10 December 2013

Kisah Mama : 3 Hari 2 Malam

Tajuk entry macam saya travel je kan?!!! Hihihihi.... Actually saya tak travel ke mana-mana pun. Cuma  last week saya ditinggalkan selama 3 hari 2 malam tanpa anak-anak. Opah bawa si Ali dan Adik ke konvo Mak Su di UUM Sintok. Since saya mula bekerja pada 2hb Nov (Isnin), jadi tak dapat lah saya turut serta ke sana. Untuk Adik saya bekalkan stok EBM banyak-banyak. Alhamdulillah...dia kenyang dengan susu saya walaupun berjauhan selama 3 hari.

Hari pertama (Ahad) tanpa anak-anak, saya excited. Sekali-sekala dapat berehat...fuhhhh. Saya terus ke Tesco beli junk food banyak-banyak (kalau ada Ali tak boleh makan junk food). Konon-konon nak buat junk food party sambil layan movie sorang diri. Tapi balik saja dari Tesco, saya dah blank. Rasa rumah ni sunyi sangat. Tak ada Ali yang selalu bergayut kat kaki saya ajak main bola or suara Adik yang teriak mintak didukung. Saya duduk di sofa sambil tengok TV. Tapi otak melayang-layang teringatkan anak-anak. Pukul 10 malam, saya daah masuk bilik untuk tido. Tapi pukul 12 malam baru dapat tido...itupun berbantalkan tilam Adik.

Hari ke-2 (Isnin), saya dah mula bekerja. Waktu kerja, hilang sikit rasa rindu pada anak-anak. Tapi bila balik rumah....huaaaaaaaaaaaaaa. Menitis air mata teringatkan Ali dan Adik. Makan Super Ring pun sambil menangis. Walaupun dah dengar suara Ali di tepon, tapi still rindu pada dia tak terubat. Tak sabar nak tunggu Ali dan Adik balik. Malam ke-2 pun saya tido berbantalkan tilam Adik.

Hari ke-3 (Selasa), tak sabar nak tunggu petang sebab bebudak 2 orang tu balik hari ni. Dekat tempat kerja, mata asyik tengok jam. Pukul 2 lebih Ali dan Adik dah sampai rumah. Tak sabar nak balik. Kalau boleh nak tekan butang kat mesin punch card bagi cepat sikit. Pukul 5.01, saya terus balik rumah. Sampai rumah...haaaaaaaaaaaa !!!! Dengar suara Ali...dengar Adik menangis. Everything back to normal. Rumah 96, dah kembali kepada suasana asal...kecoh dan tungang langgang.

Kesimpulanya...3 hari 2 malam tanpa Ali dan Adik really drive me crazy. Rasa serba tak kena. Baru saya faham perasaan En Amri setiap kali dia terpaksa tinggalkan kami. Bukan mudah sebernarnya. Seriously after this, saya tak akan merajuk lama-lama bila dia terpaksa tinggalkan kami lagi.

Dua Buah Hati Saya

5 comments:

  1. mesti terasa bila rumah yg sll riuh tiba2 jd sunyi kan kak?hehe

    ReplyDelete
  2. terasa kan kak.. masa ni mmg ahh rindu ke anak2 walaupon dorang lasak macamner pon kan

    ReplyDelete
  3. putri dh start krja ye. selamat bekerja
    sunyi kan. sy lg la sunyi. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya start keje 2 hb 12.memang sunyi bila ank2 x ad.sabar ye cik sue.insyaAllah ad rezki cik sue jd ummi

      Delete