11 June 2014

Kisah Adik : 8 Bulan

Hari ni Adik genap 8 bulan. Tak sangka kejap sangat Adik membesar. Mama syukur sangat dapat anak-anak yang sehat, aktif dan baik macam Ali dan Adik. So far Adik masih lagi baby yg mudah nak dijaga. Tak banyak kerenah cuma aktif macam abang. Karakter Adik lebih banyak mirip Abang..suka senyum, aktif, mulut bising, suka merajuk...huhuhu..memang macam Abang Ali cuma Adik suka makan. Kalo nampak Opah pegang mangkuk nasi, cepat je dia datang kat Opah. 

Perkembangan Adik bulan ni tak banyak. Kalau bulan sebelum ni Mama risau Adik tak boleh duduk dengan tegak..tapi sekarang Adik dah boleh. Jadi tak de apa nak risau. Adik masih lagi dalam proses nak belajar berdiri. Adik lagi suka memaut kat kerusi atau badan orang. Tapi bila masukkan dia dalam walker memang dia meraung nak keluar. Jadinya walker hanya digunakan time makan saja. Ikut Adik lah..asal Adik happy.

Semalam, Mak Su Nana bagi Adik minum air oren guna botol air abang yang ada straw. Ingatkan saja-saja nak bagi dia main...tapi rupanya dia dah pandai sedut air guna straw. Terkejut kami. Hahahaha... So lepas ni Adik kena minum air guna botol air...no more botol susu.


Walaupun Ali dan Adik dah almost 3 bulan tak jumpa Babah (Babah masih di Semporna. Jaga sempadan negara) tapi budak-budak ni sangat ceria. No demam-demam or merengek-rengek rindu Babah. Cuma sekali sekala Ali akan sebut Abah. Mama yang sebak. Bila bagitau Babah, terus Babah buat video call. Nasib teknologi dah makin canggih. 

Ok..semoga anak-anak kesayangan Mama terus kuat dan tabah.

7 comments:

  1. alahai sedihnye besarkan ank sorg2...mcm mn ye.klo sy, xtahu lah kuat ke x...hehehe..comeynye adik, isap botol tu...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila terpaksa..yg x boleh pun jd biasa
      tq dear

      Delete
  2. comel nya baby.. semoga amanah dari Allah ini sentiasa sihat dan cerdik. Insyaallah. Salam ukhuwah dari saya sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah
      terima kasih aishah

      Delete
  3. orang dah makin besar mestilah makin banyak ragam ye tak...hihihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu..makin byk ragam makin penat mama dgn opah nyer..tp x apa la..sayang punya pasal

      Delete
  4. Alahai... kesian pula anak2 lama xjumpa babah... insyaAllah nanti boleh lepas rindu kat babah yea...

    ReplyDelete