06 November 2014

Kisah Amrsyar Dan Adik : Jalan-Jalan Zoo Taiping

After berkali-kali tetangguh, akhirnya dapat jugak kami bawa Ali dan Adik ke Zoo Taiping. Last time kami ke sini.... tahun lepas. Masa tu Adik masih dalam perut lagi. Dah setahun lebih...zoo pun dah berubah. Last year ada bahagian zoo yang tengah renovate but this year...kami dah boleh lawat semua kawasan. 

Pukul 9.30 pagi kami dah bertolak ke Taiping. Breakfast pun dalam kereta jer. Tak berhenti kat RnR sebab kami harap dapat sampai before pukul 11 pagi. Tapi kita cuma merancang, kami sampai di zoo Taiping pukul 11 lebih dan hujan turun rintik-rintik. Mula-mula saya ingat nak tunggu hujan reda, tapi En Amri nak masuk jugak. Adik kami masuk dalam stroller dan Abang berpayung. Entrance fee cuma RM 16/person...Abang dan Adik free. Bagi yang tak larat nak jalan, pihak zoo ada sediakan train. Tak ada bayaran dikenakan. Tapi nasib kami tak baik...time tu ramai budak tadika yang buat lawatan tengah tunggu giliran nak naik train. Jadi kami anak beranak terpaksa ringankan kaki dan berjalan. Nasib baik hujan turun sekejap je. Kalau tak basah kuyup kami. Banyak jugak binatang kat zoo ni dan binatang pun tak de pasif sangat. Dapat la Ali dan Adik kenai monyet, cipanzi, harimau, singa, zirafah, badak sumbu ..... yang lain dah lupa (Mama sudah tua).







Pukul 12.30 kami dah habis pusing satu zoo. Dekat pintu keluar ada jual gambar yang diambil dekat pintu masuk tadi. Sekeping RM 30. En Amri suruh beli sebab dia memang suka collect gambar kami satu family. Sebab dalam gambar tu saya nampak lawa sikit (maybe dah kena edit), saya pun setuju. Masa datang sini tahun lepas pun kami beli jugak gambar dekat pintu masuk. Tapi time tu gambarnya tak berapa nak cantik. Tukang edit tak pandai edit gambar ler tu. Huhuhu..suka-suka je saya kutuk orang. Ok...sambung cerita. Lepas tamat melawat Zoo Taiping, kami mencari Jusco Taiping untuk mandikan dan tukar diapers dan baju Ali dan Adik. Cari-cari....rupanya Jusco Taiping belum siap lagi. Terpaksa ke Tesco. Macam biasa...baby room di Tesco agak kureng sikit. Rasanya semua Tesco pun sama...baby room jarang dijaga. Sebab tu saya lagi prefer Jusco.

After lunch dan bersihkan Ali dan Adik, En Amri nak cari Mee Udang Kuala Sepetang. Sepanjang perjalanan ke Kuala Sepetang, Ali dan Adik tidur. Penat sangat berjalan pusing zoo tadi. Mula-mula ingat nak makan mee udang Mak Jah. Tapi bila sampai sana...kedai Mak Jah dah penuh dengan umat manusia. Comfirm order lambat sampai. Jadi kami terus ke pekan Kuala Sepetang. Dekat pekan ada kedai nama Salleh Stall. Mee udang dia not bad. Service pun tak lembab dan harga pun boleh tahan. Saya lupa nak kira berapa ekor udang dalam mee saya. Lepas isi perut, kami tappaw mee udang dan mee goreng udang untuk Opah dan Atok. Tertunai sudah hajat En Amri nak makan mee udang Kuala Sepetang. Lepas ni tah apa pulak dia teringin nak makan. Macam orang pregnant pulak.



Ok...dah tamat sudah cerita trip ke Zoo Taiping. Next trip maybe nak ke Lost World Tambun pulak.

9 comments:

  1. Lama tak singgah zoo taiping. Usahkan zoo, taiping dah lama tman x jejak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepeng dh makin maju...mcm2 ad

      Delete
  2. menarik... tak pernah sampai lagi ke zoo taiping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la....kalo rajin bleh ke night safari kt zoo taiping

      Delete
  3. assalam sis
    wah suka adik dengan abang dapat cuti cuti dengan mama dan babah

    saya last ke zoo tepen sebelum bertunang dgn cik abe. saje dia bawa jenjalan ke sana.. kebetulan dia bawa jupe family dia sebelum hantar saya balik singgah ziarah binatang2 kat situ. hihi

    betul tu sis tesco n carefour memang tak best. saya pon lagi suka JJ..
    bersih pon bersih. yang penting kita selesa nak bf baby.

    kalau tak salah JJ tepen buka 14/11/14 kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh lama tu cik sue...bila2 ad masa bleh bawa ank.cik sue g zoo tepeng..

      Delete
  4. ke taiping..kampung opah saya tu, lain kali boleh try panjat bukit larut..tunggu anak-anak besar sikit. :D

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan :) singgah sini jalan2

    ReplyDelete