30 December 2013

Kisah Adik : Adik Dah Menerap

Surprise !!!!! Adik dah boleh menerap !!!!! 

Rabu lepas, Opah bagitau Adik dah berjaya menerap dengan sendiri. Terkejut saya. Owhhhh....cepatnya Adik menerap. Saya memang sedar sejak dia nak masuk 2 bulan, dia dah mula mengiring. Tido pun asyik nak mengiring. Tapi saya tak sangka dia akan menerap secepat ini. Weekend lepas, baru saya dapat tengok sendiri Adik menerap untuk pertama kali. Punya la riuh mulut anak dara ni marahkan punggung dia yang tak lepas-lepas. Akhirnya selepas 10 minit baru Adik berjaya menerap. Berbaloi saya jadi cheerleader untuk naikkan semangat Adik supaya terus berusaha menerap.

Sejak jadi working mummy, saya rasa sedih sikit sebab tak dapat jadi orang pertama yang dapat lihat setiap perkembangan anak. Masa Ali dulu, saya sentiasa jadi orang pertama yang dapat lihat dia menerap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan. Tapi tak apa lah..demi masa depan kami sekeluarga...saya redha kan saja. Semoga Adik sentiasa sehat-sehat dan aktif macam Abang Ali.

10 comments:

  1. Wahhh adik dah nerap!!! ihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...mamanya yg terover excited anak dh nrrap

      Delete
  2. wah adik meh saya cheer kn haha

    ReplyDelete
  3. congrates adikkkkkk.. alhamdulillah perkembangan cepat.. huu, masa first baby saya tak kerja sampai dia almost 10 months.. yg nak keluar ni, 2 months dah kena masuk kerja.. hmm.. redha je lah. yang penting kita cuba buat yg terbaik utk anak2 kite k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asha pun sama mcm saya.ank pertama saya x kerja sampai ank nk masuk 1 thn 4 bln.anak ke.2 ni..lepas hbs pantang 44 hari saya dh masuk keja.huhuhuhu.

      Delete
  4. yeay!yeay!lepas menerap nak tunggu adik pandai merangkak lak..hehe..

    ReplyDelete
  5. wahh..pandai da adik menerap :)

    ReplyDelete
  6. singgah sini.... and follow die jugak...

    ReplyDelete
  7. yeay akhirnya :-)
    maknanya masih pjj dgn en amri la ye

    ReplyDelete