28 November 2012

Kisah Amrsyar : Amrsyar Sudah 4 Bulan

Salam
Esok Ali  Amrsyar going to be 4 months. Sekejap je kan. Masih terngiang-ngiang lagi suara nurse-nurse, 2 orang doktor pelatih + my lovely En. Amri bagi semangat sewaktu dalam labour room. Terasa indah sangat saat pertama kali nurse letak Amrsyar atas dada saya walaupun masa tu tengah menahan ngeri sebab doktor tengah jahit kat bawah. Masa lahir berat Amrsyar cuma 2.4 kilo..but now rasanya dah 6 kilo (esok baru nak timbang kat RSAT). Waktu lahir dulu Amrsyar kerap tido. Jenuh Babahnya kejut nak ajak main (biasala orang baru dapat anak), but sekarang..huhuhu... Amrsyar suka main. Sometime tak terlayan kami.

Sewaktu usia Amrsyar 3 bulan setengah, Amrsyar dah boleh menerap. Berbaloi Tok dengan Opah dia mengajar. Orang tua pesan jangan ajar baby menerap. Biar dia menerap sendiri. But pendapat Abah saya lain sikit. Budak kalau tak diajar macam mana dia nak belajar (biasalah..Abah saya cikgu pencen. Agaknya Abah rindu nak mengajar..tu yang dia ajar cucu dia menerap). So, after setengah bulan mengajar dan Amrsyar pun asyik mengereng, akhirnya dia berjaya menerap jugak. Sejak dah boleh menerap ni, Amrsyar cepat penat dan tertidur. Tak sampai 2 jam jaga..then dia akan tertidur balik. Lately saya perasan dia dah mula angkat punggung. Hurrrmmmm..agak-agak bila anak mama ni nak pandai merangkak ye?

Alhamdulillah..sepanjang 4 bulan, Amrsyar masih fully BF. Saya bersyukur sangat kerana Allah murahkan rezeki anak saya. Memandangkan saya tak bekerja, seboleh-bolehnya saya tak nak bebankan En. Amri. Harga susu formula pula...Ya Allah !!! Rasa nak terkeluar bijik mata ni. Paling murah pun RM 20. Itu pun belum tentu sesuai dengan baby. So, saya decide untuk jaga kesihatan diri supaya saya boleh terus menyusukan Amrsyar. Lagipun disetiap tin susu formula ada tulis SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI ANDA.

Ok la.. Sampai kat sini je entry kali ni ye. Sila jamu mata dengan gelagat budak comel ni :


Menerap sambil isap jari

Rehat kejap

dan terus ZZZZZZZZZ...

25 November 2012

Jariku Bengkok

Salam All


Pernah tak ini terjadi kepada anda especially bagi mummy-mummy yang mem"BF"kan baby. Lately jari-jari saya kalau dibengkokkan, bila nak luruskan balik terasa sakit sangat. Rasa macam engsel tak cukup minyak. Selalunya jadi waktu bangun tidur. Ada masa tak boleh lurus balik. Terpaksa mintak tolong jari tangan sebelah lagi untuk luruskan balik. Saya tanyakan Mama, Mama cakap maybe kes kurang kalsium. Dulu jari Mama pun pernah jadi macam ni jugak..but itu pun sebab usia Mama dah masuk 50 +++. Tapi saya ni baru 18 (+ 10) tahun...masih muda tranggg tang tang lagi. But then I realize...owh yes... SAYA MEMNYUSUKAN SI COMEY AMRSYAR. Maybe dia dah serap most of my calcium. So lepas ni, saya pulun minum calcium yum susu Anlene banyak-banyak. Tapi kalau dah minum susu pun jari saya still macam ni jugak..hurrmmm terpaksa la pergi jumpa doktor.

For mummy-mummy yang mem"BF"kan baby anda, PERNAH TAK JARI ANDA JADI MACAM SAYA? Or its just jari saya yang pelik?!!!!!!

23 November 2012

11 Tahun Sudah




ALHAMDULILLAH

21.11.2001 - 21.11.2012

11 tahun sudah

Siapa sangka kami boleh pergi sejauh ini. Dari puppy love masa umur 17 tahun, untill now..dah jadi mama dan babah orang. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam En. Amri proposed saya untuk jadi girlfried dia . Saya still ingat, masa tu hari terakhir SPM (kertas kimia). En. Amri proposed saya dalam kelas kami. Bila diingat balik, bagaimana kami bermula..quite funny but sweet. Every week, saya akan kirimkan coklat untuk dia with a cute card...n ada masa dia akan kirimkan nasi lemak pada saya melalui junior dorm saya. Masa sekolah dulu, tak berani nak dating..so just sembang macam biasa bila jumpa dalam kelas. Nak jiwang-jiwang pun tak berani coz takut kantoi dengan classmate. Sekali-sekala nak terasa jiwang, bila masa minggu balik. En. Amri akan call saya everyday tepat pukul 9.30 malam. Masa tu la baru boleh nak cakap romantik sikit. But, bila balik ke sekolah..terpaksa buat macam biasa. 

Masa berlalu terlalu pantas. Kini kami dah almost 3 tahun disatukan. Banyak perkara yang dah berubah. Anak pun dah satu. Sometime terasa nak return back zaman sekolah dulu..masa cinta tengah berkembang mekar. But past is past. Kita tak punya kuasa untuk putar balik masa. Apa yang kita ada cuma masa kini dan masa depan untuk kita corakkan.

Ok la..rasanya cukup sampai disini dulu. Saya nak tidur sambil bermimpi saat-saat indah kami dulu.

To my dearie hubby : Terima kasih kerana sudi temankan saya dan pilih saya untuk temankan hidup anda. Walaupun ada masa relation kita fragile, but kita still mampu bertahan hingga ke saat ini. Semoga kesempatan untuk terus bersama yang Allah berikan ini, akan kita gunakan untuk membahagiakan antara satu sama lain dan our beloved Ali Amrsyar.

2008 - Zaman bertunang

2012 - Zaman nak jadi parents

2012 - Zaman dah jadi parents