07 January 2014

Kisah Mama : Bilik Menyusu Baby



Pernah nampak tak notis ni? Bagi mummy-mummy yang menyusukan anak mesti fimiliar dengan notis ni kan. Biasanya notis ni ditempek di bilik menyusu anak di shopping complex. Tapi rasanya tak ramai yang pay attention.

Entry kali ni bukan nak mengutuk atau nak cari musuh, tapi cuma sekadar nak mengingatkan. Bagi yang tak pernah perasan dengan notis ni..mai saya nak highlight kan ayat tersebut : PELANGGAN LELAKI TIDAK DIBENARKAN BERADA DALAM BILIK PENYUSUAN BAYI UNTUK KESELESAAN IBU-IBU YANG MENYUSUKAN BAYI. Fahamkan?!!! Saya antara ibu-ibu yang selalu guna bilik penyusuan samada untuk pump susu atau direct feeding baby. Tapi sejak akhir-akhir ni saya agak kurang selesa nak gunakan bilik ni sebab saya dapat rasa kehadiran orang lelaki dibilik sebelah. Saya faham mungkin suami isteri tersebut saling sayang menyayangi sangat sampai tak boleh nak berpisah. Saya pun ada suami, saya pun sayangkan suami saya. Tapi ada tempat yang saya tak benarkan dia ikut saya. Salah satunya ialah  BILIK PENYUSUAN. Di Aeon biasanya dalam baby room, bilik penyusuan sebijik-sebijik dan tiada pintu..cuma ada langsir. Kalau ikutkan memang sangat privacy. Tapi dari pengalaman saya, sewaktu menyusukan anak, ada pulak budak kecik umur dalam lingkungan 3 tahun datang selak langsir. Cuba bayangkan kalau waktu tu ada lelaki (yang masuk ruang menyusu untuk temankan wife) lalu depan bilik penyusuan yang saya guna. Hurmmmm...... Sebab tu setiap kali saya guna bilik penyusuan dan dengar suara lelaki dibilik sebelah, saya jadi tak selesa. Nak pump pun jadi takut-takut. Hasilnya....susu tak banyak. So, sebagai ingatan kepada kaum ibu yang menggunakan bilik penyusuan TOLONG JANGAN BAWA SUAMI ANDA BERSAMA. Bilik penyusuan kegunaan bersama. Jadi belajarla tinggalkan suami anda sekali sekala demi keselesaan ibu-ibu yang lain.

10 comments:

  1. kena la bg kerjasama kan. kalau bukan utk diri sendiri utk org lain.

    tak pasti pulak sbb x pernah masuk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la masuk sekali cik sue.banyak shoping complex yg sediakan bb room.

      Delete
  2. sy setuju & hormati pandangan ini. sy juga pernah rasa macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for understanding me fazian

      Delete
  3. kt tmpt niesa xpernah plak jumpa bilik ni..huhu..tp setuju jugak pendapat akak sebab kalau ada org laki keselesaan tu x ada tp apa yg paling penting kita kan nak jaga aurat jugak..harap2 suami2 dan isteri2 tu faham la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya.shpng complex.ad.cuba niesa try pergi kt department baby.kat.situ slalu ad bb room

      Delete
  4. pernah kena jugakk camni.. haih.. common sense la bilik menyusu ni tempat ibu2 menyusukan baby.. kalau laki leh masuk, baik ktorg bf kat luar je, x perlu pun buat bilik niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt dgn pandangan asha.bt penat je kerajaan galakkan penyediaan bilik penyusuan kalo kita still x.ad privacy nk menyusukan anak

      Delete
  5. salam kenal..singgah bw kt sini..
    sudi2 lah jenguk blog saya pulak ye..thanx:)
    http://cikanem.blogspot.com/

    ReplyDelete