13 January 2014

Kisah Adik : Adik dah 3 Bulan !!!!

11.1.2014 - Adik dah 3 bulan. Perkembangan adik sangat aktif. Adik sekarang ni tengah blajar angkat punggung. Adik suka naikkan punggung dia dengan menolak kaki. Kalau.dari pengalaman besarkan Abang Ali dulu, itu tanda-tanda awal baby nak merangkak. Tapi..kita just wait n see saja la. Kalau adik nak merangkak awal pun tak apa, lambat pun tak apa sayang. Tiada tekanan dari mama.



Waktu jalan-jalan di Aeon jusco semalam, saya sempat timbang adik. Berat adik dah 5.4 kg. Dah separuh dari berat si abang. Adik dah mula pandai gunakan jari-jari dia. Saya memang dah tak pakaikan dia mittens sejak dia berumur 2 bulan supaya dia boleh belajar gunakan jari jemari dia. Tapi kalau terassa tangan dia sejuk, saya pakaikan jugak. Sama jugak dengan stoking, kalau waktu siang..saya tanggalkan supaya dia boleh gunakan kaki dia untuk menolak badan. Adik hanya pakai stoking masa nak tido malam sahaja.

Alhamdulillah..setakat ni Adik masih fully BF. Stok EBM Adik masih mencukupi. Walaupun saya bekerja, saya akan pastikan saya pump susu sekurang-kurangnya 300ml sehari. Saya akui sewaktu awal bekerja dulu, susu saya agak kurang. Tapi sejak consume ESP Shaklee, susu badan saya mula bertambah. Kisah pengalaman saya menyusukan Adik nanti saya story dalam entry lain ya.

Setakat ni, saya dan Opah masih dapat tidurkan Adik tanpa bantuan buaian. Walaupun ada hari kami terpaksa ambil masa yang agak panjang untuk lenakan dia, tapi kami masih belum rasa perlukan buaian. Waktu siang, Adik tidur dalam playpen dan waktu malam dia tidur dengan saya atas katil. Sejak Adik dah mula menerap, dia akan berguling atau mengesot supaya dapat tidur dekat celah ketiak saya. Ada masa saya rasa macam nak jatuh katil sebab Adik suka sondol badan saya. Actually, waktu Abang Ali mula menerap pun, saya dah alami pengalaman ni. Baby memang suka tidur dekat orang dewasa. 

Ok la setakat ni saja perkembangan Adik yang boleh di"share"kan. Doakan semoga Adik dan Abang Ali sentiasa sehat-sehat dan ceria selalu. Aminnnn....

6 comments:

  1. Dh nk mula merangkak ya adik...semoga adik dan abg ali membesar dgn sihat... :D

    ReplyDelete
  2. Itu memang mata ori dia
    waktu preggy akak suka main dgn kucing yg mata hitamnya besar

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Comelnya.

    ReplyDelete