hospital untuk ambik darah dia. Meleleh air mata saya tengok kaki kecik tu kena cucuk. Tak tahan...

Bagaimana diabetis semasa hamil dirawat?

BSP test

Keputusan BSP test setakat ini

Biasanya ada dua cara. Bagi bacaan gula yang masih boleh dikawal, doktor akan nasihatkan untuk control diet harian kita. Kalau di klinik kerajaan, setiap 2 minggu doktor akan arahkan pesakit diabetis untuk buat BSP (blod sugar profile) test. BSP test ni simple je. Just cucuk hujung jari sikit untuk ambik darah dan dari situ kita boleh tahu bacaan paras gula dalam badan kita. Cuma...bagi saya merenyah sikit sebab kena buat 4 kali sehari : Pukul 8 pagi, 12 tengah hari, 5 petang dan 10 malam. Untuk bacaan pukul 8 pagi, saya akan start berpuasa pada pukul 10 malam sehari sebelum. Dan untuk bacaan yang lain, saya akan berpuasa 2 jam sebelum waktu bacaan diambil. Merenyahkan?!!!! Sebab tu saya tak suka setiap kali doktor suruh buat BSP test. Daripada pengalaman semasa pregnantkan Ali Amrsyar, saya tak boleh minum milo 3 in 1 or ambil minuman yang ada susu pekat. Kalau minum, memang bacaan BSP akan naik mendadak sampai kena admit 2 hari di Hospital Ipoh untuk diet control. So pregnant kali ni, memang tak sentuh langsung 2 benda tu. Alhamdulillah setakat ni bacaan masih normal. Dah serik asyik kena leter dengan pakar diet hospital.

Untuk pesakit yang bacaan gula yang tinggi (rasanya around 8.0 keatas), biasanya doktor akan bagi insulin dan suruh suntik sendiri. Yang ini, saya tak berapa tau sangat sebab diabetis saya masih belum sampai ke tahap ini. Bila tau ada diabetis semasa hamil, saya memang akan start control diet sebab saya risau baby akan lemas dalam perut.

Kesan diabetis semasa proses kelahiran?

Masa nak dekat-dekat bersalinkan Ali Amrsyar memang sangat mendebarkan. Kalau di hospital kerajaan biasanya doktor tak akan benarkan ibu yang ada diabetis mengandung lebih daripada due date. Bagi patient yang dah kena inject insulin sendiri, biasanya doktor akan keluarkan baby around 38 weeks samada melalui induce ataupun czer. Bagi patient yang masih dalam diet control (macam saya), biasanya dokotr akan tunggu sampai due date, baru decide untuk keluarkan baby melalui induce atau czer. 

But in my case, Alhamdulillah..Ali Amrsyar keluar awal. Masa 39 minggu 1 hari, dia dah tak sabar nak lihat dunia. Jadi merasa lah saya lahirkan dia dengan cara yang normal. Lepas lahirkan dia, kami kena tahan 1 hari di wad sebab doktor nak pantau paras gula saya melalui BSP. Alhamdulillah semuanya ok..cuma masa tu tak sabar nak balik rumah je.

Preggy kali ni, saya harap benda yang sama akan jadi lagi. Harap-harap adik nak keluar awal seminggu dari due date jugak. Jadi tak perlu lah saya di"induce" atau di"czer". Semoga Allah permudahkan.

Itu saja rasanya ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Bagi ibu-ibu yang senasib dengan saya, jangan risau. Yang penting anda kaji pemakanan dan belajar untuk kawal diet anda. Ada orang tak boleh makan nasi banyak sangat, ada yaang tak boleh makan buah banyak. Yang penting bila dah tau diri sendiri ada diabetis, jaga lah pemakanan demi anak yang kat dalam tu.

09 July 2013

11 Bulan Ali Amrsyar : Dah Dapat Kaki

Salam All

Sedar tak sedar Ali Amrsyar dah 11 bulan. Lama saya tak up date cerita pasal budak comey ni. So far perkembangan dia sangat positif + aktif. Waktu Ali Amrsyar 10 bulan, dia dah mula melangkah setapak dua. Waktu 11 bulan dia dah mula jalan laju.... dan sekarang, dah pandai nak kejar orang. Kalau dulu, dia perlukan sokongan untuk berdiri dan mula berjalan. But now, dia dah boleh bangun dan berdiri sendiri. Tiap petang, mesti nak ajak keluar. Kadang-kadang Ali Amrsyar siap ambik kasut bagi kat saya suruh pakaikan. Bila dah pakai kasut apa lagi..dia akan tuju ke pintu dan merengek-rengek mintak nak keluar. Jalan pun tak nak orang pegang tangan. Penat mulut saya menjerit risaukan dia terjatuh atas jalan tar. 



Since dah dapat kaki ni, cukup payah nak suruh Ali Amrsyar duduk diam walaupun untuk 3 minit. Ada jer aktiviti dia. Kalau bukan berjalan keliling ruang tamu, dia akan punggah kabinet TV. Paling dia suka kalau dapat terlepas ke dapur. Mesti nak kacau makanan kucing (nasib baik dia tak makan). Tapi budak comey ni jenis yang aktif siang je. Bila malam around pukul 8, dia dah hanyut dibuai mimpi until pukul 8 pagi esok. Antara tu ada lah dia bangun 2 or 3 kali untuk mintak susu. Lepas dapat susu sebotol, dia lena balik. So, waktu malam memang saya dapat berehat.



Bila difikirkan balik terasa cepat sangat dia membesar. Sayangnya En Amri jarang ada dengan kami. Dalam hati saya berharap sangat, if one day, En Amri dapat lihat tumbesaran anak-anak kami setiap hari.

03 July 2013

Rezeki Allah Datang Lagi !!!!

Assalamualaikum

I'm back !!! Lama sungguh tuan rumah ni bercuti. Actually tuan rumah masih belum lupakan rumah ni lagi. Since 3 bulan yang lepas, hidup saya sedikit bz dengan tugas sebagai guru ganti. Mengajar budak-budak sekolah menengah yang macam-macam perangai dan masalah. Zaman dah berlalu...kalau zaman saya sekolah dulu, cikgu dihormati. Walaupun cikgu-cikgu yang kami tak berapa suka pun, kami still akan berlakon jadi baik depan cikgu tersebut. Kat belakang lain cerita la. But students nowdays...hurmmm payah nak cakap.  Maybe ada yang kurang diajar. Rasanya orang secomey saya lebih sesuai mengajar di sekolah rendah.

Ok lah enough talking pasal pengalaman yang kurang menyeronokkan. Entry kali ni nak cerita pasal rezeki yang datang bergolek tahun ni. Actually saya dan En Amri pun baru tau pasal hal ni sebulan yang lepas. Mula-mula terkejut..but then kami excited sangat. Alhamdulillah rezeki kami tahun ni sangat murah. Seiring dengan kenaikkan gred gaji En Amri, Allah pun anugerahkan kami dengan satu lagi amanat untuk kami pelihara.


InsyaAllah kalau tak ada halangan this October kami bakal terima orang baru lagi. Cepat?!!!!! Hihihi..saya pun rasa cepat. Actually this time, kami tak merancang. Saya sendiri tak sedar yang saya pregnant until kandungan dah nak masuk 5 bulan. Since delivered Ali Amrsyar July last year till now saya lansung tak dikunjungi oleh Miss P. Bila tanya nurse, nurse cakap...its normal coz saya fully BF kan Ali Amrsyar. But, when Ali Amrsyar turned 7 months saya stop BF kan dia coz susu badan dah makin kurang (memang la sebab dah ada baby dalam perut). Masa tu tunggu jugak kunjungan Miss P, tapi masih belum muncul lagi. After 2 months waiting, baru saya berani buat PT. The result came out positive. Then kami scan untuk comfirmkan pregnancy and doc cakap dah nak masuk 5 bulan. Rasa nak pecah perut saya dan En Amri gelak dalam bilik doktor tu. Kuasa Allah. Dia yang Maha Pencipta. 


Masa nak buat buku pink, semua nurse terkejut. Sister KK siap tanya saya lagi if saya ada stop BF kan Ali Amrsyar walalupun sehari. But saya memang comfirm, sepanjang 6 bulan pertama usia Ali Amrsyar, saya tak pernah stop BF kan dia coz dia memang tak nak minum susu dari botol. Sepanjang 6 bulan, Ali Amrsyar minum susu secara direct feeding saja. Saya cuma ajar dia minum dari botol masa dia umur 7 bulan. Well, kalau ikut kata doktor di KK, family planning melalui fully BF cuma boleh diguna pakai selama 6 bulan pertama saja. After that kena ambil cara pencengahan yang lain. In case bagi yang terlebih subur macam saya (maybe kesan dari treatment kesuburan yang saya jalani masa nak pregnantkan Ali Amrsyar dulu), walaupun fully BF kan anak dan tak datang Miss P, saya tetap subur.

Ramai jugak yang gelakkan saya and ada jugak yang mengutuk. Tapi saya dan En Amri layan yang positive saja. Mulut orang bukan kita boleh nak turn on dan turn off. Ya..memang Ali Amrsyar masih kecik lagi...masih perlukan perhatian dan kasih sayang kami lagi. But, ini kerja Allah. Dia lebih Mengetahui apa yang Dia nak rancangkan pada kami. Lagi pun before this kami tungggu almost 3 years untuk terima anak pertama. Apa salahnya yang ke-2 ni express sikit. Ada adik, tak semestinya kami akan kurang sayang Ali Amrsyar. Ali Amrsyar akan sentiasa jadi buah hati kami. Tanpa dia, saya dan En Amri tak akan bertahan hingga ke hari ini. Ali Amrsyar hadir disaat kasih sayang saya dan En Amri hampir putus dan kehadiran adik, akan kuatkan lagi kasih sayang kami.

Ok lah..saya nak lelapkan mata sekejap. Penat melayan Ali Amrsyar berlari. Next entry kita cerita pasal budak comey yang dah dapat kaki ye.