06 September 2018

Kisah Mama : πŸŽ‰ Pengalaman Berpantang Kali Ke-3 πŸŽ‰

Assalamualaikum
Alhamdulillah minggu ke-2 bulan Ogos hari tu saya dan Dinie dah habis berpantang 44 hari. Syukur dah boleh jalani hidup normal balik. Orang pun tak boleh pandang semacam bila saya keluar drive ambik Ali dan Addeena kat sekolah. Bukan apa..kadang-kadang mulut orang ni lagi bisa daripada kita langgar pantang.

Kat sini saya tak mau citer pasal cara saya berpantang sebab cara saya pun bukan betul sangat. Saya cuma nak cerita pasal a few barang yang saya rasa berbaloi guna time pantang.

1. Minyak Herbanika by NR


Minyak ni saya beli di Shopee. Sebelum bersalin lagi saya dah buka minyak ni...guna untuk urut kaki. Minyak ni bau dia boleh tahan (En Amr tak suka), agak berminyak dan panas. Time kat hospital..first nite lepas czer..hujan turun so memang sejuk. Nasib baik bawa minyak ni sekali. Sapu kat badan, kaki dan tangan...Alhamdulillah...rasa panas. Time berpantang kat rumah, saya suka sapu kat tangan dan kaki especially betis. Lepas sapu di betis, saya pakai compression sock untuk elak darah beku di kaki.
Alhamdulillah...dalam banyak-banyak produk berpantang NR yang saya beli...rasanya minyak herbanika ni yang paling saya puas hati. Walaupun busuk tapi banyak bantu saya dalam tempoh berpantang.

2. Milk collector


Yang ini pun memang penting sangat terutamanya time 1st and 2nd week berpantang. Sebab apa penting....sebab kalau tak ada benda ni...alamat bengkak susu la saya. Bila bengkak susu...mesti bentan (seram sejuk dan mengeletar). Time baru lahir, Dinie tak banyak menyusu (thats normal) tapi production susu saya sangat aktif. So memang kerap breast jadi keras sebab susu dah penuh. Untuk elakan bengkak susu (disamping buat stok susu),  saya guna milk collector ni untuk pump. Memang sangat convinence bila compare dengan breast pump manual or electric sebab tak payah basuh banyak benda.
Until now, saya still pakai milk collector ni untuk pump susu bila saya terpaksa keluar dan tinggalkan Dinie kat Opah. Senang jer nak bawa ke mana-mana sebab kecik dan senang nak pakai...tak perlu pasang-pasang kompenan...just letak kat breast dan picit sekali.
Cuma yang tak bestnya, ruang untuk collect susu agak kecik. Bila ruang dah hampir penuh saya kena tuang susu dalam bottle storage then pump kali ke-2. Baru benda ni dapat berfungsi dengan baik.
For time being, saya lebih selesa guna milk collector berbanding Spectra M1 yang saya beli masa Addeena masih menyusu. Sekarang ni hati tengah berbelah bagi either nak beli 1 lagi milk collector or breast pump bila dah masuk kerja nanti. Tak apa ada lagi 1 bulan untuk fikir.

3. Phytonatal by NR


Since hati saya pernah rosak pada tahun 2015 sebabkan consume jamu...so pantang kali ni saya sangat berhati-hati pilih jamu. Kalau boleh tak nak ambik jamu pun...tapi risau pulak kalau jadi apa-apa. So saya pun pilih Phytonatal. Tengok ramai yang consume cakap OK....tak ada lagi dengar jamu ni boleh rosakan hati. Jamu ni pun saya beli di Shopee. Yang best nya seller cuma jual 30 biji jer. Kira sesuai untuk orang macam saya..just nak consume jamu time pantang.
Makan Phytonatal ni..kesan yang paling best is membuang air besar memang lawas. Ini bukan saya sorang cakap...my ofismate dan cousin pun cakap benda yang sama.

4. Compression sock

Disebabkan kali ni saya kena Czer, so doc dan nurse selalu ingatkan pasal darah beku..biasanya darah beku ni akan mula terbentuk di betis. Bahaya ke darah beku ni? Dari penerangan doc, saya rasa bahaya jugak sebab boleh buat jantung terhenti dan membawa maut. So untuk elakan pembentukan darah beku, saya guna compresion sock disamping aktif bergerak. Kewujudan sock ni pun saya tau daripada sorang doc di HRPB. Sebab doc tu pun pernah kena czer, so dia nasihatkan saya untuk pakai compression sock.
Kalau beli yang brand School..harganya diluar kemampuan. So saya beli kat Shopee..no brand but much much cheaper. Nak pakai pun sekejap jer...so beli yang murah udah ler. Harga murah tapi shipping agak lama sebab dari China. Nasib saya beli awal..sempat sock ni sampai before bersalin.

5. Crispy garlic


Ini one of my favourite. Tak pernah sangka yang bawang putih pun boleh rasa sedap sangat. Before this saya antara pembenci bawang putih kat dunia ni. Asal nampak bawang putih mesti letak tepi. Tapi berbeza sangat dengan crispy garlic. Benda ni sangat membantu especially bila Opah jamu saya dengan makanan berpantang yang tak berapa nak berselera (one of them is sup ikan talang). Saya tabur crispy garlic ni kat nasi, terus rasa berselera nak makan. InsyaAllah lepas habis pantang ni pun..rasa macam nak repeat order lagi

So far 5 barang ni yang saya rasa berbaloi sangat guna time berpantang kali ni. Yang barang berpantang lain macam krim barut, pilis, uncang cuci dan mandian herba tu saya ada beli...tapi hurmmm.....efeknya biasa-biasa jer. Malahan ada benda yang saya rasa nyesal pulak beli sebab tak guna sangat pun. Ok lah...kalau nak share barang pantang yang korang rasa best...boleh share kat komen yer....mana tau dapat bantu ibu-ibu yang tengah buat persediaan untuk berpantang.

07 August 2018

Kisah Mama & Ali : πŸŽ‰πŸŽ‚πŸŽˆπŸŽHappy BirthdayπŸŽ‰πŸŽ‚πŸŽˆπŸŽ

πŸŽ‚πŸŽ‚ Happy Birthday to Ali dan Mama πŸŽ‚πŸŽ‚
Alhamdulillah...2 minggu yang lepas kami sambut birtday Ali yang ke-6 dan minggu lepas pulak...celebrate birthday saya yang ke-3* (biarlah rahsia). Actually birthday saya dan Ali selang seminggu je. Boleh je kalau nak sambut sekali. Tapi since Ali dah pandai kenai hari...so terpaksa celebrate separately. Tak apalah...dapat makan kek tiap minggu.


Birthday Ali tahun ni kami sambut di rumah mentua. Tak ada party apa pun. Cuma kek sebiji dan hadiah birthday. Itu pun Ali dan Adik dah excited. Tahun ni Ali dapat 3 ekor robot hadiah daripadaMama, Opah Tipah dan Tok Nani. Tapi macam biasalah...tak sampai seminggu robotnya dah tercabut kaki tangan. Sabar jer...kalau bukan birthday..memang Mama tak belikan robot tu.
Di usia 6 tahun, Ali dah ada tanggungjawab besar untuk jaga 2 orang adik perempuan. Saya selalu pesan pada dia...kalau Mama ngan Babah tak ada nanti...Ali kena jaga adik-adik. Walaupun adik-adik dah kawin dah ada family sendiri...sekali-sekala Ali kena ambil berat jugak pasai adik-adik. Jauh sungguh nasihat Mama ni kan.


Tahun ni tahun ke-4 saya join club 3 series. Elok lah tu...diusia 30-an...dah jadi Mama to 3 kids. Memang terasa diri ni bertuah sangat. Setiap hari hidup saya agak miserable dengan 3 orang anak but surrounded by lot of love. Everyday dapat tengok anak-anak, hubby and mak ayah sendiri....hurmmmm....bukan semua orang Allah bagi nikmat yang macam ni kan. So selagi Allah pinjamkan nikmat ni...insyaAllah saya akan hargai.

Ok lah..untuk satu-satunya anak teruna Mama : Muhammad Ali Amrsyar...Mama doakan Ali membesar menjadi seorang muslim yang sejati. Waktu Ali nak lahir dulu, Mama yang bagi nama Ali supaya anak lelaki Mama ni berani kuat dan teguh iman nya seperti Saidina Ali. Itu doa Mama setiap hari untuk anak Mama. Moga bila tiba masa MamaBabah pergi, Ali boleh imamkan solat jenazah kami dan bahu Ali yang akan angkat jenazah kami dan Ali yang akan turunkan jenazah kami dalam liang lahad. Amin.....

30 July 2018

Kisah Dinie : Sebulan Sudah

Assalamualaikum


Alhamdulillah anak solehah Mama dah cukup sebulan. Syukur sangat... Semalam pegi KK untuk check Dinie dan cucuk Hep B. 
Berat dah naik dari 2.3 kg ( masa lahir ) ke 3.2 kg. 
Cuma ukur lilit kepala jer yang tak berapa memuaskan. Doc cakap kepala Dinie nampak kecik compare dengan badan. Mama dah mula risau. Tapi doc suruh tunggu bulan depan..kalo still tak memuaskan..then baru perlu risau. But still Mama is risau..

Perkembangan Dinie untuk sebulan :
1. Dah mula kenal orang. Dia suka renung orang yang dukung dia. Rasanya dia dah kenal Mama, Babah, Opah dan Achu. Kalo Mama dukung...dia akan cari susu. Kalo Babah dukung...dia akan mengade-ngade merengek extra coz dia tau..Babah tak kan marah. Kalo Achu dan Opah dukung..dia ajak main sebab 2 orang ni sangat suka sembang dengan Dinie ( Mama tak reti layan baby ).
2. Mula isap jari. Bila lambat bagi susu, jari dia yang akan jadi mangsa. 
3. Dah mula boleh control kepala sikit. But still Mama kena pantau.

Cuma tinggal lagi 14 hari before Mama dan Dinie oficially habis pantang. Rasa tak sabar pun ada. Actually dah banyak jugak amalan berpantang yang saya tinggalkan secara perlahan...bab makan terutamanya. Saya pun bukan jenis yang terlalu rigid sangat. Biasanya 2 minggu pertama jer saya follow betul-betul. Lepas tu...pandai-pandai sendiri lah. Kalo follow sangat...nanti tak jadi kerja pulak...sedangkan saya ada 3 orang anak yang perlukan perhatian. 

So Mama boleh continue pangkah kalendar kuda sampai habis pantang. Alahai..lambat nyer lagi...

08 July 2018

Anugerah Terindah Yg ke-3 :πŸ‘ΆπŸ’ Introducing Our New Cinta Hati πŸ’πŸ‘Ά

Assalamualaikum
Kami dengan penuh rasa kesyukuran memperkenalkan anak ke-3 kami : 
Dinie Indah Niliyyah


Nama baby kali ni agak berbeza sikit dengan nama kakak dan abang sebab kali ni Babah yang bagi nama. Nama ni sepatutnya jadi nama Adik, tapi atas sebab-sebab tertentu...tak dapat bagi nama ni kat Adik. Bila Allah kurniakan kami sorang lagi anak perempuan....kami sepakat untuk guna nama ni balik. Maybe kali ni kami dah cukup kekuatan untuk tolak permintaan pihak lain dan ikut kehendak kami.

Semoga Dinie membesar jadi seorang muslimah yang berpegang teguh kepada Agamaku Islam yang Indah dan membesar menjadi muslimah yang Cantik hatinya. MamaBabah, Abang Ali dan Kakak Deena (Adik, still needs some more time untuk panggil dia Kakak) sentiasa sayangkan Dinie dunia dan akhirat. Welcome to our miserable but loving and caring family, dear. 

Gambar muka baby nanti lepas pantang ye. Buat masa ni kita tutup sikit dulu.

01 July 2018

Anugerah Terindah yang ke-3 : πŸ‘Ά Cerita Kelahiran Anak ke -3 KamiπŸ‘Ά

Assalamualaikum
Setiap kelahiran anak berbeza jalan ceritanya. Macam tu jugak yang saya hadapi. Kelahiran Ali dan Adik sebelum ni secara normal...saya dapat rasakan sakit kontraksi dan meneran. Bagi saya, kontraksi memang proses yang menyakitkan tapi...nikmatnya bila baby dah keluar. Rasa semua sakit kontraksi yang kita tanggung tu hilang bila nurse/doktor letak baby kat dada kita. Perasaan waktu tu....sukar sangat nak digambarkan dengan kata-kata. Yang pasti time tu mesti hati saya jadi sayu dan mata berair.

Tapi kali ni...jalan cerita kelahiran anak ke-3 ni agak berbeza sikit sebab proses kelahirannya secara Czer. Mula-mula bila dapat tau, saya rasa sedih..tertanya-tanya dimana silap saya kali ni sampai kena Czer. Tapi atas sokongan family dan kawan-kawan...Alhamdulillah...saya boleh terima. Jika ini yang Allah takdirkan...saya redha. Sentiasa bersangka baik dengan Allah...perancangan Allah adalah sebaik-sebaiknya.

Kenapa saya tak boleh lahirkan anak secara normal? Masalah pregnancy kali ni dapat detect sejak kandungan 35W lagi.

35W
Macam biasa saya buat routine check up kat KK Kampar. Masa ukur tinggi rahim, nurse sedar ukuran tak berubah dengan ukuran check up yang lepas. So nurse refer pada doktor untuk scan. Hasil scan, doktor cakap baby kecik daripada saiz yang sepatutnya. Kalau ikut saiz perkembangan fetus scanner, usia baby cuma 31w 1d dengan berat 1.93 kg. Kedudukan baby : breech. So doktor KK setkan appoiment untuk saya dengan doktor pakar di HRPB.

35W 5D
Appoiment di HRPB. Anggaran berat baby 2.153kg. Kedudukan baby tranverse or oblique sebab baby asyik bergerak ubah posisi. Doktor cakap tak perlu risau pasal berat baby sebab saya ada sejarah lahirkan anak below 2.5kg (Ali was 2.4kg at 39w1d). Tapi yang menjadi kerisauan doktor sekarang is kedudukan kepala baby yang tak nak turun bawah. Doktor suruh datang lagi seminggu untuk repeat scan. Kalau baby masih belum turun...Czer is the best solution.

36W 3D
Kami ke Klinik Pakar Permata Raoofah untuk second opinion. Kedudukan baby breech. Amboi dik.....suka benor ko berubah posisi yer...tranverse la oblique la breech la...seronok berenang-renang dalam perut Mama yer. Doktor Raoofah tak suggestkan kami untuk pusingkan kedudukan baby sebab tali pusat dekat dengan leher baby. The best solution is Czer. Masa ni saya dah down..rasa nak menangis depan doktor. Babah dan doktor cuba bagi kata-kata semangat..tapi entah lah....masa ni memang tak boleh nak hadam.

37W 
Appoiment di HRPB tapi kali ni di bahagian Day Care. Masa nak ke Day Care, Mama dengan Babah kena lalu bahagian luar Labour Room. Berdebar jugak jantung Mama. Hasil scan, kedudukan baby masih lagi breech. Doktor bagi 2 pilihan.

Pilihan 1: Doktor cuba pusingkan baby (ECB).
Kalau baby berjaya dipusingkan ke bawah, so boleh la saya lahirkan baby secara normal. Tapi...air ketuban tak berapa banyak...cuma cukup-cukup jer. So ada kemungkinan kaedah ni gagal and saya kena emergency Czer.

Pilihan 2: Elektif Czer.
Saya akan dibedah pada 38 week +++. Dalam tempoh seminggu sebelum Czer saya kena ambik injection Dexa untuk matangkan paru-paru baby since baby akan dikeluarkan secara paksa.

Doktor bagi saya dan En Amr bincang dulu. Kami bincang pun tak lama sebab both of us jenis yang tak suka high risk. So kami pilih pilihan ke-2 which is Elektif Czer.
Actually before appoiment ni says dah gali ilmu pasal Czer. Risiko komplikasi emergency Czer lagi tinggi dari elektif. Lagipun bila fikir apa yang Doc Raoofah kata dan keadaan air ketuban yang tak berapa nak banyak....kami sepakat untuk go for 2nd choice. Yang paling penting pada kami sekarang cara paling selamat untuk lahirkan baby. Mama sakit ker..Mama kena potong ker...Mama tak boleh kurus ker (Babah dah janji untuk teman Mama kurus balik lepas pantang)..itu kita letak tepi dulu.
Doc bagi tarikh 25 Jun untuk tarikh czer. Time ni kandungan dah 38w 5d.

38W
Saya ambik injection Dexa untuk matangkan paru-paru baby. Injection ni kena ambik 2x dalam tempoh 24jam. Saya ambik 1st injection pukul 3 petang so 2nd injection pun kena ambik 3 petang esoknya. 
Injection ni....huhuhuhu...MEMANG SAKIT. Serius..tak tipu punya sakit. Rasa 5 or 6 kali ganda sakit dari injection Depo. Maybe sebab ubat ni pekat tu yang sakit. Injection di punggung. Time injection saya peluk bantal untuk tahan sakit. Tapi sakit tu cuma 35minit jer. Lepas tu dah boleh jalan macam biasa. Kalo ikut kata nurse, ubat ni tak de effect tapi saya rasa bafan jadi berangin sikit. Perut kerap kembung. Saya pun tak pasti kesan ubat or memang badan saya tu masuk angin.

38W 4D
Saya dengan rela hati serah diri di wad bersalin HRPB pada pukul 10 pagi. Macam biasa...doc ambik darah untuk comfirm blood type, pasang branula, terangkan risiko komplikasi operation....bla bla bla.. Time ni saya dah redha jer....apa pun nak jadi jadi lah...yang penting baby selamat. Duduk hospital ni..saya jadi berselera pulak. Menu hospital yang simple pun rasa sedap. En Amr pulak tak habis-habis bawak makanan untuk saya. Sudahnya makanan hospital pun saya makan..bekal yang En Amr bawak pun saya makan jugak. Pukul 12 malam saya dah start puasa. Air pun tak boleh minum kecuali untuk makan ubat pukul 6 pagi. 


38W 5D( Isnin 25 Jun 2018 )


Alhamdulilah....pukul 7.45 pagi saya di tolak ke OT. Around 8.40 pagi baby selamat dilahirkan. Pukul 9 lebih baru saya ditolak keluar dan dapat jumpa En Amr. Cerita details nanti kita buat entry lain. 

Walaupun cara kelahiran anak yang ke-3  ni tak seperti yang saya dan En Amr rancangkan tapi saya bersyukur sangat...semuanya berjalan lancar. Saya dan baby pun selamat. Cuma En Amr jer tak dapat nak tengok baby keluar. Tak apa lah ye Babah...tak ada rezki. Tak dapat nak tengok pun tak apalah..yang penting Babah dah bagi layanan yang terbaik kat Mama dan anak-anak sepanjang tempoh pregnant kali ni. Sungguh Mama tak rasa sikit kurang pun. Thank you. 



19 June 2018

πŸŽ† Cerita Raya 2018 Kami πŸŽ†

Assalamualaikum...salam lebaran ke-5.
Alhamdulillah...baru ada kelapangan nak bercerita pasal kisah lebaran kami. Tahun ni...kami beraya di Manjung rumah family En Amr. Sejak kami dah tinggal sekali ni...sistem beraya diamalkan secara bergilir. Alhamdulillah....setakat ni tak ada masalah.

Tema warna baju raya tahun ni...saya pilih maroon dan pink belacan. Saya bukan jenis yang cerewet sangat bab warna baju raya. Asal warna nak dekat-dekat setona tu...boleh lah. Sedondon sangat pun boring jugak. 


Raya pertama, kami tak ke mana..just duduk rumah dan sambut tetamu datang. Saya lebih banyak bersandar dan berbaring. Maklumlah dah 37w. Nak tolong buat kerja dapur pun...tak berapa nak mampu. Mampu buat kerja yang ringan-ringan jer. Nasib En Amr jenis ringan tulang..boleh diharap tolong mak mentua kat dapur. Kesian jugak bila tengok dia angkat hidang, kemas meja dan basuh pinggan. Itu belum bab jaga Ali dan Adik yang nak makan, nak poo, nak pee pee, nak tengok kartun..berebut toys....huhuhuhu... Thank you ye Babah. You have done a great job. 


Raya ke-2, baru bawa Ali dan Adik berjalan ke Aeon Manjung. Kalau ikut badan...memang dah tak larat tapi sebab dah janji nak bawa Ali dan Adik tengok wayang Mr. Incredible...so Mama kuatkan jugak. Kami pilih show yang khas untuk family sebab dah tau bebudak ni memang suka jerit especially bila ada scene yang mendebarkan (tengok dengan penuh emosi). Itu baru bab menjerit....belum lagi bab suka main tangga kat dalam panggung. Masa mula-mula bawa Ali dan Adik tengok wayang dulu...memang saya cepat naik darah sebab susah nak control budak 2 orang ni. Tapi bila tengok anak-anak orang lain pun sama jugak...siap ada yang main kejar-kejar lagi dalam panggung. So saya pun biar kan jer Ali dan Adik nak jerit ke nak berjalan ke...asalkan saya nampak. Kalo ada orang lain yang terganggu dengan kerenah budak-budak ni...minta maaf la yer...next time sila pilih show time yang bukan khas untuk family.


Raya ke-3, pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik ke rumah sebab esoknyer Mama dengan Babah kena kerja. Huhuhu....so tamat lah cerita raya kami tahun ni. Tapi Ali dan Adik belum habis beraya lagi. Hari ni dua beradik ni sambung beraya ke Utara ikut Opah dan Atok nyer. Si Ali tak habis-habis dok sebut nama Tok Ba, Tok Nani,Tok Ngah, Tok Chu, Tok Din, Tok Idah.....segala jenis nama tok, pak cik dan mak cik dia sebut. Rindu sangat lah tu kat family Utara dia. So nak tak nak....terpaksa Mama dengan Babah izinkan dia ikut Atok ngan Opah balik Utara. Jaga diri baik-baik yer anak -anak Mama. InsyaAllah...raya tahun depan kita sambut berlima pulak ye. 

11 June 2018

Kisah Mama : πŸ’Persiapan Raya 2018πŸ’

Salam 26 Ramadhan. 
Sekejap jer Ramadhan dah nak sampai ke penghujung. Ramadhan tahun ni..saya tak berapa bertuah sebab tak dapat puasa penuh sebulan. Masa awal-awal Ramadhan ari tu, excited sangat. Saya berharap dapat puasa penuh sebulan memandangkan puasa kali ni saya preggy. Tapi apa kan daya....keadaan baby tak mengizinkan. Saya jumpa 3 orang doktor..dan tiga-tiga pun tak benarkan saya terus puasa. Tak apa lah...Mama is redha. Puasa boleh diganti dan bayar fidiah..tapi nyawa yang dalam rahim Mama ni tiada gantinya. Yang ini pun amanah dari Allah yang perlu saya jaga dan pelihara. Saya percaya Allah faham keadaan saya. 
Dah penghujung Ramadhan ni...kita cerita pasal persiapan raya lah ye. Alhamdulillah...persiapan raya kami sekeluarga tahun ni dah 90% siap. Saya ni jenis yang suka buat persiapan raya awal sebab gaji tak besar. So beli sikit-sikit...tak de la rasa terbeban sangat.

Baju Raya
Baju raya En Amr dan Ali pakai balik baju Melayu yang saya tempah untuk kenduri adik ipar bulan 2 yang lepas. Pakai pun cuma sekali jer...sayang nak buat yang baru. Baju Adik pulak..saya dah beli di Tesco masa lepas raya tahun lepas. Tesco buat offer time tu...so dapat la saya beli sepasang berbelas ringgit je. Kain pun cantik..tu yang beli. Baju untuk diri sendiri..saya beli online jer kat web Lisa Adam time ada sale before puasa ari tu. Saya beli design kurung babydoll..so tak de la sedat di perut. Huhuhu.... Baju biasa untuk Ali dan Adik pun dah settle before puasa hari tu. So sekarang ni...Mama sangat lega sebab dah tak perlu pening nak fikir pasal baju raya lagi dah.

Kuih raya
Bab ni tak boleh buat persiapan awal. Kuih tunjuk-tunjuk dah settle cuma tak sampai lagi. Sekarang ni saya tengah mencari mood nak buat kuih raya. Cadangnya nak buat dalam 2 jenis jer. Tapi tak tahu lah....dah diseru moodnya..tapi tak muncul-muncul jugak. Moga-moga mood akan sampai sebelum raya.

Duit raya
Ni dari raya tahun lepas dah settle. Hahaha....sebab saya ni malas sangat nak pegi tukar duit kat bank so lepas habis raya tahun lepas saya tukar awal-awal dengan duit raya baru yang Ali dan Adik dapat. Jimat masa menunggu kat bank dan duit raya pun comfirm baru dan cantik. Kalau tukar kat bank selalu dapat duit recycle. 
Sampul duit raya pun saya just recycle balik sampul yang Ali dan Adik dapat. Banyak sampul yang masih cantik dan nampak baru. Sayang nak buang..so saya just recycle balik jer sampul tu. 

Bajet perjalanan balik kampung
Tahun ni insyaAllah kami akan beraya di Manjung. So tak perlu peruntukkan yang banyak. Setakat perlu sediakan bajet untuk minyak kereta jer. Condition kereta memang selalu tip top. So tak perlu nak hantar servis. Cuma saya perlu sediakan bajet extra kalau-kalau si kuda hitam tiba-tiba perlukan rawatan emergency.

Itu saja rasanya persiapan raya saya tahun ni. Alhamdulillah.....walaupun sekadar ala kadar...rasanya dah cukup lengkap raya kami sefamily. Bagi saya yang paling penting masa raya ada En Amr dan anak-anak. Dah puas rasanya beraya sorang diri time study dulu dan beraya dengan anak-anak jer time En Amr masih dalam servis tentera. Doakan semoga raya tahun ni lebih bererti untuk kami sefamily.


07 June 2018

Anugerah Terindah Yg Ke-3 : πŸ‘ΆPerkembangan 36 Weeks πŸ‘Ά

Alhamdulillah...minggu ni baby dah 36w dalam rahim Mama. Macam tak caya...cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru 6 bulan preggykan baby. Actually...Mama tengah nervous ni...cuma tinggal lagi sebulan sebelum Mama bertarung di LR. 
Tengah dok refresh balik saat-saat bersalinkan Abang Ali dan Adik. Moga kali ni pun Allah permudahkan dan kurang rasa sakit macam anak-anak sebelum ni.

Preggy kali ni memang agak berlainan dengan prevoius 2 pregnancy. Setakat 36w ni...Alhamdulillah....saya bebas diabetis dan darah tinggi. Cuma HB low saja (itu memang tak dapat dielakan...dari preggykan Ali lagi saya memang ada problem HB low). Actually saya pun pelik jugak bila doktor cakap MGTT test saya normal sebab time preggykan Ali dan Adik memang saya ada diabetis. Kali ni ingatkan ada..sebab umur pun dah 3 series. Tapi Alhamdulillah....2 kali buat MGTT..dua-dua pun saya bebas diabetis. 

Tapi dugaan preggy kali ni lebih berat masa awal pregnancy. Awal pregnant dulu...memang banyak sangat alahan. Tiba-tiba jer..resedung jadi makin teruk. Kalo siang silap makan sikit...malam nanti mula lah pakej selsema + sakit tekak + batuk kahak datang bertandang. Sometime sampai tak boleh nak tidur. Nak makan ubat..risaukan baby kat dalam...so bertahan saja lah. Bab loya dan muntah pun..agak heavy kali ni. Tiap hari mesti muntah at least 2 kali..biasanya time pagi dan petang. Hidung jadi sangat sensitif sampaikan bau tumis bawang dan kari pun boleh trigger rasa loya. Masa 15w...saya nyaris-nyaris kena admit wad sebab alahan muntah yang teruk. Puas doktor kat Hospital Kampar nasihat suh admit...tapi biasa lah..sapa nak duduk wad kan. So terpaksa bertekak jugak dengan doktor. Bukan tak nak duduk wad tapi segan nak mintak nurse angkat muntah dan pimpin ke toilet. Kalo duduk rumah...ada En Amr dan anak-anak...boleh minta tolong itu ini. Huhuhuhu...sorry ye doktor....tak de niat nak susahkan doktor dan thank you sebab memahami.


Alhamdulillah..masuk bulan yang ke 6, alahan dah hilang. Kesihatan dah mula stabil. Cuma saya cepat penat dan tak dapat uruskan family macam biasa. Saya buat mana yang termampu...yang lain banyak harapkan En Amr. Preggy kali ni memang rasa bertuah sangat. Kalo yang sebelum-sebelum ni terpaksa lalui pregnancy tanpa suami sebab En Amr selalu masuk operasi atau kursus. Tapi kali ni, tiap hari dia ada. Pregnant anak yang ke tiga baru En Amr merasa tengok dari perut saya kempis till membesar macam sekarang. Huhuhu....tak apa lah...dulu sibuk berkhidmat untuk negara...sekarang kena berkhidmat untuk isteri dan anak-anak pulak ye. Alhamdulillah...ada hikmah En Amr bertukar kerjaya sejak 2 tahun yang lepas. Terima kasih Allah.

Ok kita tutup dulu cerita pregnancy kali ni. Dah tak tau nak tulis apa lagi. InsyaAllah ada kesempatan saya update lagi.

20 May 2018

Kisah Ali & Adik : 🌊🌊🌊Santai Pagi @ Pantai Teluk Batik🌊🌊🌊

Assalamualaikum. Dah 2 Ramadhan hari ni...Alhamdulillah...sampai jugak kita ke Ramadhan tahun ni. 

Last weekend..time cuti PRU..saya dan En Amr sempat bawak anak-anak ke Teluk Batik. Actually dah lama kami janji nak bawa budak berdua ni ke pantai..tapi setiap kali balik Manjung...mesti terlupa sebab Ali dan Adik selalu hilang ikut Tok Tak. Tak tahu lah ke mana Atoknya bawa main. Mama ngan Babah is redha jer...bagi chance budak-budak ni lepas rindu pada Atok.


Kami sampai around pukul 8.30 pagi. Time ni orang tak berapa ramai..ada lah dalam 4 family. Mula-mula Ali dan Adik just main pasir. Bila saya turun..main air kat tepi pantai....Adik terus ikut. Abang Ali masih lagi takut-takut...siap panggil kami suruh naik. Tapi lama-lama dia pun join sekali. Bila keadaan dah OK..saya tinggalkan Ali dan Adik main berdua. Saya pesan pada Ali...tengokan Adik. Tak sangka dia betul-betul jaga Adik dia. 3 or 4 kali dia tarik tangan Adik..ajak naik..tapi Adik tak nak. Last-last dia sendiri terpaksa berendam dalam air sebab nak temankan Adik. Terharu Mama...dah besar rupanya Abang Ali. Alhamdulillah....


Around pukul 10, Babah dah ajak budak berdua ni balik....orang dah mula ramai dan keadaan makin panas. Risau ada yang demam. Janji seterusnya....is zoo. Ni kena tunggu lama sikit lah. InsyaAllah...lepas Mama habis pantang kot.

Kepada yang menyambut Ramadhan, Selamat Berpuasa daripada kami sekeluarga. Semoga Ramadhan tahun ni dapat kita jumpa keberkatan yang dicari.

11 May 2018

❌❌❌❌ PRU Ke 14 ❌❌❌❌

Alhamdulillah...PRU14 baru saja berakhir. Keputusan dan PM baru pun dah tahu. PRU kali ni sangat berbeza dengan yang sebelum-sebelum ni. Setakat saya masih bernafas ni, kalau ikutkan...ini PRU yang ke3 saya layak mengundi...tapi baru merasa mengundi 2 kali. Yang first tu...tak dapat sebab time tu masih di Jepun. Kesedaran diri tak timbul lagi nak ambik kesah pasal mengundi...tak terfikir pun nak undi pos. 2nd time, saya mengundi di Sabah sebagai isteri tentera. Alhamdulullah.....3rd time ni merasa jugak buang undi di tempat sendiri. Saya undi apa?!!!! Itu rahsia lah....saya pun bukan suka politik sangat..tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Cuma saja nak mengingatkan, dalam kita dok seronok meraikan kemenangan parti pilihan kita...jaga tutur kata...jangan sampai ada hati yang terluka...terutamanya hati orang tua kita. Kebanyakkan parents kita ni penyokong BN....jadi berhati-hati lah. Tak guna keruhkan hubungan bapak-anak or adik-beradik hanya sebab perbezaan pandangan politik. Sometime saya ada dengar golongan muda ni bercakap tak boleh nak brain kenapa parents dia still sokong BN. Ko tak boleh nak brain tak pa lah dik...cukup kalau ko boleh brain yang mak bapak ko yang besarkan ko..cukupkan segala keperluan ko...bagi ko kasih sayang dan pendidikan sampai ko bijak membuat pilihan. Bila fikir yang itu..insyaAllah ko boleh brain kenapa ko perlu jaga hati mak bapak ko. 

Ok cukup-cukup story pasal PRU. Cuti extra 2 hari yang kerajaan baru bagi ni...saya guna untuk buat persiapan nak sambut baby baru. Banyak barang keperluan baby yang masih dalam stor. Setakat ni baby carrier, baby bean bag dan play mat dan settle dibasuh. Cuma play pen dan stroller jer belum tau lagi kondisinya. Harap-harap masih elok...kalau tak terbang lah πŸ’Έ Babah kena beli baru. Yalah...kebanyakkan barang-barang ni beli time Ali lahir dulu. Kalau boleh saya nak settle kan semua persiapan sebelum puasa. Bulan puasa ni...rasa tak mampu nak bergerak aktif sangat sebab dah 8 bulan. 

So itu saja cerita PRU kali ni. Hari Isnin ni kita kembali bekerja tapi dengan kerajaan baru. Harap-harap semuanya akan baik-baik saja.

P/s : Masih ternanti-nanti bos baru kami. Agaknya mana satu yang jadi pilihan Tun untuk pegang KDN.

18 April 2018

Kisah Ali : πŸ‘„πŸ‘„πŸ‘„ Cabut Gigi πŸ‘„πŸ‘„πŸ‘„

Assalamualaikum
Kali ni tiba giliran Abang Ali pulak kena cabut gigi. Al-kisahnya....bulan lepas dia cakap gigi dia sakit. 1 malam jugak budak ni tak boleh tidur...jenuh Mama ngan Babah teman. Bagi makan paracetamol syrup pun tak jalan..dia still ngadu sakit. Then saya suruh dia kumur air garam...banyak kali jugak teman dia ke bilik air untuk kumur. At last..dekat-dekat pukul 4 pagi baru dia tertidur. Tak pasti tidur sebab penat ulang-alik bilik air or rasa sakit dah hilang. 
Esok paginya, saya terus bawa Ali ke klinik gigi. Doktor cakap lubang dah besar..so doktor korek untuk bersihkan gigi Ali and then tampal. Ali tak macam Adik..bila duduk atas kerusi panjang kat klinik gigi ni..memang macam-macam ragam dia. Sebab tu saya lebih suka saya sendiri yang bawa dia ke klinik gigi..bukan En Amr. Time tampal gigi ni...terpaksa janji belikan 2 ekor dinosor kat Ali.
Lepas tampal gigi yang berlubang tu, Ali dah boleh tidur macam biasa. Tak ada dia merungut sakit gigi lagi. But 2 weeks after that, time nak gosokan gigi, dia tak bagi saya gosok kat bahagian tampalan tu. Bila saya check, rupanya gusi dah bengkak dan ada nanah. Saya bawa Ali ke klinik yang sama. Kali ni doktor lain yang attend. Doktor cakap maybe waktu tampal dulu, gigi tak bersih habis..so kuman terperangkap kat dalam. Itu yang gusi dia bengkak dan bernanah. Sebab Ali pun tak nak bagi kerjasama, doktor tak galakan cabut ari tu. Doktor just bagi ubat paracetamol syrup dan suruh bersihkan gigi betul-betul supaya gusi tak bengkak lagi. Kalau bengkak, baru doktor suruh datang untuk cabut. Hurmmmmm......rasa macam tak setuju pulak dengan pendapat doktor. 
So, balik rumah bincang dengan En Amr...kami decide untuk bawa Ali ke klinik Wong di Manjung. Kali ni, doktor yang attend kami agak berusia. So banyak jugak info tentang penjagaan gigi anak yang dia ajar pada kami. Antaranya...dia suggestkan parents patut hadir bersama bila pihak KKM buat seisi taklimat penjagaan gigi di tadika/sekolah. Setakat bagi penerangan pada anak-anak...bukannya budak ni faham sangat pun. Betul jugak apa yang doktor ni cakap.n Untuk gigi Ali, doktor bagi antibiotik dulu untuk 5 hari. Next week datang cabut. No more filling. Rasanya itu yang terbaik. Bukan tak sayang gigi anak...tapi daripada dia derita sakit...biar lah cabut terus. 


So next weeknya kami datang ke klinik Wong lagi. Kali ni dapat doktor yang sama cabut gigi Adik dulu. Macam biasa doktor cucuk ubat bius sikit-sikit. Tapi.....Ali ni penakut daripada Adik. Dia boleh meraung dan menangis....siap tak nak buka mulut lagi. Adoi la....hero Mama ni. Babah dah mula buat muka geram. Disebabkan Mama risau doktor give up tak nak cabut gigi Ali...so Mama pun terpaksa tabur janji macam calon pilihanraya. Mama janji belikan Ali dinosor besar kalau Ali cabut gigi. Baru la dia nak buka mulut. Lepas 2 jam...baru selesai cabut gigi dia. Itupun penuh drama raungan dan air mata. 
Petang tu jugak, Ali ajak kami ke pasar malam Manjung belikan dinosor dia. Actually dia pilih dragon. Tapi reganya....ya ampun...Mama rasa berat tangan nak bayar. Sekor dragon ni jer dah RM 30. Ralat jugak sebenarnya. Tapi dah janji kan....terpaksa lah beli jugak. 
Tak apa lah...untuk kali ni jer. Next time kalau kena lagi...kita umpan cara lain pulak. 

29 March 2018

Kisah Mama : πŸ’œπŸ’œπŸ’œ Anugerah Terindah Yang Ke-3 πŸ’œπŸ’œπŸ’œ

Assalamualaikum..
Lama dah nak up entry ni kat blog. Tapi nak mengarang tu...serba tak kena....taip padam taip padam. Huhuhu....nampak sangat BM karangan tak berapa nak hebat. Anyways.....saya just nak share cerita. InsyaAllah....awal Julai nanti saya dan En Amr bakal direzkikan lagi dengan ANUGERAH TERINDAH yang ke-3 @ adik baru untuk Ali dan Adik. Buat masa ni..Alhamdulillah kandungan saya dah nak masuk 7 bulan.


Actually kami rancang untuk tambah anak tahun 2019 or 2020 sebab tahun ni komitmen kami lebih kepada projek bina rumah. Tapi perancangan Allah lagi hebat... Jadi kami tak menolak atau bersedih. Kehadiran baby ni kami terima dengan penuh kesyukuran. Saya tak risau sangat pasal tak cukup duit....sebab saya tahu setiap anak dah tertulis rezeki masing-masing. Lagipun sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah. Time dapat tahu preggykan Adik dulu pun saya dalam keadaan tak bersedia nak jadi ibu lagi sebab Ali time tu belum cukup 1 tahun. Tapi Alhamdulillah....sekarang ni Ali dan Adik kebahagian saya dan En Amr. Huhuhuhu....tak boleh bayang kalau salah seorang tak ada.

Kepada kawan-kawan bloger, doakan semoga kandungan kali ni dalam keadaan yang baik-baik dan sempurna. Kepada yang masih menanti, teruskan berdoa dan sentiasa ingat Allah tak pernah silap. Allah akan hadirkan Anugerah tersebut bila tepat pada masanya.

18 March 2018

Kisah Adik : First Time Cabut Gigi

Assalamualaikum
Agak lama jugak saya tak update blog ni. Badan jadi cepat lemah sejak akhir-ahir ni. Urusan anak-anak pun banyak mengharap pada En Amr. Sebab apa jadi cenggitu...nanti kita cerita dalam next entry. Entry kali ni...kita story moery pasal Adik yang baru jer kehilangan gigi yang pertama.

Huhuhu...kisahnya budak kecik comey kecayangan Mama ni memang ada masalah dengan gigi. Kalau ramai yang perasan gigi depan Adik, 2 batang dah terhakis. Kalau tanya dia...dia akan cakap "Tikush ambik gigi Adik tak pulang balik". Lepas tu ramai-ramai kami pakat gelak dengar jawapan dia. Adik ni...memang lawak sikit...
Kalau tanya saya tang mana silapnya sampai gigi Adik boleh jadi macam sekarang.....saya memang tak ada jawapan. Cara saya jaga gigi Adik dan Ali memang tak ada beza. Mungkin ini bahagian untuk Adik...tak apa lah...kita terima seadanya.....yer Adik.

So early March ari tu saya dan En Amr decide untuk cabut 1 batang gigi Adik yang betul-betul bermasalah. Itupun after kami refer pada 3 klinik gigi. Memang lah...kalo nak senang kami....cabut jer semua gigi Adik. Then tunggu gigi kekal tumbuh. Tapi kesian pulak kat budak kecik ni nak makan benda keras kalo tak de gigi. Lagipun kami tak nak Adik trauma dengan doktor gigi. So lepas berbincang dengan doktor gigi...kami nak cabut mana yang tak boleh diselamatkan lagi which means ada 3 batang jer. Dan doktor mintak buat 1 by 1.


Kami pilih Klinik Gigi Wong di Manjung atas saranan Opah Tipah. Walaupun jauh dari Kampar...tapi Mama dan Babah tak kesah...asalkan dapat doktor yang penyabar dan layan Adik dengan lembut supaya Adik tak trauma. 1st visit, doktor tak nak cabut lagi. Doktor bagi ubat antibiotik dan cuba bina bonding dengan Adik. Seminggu lepas 1st visit, baru doktor cabut. Sebelum cabut, doktor terpaksa cucuk bius dulu kat gusi Adik. Dalam 5 or 6 kali jugak doktor cucuk bius. Maybe doktor tak nak Adik rasa sakit sangat...tu yang cucuk sikit-sikit. Setiap kali lepas cucuk...doktor akan urut gusi Adik. Nurse pulak pegang dan usap kepala Adik dan Babah pegang kaki. Adik nampak relaks jer...sekali dua ada jugak dia berbunyi time cucuk bius. Maybe sakit. Tapi apapun Mama puji Adik. Badan jer kecik tapi alhamdulillah hati besar macam Mama. Cuma kali ni hati Mama tak berapa kuat. Berair jugak mata Mama bila tengok gusi Adik kena cucuk. Tak tahan....sebab dapat rasa kesakitan Adik.

After 1/2 jam...akhirnya gigi Adik dapat dicabut. Tak sukar mana pun...sebab gigi susu. Alhamdulillah.... Syukur sangat...settlle satu gigi. Next appoiment akhir Mac...kita cabut gigi depan yang dah terhakis tu ye sayang.
Sebagai penutup entry saya bagi tips persediaan untuk cabut gigi anak.

Mana yang rasa berguna boleh lah ikut.
1. Sebelum nak cabut gigi anak, biasakan anak dengan suasana di klinik gigi. Means....kena la kerap bawa anak berkunjung jumpa doktor gigi. Kalau dapat pergi klinik yang sama dan doktor yang sama...lagi bagus so that ada bonding antara doktor dengan anak. Nanti senang anak nak bagi kerjasama.
2. A few days before nak cabut gigi..cuba tunjuk video orang cabut gigi. Cari lah kat Youtube. Tapi jangan tunjuk video orang yang meraung or melalak sebab cabut gigi. Trauma pulak anak kita. Video ni sebagai persediaan supaya anak kita tahu apa yang akan dia hadapi. 
3. Jangan tipu anak kata cabut gigi tak sakit atau sakit macam kena gigit semut jer. Sapa yang cakap lagu tu...mai sini kita suruh doktor gigi cabut gigi dia hari-hari. Amboi !!!! Nipu jer yer.... Cuba terus terang dengan anak. Saya cakap dengan Adik...dia akan rasa sakit dan rasa kebas sikit. Then bila gigi dah cabut...akan keluar darah. Alhamdulillah....dia tak tetkejut pun bila tengok darah.
4. Sebelum cabut, janji lah nak bagi anak apa-apa hadiah atas keberanian dia. Well actually tips ni pun parents kita dah pakai berkurun lama. Saya masih ingat lagi masa kecik dulu, tiap kali saya or abang or adik kena cabut gigi, lepas tu mesti Abah belanja KFC (yang kena cabut gigi tu dapat makan mashed potato jer la. Yang tak cabut tu yang makan lebih).
5. Lepas cabut gigi, belanja lah anak makan ais krim. Ni nasihat dari doktor sendiri. Ais krim dan air sejuk akan bantu untuk hentikan darah. 
6. Layan lah anak..ikut apa yang dia nak. Time ni lah dia nak extra manja pun. Kita yang dewasa ni pun kalo cabut gigi memang tak selesa, inikan pulak anak kita yang kecik. Pengalaman saya dengan Adik.....dia minta tukar kapas every 10 minutes. Oh my my......so kena gilir-gilir dengan Babah dia layan kerenah Adik.

Itu jer kot tips yang boleh diberi. Kalo ada lagi boeh tambah kat komen.

16 January 2018

Kisah Ali & Adik : Persekolahan 2018

Assalamualaikum. Dah petengahan Januari 2018 baru saya ada masa menjengok blog ni. Akhir tahun 2017, macam-macam berlaku dalam hidup kami. Alhamdulillah....setiap yang berlaku tu Allah akan bagi kebaikan.
Kali ni kita cerita pasal seisi persekolahan budak berdua ni. Ali dah mulakan persekolahan di prasekolah....while Adik masih di PASTI. So terpisah sekejap budak berdua ni. Ali...ok saja dengan perubahan ni...dia jenis yang tak banyak kerenah..budak yang senang nak tolerate. Alhamdulillah....Allah kurniakan kami dengan anak yang macam ni. Tapi untuk Adik.....hurmmmm....susah sikit dia nak terima terpaksa berlainan sekolah dengan abang. Since Abang Ali start sekolah pukul 7.30 pagi...saya akan hantar Ali ke sekolah dulu kemudian baru Adik. So setiap pagi lepas hantar Ali, yang si kecik ni akan buat perangai tak nak ke PASTI. Minggu pertama dulu, saya umpan dia dengan donut. Tiap pagi singgah kantin sekolah beli donut. Tapi dis week...nampak gayanya dia dah start boring makan donut....so terpaksa ikut jer apa kerenah dia. Paling tak tahan ada satu pagi, dia minta nugget McD....aiyoooo sayang very high taste Adik punya breakfast. Jenuh pujuk....Alhamdulillah...jalan jugak lah.


Ramai yang tanya saya kenapa Ali tak teruskan 6 tahun di PASTI. PASTI tak ok ker? Oh.....jawapannya TIDAK...PASTI SANGAT OK. Di PASTI, Ali banyak belajar ilmu akhirat dan dunia. Bacaan dalam solat, ayat-ayat lazim, hadis-hadis...malahan di akhir 5 tahun Ali dan boleh baca banyak perkataan yang simple dan boleh selesaikan penambahan dan penolakan. So memang saya puas hati sangat dengan didikan di PASTI. Saya masukan Ali ke Prasekolah...supaya dia tak kekok dengan alam persekolahan darjah 1 nanti. Dari segi kewangan...memang saya dan En Amr akan pilih untuk hantar anak-anak ke sekolah kerajaan. Kami belum mampu nak hantar anak-anak ke international school atau sekolah agama swasta. So sebagai persediaan.....kami masukan Ali ke prasekolah. 
As for Adik, kami decide untuk kekalkan dia di PASTI. Biar ilmu agama kukuh sikit dalam jiwa solehah Mama ni. InsyaAllah next year bila Adik dah 6 tahun, Adik pun akak ikut macam Abang masuk Prasekolah. So untuk tempoh setahun ni...Mama pun kena bertabah lah sebab tiap pagi kena hantar anak-anak di 2 sekolah yang berbeza....dengan nak kejar punch card pukul 8 lagi.....semput weiiii... Tapi demi pembelajaran anak-anak....bertabah saja lah yer.


Sebagai penutup entry, saya sertakan kelebihan Prasekolah yang saya dapat lihat. Ini kat tempat yang saya hantar Ali lah...tempat lain saya tak pasti.
1. Baju sekolah beli sendiri. Anak-anak pakai T-shirt putih berkolar dan seluar track bottom biru gelap. T-shirt putih berkolar ni payah sikit nak cari yang saiz kecik. At last jumpa kat Pasarayaku. Since baju seluar dan kasut semua parents yang beli sendiri...so boleh la beli ikut kemampuan diri.
2. Tiada yuran tahunan atau bulanan. Yang ini saya pun terkejut. Saya siap tanya cikgu lagi..habis tu anak saya makan kena bawa bekal ke? Cikgu pun pelik dengan soalan saya kot. Huhuhuhu.....semua makan minum bahan pembelajaran ditanggung oleh kerajaan. Ternganga jugak mulut saya. See....hantar anak gi Prasekolah..free je pun. So no more reason untuk parents tak mampu nak hantar anak-anak umur 5 dan 6 tahun ke prasekolah.
3. Dekat Prasekolah, anak-anak diberi makan 2x sepanjang waktu persekolahan. 1st time-breakfast...makan yang simple-simple. 2nd time...baru heavy food. Bestkan...cuma terserah pada anak-anak kita jer nak makan ke tak.
4. Keselamatan anak-anak memang terjaga. Since Prasekolah ni dalam kawasan sekolah yang besar, dulu saya cukup risau kalau Ali tersesat or kena buli dengan student yang besar. Tapi bila dengar cara cikgu-cikgu uruskan murid.....saya boleh tarik nafas lega. Untuk Prasekolah memang ada kawasan khas..siap pagar lagi. Then time balik sekolah cikgu akan bawa anak-anak tunggu parents di kawasan yang dekat dengan pintu pagar supaya mudah parents nak ambik. Cikgu akan tunggu sampai parents ambik. Kalo ambik lambat sangat tu pandai-pandai la call cikgu sendiri.

So itu jer la kot....kalo ada kebaikan lain..sila tambah. So jumpa lagi next story (if Mama rajin update ye)