Dah besor hero mama ni. Makin besor makin panjang akai Ali. Ada saja idea nakal dia nak kenakan orang. Sometime rasa nak marah jugak sebab Ali melawak agak kasar. Sakit bila dia pukul. Yang selalu jadi mangsa ialah Atok. Kesian kat Atok..sampai berdarah bibir Ali buat. TapiAtok suka senyapkan je sebab risau saya marah Ali. Sayang sangat Atok pada Ali.
1 tahun 5 bulan - Ali dah mampu buat banyak benda. Dah boleh suruh tolongambilkan barang Adik. Bertuah mama ada helper secomey Ali. Ali dah mula kenal anggota badan. Paling dia hafal ... KETIAK. Still undergo toilet training. Waktu malam lagi mudah nak ajar dia
kencing toilet. Kalau time siang...dia ralit main. Setiap petang, Atok akan bawa Ali ke kompleks sukan untuk Ali main bola. Bola dalam kereta Atok dah ada 4 biji. Semua Ali punya. Budak ni sangat fanatik dengan bola. Beli la toys secanggih mana pun...bola jugak yang dia nak. Currently Ali suka sangat denganUpin Ipin. Kalo nak suruh dia duduk diam-diam, buka je Upin Ipin. Asyik dia tengok. Bab bercakap Ali agak lambat sikit. Ali masih bercakap dalam bahasa Jerman. Tapi tak susah nak faham kehendak dia sebab dia sangat pandai guna bahasa isyarat. Yang paling faham bahasa Ali....Mak Su Nana.
Kalo dulu Ali agak susah nak makan, tapi sekarang ni..selera dia makin bertambah. Maybe kesan dari Pharmaton Syrup yang saya bagi dia makan. Syukur sangat.
Membesar dengan sehat ya Ali Amrsyar. Semoga Allah sentiasa lindungi Ali sepertimana Allah lindungi Nabi Yusuf.
Aminnn..
suka sangat nama Ali ni :)
ReplyDeleteAli maksudnya yg tingi.saya namakan dia sempena saidina Ali
Deleteali amsyar!semakin besar semakin comel!semoga ali diberi kesihatan yg berpanjangan dan jadi anak yg soleh bila besar nanti.. :)
ReplyDeleteAminnn.tq niesa
Deletewah kemain ali atok bawak pi bersukan ye petang2:-)
ReplyDeletesemoga ali sihat sentiasa dan jadi contoh pada adik nanti.aamiin