30 September 2014

Kisah Amrsyar dan Adik : TINGGGGG !!!!!!

Tajuk entry kali ni pelik sikit..tapi isi entry biasa-biasa saja.


A few months ago saya buka akaun ASB untuk dua buah hati. Sebelum ni memang ada niat nak buka, tapi disebabkan saya belum bekerja maka cuma En Amri saja yang buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji anak-anak. Tapi sekarang saya dah kerja dan rasa dah stabil sikit..so why not tambah lagi saving budak 2 orang ni. Sebab tak nak kacau akaun TH anak-anak (biar la Babah saja yang bagi sumbangan), saya buka akaun ASB untuk Ali dan Adik. Tapi tak ada lah buat potongan gaji macam Babah (gaji Mama kecik...potong sikit pun dah nampak beza). Every month after dapat gaji saya akan ke pejabat pos untuk masukkan duit. Tak banyak pun...cuma puluh-puluh saja. Tapi insyaAllah kalau istiqamah mesti boleh nampak hasilnya nanti.Mana tau kalau satu hari nanti Ali dan Adik nak pakai duit...tak perlu berhutang. Hihihi...actually niat saya buat saving pada anak-anak supaya bila mereka nak sambung belajar nanti, tak perlu guna pinjaman (samada PTPTN, MARA atau loan bank). Babah sambung belajar dulu guna PTPTN. Jadi ada masanya kami memang rasa terbeban. Baru mula kerja dah ada loan yang kena settle. 

Jadi, untuk Ali dan Adik saya ikut budaya Jepun...start saving untuk anak-anak belajar sejak lahir. Harap-harap usaha saya dan En Amri dapat bantu anak-anak kami dimasa hadapan. Ada jugak kawan-kawan yang syorkan pada saya untuk saving dalam koperasi, insurans, saham dan etc...tapi buat masa ni saya lebih percaya pada TH dan ASB sahaja.

Untuk buka akaun ASB tak susah. Had umur minimum untuk buka akaun ialah 6 bulan. Dokumen yang diperlukan cuma SIJIL KELAHIRAN dan MYKAD PENJAGA (copy dan original). Kena isi 2 jenis borang dan seorang saksi diperlukan untuk tandatangan borang. Akaun ASB boleh dibuka di pejabat pos atau dimana-mana bank yang jadi agen ASB (biasanya dekat pintu bank ada sticker). Cuma RM 10 sahaja diperlukan untuk buka akaun. Simplekan syarat dia.

Jadi pada parents yang masih belum buka akaun untuk anak-anak anda..jom kita start saving untuk masa depan mereka. Sikit-sikit..lama-lama jadi bukit.

10 comments:

  1. Betul tu, kita kena mula dari awal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo mula dr awal..insyaAllah senang anak kita di masa hadapan

      Delete
  2. assalam..mama abg adk :)
    sihat.. ciksu dtg ni.hihi

    sy lps balik kl ni nk buka akaun TH untk pmata hati kecik ni..
    ASB blom terpikir lagi. bila bca entry ni mcm berminat pulak.. hihi. thanks berkongsi ;)

    alhamdulillah, kami dh buat akikah dgn ezqurban.suami pergi sndiri ke syarikat ezqurban.sgt berpuas hti..
    tima kasih berkongsi ilmu sebelum ni.. hargai sesangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cik su...alhamdulillah.cik su dah habis pantang.kalo baby cik su nk buka akaun asb kena tgu 6 bln tp akaun TH dah boleh buka.
      seronok dengar entry saya dpt membntu cik su.

      Delete
  3. salam kenal. singgah sini. seronok baca blog awak. saya pun belum buatkan anak saya lagi tabung Ting ASB. Hehe.. jempit singgah blog saya juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal..jom.start saving utk ank2. insyaAllah saya ke blog hanna nanti

      Delete
  4. Salam perkenalan, tengok buku ting ini mengimbau zaman remaja ku. Memang ada buku ting sejak sekolah lagi. duit raya semua masuk kat asb ni.. Dulu tak banyak pilihan untuk melabur macam sekarang.

    ReplyDelete
  5. salam jumaat..
    jalan2 sambil klik2 nuffnang..

    ReplyDelete
  6. Dah buka akaun juga untuk Qis..betul tu..sikit2 lama-lama jadi bukit.. :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...Akak pun dah buka juga...
    Yang penting akaun Tabung Haji dan pendaftaran haji anak-anak kita...
    TQ for sharing...:-)

    ReplyDelete