01 July 2017

Raya 2017 : Sambutan Aidilfitri 2017

Selamat Hari Raya. Alhamdulillah dah masuk raya yang ke-7 kita hari ni. Saya pun dah mula bekerja semalam. Tahun ni saya ambik cuti sehari je...sampai raya yang ke-4. Bukan tak de semangat nak beraya..tapi kesian dekat ofismate yang lain. Cuti-cuti macam ni..musim orang balik kampung..comfirm ofis kena serbu. Kesian kawan-kawan kena bersilat kat kaunter. Tak apa lah...niat asal bekerja pun memang nak berbakti pada masyarakat (sebab study dulu pakai duit rakyat @ biasiswa JPA)...so kita korbankan lah sedikit kegembiraan raya kita. Lagipun Sabtu Ahad ni still boleh sambung raya. Small matter...



Ceritera raya kami tahun ni memang terbaik. Tahun ni turn beraya ikut kemahuan saya. So En Amr ikut saja apa plan raya saya. Raya pertama dan ke-2 kami spend di Utara. Memandangkan parents dan adik-beradik saya semuanya pergi rumah mak cik di sana....so kami pun turut serta. Nasib baik highway tak terlalu sarat. Malam raya ke-2 baru kami balik ke Manjung..rumah mentua. Alhamdulillah raya tahun ni rasa puas hati sangat sebab saya dapat jumpa adik beradik saya dan adik beradik ipar. Walaupun dapat jumpa sekejap...tapi syukur sangat. Terasa macam waktu kecik-kecik dulu.


Raya ke-3 baru lah kami balik ke rumah. Lega dapat tidur atas katil sendiri. Time raya-raya ni perangai Ali dan Adik lain sikit. Maklumlah jumpa dengan atok-atok, opah-opah dan mak cik pak cik yang banyak manjakan budak berdua ni. So Mama dan Babah nyer jadi stress kejap..nak marah...depan orang...so bertabah lah kami berdua sampai balik rumah. Raya ke-4 kami sambung beraya area Batu Gajah dan Tanjong Tualang. Raya ke-5, Mamanya dah kena kembali bekerja. Huhuhuhu..... Ali dan Adik sabar kejap ye...tunggu Mama cuti Sabtu Ahad ni kita sambung round beraya balik.

Panjang kan cerita raya kami? Sejak dari kecik parents saya dah ajar untuk kenal saudara mara. Jadi itu lah yang saya cuba ajar pada Ali dan Adik. Alhamdulillah....setakat ni..ramai family kami yang Ali dan Adik dah kenal. Sometime siap request lagi nak pergi rumah Tok Din, Tok Ba, Tok Chu...nak main dengan Abang Amin..nak makan ayam masak kicap Tok Ngah. Huhuhuhu...Mamanyer yang pening kepala dan koyak poket sikit. Korang ingat Perak-Penang-Kedah ni boleh pakai pintu suka hati Doremon?!!!

Setakat ni dulu cerita raya kami. Bagi yang masih bercuti di kampung nan permai...berhati-hati drive pulang ke rumah nanti. Semoga selamat sampai ke destinasi.

11 comments:

  1. Selamat hari raya


    Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi bekerja pada hari raya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamaat hari raya...
      Saya pun x pernah kerja time raya sebab keja ofis hour.tp tabik pada nurse doc dan pdrm yg selalu x dapat cuti time raya

      Delete
  2. Wahhh tema hijau nampaknya tahun ni ye Putri. Yg seronoknya dpt jumpa adik beradik dan kaum kerabatkan raya raya mcm ni. Barulah terasa meriahnya.

    Mmg bagus sangat kenalkan sedara pada anak anak sedari kecil. Mereka akan jadi biasa nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye...beraya tema ijau kami sefamily tahun ni.raya2 camni memang syok kumpul adik beradik x kesah yg kandung or ipar.meriah rumah

      Delete
  3. Meriahnya Raya. Bagus putri consider rakan sekerja lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena consider sebab rakan sekerja pun consider kita bila nk cuti.alhamdulillah dapat rakan2 sekerja yg ok

      Delete
    2. Syukur lah dapat office mate yg ok mcm ni

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Put! Mai Ipoh roger lah!

    ReplyDelete
  5. Selamat ari raya sid..

    ReplyDelete