29 April 2014

Kisah Mama : Nak Kumpul Susu Untuk Stok Ramadhan

Sedar tak sedar tinggal 2 bulan je lagi kita nak berpuasa. Cepat sangat masa berlalu. Ramadhan last year saya tengah sarat preggykan Adik 8 bulan. Jadi puasa pun ada 8 hari berlubang. Ramadhan 2012 pulak saya tengah berpantangkan Ali. Memang comfirm la berluang-lubang. Harap-harap Ramadhan tahun ni dapat la saya berpuasa penuh. Buat masa ni Miss P saya tak stabil lagi. Ada bulan dia muncul, ada bulan dia senyap je. Maybe disebabkan injection yang saya ambik. So probability untuk puasa penuh tu insyaAllah ada.

Bila dah dekat nak puasa ni, satu jer yang merisaukan saya --> SUSU BERKURANG. Saya jenis yang kuat makan bila menyusukan anak. Dekat office memang selalu kena tegur sebab asyik muka saya je di pantry. Actually malu la jugak..tapi nak buat macam mana memang perut cepat lapar. Tak dapat makan heavy, snack pun jadi lah. Bila nak puasa ni, saya risau susu berkurang dan stok EBM tak cukup. So, saya buat persediaan dari sekarang. Saya merajinkan diri menge"pam" susu sekerap yang boleh. Since Adik dah mula makan solid food, dia dah kurang menyusu. Jadi dapat la saya buat stok EBM extra untuk puasa. Sometime terpaksa bangun pukul 5 pagi untuk pump susu. Dapat sikit pun tak apa...asal ada. 

Peneman Mama pump susu pukul 5 pagi

Hasil tuaian yang agak lumayan
Buat masa ni saya masih setia dengan ESP sebagai milk booster saya. Terfikir jugak nak try produk lain..tapi masih tercari-cari produk apa yang bagus. So, if ada mummy yang tahu pasal milk booster yang bagus please sharekan dengan saya. Thank you.....

24 April 2014

Sumbangan Diperlukan

Baru kejap tadi saya buka FB, ternampak satu post dari junior saya yang mintak sumbangan ikhlas. Saya kenal dia masa di Okayama, Jepun. Kami sama-sama belajar disana cuma universiti berbeza. Junior saya ni tajaan MARA dan saya tajaan JPA. Tapi kami memang selalu bertembung sebab pekan Okayama tu kecik. 


Al-kisah..after grad dan balik ke Malaysia, junior saya alami accident motor yang agak teruk 4 tahun yang lepas. Saya ikuti perkembangan beliau melalui FB. Sebelah kaki beliau cedera teruk..sampai sekarang masih memerlukan rawatan. Beliau minta bantuan untuk settlekan loan yang dibuat untuk menaggung kos rawatan beliau sebelum ini yang berjumlah RM44000+++. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan, sila ke link Bantu Atif . Bagi kawan-kawan blogger yang baik hati, mintak tolong sharekn berita ini. Semoga ada yang sudi membantu beliau.

19 April 2014

Kisah Adik : Adik Dah Start Solid Food

 Adik dah 6 bulan. So far adik membesar dengan sehat. Adik dah boleh merangkak dengan laju. A few weeks ago, Adik mula nak duduk. Tapi pinggangnya tak cukup kuat lagi. Usaha lagi ye sayang. Dah duduk nanti Adik boleh makan dalam baby chair. 



Minggu lepas saya dah mula bagi Adik makan solid food. Untuk mudahkan kerja saya sediakan solid food Adik, saya beli food processor jenama Little Bean. Harga agak berpatutan..tak sampai RM 200. Food processor ni ada 2 funtion untuk steam dan blend. 1st day saya buat puree apple. Then saya buat puree carrot, puree pear, puree sweet potato dan puree manggo. Semuanya saya steam dulu kemudian blend. Tapi untuk carrot dan manggo, lepas blend saya akan guna penapis kopi untuk hasilkan puree yang lebih halus. Memang ambik masa sikit untuk sediakan puree Adik. Biasanya dekat sejam jugak saya kat dapur. So every morning, saya kena bangun seawal pukul 5.30 pagi. Sediakan puree untuk Adik, pump susu and then baru besiap nak g keje. Alhamdulillah setakat ni punch card belom pernah merah lagi. 



Penerimaan Adik terhadap solid food : Adik suka semua puree yang saya buat kecuali puree apple. Puree apple + honey pun dia tak nak...+ susu badan pun dia reject jugak. Next week saya nak ajar Adik makan bubur nasi pulak. Dah anak orang melayu tak kan asyik nak makan buah ngan vagie je. Kena la belajar makan nasi. 

Ok..dah sampai lunch time. Semoga Adik membesar dengan sehat dan Allah sentiasa lindungi Adik dan Abang Ali.

08 April 2014

Kisah Amrsyar : 20 Bulan

Lama tak bercerita perkembangan Ali. Alhamdulillah hero Mama membesar dengan sihat. Gigi depan dah penuh. Cantik bila dia senyum. Baru-baru ni Ali demam sebab nak tumbuh gigi garham. Kecoh rumah 96 ni melayan kerenah dia.

Berat Ali saya tak pasti berapa. Tapi comfirm 10 kg+++ sebab nak patah jugak pinggang dukung budak ni. InsyaAllah akhir bulan ni baru Ali pegi KK untuk timbang dan ukur tinggi. Buat masa ni Ali dah habis belajar anggota badan. Dari kepala, ketiak, punggong sampai ke kaki semua dia.dah boleh ingat. Cuma tangan kiri dan kanan selalu salah. Sama macam Mama dia masa kecik-kecik dulu ada masalah nak bezakan kiri dan kanan. Sampai darjah 4 baru saya lulus bab kiri kanan. Ok tutup kisah Mama ...sambung kisah Amrsyar. Menconteng pun Ali dah lulus. Habis segala dinding, lantai, buku resipi, surat...dia kerjakan. Sabar je la dengan anak teruna ni. Tak apa lah Ali sayang....Mama tak marah pun. Mama nak Ali enjoy zaman kanak-kanak Ali selagi boleh. Tapi pegi rumah orang jangan buat macam tu tau.


Sekarang ni Ali dalam proses nak kenai warna. Saya ajar Ali kenai 3 warna dulu : merah, biru dan kuning. Actually saya agak pening sikit nak guna kaedah apa? Beli bola warna warni, bola pun hilang. Beli bekas warna warni, Ali letak atas kepala Adik. Macam-macam gelagat hero comey Mama ni. So, pada mummy-munmy yang ada pengalaman, mintak tolong share cara anda ajar anak kenai warna.

Hubungan Ali dan Adik amat rapat. Ali sayangkan Adik. Kalo Adik nangis, dia yang kecoh. Tapi kalo Ali nangis, Adik sengeh je. Sayang pun ada masa. Bila datang bad mood dia...Adik pun dia pukul. Nasib baik Adik jenis tahan lasak. Setakat sekali kena pelepuk dengan Abang dia tak kesah. Dia tunggu Abang tido or minum susu. Time tu dia balas balik. Seronok tengok gelagat  2 buah hati ni. Comey!!!!

Ok terpaksa menamatkan entry kali ni. Si Adik dah mula pandai rebut HP Mama.
Semoga Ali Amrsyar membesar dengan sehat dan aktif. Jadi muslim yang beriman pada Allah ya sayang......

01 April 2014

Kisah Mama : Carrot Cake

Sempena kepulangan En Amri last week, saya sempat baking carrot cake. Actually baking pun atas request hubby tersayang. En Amri memang suka carrot cake tapi kalau beli kat SR, cream cheese nya nipisssss. Makan pun tak puas. Bila baking sendiri, baru puas hati. En Amri suka letak cream cheese tebal-tebal. Puas makan.


Tapi carrot cake kali ni failed sikit....terlebih mentega. Kalau ikut resipi asal kena guna minyak. Tapi saya gantikan dengan mentega. Sebelum ni saya guna buttercup tapi this time try guna adela. Hurmmm....rasanya biasa-biasa je. Lepas ni tak mau beli adela dah. Nak stick dengan buttercup saja.

Ok..dah selesai merapu. Untuk resipi carrot cake, boleh klik di sini.