Lama tak tulis entry pasal kisah Abang Ali. Alhamdulillah Ali dah nak masuk 1 tahun 5 bulan. Makin aktif dan makin banyak pe'el dia. Sometime tak terlayan saya. Tapi sejak akhir-akhir ni Ali dah hilang selera makan. Macam-macam saya dan Opah cuba suapkan dia. Nasi, western food, mamak, nasi arab...semuanya dia tak mau. Kalau makan pun..sesuap dua je. Yang selebihnya kami terpaksa paksa dia makan. Kesian dia...(kesian jugak kat saya dan Opah nye sebab terpaksa bekejar nak suapkan Ali).
Disebabkan masalah tak mau makan Ali makin kronik, saya terpaksa cari alternatif lain. Saya terpaksa bagi dia supplement. Mula-mula saya nak belikan dia Appeton Lysine. Tapi...macam mahal plak. Then terpandang Pharmaton Kiddi CL Syrup. Harga quite murah dari Appeton. Ada Lysine, Calcium, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin D3 dan Vitamin E. Actually yang segala jenis vitamin tu saya tak peduli sangat. Saya cuma nak Lysine saja...sebab Lysine membantu membangkitkan selera kanak-kanak. So, saya pun rembat la sebotol. Alhamdulillah..Ali nak telan Pharmaton Kiddi Syrup ni. Dos yang disyorkan bagi kanak-kanak 1 hingga 5 tahun ialah 7.5 ml sehari. Tapi Atok suruh kurangkan. Risau terlebih dos. Kami cuma bagi satu sudu kecil. Pharmaton Kiddi Syrup ni rasa oren..mungkin sebab tu Ali suka. Sejak ambil Pharmoton Kiddi Syrup, selera makan Ali bertambah sikit. Kalau kena dengan tekak dia, banyak jugak dia makan. Kalau bawa makan luar, lagi dia berselera. Lega saya dah Opah.
Atas nasihat Atok yang tak berapa yakin dengan dos supplement jenis syrup (risau cucu ter"over" dos), saya cuba tukarkan supplement Ali kepada jenis tablet. Saya pilih Champs Vitamin C with Lysine. Tapi, Ali tak nak makan supplement jenis tablet. Bila saya suap dalam mulut, dia luah balik. Nak kata tak sedap..saya rasa rasa Vitamin C Champs ni sama je dengan Pharmaton Kiddi Syrup. Maybe Ali belum pandai makan supplement jenis tablet. Lagi pun kalau dibandingkan kedua jenis supplement ni, kandungan Lysine dalam Pharmaton Kiddi Syrup lagi tinggi...150 mg (dalam setiap 7.5ml). Vitamin C Champs cuma ada 50mg Lysine dalam setiap tablet. So buat masa ni terpaksa la saya spend sikit duit untuk beli Pharmaton Kiddi Syrup. Yang Vitamin C Champs tu boleh la masuk ke perut mama. Apa saja la...asalkan Ali ada selera nak makan. Sayang Ali banyak-banyak. Jangan kurus ye sayang..nanti tak comey macam tembikai.
Tembikai mama |
ali rindu kat babah kot. makan la sayang sian ibu dgn opah
ReplyDeletealahai ali..kena hilang selera mkn ni..mak niesa sll bg adik niesa appeton yg perisa oren tu..selera mkn dia mmg xyah ckp la..membuak2..hihi
ReplyDelete