30 November 2014

Kisah Mama : Alhamdulillah...Kami Dah Sehat !!!!

Kalau entry lepas saya cerita kami anak-beranak kena demam, tapi sekarang ni Alhamdulillah...kami dah totally recover. Dua buah hati ni memang demam sekejap saja...yang paling teruk tentulah saya...si Mama. Dekat 3 minggu juga menanggung sakit kepala. Nak berehat atas katil saja pun tak boleh sebab kena pergi kerja. Jawabnya...buat kerja tapi tak sempurna. Bila sakit kepala menyerang...terpaksa berehat di surau. Nasib rakan sekerja faham.

Time kami anak-beranak sakit, En Amri tak dapat balik selama 3 minggu. Kursus En Amri dah nak tamat..jadi jadual agak ketat sikit. Tak apa lah....ini memang realiti isteri tentera. Kena extra kuat. Nasib ada Atok, Opah dan Mak Su untuk tengok-tengokkan Ali dan Adik bila saya tak berdaya untuk bangun. Kalau tak....hurmmmmm...tak tahu la macam mana hidup kami.

Nak tahu macamana saya recover. Banyak jugak cara saya cuba. Yang paling mujarab...of course la...makan panadol. Tapi macam yang kita tahu panadol tak baik untuk badan kita. Jadi saya cari alternatif lain. Saya berurut kepala dan leher. Kebetulan mak mentua datang rumah...saya mintak mak mentua urutkan. Memang banyak sangat angin dalam kepala. Lepas berurut baru kepala rasa ringan. Then, atas nasihat blogger Cik Su, saya cuba Pati Delima Gulsan. Buat masa ni baru habis suku botol. Kesan pertama yang boleh saya rasa...sistem buangan saya jadi lawas. Sampai berebut toilet dengan officemates (saya jarang membuang di toilet office). Buat masa ni saya terus amalkan dulu.
 Sebotol pun tak mahal...baru RM 20. Nanti dah nampak kesan lain, saya share lagi pasal pati delima ni. Then, saya cuba minum air badak cap kaki tiga. Ini pun atas nasihat penyelia. Time nak beli tu, saya check dulu air badak ada kelulusan KKM ke tak. Alhamdulillah..ada. Tapi rega..huhuhu..tak sepadan dengan saiz  yang besar botol mineral kecik tu je. Hurmmmm....mahai naaaa air cap badak sekarang.

Seksa jugak 3 minggu sakit. Tapi tak apa lah...at least Ali dan Adik sakit kejap. Tengok anak-anak sakit lagi sedih daripada kita sakit. After dah baik ni..harap-harap mood berblogging saya kembali macam dulu. InsyaAllah....

Sebagai penutup entry...kita tengok gambar 2 buah hati yang asyik nak ajak naik kereta.


16 November 2014

Kami Demam !!!!!!!

Lagi sekali..saya tenggelam lagi. Sorry...Actually since 2 minggu yang lepas saya dan anak-anak tak berapa sihat. Awal bulan 11 aritu saya kena pegi PTM (Program Transformasi Minda) di Penang. Saya angkut Abang Ali dan Adik sekali tapi tinggal di Bayan Baru rumah mak cik. Balik dari Penang, Abang Ali demam panas sampai kena masuk ubat ikut bontot dan ambil darah kat tangan. Tapi Alhamdulillah...keputusan ujian darah tak ada apa-apa. Esoknya dia dah sihat dan berlari-lari. Tapi lepas Ali sembuh....Adik pula demam selsema..diikuti dengan saya. Huhuhuhu....dugaan sungguh. Adik cuma demam 3 hari saja....tapi saya sampai sekarang (dah seminggu 2 hari), selsema masih belum sembuh dan kepala asyik pening je. Hari-hari terpaksa telan 2 biji panadol. Kalau tak, tak bleh nak buat kerja. Rasa macam dah habis 3 papan panadol saya telan. Entah kenapa sakit kali ni lama sangat nak sembuh. Selalunya saya sakit cuma 2 or 3 hari saja. Tapi tak apa la...sekurang-kurangnya dosa-dosa kecil terhapus.

Ok lah...kepada kawan-kawan bloger sila jaga kesihatan. Dalam cuaca hujan-panas sekarang ni...penyakit mudah singgah. Akhir entry saya belanja gambar tangan Ali kena cucuk ambil darah hari tu. Sampai sekarang dia asyik tunjuk tangan tu sambil cerita nurse ambil darah. "Aaaakit". Huhuhu....hero Mama ni macam-macam kerenah.


06 November 2014

Kisah Amrsyar Dan Adik : Jalan-Jalan Zoo Taiping

After berkali-kali tetangguh, akhirnya dapat jugak kami bawa Ali dan Adik ke Zoo Taiping. Last time kami ke sini.... tahun lepas. Masa tu Adik masih dalam perut lagi. Dah setahun lebih...zoo pun dah berubah. Last year ada bahagian zoo yang tengah renovate but this year...kami dah boleh lawat semua kawasan. 

Pukul 9.30 pagi kami dah bertolak ke Taiping. Breakfast pun dalam kereta jer. Tak berhenti kat RnR sebab kami harap dapat sampai before pukul 11 pagi. Tapi kita cuma merancang, kami sampai di zoo Taiping pukul 11 lebih dan hujan turun rintik-rintik. Mula-mula saya ingat nak tunggu hujan reda, tapi En Amri nak masuk jugak. Adik kami masuk dalam stroller dan Abang berpayung. Entrance fee cuma RM 16/person...Abang dan Adik free. Bagi yang tak larat nak jalan, pihak zoo ada sediakan train. Tak ada bayaran dikenakan. Tapi nasib kami tak baik...time tu ramai budak tadika yang buat lawatan tengah tunggu giliran nak naik train. Jadi kami anak beranak terpaksa ringankan kaki dan berjalan. Nasib baik hujan turun sekejap je. Kalau tak basah kuyup kami. Banyak jugak binatang kat zoo ni dan binatang pun tak de pasif sangat. Dapat la Ali dan Adik kenai monyet, cipanzi, harimau, singa, zirafah, badak sumbu ..... yang lain dah lupa (Mama sudah tua).







Pukul 12.30 kami dah habis pusing satu zoo. Dekat pintu keluar ada jual gambar yang diambil dekat pintu masuk tadi. Sekeping RM 30. En Amri suruh beli sebab dia memang suka collect gambar kami satu family. Sebab dalam gambar tu saya nampak lawa sikit (maybe dah kena edit), saya pun setuju. Masa datang sini tahun lepas pun kami beli jugak gambar dekat pintu masuk. Tapi time tu gambarnya tak berapa nak cantik. Tukang edit tak pandai edit gambar ler tu. Huhuhu..suka-suka je saya kutuk orang. Ok...sambung cerita. Lepas tamat melawat Zoo Taiping, kami mencari Jusco Taiping untuk mandikan dan tukar diapers dan baju Ali dan Adik. Cari-cari....rupanya Jusco Taiping belum siap lagi. Terpaksa ke Tesco. Macam biasa...baby room di Tesco agak kureng sikit. Rasanya semua Tesco pun sama...baby room jarang dijaga. Sebab tu saya lagi prefer Jusco.

After lunch dan bersihkan Ali dan Adik, En Amri nak cari Mee Udang Kuala Sepetang. Sepanjang perjalanan ke Kuala Sepetang, Ali dan Adik tidur. Penat sangat berjalan pusing zoo tadi. Mula-mula ingat nak makan mee udang Mak Jah. Tapi bila sampai sana...kedai Mak Jah dah penuh dengan umat manusia. Comfirm order lambat sampai. Jadi kami terus ke pekan Kuala Sepetang. Dekat pekan ada kedai nama Salleh Stall. Mee udang dia not bad. Service pun tak lembab dan harga pun boleh tahan. Saya lupa nak kira berapa ekor udang dalam mee saya. Lepas isi perut, kami tappaw mee udang dan mee goreng udang untuk Opah dan Atok. Tertunai sudah hajat En Amri nak makan mee udang Kuala Sepetang. Lepas ni tah apa pulak dia teringin nak makan. Macam orang pregnant pulak.



Ok...dah tamat sudah cerita trip ke Zoo Taiping. Next trip maybe nak ke Lost World Tambun pulak.