19 November 2013

Kisah Amrsyar : 15 Bulan

Lama tak buat entry pasal perkembangan abang Ali. Ali dah besar sekarang ni. Berat pun dah cecah 10 kg. Bila dukung dia memang terasa sangat. Gigi kat depan dah ada 6 batang (4 atas 2 bawah). Baru-baru ni saya perasan ada 2 batang gigi (gigi taring) nak tumbuh lagi...dan yang buat saya pelik sikit bila ada 2 gigi garham nak tumbuh. Saya dah rujuk doktor hal ni. Doktor jawab "Biarkan je. Kejadian Allah." So, nothing to worry la kot. Kalo bleh saya nak gigi Ali tersusun cantik. Tak mau ada yang bertindih.


Sejak nak tumbuh gigi garham ni, macam-macam ragam dia buat. Paling teruk bila dia nak berdukung setiap masa. Bila letak dia kat lantai, dia akan buat kaki lembik. Sabar je la.. Terpaksa mama dengan opah bergilir dukung budak debab ni. Ada masa tidur pun nak berpeluk. Sebab memikirkan dia sakit, kami ikutkan saja kehendak dia. Kesian anak teruna mama ni..nak tumbuh 4 batang gigi serentak. 

Bab makan pun dah makin susah. Setiap kali nak suap nasi..ada je ragam dia. Paling kelakar bila dia lari sambil tutup mulut. Terpaksa la kami kejar dia satu rumah. Lepas saya penat kejar, opah dia pulak akan ambil alih kejar dia untuk suap nasi. Punya la mencabar. Hari-hari macam ni boleh kurus mama dengan opah. Tapi Ali ni jenis yang tak reti luah makanan dari dalam mulut. Bila nasi dah masuk dalam mulut, dia akan kunyah dan telan.  

So far, Ali dah boleh sebut banyak words macam "Atuk", "Pah"(opah), "Nana"(mak su), "nak", "butak"(bukak), "totop"(tutup). Arahan mudah macam buang sampah dalam tong sampah or suruh ambil barang, pun dia dah boleh follow. Sekarang ni, opah dia dah mula toilet training. Setakat ni, dah berjaya ajar dia poo poo kat toilet. Dia pun dah tak nak poo poo dalam diapers lagi dah. Geli kot... Cuma nak ajar kencing kat toilet tu payah sikit. Tapi, insyaAllah lama-lama nanti pandai la Ali ni. Lepas tu, duit diapers Ali boleh masuk poket mama. Hehehehe....

Ok la..Doakan Ali terus membesar dengan sihat dan cerdas ya. Semoga bila besar nanti Ali akan jadi macam Saidina Ali (itu la harapan saya masa namakan dia Ali).

12 comments:

  1. sy suka orang yang ada gigi garham..hehe nampak comel :)

    isi tabung INTI :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi garham ke gigi taring cik itah...

      Delete
  2. Semoga Ali membesar dgn sihat dan cergas.. :)

    ReplyDelete
  3. amboiii..seronoknyaa dia dok dalam troli monopoli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ali memang suka duduk dalam troli.membazir je belikan dia stroller

      Delete
  4. Elok pulak takda demam masa tumbuh gigi tu yer. Hehe. Bebudak ni, akal dia cepat berkembang. Lagi besar umur, lagi macam-macam kerenahnya. Tapi kerenahnya tu yang buatkan kita seronok melayan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demam jugak sehari.tapi kesian tengok air liur meleleh

      Delete
  5. semoga menjadi anak yg soleh ye
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follwo blog ni no 220

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..
      nanti saya bekunjung ke blog ida ye

      Delete
  6. semoga ali membesar sbg anak soleh aamiin

    ReplyDelete