07 June 2015

Kisah Mama : Shopping Di Ekspo Borong Kemboja

Tajuk entry macam gempak je kan.. Shopping sampai ke Kemboja. Huhuhu...jangan salah sangka.Bagi yang duduk kat area utara Perak mesti dah sedia maklum pasal Pasar Kemboja. Sebelum ni kalau nak ke Pasar Kemboja, kena pegi Parit Buntar. Tapi saya tak pernah sampai pun. Just dengar dari kawan-kawan yang dah sampai kata banyak baju kurung, jubah, telekung dan tudung yang murah-murah. Murah macamana pun saya tak tahu.

Jadi bila nampak senior post kat FB kata ada Ekspo Borong Kemboja yang ala-ala Pasar Kemboja kat Teluk Intan, terus saya ajak En Amri. Kebetulan saya memang cuti pada 4hb 6 (Rabu). Lepas habis check gigi Ali dan Adik kami terus ke Teluk Intan. Sampai sana around pukul 12.30..parking memang full..nasib baik ada orang yang dah nak balik. Dapat kami park kereta dekat sikit dengan Arena Square. Alhamdulillah....kalau tak sakit telinga dengar En Amri membebel.


Lepas habis round satu Arena Square, saya dapat simpulkan :

1) Actually muka yang beniaga rata-ratanya muka Melayu. Rasanya ada la 2 or 3 orang peniaga dari Kemboja. 
2) Murah?!!!! Well not soo murah untuk saya. Saya jangka kan boleh jumpa baju kurang RM35 sepasang (boleh beli banyak-banyak untuk pakai pergi kerja). Tapi rata-rata baju kurung  RM 60. Baju kurung kain pelekat pun RM 50 ke RM 65 (kena tawar-menawar). Jubah pun mahaiiii...kalau yang murah pun..jubah lycra (saya tak berapa gemar kain lycra). Kain pasang RM 50 untuk 2 pasang. Tudung bawal kangaroo kosong paling murah RM 5/sehelai. Honestly...saya rasa baju kurung, kain pasang, jubah dan telekung yang jual kat Mydin lagi murah. 
3) Panas usah cakap la...walaupun Arena Square tu berbumbung...tapi pecah jugak peluh kami anak-beranak.
4) Rata-rata peniaga tak suka letak harga. Adoiiii la....kering anak tekak nak bertanya harga. 
5) Tak banyak barang yang dijual secarya borong macam kawan-kawan saya cakap. 
6) Actually saya nak mencari baju melayu untuk En Amri..tapi tak jumpa. Sepanjang berjalan saya cuma jumpa 2 kedai yang jual baju melayu..itupun tak kena dengan selera kami. So no choice..lepas ni kena ke Nagoya jugak.
7) Kebanyakkan blous yang dijual saiz M keatas. Huhuhu...sedey bagi si petite macam saya. 

After 2 jam, I end up with sehelai baju kurung, 5 helai tudung kangaroo (3 kosong dan 2 bercorak), blous sehelai dan tudung beratap sehelai (untuk Opah). Total habis RM 155. Ok lah tu...tak sampai RM 200 pun.

Next Ekspo Borong Kemboja akan diadakan di Batu Gajah pada 11 dan 12 June. Bagi yang nak shopping raya...boleh la cuba jalan-jalan ke sana. 

6 comments:

  1. akk tau, bukan 11 dan 12 tau dia buat lg kat btu gajah.. tp dri ahas semalam smpai selasa ni ja..

    tak tentu hala ubah taarikh..huhu..

    tp sbnrnya ada murah ada mhl.. p prt buntr lg best, juling mata..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke..mak akak baru nk g jumaat 12hb..
      suka2 je kan ubah tarikh tp dh pasang banner
      akak pun teringin nk pg yg parit buntar..tp jauh.sangat

      Delete
  2. ooo melay yg dkt PB tu mcm besar kan.dgq siap buat rombongan lagi kot ke sana

    kt tmpat saya pendang setiap hari jumaat. mak kata org kemboja yg niaga.
    sy x bpeluang lagi ke sana sbb jumaat kl still hari bekerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah..dengar kawan2 ckp pun mcm tu...kt PB lg murah..
      kalo betul org kemboja yg jual mungkin murah...tp ni rata2 malayu yg jual tu yg harga pun x brapa nk murah

      Delete
  3. dulu penah ada pesta kemboja ni kat penang
    tp mmg x pergi lah sbb ngan anak2 lagi mmg xde ms nak tgk haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo bawa ank2 memang susah skit.saya bawa ali dan adik.ali duduk dlm.stroller..adik babah dukung..dapat la menjamu mata

      Delete