30 January 2014

Usaha Mama Untuk Susukan Adik ( Breast Pump )

Entry kali ni kita sambung cerita pasal usaha saya untuk fully BF kan Adik. Alhamdulillah dari Adik lahir hingga ke hari ini, saya masih dapat fully BF kan Adik. Syukur sangat-sangat. Tak payah nak risau pasal kes anak tak berak or susu formula tak sesuai dengan baby sebab secara semulajadinya susu ibu paling sesuai dengan baby.

Sama macam working mummy yang lain, time keje saya akan pump susu untuk Adik. Di tempat kerja saya memang disediakan peti sejuk untuk kegunaan pekerja. Jadi, setiap kali lepas pump, saya akan simpan EBM dalam peti sejuk. Time nak balik baru saya akan guna cooler beg dan ice pack. Biasanya saya akan buat 3 atau 2 seisi menge'pump'. Setiap kali pump, saya akan dapat around 150 ml. Setakat ini stok EBM Adik mencukupi walaupun kadang-kadang si Abang Ali menumpang minum. Pantang Opah letak baki susu Adik kat tempat yang Ali boleh capai, mesti Ali akan minum senyap-senyap. Kesian anak mama ni...rupanya Ali masih tak puas minum susu mama. Sorry ya sayang sebab Mama terpaksaberhenti menyusukan Ali seawal 9 bulan.

Melalut sudah. Sambung balik pasal pump susu. Masa awal bekerja dulu saya guna pump jenis manual - brand TOMMIE TIPPEE. Penat jugak tangan ni menge'pam'. Akhir tahun lepas, saya paw bonus En Amri untuk beli breast pump elektrik. Sebelum beli, lama saya buat servay. Kalau ikut hati, tentu la saya nak beli breast pump brand Madela. Tapi kalau ikut poket En Amri, dia cuma mampu tanggung breast pump brand.Spectra. So...lepas puas buat kajian, akhirnya saya beli breast pump SPECTRA M 1. Alhamdulillah dah  dekat sebulan saya guna Spectra M 1 dan saya sangaaaaaaaat puas hati.


Spectra M 1 ada funtion pump dan massage. Ada 5 level sedutan. Setakat ni saya cuma pernah guna sampai level 3 saja untuk pump. SAKIT KE???!!!! Tak ada la sakit sangat. Macam saya dah biasa direct feeding anak, jadi rasa biasa-biasa saja. Tapi bagi first time mother yang baru nak feeding baby, mungkin rasa sakit sikit. Berbanding dengan pump jenis manual, bahagian pump Spectra M 1 yang perlu dibasuh tak banyak. Yang paling best Spectra M 1 ada internal bateri yang boleh dicharge. Jadi tak perlu susah nak cari power point atau risau wayar tak sampai.

Apa yang tak best pasai Spectra M 1?!!!! Hurmmmm....satu je..pump ni tak boleh dipasang ke storage bottle yang jenis biasa. Kena guna bottle Spectra jugak. Saya biasa simpan EBM guna storage bottle Bumble Bee. Jadi bila pump, tak boleh terus ke storage bottle. Masa beli dulu, saya ambik package untuk double pumping. Tapi disebabkan pump ni tak boleh dipasang ke storage bottle yang biasa, dan dalam package tu cuma dibekalkan dengan satu je botol Spectra, jadi terpaksa saya simpan dulu hajat untuk double pumping.

Saya beli Spectra M 1 secara online di Little Whiz dengan Harga RM 480 +++ ( tak ingat berapa ringgit ). Kalau nak beli barang harga ratus-ratus secara online biasanya saya akan beli kat tempat yang biasa saya beli. Saya dah berkali-kali beli di Little Whiz. Servis memang tip top dan cepat. Kalau ada masalah, pihak Little Whiz akan call ASAP. Bagi sesiapa yang bercadang nak membeli breast pump, sila lah menjengok ke Little Whiz. Banyak pilihan disitu.

Semoga dengan usaha saya ini, Adik akan dapat terus minum susu yang terbaik ( susu Mama ) sehingga dia 2 tahun. Doakan agar niat saya tercapai.

6 comments:

  1. Anonymous30/1/14 09:28

    Aminnn, semoga niat termakbul.. Thnks sbb review m1 kt sini.. saya ada dew 300 beli masa anak first tp besar and berat sgt.. xtau lah camne tu.. tgh nervous fikir pasal nak fully bf anak second ni until 2 yo.. Anak first sampai 1 yo je. Masa tu tak berapa nak pandai manage sbb baru masuk keje..

    ReplyDelete
  2. Semoga niat awak pun tercapai.M1 ni ok la..x de berat sangat. letak dlm hndbag pun x trasa berat

    ReplyDelete
  3. Insyaallah niat tu akan terlaksana

    ReplyDelete
  4. assalam sis, sebenarnya spectra ada breast shield yg saiz regular bottle neck selain wide neck yg spectra provide tu. masa saya beli m1 pihak spectra bg option nak yg wide neck atau yg regular tp saya pilih yg regular sbb malas nak salin2 botol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu saya beli M1 ni..M1 baru sangat dikeluarkan.x famous pun.so maybe time tu pihak distributor tak bagi pilihan selain wide neck.tapi sekarang ramai dah guna M1..
      actually ada kedai yg jual converter utk wide neck ni..tapi malas nak beli..guna saja la selagi tak ada masalah

      Delete