07 May 2014

Kisah Adik : Perkembangan Adik 6 Bulan


Lama tak tulis pasal perkembangan debab-comey Mama ni. Adik dah nak masuk 7 bulan pun. Tapi ok la sebab entry kali ni nak cerita pasal perkembangan Adik sepanjang 6 bulan. 1 day after masuk 6 bulan, saya bawa Adik check up di KK. Alhamdulillah semua normal..berat pun dah 6 kilo +++ . Adik masih lagi minum susu manusia walaupun Adik dah start makan solid food. Saya belum terfikir nak bagi Adik minum susu haiwan. Pendapat saya : Selagi ada susu manusia, bagi lah susu manusia pada anak anda. Ok ini list yang 6 months old's Addeena Safiyya dah mampu buat :

1. MERANGKAK LAJU - since 5 bulan Adik dah boleh merangkak..tapi slow macam kura-kura. Sekarang ni dah laju..sekejap je dah sampai dapur. Time saya balik kerja, dia dah tunggu depan pintu. Tak sempat nak bukak tudung, kain dah kena tarik sambil mata dia terkebil-kebil mintak dukung.

2. MEMANJAT - huhuhu..dah nama pun anak askar..panjat memanjat serahkan pada diaorang. Kat rumah 96 ni, kena jaga-jaga kalau nak tidur atau baring kat lantai. Sebab si kecik ni suka panjat badan orang lepas tu korek lubang hidung atau telinga.

3. BERDIRI DENGAN BANTUAN - since Adik dah boleh panjat, biasanya dia akan panjat sofa kemudian berdiri sambil pegang sofa. Cepat ????!!! Hurmmmm...entah lah. Actually Abang Ali dulu pun sama jugak..6 bulah dah boleh berdiri dengan bantuan. 

4. TOILET TRAINING - Walaupun Adik baru 6 bulan, opah tak bagi Adik poo poo dalam diapers dah. Bila dia buat muka meneran, cepat-cepat saya atau opah bawa Adik ke toilet. Letakkan dia atas potty. First time letak Adik atas potty memang dia meraung. Tapi bila Abang Ali buat muka meneran..konon-konon ajar Adik poo poo dalam potty, baru Adik dapat selesaikan urusan yang terbantut seketika. Pecah perut tengok gelagat 2 budak manja ni.


Itu saja rasanya perkembangan Adik sepanjang 6 bulan. So far so good. Cuma yang merisaukan saya Adik masih belum boleh duduk dengan sendiri. Kalau diletak dalam posisi duduk, dia ok. Cuma dia masih belum boleh duduk sendiri bila dia merangkak. Tapi tak apa lah..maybe Adik lambat sikit. Saya akan pantau dia bulan depan. Kalau tak boleh jugak..kena dapatkan nasihat dari yang pakar. 

10 comments:

  1. salam kenal..

    menarik idea ajar anak potty train sejak dr baby lagi..insha Allah boleh saya cuba utk anak sy pulak, tq for sharing!

    jemput singgah ke blog saya
    http://idanas.blogspot.com

    tq ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal..famly saya memang macam ni.bila bb dah boleh duduk..kami akan start potty train supaya dia tahu poo poo bukan dlm diapers

      Delete
  2. oohh adikk..comel nya dia.. dah byk juga perkembangan nya kan...
    bagus tu potty training dr skrg...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru 6 bulan..macam2 bleh buat..maybe sebab adik tengok. abg ali aktif tu yg cepat perkembangan dia

      Delete
  3. comelnye adik..debab.
    cepat betul training nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq auntie mar..train awal2 dh besar nanti senang

      Delete
  4. Alhamdullilah..
    Kagum sebentar.. awal2 dah potty training..
    Anak sue yg nom 2 4thn dah...still tak berjaya potty training nie.
    Mungkin sbb masa bersama nie kurang..
    Tp tula esok nak mulakan jugak potty training nie..
    wish me luck dear..

    Salam perkenalan dari saya..
    Follow sini n jemput follow sue di
    http://ourshakleezone.blogspot.com 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mulakan sejak ank2 dh boleh duduk..biasanya bl ank dh 6 bulan.poo poo memang senang nk ajar..tp pee tu memang susah skit

      Delete
  5. wah seusia 6 bln opah dah ajar potty train.. agak mncabar kan.
    nnti share lagi tau kak.. kagum ni dgn adik.smga berjaya hendkNya..

    adik pakai pampers biasa atau CD?

    hahaha.. akak, rasanya x blh hntr msk muzium lg la.masih diperlukan.kikiki.
    sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. X de mencabar sgt.rasanya bila dh besar lg susah nk ajar..adik pakai diapers biasa tu.tp abg pakai CD sebab abg dalam proses nk pisahkan dgn diapers.pee pun dia dh boleh bgtau..

      Delete