07 October 2013

Hadiah Birthday Babah !!!!

Mesti ramai yang ingat puan tanah dah bersalin kan?!!!! Huhuhu..belum lagi la. Cuma sejak akhir-akhir ni, badan agak lemau sikit. Contraction dah makin kerap..and everytime kena contraction sakit sangat pinggang sampai tak boleh bangun. Tapi tanda-tanda nak bersalin belum ada lagi. Entah-entah  adik nak tunggu Babah balik Selasa or Rabu depan baru nak keluar. Harap-harap macam tu la...ada peneman saya dalam labour room nanti.

Masih ingat tak dengan rebate RM 200 untuk smartphone yang SKMM offer dalam bajet 2013. Saya antara belia (terasa muda la pulak) yang layak memohon. Mula-mula tak terfikir pun nak guna sebab ingat semua smartphone mahal. Tapi sejak baca tentang hp keluaran NINETECHNOLOGY yang harganya mampu dimiliki, saya akhirnya berjaya menyambar BLACK PEARL II

Kalau ikutkan, saya dan En Amri bukan peminat gadget. Kami tak kesah pun pakai hp jenis biasa or smart phone. Asal boleh hantar SMS dan call sudah. Tapi sejak ada Ali, terpaksa la kami berteknologi sikit. Ali peminat tegar iklan Ali Cafe yang Fahrin Ahmad terjoget-joget tu. Tiap hari mesti nak tengok berkali-kali. Jadi terpaksa la mamanya pun beli satu smartphone supaya Ali boleh layan iklan Ali Cafe dekat Youtube seberapa banyak kali dia nak.Bila mama dah pakai smartphone, babah mula la jealous. So sebagai hadiah birthday En Amri yang ke 29, saya dah belikan ...
jeng...
jeng...



Hp Ninetechnology Black Pearl II

Sebijik macam saya punya (jangan lepas ni ada kes laki bini gaduh sebab tertukar Hp sudah). Nak beli hp mahai-mahai tak mampu. Saya bukannya bekerja. Ini pun nasib baik dapat guna rebate RM 200 SKMM si Nana (my lil' sis).

Since saya dah gunakan Ninetechnology Black Pearl II selama 2 bulan, saya review sikit. Bagi saya harga agak reasonable (RM 399). Hp ni boleh guna dual SIM kad. Tapi buat  sementara ni saya cuma guna satu SIM saja. Bagi pengguna Samsung, maybe tak ada masalah sebab manual lebih kurang macam hp Samsung jugak. Tapi bagi pengguna Nokia macam saya, kena usaha lebih sikit untuk faham cara guna hp ni. Masalah hp hang?!!!! Setakat ni belum pernah alami lagi coz saya dah tua tak banyak application yang saya download. Saya cuma download setakat WhatsApp, Line dan game Candy Crush je. Satu masalah besar yang saya hadapi dengan hp ni : CEPAT HABIS BATERI. Boleh dikatakan tiap hari jugak saya kena charge hp. Agak leceh sikit...especially bila travel. Tapi itu la pengorbanan bila nak pakai smartphone.  

Ok la enough bebelan pasal hp. Saya harap En Amri suka hadiah birthday dia tahun ni walaupun tak setanding dan sebesar hadiah birthday yang dia berikan pada saya.  

11 comments:

  1. sweet betul akak..cantiklah handset tu.mcm samsung pon ada bentuknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat bentuk manual pun macam samsung.tapi harga lagi murah

      Delete
    2. ala..hp canggih & mahal tapi tak boleh call orang sebab tak da kredit pun tak guna kan...murah pun takapa..asal puas hati..

      Delete
  2. Replies
    1. harap2 macam tu la sebab dia bukan suka sangat hp canggih2

      Delete
  3. jijah pon beli rebat rm200 ni.. tp jijah ninetology pearl mini.. murah sikit..hee
    pon sama bateri cepat habis n kalau on fb,wechat,wassap semua tu slow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib saya sempat guna sebab dengar cerita rebate tu dah x ada.agaknya semua hp 9technology memang cepat habis bateri kot

      Delete
  4. salam singgah sini....
    sy ade pakai gak rebate 200 tu tp beli hp alcatel smartphone :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun guna beli alcatel..bagus juga hp tu :P

      Delete
  5. kena pakai power bank la bila bateri cpt habis ni kan :-)

    ReplyDelete
  6. mesti la babah suka sbb sama kan hp uols tu.. masalah normal batrri cpt kong.. kena ada power bank :-)

    ReplyDelete