16 May 2015

Kisah Mama : Alhamdulillah....Rezeki

Lama saya menghilang lagi. Sebenarnya saya nak tulis entry pasal sambungan cerita demam hari tu. Tapi masih belum ada masa dan idea nak mula menulis. Jadi sebagai selingan...kita update pasal rezeki saya bulan ni.


Alhamdulillah...bulan ni saya dapat cek daripada Nuffnang. Kalau ikutkan ini cek yang ke-2. Jumlahnya tak lah banyak sebab saya pun cuma blogger suam-suam kuku. Tapi alhamdulillah...ada jugak hasil berblogging. 

Belum tau lagi nak buat apa dengan duit ni. Huhuhuhu...bawa Ali dan Adik makan angin kot... Tak kesah lah...apapun Terima Kasih Nuffnang dan Terima Kasih jugak kepada rakan-rakan blogger yang selalu meriahkan blog saya. Muaaaah ciked...

03 May 2015

Kisah Mama : Mama Demam...Huhuhu

Mama demam lagi !!!! Sejak akhir-akhir ni mudah sangat demam menyinggah kat kami anak-beranak. Saya binggung sekejap...pemakanan tak betul atau cuaca tak berapa nak elok. Entah lah... 

Kisah mama demam bermula dengan cherry-berry sejak hari Rabu lepas. Lepas 3 hari..cherry-berry dah ok tapi badan pulak sengal-sengal. Cuti Labour Day saya lembik...kaki, tangan dan pinggang memang rasa sengal sangat. Baring, berdiri, duduk semua pun rasa tak kena. Hari Sabtu, badan masih rasa sengal tapi gagah jugak pergi 2 kenduri. Dua-dua pun sedara rapat jadi tak manis pulak kalau tak pergi. Lepas habis kenduri ke-2, balik rumah badan dah mula panas. Saya mintak Acu tengokkan Ali dan Adik. Saya masuk bilik...terus zzzzz. Pukul 6.30 petang saya check suhu badan 37.9 C. Mulut, tekak dan mata dah mula rasa panas. Kepala mula pusing. Sebab dah tak tahan sangat, saya ambik panadol sebiji. Malam tu Opah take over jaga Ali dan Adik. Saya dah angkat bendera putih. Lepas makan panadol, terasa demam dah kebah. Tapi lepas habis kesan ubat, demam datang balik. 

Hari Ahad, keadaan saya masih sama. Bila telan panadol, demam jadi kebah. Tapi bila kesan ubat dah habis, mula demam dan sengal-sengal badan balik. Sebab dah tak tahan sangat, saya minta Acu tolong bawakan saya ke Klinik 1 Malaysia. Nasib kerajaan ada sediakan kemudahan macam ni. Cuti-cuti pun ada klinik kerajaan yang buka. Sebelum wujud klinik 1 Malaysia, kalau sakit pada hari cuti kami kena terus ke emergency Hospital Kampar yang kat atas bukit. Kalo setakat demam biasa ni....berjanggut menunggu sebab doktor lebih utamakan pesakit kronik. Nama pun emergency...memang la kes yang dibawa pun kronik. Sometime kes accident, kes kena patuk ular, kes sakit jantung....itu je yang pernah saya jumpa sepanjang berkunjung ke emergency Hospital Kampar. So jangan ambik hati kalo doktor kemudiankan kita yang demam biasa ni.

Hasil dari perjumpaan dengan penolong pegawai perubatan, dia suruh saya tunggu 2 hari lagi. Kalau demam berlarutan baru saya kena ke klinik kesihatan Kampar untuk ambil darah. Jadi saya pun balik dengan sepapan panadol. Tak apa lah sekurang-kurangnya dah tau nak buat apa kalo demam tak baik-baik lepas ni. Balik rumah pukul 7.00 malam, saya check suhu badan lagi sekali 38.6 C. Ngade-ngade sungguh...time check kat klinik tadi elok je suhu. Balik rumah..terus naik. So nak tak nak...kena la telan sebiji lagi panadol.

Dalam dok kalut-kalut menghadapi demam seorang diri..terasa sayu perasaan ni. Time sakit-sakit macam ni, saya mengharapkan kehadiran En Amri...tapi suami pulak jauh. En Amri pun setakat boleh wassap dan suruh ke klinik. Itu saja lah yang dia mampu buat. Nasib baik saya tinggal dengan family...bila sakit macam ni, tak perlu nak risau pasal Ali dan Adik. Opah, Atok dan Acu sentiasa ada untuk menolong. Kalau tak ada family...entah lah... mau tumpo teman.

So buat masa ni..saya just tunggu. Kalau by Tuesday demam tak baik-baik jugak...no choice kena serah diri kat klinik kesihatan Kampar untuk ujian darah. Huhuhuhu....harap tak de apa-apa lah.....