29 September 2013

Kisah Adik : Dapat Surat Cinta Dari Doktor

Selasa (37 weeks +++) lepas saya pergi jumpa doktor pakar. Masuk kali ni dah 3 kali ulang-alik Klinik O&G Hospital Raja Permaisuri Bainun. Saya tiba around 9.30 pagi (agak lewat). Penat jugak lah menunggu giliran. Tapi tak boleh nak merungut sebab rawatan percuma. Akhirnya around pukul 11.00 pagi, baru dapat jumpa doktor.Check up kali ni doktor tak scan pun. Dia cuma pegang-pegang perut.. Doktor anggarkan berat adik 2.4 ke 2.6 kg. Doktor cakap "Baby kecik !!!!!".Tak apa lah.... Ali lahir dulu pun cuma 2.4 kg. Tapi Alhamdulillah sekarang ni dia membesar dengan jayanya. Sebelum keluar dari ilik doktor, saya dihadiahkan sekeping surat cinta :


Surat Cinta dari Doktor
Huaaaaaaaaaaaaa !!!! Doktor pesan kalau 11/10/2012 belum bersalin lagi, sila datang serah diri di wad bersalin HRPB. Saya baru ingat nak bersalin kat Kampar je..boleh jumpa Ali waktu melawat. Tapi nampak gayanya kali ni terpaksa bersalin kat HRPB jugak. Dan yang paling menakutkan..kalau sebelum 11/10/2012 saya belum bersalin lagi, saya akan di"induce". Ramai yang cakap induce tu sakit. Mampu ke saya tahan? Saya delivered Ali secara normal. Itupun saya rasa sakit macam nak separuh mati. Ini kan pulak kena induce. Boleh ke saya tanggung?!!!!

Sejak dapat surat cinta dari doktor..tidur malam saya tak lena. Banyak benda yang saya fikirkan. Semakin dekat dengan due date saya jadi makin kecut perut. To all readers, please doakan semoga Allah permudahkan proses bersalin adik. Semoga kami berdua selamat.

25 September 2013

WW : Aktiviti Harian Ali Amrsyar

Riadah Pagi : Bekebun bersama kucing
Breakfast
Aktiviti Tengahari : Duit Den Botengkek-tengkek
Aktiviti Petang : Main dengan Atokkkkkk 

21 September 2013

Oh No ..... Stretch Marks !!!!!


Bagi mummy-mummy yang baru bersalin mesti runsing dengan kesan-kesan parut kat bahagian perut. Ye la..kalau dulu perut licin gebu je. Lepas ada baby, terus ada parut-parut yang tak berapa cantik bila dipandang. Kalau boleh nak letak concealar kat situ kan?!!!

Relaks la.... bagi saya stretch marks tu tanda kenangan yang paling indah. Tapi, kalau teruk sangat sampai si suami pun tegur..hurmmmm harus lah do something kan. Rasanya ramai yang dah tau cara nak atasi stretch marks iaitu dengan menggunakan lotion/cream ataupun minyak. Actually, untuk atasi stertch marks baik dimulakan sejak preggy lagi. Biasanya bila perut kita  makin membesar, kulit perut akan makin menegang. Akibatnya kita akan rasa itchy/gatal kat bahagian perut. Kalau boleh nak garu je. Tapi daripada digaru, lebih baik sapukan cream atau minyak supaya rasa gatal tu hilang sikit. Beside hilangkan rasa gatal, cream atau minyak tadi akan halang stertch marks daripada terjadi.

Waktu preggykan Ali Amrsyar, saya tak gunakan spesifik produk untuk atasi stretch marks. Saya guna je mana-mana lotion atau minyak yang sempat saya rembat. Kadang-kadang saya guna lotion Johnson, olive oil Ginvera, baby oil Johnson. Ada masa saya sapu olive oil yang guna untuk masak (ini kes malas nak naik tangga untuk ambik lotion kat bilik. So rembat je la minyak zaiton kat dapur). Hasilnya..... lepas lahirkan Ali Amrsyar, stretch marks tak berapa ada sangat. Bukan nak puji perut sendiri...tapi Alhamdulillah tanda kenangan yang tinggal cuma satu garis nipis yang samar-samar di tengah-tengah perut. Saya sengaja tak nak hilangkan garis tu. Biar la ia jadi tanda kenangan manis my 1st prenancy. Everytime saya dan En Amri terpandang garis tu..kami senyum.


Untuk 2nd pregnancy, saya guna Palmer's Cocoa Butter  : Skin Therapy Oil. Saya beli botol kecik (60 ml). Harga tak sampai RM 10. Saya start guna masa pregnant 6 bulan (sebab masa ni saya dah start itchy), sampai sekarang (9 bulan ++++) ...minyak ni belum habis pakai lagi. Setiap hari lepas mandi saya guna dalam 3 ke 4 titik saja. Berminyak ke tak?!!! Dah nama pun oil...mestilah berminyak sikit (kalau tak nak berminyak guna je la air). Alhamdulillah, rasa itchy hilang dan setakat ni yang ada di perut saya cuma satu garis hitam. Harap-harap lepas bersalin dan kulit perut dah kendur..tak timbul stretch marks yang teruk sangat. 

Ok la...since kandungan dah massuk 36 weeks, doakan semoga Allah permudahkan proses kelahiran anak ke-2 saya. Semoga semuanya selamat...insyaAllah.

p/s : entry ni tak ada kaitan dengan syarikat Palmer's Cocoa Butter.

16 September 2013

Kisah Amrsyar : Besarkan Anak Tanpa Buaian

Selalu kita dengar "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia". Entry kali ni tak ada kena mengena pun dengan pepatah tu. Cuma saya nak berkongsi tips bagi mummy-mummy yang memilih untuk besarkan anak tanpa buaian. Ali Amrsyar dah setahun sebulan. Alhamdulillah setakat ni (mungkin juga sampai bila-bila) dia belum pernah dimasukkan dalam buaian. Sejak dari lahir sampai sekarang, saya tekad tak nak guna buaian. Masa dalam pantang, saya tidurkan dia disebelah saya supaya senang nak menyusu. Bila masuk 3 bulan, saya tidurkan dia dalam playpen. Tapi tak bertahan lama, sebab malam-malam lepas susukan dia, saya malas nak masukkan dia dalam playpen balik. Sampai sekarang, dia tidur dengan saya atas katil. Kalau Babah dia ada, terpaksa lah kami share 1/2 katil berdua..sebab lagi 1/2 katil dah di"conquer" oleh budak kecik ni. Derita jugak lah.. Sekarang ni saya tengah kumpul duit nak beli katil king size (sila beri sumbangan anda dengan klik pada churp churp dan nuff saya).

Kenapa saya besarkan dia tanpa buaian?

Saya bukan doktor dan tak pandai nak cakap pasal gegaran otak bla bla bla. Actually itu bukan main reason kenapa saya besarkan dia tanpa buaian. Saya tekad tak nak guna buaian sebab saya seorang yang cuai. Sepanjang hidup saya, saya tak pernah ada pengalaman buaikan baby. Jadi bagi saya cara paling selamat untuk tidurkan dia ialah dengan letak dia kat sebelah saya. Puas hati...dapat cium dia banyak kali waktu tidur. Lagipun, hidup saya banyak travel antara Kota Kinabalu - Perak. Bila dalam flight atau dalam bas, Ali Amrsyar tak banyak ragam untuk tidur. 

2 bulan - tidur atas tilam

3 bulan - tidur dalam playpen

1 tahun - tidur kat mana-mana dia nak


Cara untuk tidurkan anak tanpa buaian

Cara saya tidurkan Ali Amrsyar berubah ikut umur dan perkembangan dia.Waktu awal-awal lahir, memang payah sikit. Ada hari berjam-jam jugak la Opah dia menyanyi untuk tidurkan dia. Tapi bila masuk umur 2 bulan, saya cuma perlu dukung dia dibahu sambil goyangkan badan dan nyanyi sikit. Dalam 15 ke 20 minit dia akan tidur. Masuk 4 bulan, lagi senang nak tidurkan dia. Letak je atas tilam...biar dia bergolek-golek (waktu ni Ali Amrsyar dah  boleh menerap dan mengesot).  Bila dah penat dia tidur sendiri.  Sekarang ni (dah setahun sebulan dan boleh jalan), saya bawa dia atas katil....main-main sekejap. Bila dia mengantuk, dia akan baring celah ketiak saya dan saya nyanyi sikit sambil usap kepala dia...then around 15 minit dia akan tertidur. Actually tak susah pun nak tidurkan anak tanpa buaian (kecuali waktu awal-awal lahir). Yang paling penting kita kena faham pola tidur anak kita.

Cabaran besarkan anak tanpa buaian

Banyak jugak la cabaran. Yang paling hebat, cabaran daripada orang sekeliling. Sakit telinga ni dengar orang memerli. Ada yang kata saya nak suruh anak jadi angkasawan la, nak bagi anak genius la, dan yanng paling teruk..ada yang cakap nanti suami saya cari isteri baru sebab saya tak ada masa nak masak dan layan suami (tolong la jangan doakan yang bukan-bukan). Haiiihhh... payah !!!! Saya diam je. Tapi dalam hati menjawab jugak "Anak aku, laki aku..suka hati aku". Pernah jugak saya bertegas dengan mak cik saya bila dia nak masukkan Ali Amrsyar dalam buaian. Bagi saya, bila dah jadi mak orang, ada masanya kita kena berani lawan cakap orang tua (sorry bukan nak jadi derhaka).

Cabaran lain...hurmmmm penat lebih sikit. Yang saya dengar, baby kalau ditidurkan dalam buaian, dia akan tidur cepat dan lebih lama. So, mummy-mummy akan ada lebih masa untuk berehat atau buat kerja lain. Tapi, saya tak macam tu. Ali Amrsyar tidur siang sekejap je. Dalam sejam atau dua jam. Yang selebihnya, dia nak bermain. Penat jugak saya melayan kerenah dia. Tapi bila masuk pukul 8 malam, dia akan tidur sampai esok pagi (antara tu dia cuma bangun 2 kali mintak susu).

Itu saja ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Samada kita pilih untuk besarkan anak tanpa buaian atau dengan buaian, itu terletak pada cara kehidupan kita. Bagi mummy-mummy yang housewife macam saya, banyak masa yang terluang dengan anak-anak. Jadi boleh la kita pilih untuk besarkan anak tanpa buaian. Tapi bagi mummy-mummy yang bekerja, keadaan mungkin berbeza dan buaian merupakan satu alternatif terbaik. Tak kesah cara apa pun kita pilih, asalkan anak kita dapat tidur dan membesar dengan sihat.

05 September 2013

Kisah Amrsyar : Saving Untuk Masa Depan

Bulan Syawal dah nak berlalu. Mood beraya pun dah makin hilang kan. Bagi yang ada anak, mesti tengah dok mengira duit raya anak kan?!! Hihihi...sama lah saya pun. Duit raya Ali Amrsyar tahun ni tak ada lebat sangat sebab kami tak beraya ke mana sangat pun. Lagipun amalan bagi duit raya kat bebudak dah makin pudar dalam family saya. Kami lagi suka kalau dibelanja makan. Kesian si Amrsyar kan...

Tahun lepas Ali Amrsyar lahir pada 9 Ramadhan. Masa oarang sambut raya, memang ramai sanak saudara yang datang melawat kami. So, duit raya dia agak banyak jugak. Then sebelum habis pantang, saya buat kenduri aqiqah dia. Jadi berganda-ganda la duit dia dapat. Mula-mula tu pening kepala jugak nak mencari bank yang boleh buka akaun untuk newborn baby. Kalau nak buka akaun ASB kena tunggu till dia 6 bulan. Kalau nak buka akaun bank biasa, rasa tak berbaloi lah pulak. Bab saving dalam insurans ni, saya tak berapa arif sangat. Akhirnya........



Akhirnya saya pilih untuk bukak akaun Ali Amrsyar kat TABUNG HAJI (TH). Alasan bukak kat sini :
  1. Sebab tiada umur minimum. Dah ada surat beranak terus boleh bukak. Tapi kena guna nama penjaga sama.
  2. Sebab dah pasti simpanan selamat. Ada dividen dan bonus tiap tahun. Soal zakat duit simpanan, tak payah fikir. TH uruskan.
  3. Bila simpanan dah cukup RM 1500 ke atas, boleh terus daftar haji. Hehehehe... Jangan salah faham pulak, Daftar haji sekarang bukan bermakna boleh pergi haji dalam masa terdekat. Macam anak saya ni..tunggu umur dia dah 30 lebih baru sampai turn dia bleh pergi haji dengan TH. Berderet orang yang dah daftar sebelum dia dok menunggu giliran. Harap-harap bila dia dah besar nanti, tak perlu nak buat rayuan kat TH dan potong giliran orang lain.
  4. Sebab boleh buat potongan gaji tiap bulan. Tak banyak pun saya suruh En Amri buat potongan. Perjalanan anak-anak kita ni, InsyaAllah panjang lagi. Kalau simpan dari awal secara konsisten, InsyaAllah lama-lama jadi lah bukit.
Saya bukak akaun TH untuk Ali Amrsyar sebulan selepas dia lahir. Masa tu saya masih dalam pantang lagi. Dengan berstoking, saya pegi ke TH cawangan Tapah. Kalau simpan duit dia lama-lama kat tangan, risau nanti saya terguna pulak. Untuk si adik pun, bila dah keluar nanti, saya cadang terus nak pergi bukak akaun kat TH sebab senang Babah dia nak buat potongan gaji. Nak harap pergi bank dan simpan tiap bulan...huhuhuhu..jangan harap la.

Doakan semoga Ali Amrsyar murah rezeki selalu 

02 September 2013

Pengalaman Menyusukan Amrsyar

Sepatutnya dah lama saya tulis entry pasal ni. Tapi adik Amrsyar dah nak keluar baru terdetik nak menulis. Bukan apa sejak kandungan dah masuk 8 bulan ni, saya tengah re-call back tips-tips yang saya gunakan untuk memaksimumkan pengeluaran susu badan. En. Amri awal-awal lagi dah pesan sebolehnya dia nak si adik pun fully BF sekurang-kurangnya sampai 6 bulan pertama. 

Pengalaman saya menyusukan Ali Amrsyar amat menyeronokkan. Walaupun mama saya desak supaya saya campur dengan susu formula sebab takut tak cukup susu, tapi saya selalu tak ambil pusing. Bagi saya, kalau tiba saat susu badan saya dah berkurang, baru saya akan campur dengan susu formula. Selagi susu saya mencukupi, biar la saya fully BF Ali Amrsyar. Alhamdulillah saya berjaya fully BF Ali Amrsyar untuk 6 bulan pertama (seperti yang disyorkan). Kemudian saya teruskan penyusuan sampai dia 7 bulan. Bila Ali Amrsyar masuk 8 bulan, susu mula berkurangan dan saya campurkan dengan susu formula. Masa dia 9 bulan, baru saya berhenti BF dan bagi susu formula sepenuhnya (waktu ni dah preggy si adik 5 bulan). Sesekali terasa menyesal jugak sebab tak berusaha untuk terus susukan dia. 

Sepanjang menyusukan Ali Amrsyar saya tak ambil sebarang supplement (saya cuma housewife, mana mampu nak beli supplement beratus-ratus sebulan yang belum tentu berjaya meningkatkan pengeluaran susu badan). Saya cuma amalkan beberapa tips dan petua. 

  1. Masa dalam pantang, MIL suruh saya minum HORLICKS sebagai milk booster. Saya ikut je...sebab bukan dia suruh makan peria pun. Horlicks tu kan sedap. 
  2. Kemudian, mama pulak selalu suruh saya makan LOBAK PUTIH as milk booster. Ini pun saya ikut jugak sebab saya memang suka lobak putih. 
  3. Saya amalkan MAKAN NASI 2 kali sehari. Masa baru lepas delivered Ali Amrsyar, badan memang berisi sikit. Tapi slowly badan makin susut bila baby menyusu dengan kerap dan banyak..
  4. Dan tips yang saya rasa paling berkesan ialah DOUBLE PUMPING. Masa tengah preggy lagi, saya ada terbaca yang double pumping boleh menggalakkan kilang susu jadi lebih produktif dan hasilkan lebih banyak susu. Tapi, bila tengok harga double pumping breast pump...terkeluar biji mata saya. Mana la housewife macam saya mampu. So apa yang saya buat...saya cuma beli manual breast pump. Saya beli jenama Unimom Mezzo dengan harga RM99. Bila Ali Amrsyar baru lahir, dia tak minum susu banyak sangat. So, setiap kali lepas susukan dia dengan sebelah breast, saya akan pump yang sebelah lagi. Lepas pump, saya akan minum air masak banyak-banyak. Tapi tips ni saya berjaya guna selama 3 bulan saja sebab bila budak kecik ni dah masuk 3 bulan dia kuat menyusu. Sekali seisi penyusuan, dia akan isap dua belah breast sampai kering. So bila nak pump, memang susu dah kering kontang. Mula-mula tu frust jugak..tapi biar la asal dia puas dan kenyang. Since that, Ali Amrsyar cuma direct feeding saja sampai dia 7 bulan.
Breast Pump Unimom Mezzo yang banyak berjasa
Itu saja tips yang saya praktikkan selama menyusukan Ali Amrsyar. Owh ya..pasal breast pump Unimom Mezzo. Bagi mummy yang low budget macam saya, daripada habis duit beli pump Pureen or Anakku yang menyakitkan tu, better up sikit budget anda dan beli pump ni. Hasil tak mengecewakan. Ini review saya pasal Breast Pump UniMom Mezzo :

Kadar Sedutan
Disebabkan breast pump ni jenis manual so kita yang tentukan kadar sedutan. First time pump, memang rasa sakit sikit (kalau guna pump jenis mahal pun akan sakit jugak). Tapi bila dah biasa, kadar sedutan tu terasa sama macam mimic baby. 

Mudah Dicuci
Bahagian breast pump ni pun tak ada lah banyak sangat. Senang nak dibasuh dan dikeringkan. 

Saiz 
Saiz pump ni tak terlalu besar..muat masuk dalam handbag (tanpa botol). Senang nak pump bila bawa Ali Amrsyar keluar. Sometime dalam kereta pun saya sempat pump lagi.

Tapi pump ni dah masuk muzium. Untuk adik, babah dia dah belikan pump baru dari jenama Tommee Tippee. Masih jenis manual sebab harga murah. Waktu beli tu cuma RM 99. Ok ke tak....nanti saya tulis. Hehehe..kalau tak ok..terpaksa bukak muzium dan guna balik pump Unimom Mezzo ni.