Lamanya tak berblogging. Sejak ada baby, payah sikit nak mencari masa nak update blog. Entry ni pun ambik masa berhari-hari untuk di"publish"kan. Kali ni saya nak penuhi janji yang lepas..nak share cerita pasal proses kelahiran adik.
Since saya pregnantkan adik dengan GDM (senang cakap kencing manis), sehari sebelum due date (12 Oct 2013), saya dengan segala hormatnya pergi menyerah diri ke HRPB.
11 Oct 2013 - Jumaat
10:00 - Bertolak ke HRPB. Sedey sangat nak tinggalkan Ali Amrsyar kat rumah. Sepanjang perjalanan saya asyik mengadu kat En Amri takut kena induce masa nak bersalin. En Amri suruh relaks (macam la dia pernah kena induce bersalin).
11:30 - Singgah Restoran Fauziah..isi perut dengan nasi ayam sebelum serah diri.
13:00 - Serah diri di wad bersalin HRPB.
14:00 - Doktor datang ambik darah dan interview sikit.
14:30 - Doktor datang lagi. Doktor mintak saya tandatangan borang kebenaran untuk bersalin secara induce/czer. Sebelum tandatangan, berkali-kali saya baca prosedur dan risiko induce. Rasa macam tak nak tandatangan pun ada. Saya mintak penerangan doktor pasal prosedur yang akan dijalankan. Dari penerangan doktor, saya faham yang ada 4 cara yang mereka akan cuba.
Cara pertama - Doktor akan check bukaan serviks. If bukaan serviks dah capai 3 cm, doktor akan tolong besarkan bukaan secara manual. Then, kena tunggu sekiranya ada contraction dan baby nak keluar secara normal.
Cara ke-2 - Kalau cara pertama tak berjaya (baby sttill tak nak keluar cara normal), esoknya (12 oct 2013), doktor akan mulakan prosedur induce. Doktor akan pecahkan air ketuban dan masukkan hormon oxytocin melalui tangan. Hormon ni akan buat rahim menbesar dan pintu serviks akan terbuka. Dari penerangan doktor, bila rahim membesar, patient akan alami sakit contraction. Berapa lama sakit? Ada yang sekejap dan ada yang lama. Tapi doktor akan pantau. Kalau patient sakit sangat, ubat akan dihentikan.
Cara ke-3 - Kalau dah lalui cara ke-2 pun pintu serviks tak mau buka jugak. Doktor akan induce dengan cara prostaglandin iaitu ubat akan dimasukkan ke dalam faraj untuk membantu pintu serviks terbuka. Kalau ubat pertama tak berjaya, doktor akan masukkan ubat ke-2 dan kalau ubat ke-2 pun tak jalan..doktor akan masukkan ubat ke-3. Kalau ubat ke-3 pun tak jalan.....doktor akan pergi ke cara ke-4.
Cara ke-4 - Tolak masuk ke bilik bedah. Dah masuk bilik bedah..faham-faham sendiri la apa doktor akan buat. Kena Czer la jawabnya.
Lepas doktor terangkan, terbayang-bayang kesakitan yang saya akan rasai. Agaknya adik nak keluar cara mana satu la yer. Doktor pesan untuk mintak suami tandatangan borang yang sama bila masa melawat nanti. Lepas doktor blah, saya call En Amri...menangis tak mau kena induce. Siap buat plan nak lari dari wad lagi. En Amri macam biasa la..suruh relaks dan tawakkal. Dia cakap kalau lari pun..saya tetap kena bersalinkan adik...tetap akan sakit jugak.
15:00 - Doktor check bukaan serviks. Alhamdulillah...dah buka 3 cm. Doktor tolong besarkan bukaaan secara manual (hazab gila waktu ni).
18:00 - En Amri datang melawat. Saya dah mula rasa contraction yang manja-manja. Saya suruh En Amri balik Kampar tengok Ali Amrsyar and then datang balik teman saya kat hospital sebab saya rasa macam akan bersalin malam tu jugak.
20:00 - En Amri datang balik ke hospital. Contraction makin kuat. Nurse check CTG...dalam 10 minit ada la 2 kali contraction. Nurse suruh sabar dulu.
22:15 - Contraction makin kuat. Darah dah turun sikit. Nurse check CTG kali ke-2..dalam 10 minit ada 3 ke 4 contraction. Doktor check bukaan serviks..dah 4 cm. Doktor mintak nurse call labour room untuk preparation, TAPI.........LABOUR ROOM PENUH. Ya Allah !!! Boleh la pulak hospital tak cukup labour room. Sister yang cuba tenangkan saya cakap, they will keep calling labour room, tapi kalau terpaksa...saya kena bersalin di wad. Dalam hati geram jugak..tapi dah sakit sangat..tak kesah la bersalin kat mana pun. Asalkan selamat.
22:30 : Alhamdulillah..akhirnya ada bilik kosong di labour room. Nurse tolak saya ke labour room. Waktu ni dah rasa nak meneran. Nurse suruh saya tahan dulu..tapi ada aku kesah. Saya jamin kalau nurse tu ada kat tempat saya pun dia tak akan tahan. Saya minta nurse panggilkan En Amri yang ada kat ruang menunggu.
22.45: Doktor pecahkan air ketuban. Saya mula meneran. Rasanya lepas 3 kali teran, terasa kepala adik keluar. Saya teran sekali lagi untuk keluarkan seluruh kepala adik. Then, saya teran untuk kali yang terakhir untuk keluarkan badan adik.
23:06 : Adik selamat dilahirkan. Doktor letak adik atas dada saya. Rasa hilang sakit tadi. Kemudian, nurse datang ambik adik dan doktor keluarkan uri dan jahit luka. Kaki dah mula terketar-ketar. Lepas habis jahit, saya dibiarkan sorang diri di labour room. Tertunggu-tunggu juga kalau ada nurse offer air or milo macam waktu bersalinkan Ali Amrsyar dulu. Tapi hampeh tak ada...tekak dah perit sangat masa ni. Saya call En Amri cakap dah selamat bersalin. Dia ada kat ruang menunggu. En Amri terkejut sangat sebab dia tertunggu-tunggu nurse panggil dia untuk temankan saya dalam labour room. Tapi dah ditakdirkan tak ada rezeki dia untuk tengok adik keluar. Sabar je la...
00:36 : Nurse tolak saya dan adik masuk ke wad. Kami jumpa En Amri kat ruang menunggu. Sampai di wad, En Amri azan dan iqamatkan adik. Nurse suruh En Amri belikan saya makanan sebab tenaga saya dah hilang banyak waktu meneran adik. Disebabkan saya masih rasa loya, saya suruh En Amri belikan milo sekotak dan roti. Tak lalu nak telan nasi.
Rasanya cukup kot kronologi saya bersalinkan adik. Esoknya 12 Oct 2013 pukul 6 petang saya dan adik dah keluar wad. Kenapa lewat?!!! Sebab adik muntah cecair warna coklat. Doktor syak mungkin adik tertelan sedikit air ketuban sebab kes labour room penuh. Walaupun pengalaman lahirkan anak ke 2 di HRPB tak seindah pengalaman lahirkan anak pertama, saya tetap bersyukur sebab semuanya selamat dan saya dapat lahirkan adik secara normal. Alhamdulillah ....
NUR ADDEENA SAFIYYA BT AMRI
11 OCT 2013 - 23:06
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
2.9 KG
alhamdulillah.tahniah putri..
ReplyDeletebaca kronologi putri saya pula terasa debornya..
yeay.. dah sepasang.. lpas ni boleh rehat dulu. hihi
tahniah sekali lagi
Tq cik sue
Deletemisi nk ad sepasang anak sebelum masuk 30an dah tercapai.lepas ni nk berehat lama skit
syukur..Ya Allah seronoknya saya tengok..nak juga merasai pengalaman macam ni..
ReplyDeleteInsyaAllah akan tiba masanya..pengalaman paling indah dlm hidup seorang perempuan
Deleteseronoknya mama baca, mama pun nak buat entri ginilah.. hihi, cedok idea awak.. hihi
ReplyDeletedipersilakan mama.kita share pengalaman brsalin supaya bakal2 ibu dapat ilmu berguna
Deletedr 4cm cepat juga bukaan akak yer..
ReplyDeletejijah 5cm kul 2pm sampai 8pm baru 8cm..huu
Ikut orang jugak..ank yg sulung pun macam ni jugak.dekat wad 4cm tapi bila dah sampai labour room dah capai 8 cm.ank2 saya jenis x sabar nk tengok dunia kot
DeleteTakut pun ada bila baca pengalaman ibu bersalin, tapi itu yg kita kena lalui kan. Semoga ibu & baby sihat2 selalu :)
ReplyDeletejangan takut teena.sebenarnya bersalin tu best walaupun sakit.rasa sakit tu hilang bila first time kita tengok baby dan dia tengok kita
Deletetahniah..comelnya baby tu :)
ReplyDeletetq cik itah..gud luck interview arini..jadi orang puteh celop sekejap ye
Deletedah bersalin yer..comelnya baby..selamat berpantang ye =)
ReplyDeleteOwhhhh...addeena dah ada abg rupa2nya....(sy baca entry yg di bawah dulu..hehe)...alhamdulillah....selamat dah.....
ReplyDeletetahniah kak! moga addeena membesar jadi anak yg solehah.
ReplyDeleteseram pun ada gak dgr pengalaman akak bersalin ni. gulp
Sama mcm berat ayra dulu.. Comelnya addena
ReplyDelete