29 November 2013

Kisah Adik : Jaudis @ Demam Kuning

Dalam entry "Adik Demam !!!!" saya ada mention sikit pasal adik masih lagi kuning walaupun umur adik dah sebulan. Kali ni saya nak buat full entry pasal kisah jaudis adik. Semoga perkongsian ini dapat membantu mommy-mommy yang lain.

Apa itu jaudis/demam kuning? Jaudis atau demam kuning merujuk kepada baby yang menunjukkan bahagian putih mata atau kulit yang kekuningan. Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin ialah darah yang rosak dan pecah lalu diproses oleh  hati untuk dibuang dari badan melalui najis dan air kencing. Paras bilirubin dalam tubuh baby boleh meningkat disebabkan oleh :

1. Sel darah baby mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
2. Lebam pada badan baby semasa proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
3. Bayi pra-matured. Organ baby (terutama hati dan usus) belum dapat berfungssi sepenuhnya.
4. Darah ibu dan baby tidak sesuai. Sekiranya ibu dan bayi mempunyai darah yang berbeza, susu ibu mungkin mempunyai antibody yang akan memusnahkan sel darah bayi dan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi.
5. Ibu ada GDM masa hamil (thats me!!!!)
6. Penggunaan oxytocin semasa proses kelahiran (biasanya digunakan semasa proses bersalin secara induce)
7. Keturunan 

Kalau pergi KK, biasanya paras bilirubin ditentukan melaui ujian darah. Tahap serius atau tak, biasanya ditentukan oleh umur baby. Selalunya, bila saya bawa result ujian darah adik, doktor akak bukak calculator (apa yang dikira, saya tak tahu la), then rujuk jadual kat dinding. Setahu saya kalau result ujian darah melebihi bacaan 15, baby kena admit wad untuk diletakkan dibawah lampu selama 2 hari. Setakat ni bacaan result ujian darah adik belum pernah capai bacaan yang kena admit wad. Alhamdulillah sangat. 

Adik mula ada kuning sejak hari ke-3. Kalau ikut info yang saya baca, kuning pada hari ke-2 or ke-3..itu normal. Yang tak normal ialah baby kuning masa lahir. Itu mungkin disebabkan hati atau usus yang gagal berfungsi dengan baik. Dari hari ke-3 sampai hari ke-14, bacaan ujian darah adik macam yoyo. Kejap naik..kejap turun. Disebabkan hari ke-14 pun, adik masih ada kuning, doktor di KK minta saya bawa adik ke Hospital Kampar untuk buat ujian darah sekali lagi. Masa buat ujian darah di Hospital Kampar, nurse ambil adik dari saya dan bawa masuk bilik lain. Kat dalam bilik tu nurse ambik darah adik kat tangan. Agaknya kali ni banyak darah adik yang diambil sebab tu nurse tak bagi saya tengok. Kalau di KK, nurse cuma akan cucuk sikit kat kaki adik untuk ambik darah. Hasil result ujian darah adik di Hospital Kampar 8.9. Masih belum turun ke tahap yang sepatutnya. Doktor minta saya bawa adik jumpa pakar pada 4 Nov. Hati saya dah mula risau. Dalam otak macam-macam saya fikir. "Anak aku ni sakit ke?" "Agaknya apa yang doktor pakar nak buat dengan anak aku nanti?". Siap termimpi-mimpi doktor tebuk leher adik untuk buat ujian. 

Abang Ali pun kesian tengok tangan adik 
4 Nov (hari ke-24) saya bawa adik jumpa doktor pakar di Hospital Kampar. Waktu tunggu giliran tu memang berdebar-debar sangat. Tak lama menunggu (sebab dah ada appoinment), kami masuk jumpa doktor. Doktor yang bertugas agak muda (untung doktor sekarang. Muda-muda dah jadi pakar). Doktor tekan-tekan badan adik. Then tanya saya beberapa soalan "Your baby breastfeeding well?" "Baby kerap berak dan kencing?" "Najis baby warna apa?" "Air kencing baby warna apa?". Then doktor cakap adik dah boleh discharge sebab dia rasa kuning adik dah tak tinggi sangat. Saya terdiam. Rasa tak puas hati pulak dengan keputusan doktor sebab mata adik masih kuning lagi. Tapi doktor dah kata boleh discharge, so tak mau la argue. 

12 Dis (hari ke-31), saya bawa adik ke KK untuk check up sebulan. Saya cakap pada doktor tentang mata adik yang masih kuning. Doktor minta saya buat ujian darah adik esoknya (13 Dis). Hasil ujian darah adik pada hari ke-32 : 10.8. Tinggi lagi kuning adik rupanya. Doktor minta saya bawa adik jumpa doktor pakar pada 19 Nov. Sekali lagi saya dilanda kerisauan. Dalam hati saya tekad nak cuba apa cara sekalipun untuk kurangkan kuning adik.

 A few days before bawa adik jumpa doktor pakar, saya beli 1 sachet kecik susu kambing serbuk brand Hi-Goat di restoran mamak (mamak tu charge RM 2. Kalau sekali dengan air panas dia charge RM 2.70. Mahai sungguh air panas kat kedai mamak - RM 0.70). Walaupun kat paket tu ada tulis "Tidak sesuai untuk bayi dibawah 6 bulan", tapi saya dah tak ada pilihan. Tak sanggup nak tengok kaki dan tangan adik kena cucuk lagi. Sehari saya bagi adik minum 1 sudu kecik (saya guna sudu KFC). Alhamdulillah warna kuning kat mata adik dah mula hilang. 19 Dis, saya bawa adik jumpa pakar. Lama menunggu sebab tak buat appoinment. Doktor pakar yang check adik kali ni sangat teliti. Siap bawa adik keluar bilik rawataan sebab nak tengok adik masih kuning ke tak. Selepas 2 orang doktor pakar check adik, doktor-doktor setuju untuk discharge adik. Alhamdulillah..lega sangat-sangat. Lepas ni tak ada saya mimpi yang bukan-bukan lagi. 

Actually, dari cerita jaudis adik ni..saya ada satu soalan untuk para mommies yang bergelar nurse dan doktor. KALAU BABY KORANG KENA DEMAM KUNING, KORANG BAGI TAK BABY KORANG MINUM/MAKAN SELAIN SUSU IBU? Sebab setiap kali saya bawa adik ke KK atau hospital untuk rawatan kuning, nurse dan doktor selalu ingatkan jangan jemur dan bagi baby minum susu ibu sahaja. Saya dah follow arahan nurse dan doktor. Saya susukan adik sekerap yang mungkin. Tapi still..kuning adik tak mau baik sehingga saya bagi dia minum susu kambing. Jadi, saya terus tertanya-tanya betul ke tindakkan saya?

p/s : entry ini tak ada tujuan untuk promote susu kambing Hi-Goat.

17 comments:

  1. semoga baby cepat sembuh.. ada baiknya akak tanya dengan doktor yg periksa baby tu.. die lebih tahu keadaan baby mcm mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aefa.akak dh follow nasihat doktor tp x mau jugak turun kuning adik

      Delete
  2. sekarang byk baby sll kena kuning bila baru lahir..kesian btl..tp sekarang mmg x elok dh nk jemur baby..sekarang kan dh byk pencemaran..semoga baby cpt2 sembuh ya sis.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nk jemur tu boleh..tp masa pukul 7 ke 8 pg.kalo time matahari mencacak yu..risau jd kanser kulit pulak

      Delete
  3. Anak sy pun dulu admit sbb kuning ni... 5 hari juga kat ward.. dahlah masa tu air susu takde..mmg sedih tgk anak hari2 kena ambik darah.. tak tahan sgt sy suruh hubby cari susu kambing segar..Alhamdulillah dpt, bagi minum sekali je..terus turun kuning then discharge...
    ntahlah, kekadang apa yg doktor suruh buat tu tak berkesan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya anak atie masuk wad.saya pun sama mcm atie.lepas bg susu kambing baru ok.rasa rugi pulak ikut nasihat doktor

      Delete
  4. Thanks for the info.. sy pun tengah preggy anak sulung nie..risau jugak pasal penyakit kuning nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo syaz darah jenis o..lagi kena behati2.kalo bleh..bila dh prasan ank kuning sikit..terus bg susu kambing

      Delete
  5. lama kan.
    ciksu tak da pengalaman tp kak ipaq hari tu dia kata minum air buah kunduq.alhamdulillah anak anak dia yng bru lahir bulan 1 hari tu tak da kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air kunduq pun boleh er..
      yg saya tau cuma susu kambing je..
      risau sangat bila anak kuning lebih dr 14 ari
      takut organ dlm mcm hati dan usus x berfungsi dgn baik

      Delete
  6. Ciannye baby :/ Semoga dia cepat sembuh. Thanks info ye, berguna satu hari nanti kalau dah kawin & jadi ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak blajar nad
      nanti dh ad baby..x kekok nk jaga

      Delete
  7. semoga cepat sembuh si adik tu.... memang sakit kuning ni selalu kena pada baby yang baru lahir... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la..tp bila lebih dr 14 ari..mamanya pulak yg risau

      Delete