Sebenarnya dah lama nak meluahkan di sini, tapi entah lah.....saya belum ada kekuatan nak menulis. Tapi kali ni....Alhamdulillah Allah titipkan sedikit semangat untuk mula meluahkan kegusaran yang saya alami. Mungkin juga saya dah mula redha. Bagi saya apa yang saya hadapi sekarang bukan lah satu dugaan tapi peringatan daripada Allah. Saya akui sebelum ini saya bukan lah hambaNya yang baik. Saya hanyut dalam kenikmatan dunia sekaligus mengabaikan hubungan saya dengan Yang Maha Esa terutama bab temujanji 5x sehari antara saya dengan Dia. Itu belum lagi bab yang sunat. Jadi bila Allah bagi musibah pada saya, saya beranggapan Dia bagi peringatan kerana Dia masih sayangkan saya. Alhamdulillah....saya antara yang terpilih.
Cerita saya bermula pada awal bulan 5 yang lalu. Kalau diselak balik entry bulan 5, saya ada update pasal saya demam. Retetan dari cerita tu, doktor sahkan saya deman denggi. Itu pun setelah hari yang ke-8. Silap saya...lepas ke klinik 1Malaysia masa hari ke-3 demam, saya dah malas nak ke Klinik Kesihatan Kampar. Peram sakit sampai hari ke-8 baru nak pergi jumpa doktor. Tapi platlet saya tak teruk sangat walaupun dibawah 200. Saya tak kena admit wad..cuma diminta untuk buat ujian darah. Saya cuma buat 3 hari ujian darah. Bacaan platlet pada hari ke-2 dan ke-3 dah cecah 200...jadi doktor discharge. Actually, bila disahkan denggi...saya pulun minum air 100+ dan air masak. Itu yang platlet naik.
Lepas discharge dari denggi, saya rasa badan bertenaga dan mampu buat kerja macam biasa. Berbeza sangat waktu kena denggi....saya cuma mampu terlantar, sakit sendi, kepala pening dan tak bertenaga langsung. Tapi, cerita saya tak tamat kat situ. Sehari lepas discharge denggi, muka dan badan saya bertukar warna kuning. Actusally masa kena denggi hari tu air kencing saya memang dah kuning. Pembantu makmal ada bagitau doktor air kencing saya ada jaudis tapi doktor just bagi antibiotik. Lepas makan antibiotik pun air kencing tetap kuning. Tak sangka kuning merebak ke muka dan badan. Officemates mula tegur tapi saya tak hiraukan sebab saya rasa sihat dan bertenaga. Saya anggap itu kesan daripada denggi dan kuning tu akan hilang sendiri. Beberapa hari kemudian, mata putih saya mula kekuningan. Tapi saya masih tak ambik hirau. Kemuncaknya bila badan saya mula gatal-gatal dan kesan lebam ambil darah waktu denggi jadi makin teruk. Selain lebam tu, banyak lagi kesan lebam di badan yang saya tak pasti puncanya. Yang pasti badan saya jadi mudah berlebam. Kemudian, najis saya pun bertukar kuning. Sebab dah mula risau, saya ke Klinik Kesihatan. Dalam hati saya mula terdetik : "Hati saya rosak ke?"
Cukup takat ni dulu. Saya sambung dalam entry seterusnya. Panjang sangat nanti orang tak nak baca pulak. Ok...tungguuuuu.....

lain simpton nya kan slps sis demam denggi tu. suami pon lps buat xray alhamdulillah la, tiada yg ganjil kecuali darah tinggi dan kolestrol.
ReplyDeleteharap tiada yg memudarakan.
smga cepat baik ye sis..
sambungannya.. :)
bila tanda kuning tu mcm kes berat . mungkin juga ada kaitan dgn hati ... bertabahlah ya . semoga Allah permudahkan ... menanti sambungannya .
ReplyDeleteYa Allah serius ke dear,, baca pun dh risau.. Harap tak ada yg memudaratkan..
ReplyDelete