11 MEI 2014 - Kali ke-2 saya diraikan sebagai ibu. Ada yang cakap hari ibu kena sambut hari-hari bukan pada hari tertentu sahaja. Tapi bagi saya, tak salahkan kalau ada satu hari yang special untuk kami para ibu. Yer la..tak kan hari-hari suami dan anak-anak nak bagi hadiah. Tak kan hari-hari jugak suami dan anak-anak nak buat semua kerja rumah sementara kami berehat. Jadi bagi saya tak salah kalau kita sambut Mother's Day. Hari dimana kami, para ibu diraikan dan diberi layanan atau hadiah istimewa. Tapi ini cuma pendapat saya sebagai seorang ibu.
Tahun lepas rasanya tak ada apa-apa special gift dari En Amri. Tapi tahun ni...saya dah terima gift dari dia petang tadi. Nasib sempat abang Pos Laju call suruh saya tunggu depan office. Kalau tak, alamatnya hari Isnin baru dapat. Mother's Day tahun ni saya dapat :
COOLER BAG
Actually saya ada merungut kat En Amri cooler bag saya dah koyak. Dah lama pun pakai coller bag tu..dari Ali lagi. Dah 1 tahun 9 bulan kot. Jadi, pak cik tu pun belikan la cooler bag baru untuk saya. Comey sangat..siap ada corak jalur-jalur lagi..nasib bukan corak jalur gemilang. Nanti orang ingat saya rembat barang kerajaan pulak. Anyways, THANK YOU EN AMRI. Hadiah yang terbaik untuk seorang ibu. Lepas ni dah tak malu nak usung cooler bag lagi dah. Kalau coller bag sebelum ni orang suka perli saya bawa jantung sebab cooler bag tu warna hitam. Dah ada cooler bag jalur-jalur ni..baru nampak stylo sikit. Hahaha...boleh tak..cooler bag je pun.
Hadiah dari anak-anak ????!!! Anak-anak saya kecik lagi. Hari Isnin sampai Ahad pun belum kenai..ni kan pulk hari ibu. Tapi bagi saya, cukuplah sekadar dapat tengok senyuman dan gelak tawa Adik dan Ali. Itu dah merupakan hadiah terbesar untuk saya. 3 tahun menanti untuk bergelar seorang ibu...akhirnya Allah hadiahkan saya dengan 2 anugerah terindah : Muhammad Ali Amrsyar bin Amri dan Nur Addeena Safiyya binti Amri. Syukur Ya Allah...
seronoknya dapat hadiah..selamat hari ibu..
ReplyDeleteMemang happi sangat...tq dear
Deleteselamat hari ibu..best betul diraikan macam tu..
ReplyDeleteTq dear..sekali sekala dpt hadiah..
Deletetahniah, seronoknya dapat hadiah dari orang yang tercinta..
ReplyDeleteSemuga cinta kalian beranjangan hingga ke syurga
Amin.
InsyaAllah...aminnnn
Deletesalam. selamat hari ibu...dan tahniah dapat hadiahh :)
ReplyDeleteTq cik itah
Deletewah sukenya ibu ye..
ReplyDeletewalaupon berjauhan. tetap ada tanda ingatan..
alhamdulillah
selamat hari ibu kak
smga mjadi ibu yg cemerlang, terbilang dan gemilang
aamiin
ini saja yg mmpu dia buat..
Deletetq cik.sue