13 January 2013

Kisah Amrsyar : Graco Ultima Travel System

As-Salam

Entry kali ni saya nak share cerita pasal stroller dan car seat Amrsyar. As a first time mother, stroller dan car seat memang sangat-sangat penting masa nak bawa Amrsyar keluar shopping or travelling. Lagi-lagi saya yang selalu kena naik flight Kota Kinabalu-KL berdua saja dengan Amrsyar. Dekat pasaran sekarang ni banyak jenis stroller dan car seat. Ada yang ringan, murah, mahal..pendek kata tepuk dada tanya selera.

Masa tengah pregnant dulu, saya plan nak beli stroller jenama McLarens. Siap dah saving duit nak beli. But, lepas Amrsyar lahir, saya terbeli stroller jenama Graco. Kenapa? Huhuhuhu..sebab bukan saya yang keluar duit. Actually, Abah yang belikan stroller dan car seat ni. Since Amrsyar baby boy, so Abah quit pening kepala nak hadiahkan cucu dia apa. Then waktu shopping kat Aeon Station 18, Abah decide nak belikan Amrsyar stroller coz senang nak bawa dia berjalan. But, kat Aeon tak jual stroller jenama McLarens, yang ada cuma Graco, Combi dan Sweet Cherry. Coz Abah tengok stroller Graco ni tough antara semua stroller yang ada, so he bought this stroller along with the car seat. Stroller dan car seat ni boleh attach sekali macam gambar kat bawah ni :


Alhamdulillah setakat ni dah 5 bulan lebih stroller dan car seat Graco ni dah berkhidmat untuk Amrsyar. If nak shopping dekat Semenanjung, saya cuma bawa car seat dan letakkan dalam trolley shopping complex saja. Amrsyar lagi selesa macam tu. Maybe sebab dia boleh duduk dalam car seat sambil tengok muka saya.   Untuk car seat Graco, saya puas hati sangat-sangat. Cuma car seat ni boleh pakai sampai Amrsyar 1 tahun lebih saja. But about the stroller, ada sikit kureeeng :
  • Masa first time bawa Amrsyar naik flight ke Kota Kinabalu, saya terhilangkan snack tray stroller. So, since that saya tak boleh "attach"kan car seat ke stroller lagi. Saya cuba contact distributor Graco di Malaysia through E mail, but tak ada balasan.
  • Stroller ni walaupun dah dilipat still tak kecik mana. Kalau kereta Savy tu, satu bonet kereta cuma boleh letak dia saja. Sangat tak practical bagi parents yang ada compact car. 
  • Heavy - yap..stroller Graco quite heavy for me sebab tu saya lebih suka usung Amrsyar dalam car seat if nak keluar shopping grocery. Tak larat nak angkat stroller masuk kereta.
But, above all weakness, saya suka stroller ni sebab saya boleh lipat dan buka cuma dengan sebelah tangan while sebelah tangan lagi saya dukung Amrsyar. Sangat-sangat practical masa nak naik dan turun flight Air Asia. Then, tyre stroller ni quite besar so rasa selamat nak letak Amrsyar kat dalam. 

And untuk menamatkan entry ni, here are the pics of my lil' boy bergaya dalam stroller dan car seat hadiah dari Atok Megat :


Nyenyak tido dalam car seat

Mama dan Amrsyar ber"window"shopping di Aeon Station 18




4 comments:

  1. alolo, shiannn baby comel :)

    eh, Mclarens? macam pernah dengar, hah! tu nama bar yang dalam cerita How I met your mother kot. erkk haha -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mclarens tu pun nama brand stroller yg quite bagus sebab ringan n kecik.huhuhhuhu..

      Delete
  2. cantiknya warna merah..sesuai la dengan baby boy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna ni je yg x cepat kotor : )

      Delete