31 January 2016

Kisah Amrsyar Dan Adik : Tips Bawa Anak-Anak Naik Flight

Sekolah baru buka Mama dah bawa dua orang budak ni cuti-cuti. Teruk sungguh Mama ni kan... Tapi nak buat macamana ini saja masa yang ada. Kebetulan Perak bercuti Isnin yang lepas sempena Thaipusam, so saya bawa Ali dan Adik ke Sabah untuk cuti bersama Babah. Dapat lah spend 5 hari 4 malam dekat rumah Babah. Walaupun sekejap...tapi memang seronok. Since Ali dan Adik dah lebih 2 tahun, so Mama terpaksa beli tiket untuk budak berdua ni..no more add on. Bocor bonus tahun ni.


Untuk ke Sabah, saya naik flight dengan anak-anak. En Amri tak dapat ambik. Lagipun Ali dan Adik dah besar dan well behave..so memang tak banyak masalah untuk saya travel bertiga dengan anak-anak. Cuma sometime dalam flight budak berdua ni suka buat bising..risau jugak kalau bising tu ganggu penumpang lain. Tapi...nak suruh diam pun...rasa macam tak logik pulak. So at the end, tebalkan muka dan saya senyum setiap kali ada penumpang yang pandang saya dengan muka kelat. Minta maaf la ye..budak-budak memang macam ni.

Mula-mula saya plan nak bawa Adik saja. Rasa tak mampu nak handle dua orang anak dalam flight. Tapi bila tengok Ali, kesian la pulak. Tak apa lah....penat sikit asalkan Ali dan Adik happy. Perjalanan dari KLIA2 ke KK ambik masa 2 jam 30 min. Memang agak challenging. Kalau saya travel sorang...memang saya jenis yang suka tido..sedar-sedar dah nak touch down. Sometime cabin crew yang kejut suruh saya betulkan seat. Dah jadi habbit suka tido dalam flight. Tapi bila travel dengan anak-anak....hurmmmmm...nak lelap mata seminit pun tak dapat. Kalau dua beradik ni tido pun saya tak boleh lelap. Takut orang curi anak. Terbayang cerita Flight Plan. Huhuhuhu...haru sungguh la Mama korang ni.

Sampai KK, Babah dah tunggu kami di airport terminal 1. Lega rasanya bila dah jumpa Babah. Malam tu memang saya tido tak sedar diri. Tugas buat susu Ali dan Adik saya serah bulat-bulat pada En Amri. Mama nak kena recharge balik tenaga.

Sebagai penutup entry, saya share tips untuk bawa anak-anak peringkat toddler travel by flight.

1. Bawa air/gula-gula or anything yang anak-anak boleh hisap time flight nak take off dan touch down. Since Ali dan Adik tak suka lollipop dan segala jenis gula-gula yang lain, so Mama bagi budak bedua ni minum Ribena dan Milo kotak. Time ni jer boleh minum...itu pun sebab Mama desperate nak suruh Ali dan Adik minum untuk hilangkan degung kat dalam telinga. Tapi saya lebih tumpukan pada Adik...since ini first time Adik naik flight. Ali dah pandai telan air liur sendiri bila rasa telinga dia berdengung.

2. Bawa anak-anak pergi toilet sebelum masuk flight. Suruh anak-anak buang apa yang mereka nak buang sebab toilet dalam flight agak sempit. Sebelum naik flight dari KKIA ke KLIA2, Ali dah "membuang" di toilet airport. Tapi tak tau la kenapa bila dalam flight, perut dia memulas lagi. So, saya pun terpaksa bawa Ali dan Adik masuk toilet sekali. Bayangkan la dalam toilet yang sempit dengan kami 3 beranak. Adik peluk kaki saya while tangan saya pegang Ali. Tunggu punya tunggu...Ali tak nak jugak membuang. Saya ignore ketukkan dari penumpang lain yang nak guna toilet. Terpaksa jadi selfish sekejap. At last, Ali tak nak membuang..mungkin toilet flight sangat tak selesa. Masa keluar dari toilet, cabin crew tegur sepatutnya dalam toilet maksimum boleh masuk cuma 2 orang saja sebab incase jadi emergency..cuma ada 2 oxygen mask dalam toilet tu. Ok lah...Mama take note. But next time kalau travel bertiga saja..memang tak kan pergi toilet.

3. Bawa toys atau apa-apa bahan entertainment untuk anak-anak. Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang rasa boring..bayangkan anak-anak kita yang masih kecik. So, bawa la apa saja bahan entertainment. Since saya tak berapa expose Ali dan Adik pada any gadget, so saya lebih suka bawa play-doh, buku cerita, buku warna dan pensil warna.

4. Pakaikan anak-anak dengan baju yang paling selesa. Biar tak berapa nak bergaya asalkan anak-anak kita tak terseksa. Keadaan dalam flight memang tak selesa..kerusi agak sempit dan kawasan pergerakkan agak terhad. Jadi pastikan anak-anak berada dalam keadaan seselesa yang mungkin.

5. Sebelum travel, timba sikit ilmu pasal kapal terbang. Budak seusia Ali memang sangat suka bertanya. Bila kapal terbang nak take off banyak soalan dia. Nasib baik Mama ada belajar ilmu fizik sikit-sikit...boleh la jugak Mama terangkan. Bila dia tanya lebih-lebih, saya suruh tanya pada Babah dia sebab Babah dia lagi expert bab fizik.

Itu saja tips yang saya boleh kongsikan. Lain orang, lain pengalaman. Anyways paling penting kita kena alert keadaan anak-anak. 

21 January 2016

Kisah Amrsyar : Masuk Sekolah

Tahun  2016, Ali will turn 4 YO. Selaras dengan saranan kerajaan, saya start hantar Ali ke tadika. Walaupun ada suara garau dok mengata kat belakang...kata saya hantar Ali terlalu awal tapi saya buat bodoh saja. Ramai yang salah faham pasal konsep hantar anak ke tadika. Bila kita hantar anak awal-awal ke tadika ramai yang anggap kita nak anak jadi pandai, boleh baca dan mengira cepat. Tapi untuk saya, niat saya hantar Ali ke tadika supaya dia dapat bergaul dengan rakan sebaya dan belajar ilmu agama yang asas macam solat dan mengaji. ABC dan 123 tu saya tolak ketepi dulu. Perkara pertama yang saya nak Ali belajar dulu ialah kenal agama Islam. Memang dekat rumah saya dah mulakan ajar tentang Islam secara tak formal...tapi rasanya lebih baik kalau ada orang lain yang ajar anak kita juga. Budak-budak ni biasa lah..kalau dengan Ibu sendiri...memang banyak alasan. Baru ajar huruf alif sampai tsa...nak masuk huruf jim..dah menguap..ajak kita tidur. Huhuhu..anak oh anak...macam-macam ragam.

Saya pilih untuk hantar Ali ke tadika PASTI Al - Badar. Before buat keputusan untuk hantar Ali ke sana, saya buat survay dulu...almost 1 year jugak. Saya banyak bertanya pada orang...sometime public yang datang nak berurusan dengan saya pun..saya tanya. Akhirnya....saya buat keputusan untuk hantar Ali ke PASTI. Saya cuma hantar Ali ke PASTI till tengahari saja. Itupun Opah dia yang request. Huhuhu...biasalah cucu manja Opah...mana bleh lama-lama berjauhan dengan Opah

So start 4hb Jan 2016, Ali dah bergelar anak PASTI. First day hantar Ali ke PASTI, saya ambil cuti. Dah tau mesti budak ni meragam. Saya cuba tinggal dia di PASTI bersama muallimah-muallimah. Tapi tak berjaya. Ali tak mau langsung berenggang dengan saya. Sudahnya saya tipu dia cakap nak pergi ambil buku dia tertinggal di office. Dia termakan la jugak...saya tinggal dia dalam 45 minit sebab ada urusan di bank. Bila saya return ke PASTI, saya tengok Ali menangis di pintu. Siap pegang beg lagi. Saya keraskan hati suruh dia tunggu sampai waktu balik baru saya datang ambik.


2nd day - saya hantar Ali...lagi teruk dia buat perangai. Dari rumah dia cakap tak nak pergi PASTI. Pujuk punya pujuk...alhamdulillah...dia nak jugak ke PASTI. Sampai di sana, Ali menangis sambil peluk saya. 2 orang muallimah terpaksa tarik dia. Muallimah tarik tangan..Ali peluk saya dengan kaki. Dramatik sungguh. Macam hari pertama, saya keraskan hati tinggalkan dia disitu. Dari gambar-gambar yang muallimah hantar digroup wassap, saya nampak Ali duduk di tingkap sepanjang waktu persekolahan. Muallimah cakap pada Opah yang Ali siap minta kerusi sebab kaki dia dah lengguh berdiri tunggu Mama ditingkap. Huhuhuhu...adoi la hero Mama ni....banyak sungguh kerenah dia.

3rd day - sama macam 2nd day Ali still menangis. Berlaku jugak drama muallimah kena tarik dia dari saya. Dan dia still tunggu saya di tingkap sepanjang waktu persekolahan. Ali masih lagi menangis especially bila tiba time nak balik.

Hari ke-4 dan ke-5 - Ali still menangis bila saya hantar ke PASTI.. tapi muallimah cakap dia nangis sekejap saja. Bila dah lama, dia stop nangis. Tapi Ali still duduk di tingkap tunggu saya. Masih belum berminat untuk belajar atau bergaul dengan kawan.

Masuk minggu ke-2, Ali dah OK bila saya hantar dia ke PASTI. Dia dah tak menangis. Cuma lepas masuk dalam sekolah, dia minta pada muallimah nak tengok kereta Mama keluar. Time sekolah pun dia dah stop menangis. Ali dah mula nak bergaul dengan budak lain especially gegirl. Tapi dia masih belum minat nak belajar. Tak apalah...En Amri nasihatkan saya supaya jangan paksa dia dan bagi dia masa. InsyaAllah lama-lama dia akan berminat nak belajar.

Minggu ni ialah munggu ke-3 Ali ke PASTI. Walaupun Ali tak menunjukkam minat nak belajar, tapi sebenarnya dia belajar. Saya sedar bila Ali ajak Adik main solat. Terkejut saya bila dia dah mula pandai angkat takbir, rukuk dan sujud. Hurmmmm...sebelum ni dia ada jugak ikut saya solat...tapi selalunya tak betul. Hari ni time nak mandikan dia, saya ternampak dia berwudhu'. SubhanAllah....sejuk sungguh hati saya. Alhamdulillah...

Bila saya cerita pada ofismate pasal kesukaran nak hantar Ali ke PASTI, ada yang suruh saya minta Atok yang hantarkan Ali. Well hurmmmmm....saya kurang setuju. Bagi saya Ali anak saya. Ini saat-saat sukar untuk Ali dan saya nak berada disisi dia. Saya nak dia ingat memori ni. Saya nak dia ingat yang saya ada dengan dia masa 1st day dia ke sekolah. Honestly saya sendiri ingat sampai sekarang memori hari pertama saya di sekolah.Huhuhuhu...saya ingat saya selalu tengok tingkap takut Atok tinggalkan saya.

Dan ada jugak ofismate yang suggest saya paksa dan berkeras dengan Ali. Adoi la....memang suara saya selalu lantang dengan anak-anak..tapi saya tak suka paksa dan berkeras dengan Ali. Bagi saya, budak-budak ni lagi kita berkeras..lagi keras dia jadi. Selagi boleh pujuk Ali, saya akan pujuk biarpun air liur dah kering.Setakat ni Alhamdulillah..Ali nak dengar cakap saya bila dipujuk.

Dah panjang saya menaip..next entry kita cerita pasal tips untuk first time hantar anak ke sekolah. Alhamdulillah...after 3 weeks amalkan tips-tips tersebut, saya nampak perubahan Ali. Ali lebih berminat nak ke sekolah. Doakan semoga imam kecik Mama ni akan terang hatimya untuk terima ilmu. InsyaAllah bila besar nanti dapat tolong ramai makhluk-makhluk Allah....Aminnnnn...

Sebagai penutup entry, saya belanja gambar Ali menangis dekat tingkap dan gambar Ali tunggu Mama di tingkap. Bila Ali besar nanti, mesti dia ketawa besar tengok gambar ni kan...


01 January 2016

Selamat Datang 2016


Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita untuk bertemu dengan tahun 2016. Terasa bersyukur sangat kerana Allah beri saya kekuatan dan semangat untuk harungi 2015 yang penuh cabaran dan dugaan. Rasanya sepanjang kehidupan ini, tahun 2015 saya diduga dengan begitu berat, baik dari segi kesihatan mahupun kekeluargaan. Sungguh...ada masa saya rasa macam dah tak mampu nak teruskan hidup...tapi saya tetap bersyukur kerana Allah amanahkan saya 2 anugerah yang jadi sumber kekuatan saya. Bila tengok muka Ali dan Adik....dugaan besar mana pun...insyaAllah saya akan hadapi. Walaupun sedih, saya cuba fikir positif...Allah Maha Mengtahui. Saya yakin perancangan Allah itu yang terbaik dan insyaAllah ada Nur dihujung dugaan ini. 

Tahun 2016 saya hadapi dengan lebih bersemangat, walaupun ada beberapa hal tahun 2015 yang terpaksa dibawa kehadapan (macam buat account pulak). Azam saya tahun ni tak berapa banyak supaya saya lebih berdedikasi. Antaranya saya mahu lebih rapat dengan Allah. Alhamdulillah En Amri banyak membantu ingatkan saya bila saya terleka. Terima kasih imamku. Then, saya nak jaga 3 amanah Allah  (En Amri, Ali dan Adik) dengan lebih baik. Kalau diberi peluang untuk tinggal bersama En Amri....saya tak nak lepaskan dan akan lakukan tanggungjawab saya sebaik mungkin. Tahun ni jugak saya harap dapat lakukan peningkatan dalam kerjaya saya. Alhamdulillah last year saya dah sah jawatan after 2 years service. So insyaAllah tahun ni saya cadang nak mula 1 step foward walaupun ada suara yang cakap masih terlalu awal. 

Itu saja kot azam tahun ni. Saya harap tahun 2016 akan bawa cahaya baru dalam hidup kami sekeluarga. Dan semoga Allah ehsankan saya dan makbulkan doa yang tak pernah putus saya pohon : supaya kami sekeluarga dapat hidup bersama macam keluarga lain. InsyaAllah.....