16 September 2013

Kisah Amrsyar : Besarkan Anak Tanpa Buaian

Selalu kita dengar "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia". Entry kali ni tak ada kena mengena pun dengan pepatah tu. Cuma saya nak berkongsi tips bagi mummy-mummy yang memilih untuk besarkan anak tanpa buaian. Ali Amrsyar dah setahun sebulan. Alhamdulillah setakat ni (mungkin juga sampai bila-bila) dia belum pernah dimasukkan dalam buaian. Sejak dari lahir sampai sekarang, saya tekad tak nak guna buaian. Masa dalam pantang, saya tidurkan dia disebelah saya supaya senang nak menyusu. Bila masuk 3 bulan, saya tidurkan dia dalam playpen. Tapi tak bertahan lama, sebab malam-malam lepas susukan dia, saya malas nak masukkan dia dalam playpen balik. Sampai sekarang, dia tidur dengan saya atas katil. Kalau Babah dia ada, terpaksa lah kami share 1/2 katil berdua..sebab lagi 1/2 katil dah di"conquer" oleh budak kecik ni. Derita jugak lah.. Sekarang ni saya tengah kumpul duit nak beli katil king size (sila beri sumbangan anda dengan klik pada churp churp dan nuff saya).

Kenapa saya besarkan dia tanpa buaian?

Saya bukan doktor dan tak pandai nak cakap pasal gegaran otak bla bla bla. Actually itu bukan main reason kenapa saya besarkan dia tanpa buaian. Saya tekad tak nak guna buaian sebab saya seorang yang cuai. Sepanjang hidup saya, saya tak pernah ada pengalaman buaikan baby. Jadi bagi saya cara paling selamat untuk tidurkan dia ialah dengan letak dia kat sebelah saya. Puas hati...dapat cium dia banyak kali waktu tidur. Lagipun, hidup saya banyak travel antara Kota Kinabalu - Perak. Bila dalam flight atau dalam bas, Ali Amrsyar tak banyak ragam untuk tidur. 

2 bulan - tidur atas tilam

3 bulan - tidur dalam playpen

1 tahun - tidur kat mana-mana dia nak


Cara untuk tidurkan anak tanpa buaian

Cara saya tidurkan Ali Amrsyar berubah ikut umur dan perkembangan dia.Waktu awal-awal lahir, memang payah sikit. Ada hari berjam-jam jugak la Opah dia menyanyi untuk tidurkan dia. Tapi bila masuk umur 2 bulan, saya cuma perlu dukung dia dibahu sambil goyangkan badan dan nyanyi sikit. Dalam 15 ke 20 minit dia akan tidur. Masuk 4 bulan, lagi senang nak tidurkan dia. Letak je atas tilam...biar dia bergolek-golek (waktu ni Ali Amrsyar dah  boleh menerap dan mengesot).  Bila dah penat dia tidur sendiri.  Sekarang ni (dah setahun sebulan dan boleh jalan), saya bawa dia atas katil....main-main sekejap. Bila dia mengantuk, dia akan baring celah ketiak saya dan saya nyanyi sikit sambil usap kepala dia...then around 15 minit dia akan tertidur. Actually tak susah pun nak tidurkan anak tanpa buaian (kecuali waktu awal-awal lahir). Yang paling penting kita kena faham pola tidur anak kita.

Cabaran besarkan anak tanpa buaian

Banyak jugak la cabaran. Yang paling hebat, cabaran daripada orang sekeliling. Sakit telinga ni dengar orang memerli. Ada yang kata saya nak suruh anak jadi angkasawan la, nak bagi anak genius la, dan yanng paling teruk..ada yang cakap nanti suami saya cari isteri baru sebab saya tak ada masa nak masak dan layan suami (tolong la jangan doakan yang bukan-bukan). Haiiihhh... payah !!!! Saya diam je. Tapi dalam hati menjawab jugak "Anak aku, laki aku..suka hati aku". Pernah jugak saya bertegas dengan mak cik saya bila dia nak masukkan Ali Amrsyar dalam buaian. Bagi saya, bila dah jadi mak orang, ada masanya kita kena berani lawan cakap orang tua (sorry bukan nak jadi derhaka).

Cabaran lain...hurmmmm penat lebih sikit. Yang saya dengar, baby kalau ditidurkan dalam buaian, dia akan tidur cepat dan lebih lama. So, mummy-mummy akan ada lebih masa untuk berehat atau buat kerja lain. Tapi, saya tak macam tu. Ali Amrsyar tidur siang sekejap je. Dalam sejam atau dua jam. Yang selebihnya, dia nak bermain. Penat jugak saya melayan kerenah dia. Tapi bila masuk pukul 8 malam, dia akan tidur sampai esok pagi (antara tu dia cuma bangun 2 kali mintak susu).

Itu saja ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Samada kita pilih untuk besarkan anak tanpa buaian atau dengan buaian, itu terletak pada cara kehidupan kita. Bagi mummy-mummy yang housewife macam saya, banyak masa yang terluang dengan anak-anak. Jadi boleh la kita pilih untuk besarkan anak tanpa buaian. Tapi bagi mummy-mummy yang bekerja, keadaan mungkin berbeza dan buaian merupakan satu alternatif terbaik. Tak kesah cara apa pun kita pilih, asalkan anak kita dapat tidur dan membesar dengan sihat.

9 comments:

  1. yelah kak lea setuju.kak lea anak tiga org memang tak pakai buaian.ntah..sebab tak mau nanti kita pulak susah.

    yelah nak pergi mana2 kena bawak besi buaian tu.kadang2 kesian tengok sedara yang terpaksa gantung tali,bubuh kain pelekat untuk buat buaian.kan dah satu kerja bila anak2 tak biasa tidur kat tilam,asyik nak berenjut je alahai.nak buat kerja lain pun tak boleh,dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg saya lg senang anak x tido buaian.senag nak usung sana sini.saya pernah satu flight dgn parents yg bw baby dr kk ke kl.baby tu asyk nangis spnjg dlm flight.kemudian kami naik bus yg sama ke ipoh...baby tu still nangis sepanjang perjalanan.kesian tgk parents dia..tp x dpt nk tolong sebab baby tu nk tido guna buaian.

      Delete
  2. Betul tu.perkongsian yg menarik
    Mass saya jadi babysitter dulu pon says tak guna buai jugak.alhamdulillah wisya mudah dijaga

    ReplyDelete
  3. terima kasih dengan perkongsian ini...sangat bermanfaat buat ibu-ibu...
    http://jomsihatdanceria.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. bagus entri ni.. baby Hani saya (mau masuk 3 bulan) mmg tidak suka ditidurkan dengan buaian..sebab sy tidak biasakan. Suami pulak mau buai..hmm. Sekarang ni saya tidurkan dengan dodoi..cepat jugak tidonya..dan kalau tahan pegang 3 jam..3 jam ni lah dia tido.. Senang sikit bila ke taska nanti..tidak bergantung sgt pada buaian..
    great sharing..keep it up..

    ReplyDelete
  5. pengalaman saya pulak...mmg tak nak buaikan anak.Tapi biasalah nanti balik kg mak akan offer bagi tidur buai.kalau tinggalkan anak kt kg cnfirm tidur buai...Saya biarkan saja.Dan sekarang anak dah umur 1 tahun 4 bulan.Alhamdulillah die cuma tidur buai masa di kampung jer.lain dari tu tidur mana2 pun boleh.

    ReplyDelete
  6. tq for sharing, suka entri ni

    ReplyDelete
  7. My mum ada jaga budak n budak tu dah umur 3 tahun. sepanjang 3 tahun tu dia asyik nak tidur buai je. sedangkan my little sis pun umur 2 tahun dah start stop pakai buai. mungkin sebab dah terbiasa sangat tidur dalam buai. untuk ibu2 dekat luat tu bolehlah aware benda ni. jangan biasakan anak tidur dalam buai. nanti sampai kebesar pulak dia nak tido dalam buai. hiks. kita share pengalaman my mum je :D

    ReplyDelete
  8. My mum ada jaga budak n budak tu dah umur 3 tahun. sepanjang 3 tahun tu dia asyik nak tidur buai je. sedangkan my little sis pun umur 2 tahun dah start stop pakai buai. mungkin sebab dah terbiasa sangat tidur dalam buai. untuk ibu2 dekat luat tu bolehlah aware benda ni. jangan biasakan anak tidur dalam buai. nanti sampai kebesar pulak dia nak tido dalam buai. hiks. kita share pengalaman my mum je :D

    ReplyDelete