01 February 2014

Kisah Amrsyar : Gigi Cantikkkkk


CANTIK TAK GIGI ALI AMRSYAR?!!!!
Selalunya kalau dia sengeh macam ni ramai aunty-aunty yang puji gigi dia. Ali ni kulit tak brapa nak cerah. Jadi bila dia tesengeh memang gigi tu menonjol sangat. Setakat ni Ali dah ada 12 batang gigi termasuk 4 batang gigi garham. Gigi kat depan yang sebelah atas dah almost penuh. Cuma yang dekat bawah tu...baru ada 5 batang gigi. Gigi 2 batang kat atas yang besar-besar tu adalah gigi pertama yang tumbuh. Pertumbuhan gigi Ali agak lambat sikit. Tak silap saya waktu Ali 8 or 9 bulan baru gigi pertama kuar.

Alhamdulillah setakat ni tak susah nak jaga gigi Ali. Ali jenis senang nak gosok gigi. Wakt gigi Ali baru ada 4 batang, saya cuma guna napkin untuk gosok gigi Ali. Tapi bila gigi dia makin banyak, saya guna berus gigi plastik yang boleh sarung ke jari telunjuk saya. Tak mahal pun..cuma RM 6.90. Kalau guna berus gigi plastik ni, dia gigit pun tak sakit. A few days ago, saya baru introduce Ali pada berus gigi biasa. Bab ubat gigi, saya start guna masa umur dia setahun. Sebelum tu saya cuma berus gigi dia dengan air biasa. Risau perut dia tak boleh terima kesan ubat gigi sebab ubat gigi kan alkali. So far saya cuma guna ubat gigi jenama colgate untuk kanak-kanak. Info yang saya dapat dari opah, Ali tak mau guna ubat gigi dewasa. Rasa tak sedap kottttt. Demand jugak anak mama ni.

Selain gosok gigi Ali  2 kali sehari, saya tak bagi Ali isap puting kosong. Sejak dari kecik, Alimemang tak isap puting. Pernah saya cuba bagi, tapi dia tak reti nak isap. Bila suap ke dalam mulut dia, dia tak isap..jadi puting tu pun jatuh. Kalau nak bagi dia isap, saya kena peganggkan untuk dia. Tak larat nak pegang selalu...akhirnya saya give up. Sejak dari tu Ali tak isap puting. Kalau dia rasa nak isap something, especially waktu nak tidur, dia akan isap kolar baju atau lengan dia. Saya biar kan saja... 

Bab botol susu pun saya ajar dia supaya jangan gonggong botol. Ali bukan jenis budak yang akan terlena bila minum susu. Biasanya dia akan habiskan susu, baru dia akan tidur. Dari kecik lagi, saya akan tarik botol susu dari mulut dia bila susu dah habis. Jadi bila dah besar ni, dia sendiri akan bagi botol susu pada saya bila dah habis minum. Alhamdulillah...Ali tak ada habit gonggong botol. Waktu umur Ali setahun, saya bawa Ali jumpa dentist. So far gigi dia ok cuma dentist gelakkan2 batang gigi depan dia yang kat atas tu. Besar sangat!!!!!

Bab makan saya tak sekat dia. Kalau dia nak makan coklat, saya bagi. Nak maruku, pun saya bagi. Nak kek coklat atau ais krim pun saya bagi jugak. Tapi gula-gula, saya tak.pernah bagi lagi. Rasanya belum sampai masa saya ajar dia makan gula-gula. Saya tak halang dia nak makan apa saja dia nak selagi dia nak berus gigi dan minum susu.

Walaupun gigi Ali yang ada sekarang ni cuma gigi susu, tapi lebih baik saya mula ajar dia jaga gigi dari kecil. Harap-harap bila besar nanti, gigi Ali akan tetap tersusun cantik. Baru la ohhh manisnya senyuman mu...

4 comments:

  1. anak saya susahnye nak gosok gigi..adehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ali mula2 pun kena paksa.lama2 baru nk gsk gg

      Delete
  2. Putih bersih suci lagi murni...bak hati kanak-kanak yang masih belum berdosa...

    ReplyDelete
  3. Kanak2 sangat bersihhhh hatinya...kalo deorang kata cantik..maksudnya memang cantik

    ReplyDelete