27 August 2015

Kisah Amrsyar dan Adik : Gunting Rambut

Agak lama menghilang kali ni. Sejak 2 minggu yang lepas betimpa-timpa dugaan melanda keluarga kami...sampai sekarang pun hati ni masih belum reda lagi. Masih berdebar-debar dan ternanti-nanti. Sungguh dugaan kali ni amat besar...ada masa rasa macam dah tersungkor tak mampu nak bangun kembali. Tapi demi Ali dan Adik...saya gagahkan juga. Masalah besar macamana sekalipun, hidup perlu diteruskan sebab Ali dan Adik masih kecik. Perjalanan dua buah hati saya masih jauh. Apapun doakan yang baik-baik untuk family kami. Saya percaya masih ada sinar bahagia untuk kami.

Terus kepada cerita entry kita...pasal gunting rambut Ali dan Adik. Dua beradik ni bab gunting rambut memang payah. Dulu Ali tak susah...biasanya Babah yang akan bawa Ali ke kedai mamak...then dia akan duduk atas kerusi sendiri. Kalau dia takut, dia akan duduk atas riba Babah. Tapi kali ni memang susah. Kali pertama pergi kedai gunting, Atok yang bawakan. Meraung dia tak nak. Kali ke-2 saya bawakan. Kali ni Ali buat perangai tak nak gunting rambut jugak. Solution terakhir, amoi kedai gunting rambut Ali sambil saya dukung dia. Itupun dia mengelak banyak kali. Akhirnya rambut Ali berjaya digunting jugak walaupun nampak macam pelik sikit. Sepatutnya amoi kedai nak guna mesin untuk nipiskan rambut Ali, tapi....dia tak nak. Risau Ali terluka, saya cakap cukup lah. Biar la nampak pelik sikit rambut Ali. Habis gunting rambut Ali, saya call En Amri. Dia janji nak bawa Ali gunting rambut bila dia balik nanti. Hurmmm...susah jugak bila Babah tak balik lama. Jenuh Mama nak handle kerenah anak-anak.


Berlainan dengan cerita Adik. Actually saya pernah suarakan pada En Amri nak gunting rambut Adik. Tapi En Amri tak bagi sebab katanya Adik perempuan...biar la rambut panjang. Tapi semalam saya terpaksa gunting juga rambut Adik sebab rambut depan dah cucuk mata while rambut belakang buatkan leher Adik naik ruam. Sorry lah Babah...Mama terpaksa jugak gunting rambut Adik. Kita tunggu Adik dah besar sikit baru kita ajar Adik simpan rambut panjang. Adik tak banyak kerenah...senang saja nak gunting rambut dia. Tapi sebab tangan saya ni bukan jenis berseni...jadi hasilnya tak lah cantik sangat. Tak apalah...at least Adik dah selesa dengan rambut dia. No more rambut masuk mata or gatal-gatal leher.


So far itu saja lah cerita Ali dan Adik. Dalam seronok melayan kerenah anak-anak, saya rindu sangat pada En Amri. Lagi perit bila Ali ajak saya pergi Sabah untuk ambil Babah. Sabar ye sayang....belom masanya lagi. Semoga Allah kasihkan hamba-Nya yang merintih ini.

09 August 2015

Happy Birthday Ali !!!! Happy Birthday Mama !!!!

Sejak minggu lepas peti sejuk rumah kami penuh dengan kek birthday je. 29 Julai..kami sambut birtday Ali yang ke-3. Seminggu lepas tu 5 Ogos, sambut birthday saya yang ke......(erkkkk....perlu ke tulis). Dah sambut birthday, kena lah ada kek. 

Untuk birthday Ali tahun ni saya buat sambutan biasa-biasa saja. No hadiah, no party....just kek dan pizza domino. Cukup lah....sambut besar-besar nanti kesian pulak Opah nak kemas. Tak ada jemput orang luar pun....cuma Atok, Opah, Acu, Adik dan Mama. Babah pun tak dapat balik. Tak apa lah.....birthday Ali yang sebelum ni pun Babah tak pernah ada. So....its okay. Anak Mama kuat. Perkembangan Ali....nanti kita cerita dalam entry lain (if Mama rajin). Rasa kejap je Ali dah besar. Lahir dulu Ali cuma 2.4 kg saja...sekarang ni Mama pun tak pasti berat Ali. Tapi yang pasti hero Mama ni makin tinggi. Seluar 3 tahun dah senteng....terpaksa Mama belikan seluar saiz 4 tahun. Tahun depan insyaAllah Ali akan masuk sekolah. Mama tengah servay sekolah yang terbaik untuk Ali. Walaupun ada yang suggest tadika yang berasaskan English education....tapi saya rasa macam nak hantar Ali ke tadika yang lebihkan Islamic education. Saya harap Ali belajar solat dan Al-quran sebelum dia belajar benda-benda lain sebab solat dan Al-quran dia akan amalkan sampai ke akhir hayat. Besar kan harapan Mama. InsyaAllah Ali akan jadi muslim sejati yang mampu jadi imam. Baru la Mama tak malu nak minang anak dara orang untuk Ali (jauh sungguh pemikiran saya). 


Untuk birthday saya pun sama....just small celebration among family saja. Beli kek dan mee bandung kat kedai. Kesian nak minta tolong Opah masak mee. Nak masak sendiri memang tak sempat sebab balik kerja terus sambut birthday. Sambut lambat nanti...Ali dan Adik dah Zzzzzzz. Bila tengok umur kat kek tu...hurmmmmm rasa dah tua dah saya. Penyakit pun dah mula banyak yang singgah. Agak-agak sempat tak saya tengok anak-anak saya berkeluarga dan hidup bahagia?!!!! Sedih pulak bila terfikirkan kematian. Tapi itulah....mati itu pasti. Apa yang kita ada hari ini hanya pinjaman dari Allah. Oklah....tak nak sedey-sedey..... En Amri macam biasa....tak ada bersama kami. Cuma call dan wish kat wassap saja. Jadi lah.....kurang-kurang dia ingat. Hadiah birthday?!!!! Opah belikan saya perfume. En Amri ?!!!! Dia suruh tunggu dia balik baru nak bagi hadiah birthday saya. Apa-apa lah....yang pasti saya tak mengharap pun. 

Untuk rakan-rakan blogger...doakan semoga saya dan Ali panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Sekiranya Allah panjangkan umur..ada lagi entry birthday kami di tahun hadapan. InsyaAllah....

02 August 2015

Salam Aidilfitri

Wahhhhhhh dah lama saya menyepikan diri. Blog kawan-kawan pun dah lama tak jengok. Biasa lah....dah nak raya ari tu sibuk dengan preparation raya. Time raya sibuk ke rumah sedara mara. Lepas raya...sibuk mendobi kain baju dan segala urusan yang tergendala time cuti raya. Huhuhu..punya la banyak alasan tak dapat update blog. Saja je kan... Alhamdulillah start minggu ni, life dah kembali normal. Officemates yang bercuti raya pun dah mula bekerja...so balik kerja...saya tak penat sangat. 


Ceritera raya kami sefamily tahun ni tak berapa nak manis sangat. Macam tahun lepas, En Amri tak dapat balik beraya dengan kami. Sedey ?!!!!!! Walaupun ini tahun yang ke-4 En Amri tak dapat balik beraya, saya masih belum biasa. Hari pertama raya saya still rasa sedih. Entah nak tunggu berapa tahun lagi baru saya dapat immune dengan situasi macam ni. Sampai bila-bila pun tak kot.... Disebabkan raya tahun ni kami tak dapat sambut raya sefamily..so no baju sedondon. Baju raya saya warna coklat,  Ali warna peach dan Adik warna biru. Sangat carca marba kan. Tak kesah lah....yang penting ada baju raya. 

Raya pertama kami sambut di Kampar. Petang raya tu baru kami bertolak ke Penang. Sambut raya kat sana pulak. Hari raya ke-2 kami ke Sungai Petani. Makan besar kat sana. Then raya ke-3 di Penang balik. Raya ke-4 baru balik ke Kampar. Huhuhu... jauhkan perjalanan raya kami ?!!!! Terubat jugak kerinduan pada En Amri bila dikelilingi sedara mara. Raya-raya macam ni kalau kita tengah sedey pun kena senyum jugak supaya tak spoil kan mood raya orang lain. 

Kalau tanya pasal perangai Ali dan Adik bila Babah tak dapat balik raya, Alhamdulillah...anak-anak saya tak buat perangai pun sebab Ali cuma pernah sambut raya dengan Babah sekali je dan Adik....belom pernah lagi. Hahaha....dah jadi anak askar...kena kuat sikit. Bila anak-anak OK, saya pun tak rasa sedih sangat. Cuma saya harap situasi macam ni tak akan berlarutan. Harap-harap raya ni yang terakhir kami tak dapat sambut dengan En Amri. Jealous oooo tengok kawan-kawan post gambar baju raya sedondon anak-beranak. Sampai saya deactive FB sekejap. Tunggu orang dah reda pos gambar raya baru nak aktif balik. Memang tak baik nak berhasad dengki dengan orang...tapi hati ini terguris jugak.

Ok lah..itu saja ceritera raya kami anak-beranak. Biasa-biasa saja kan... Gambar raya pun tak ada nak snap. Tak apa lah...insyaAllah tahun depan kami dapat beraya dengan En Amri. Kepada kawan-kawan blogger, saya mohon ampun dan maaf seandainya ada yang terasa atau terguris hati dengan kata-kata dan penulisan saya dalam blog ni. Semoga persahabatan alam maya ini akan kekal berpanjangan. InsyaAllah....