11 June 2018

Kisah Mama : 💝Persiapan Raya 2018💝

Salam 26 Ramadhan. 
Sekejap jer Ramadhan dah nak sampai ke penghujung. Ramadhan tahun ni..saya tak berapa bertuah sebab tak dapat puasa penuh sebulan. Masa awal-awal Ramadhan ari tu, excited sangat. Saya berharap dapat puasa penuh sebulan memandangkan puasa kali ni saya preggy. Tapi apa kan daya....keadaan baby tak mengizinkan. Saya jumpa 3 orang doktor..dan tiga-tiga pun tak benarkan saya terus puasa. Tak apa lah...Mama is redha. Puasa boleh diganti dan bayar fidiah..tapi nyawa yang dalam rahim Mama ni tiada gantinya. Yang ini pun amanah dari Allah yang perlu saya jaga dan pelihara. Saya percaya Allah faham keadaan saya. 
Dah penghujung Ramadhan ni...kita cerita pasal persiapan raya lah ye. Alhamdulillah...persiapan raya kami sekeluarga tahun ni dah 90% siap. Saya ni jenis yang suka buat persiapan raya awal sebab gaji tak besar. So beli sikit-sikit...tak de la rasa terbeban sangat.

Baju Raya
Baju raya En Amr dan Ali pakai balik baju Melayu yang saya tempah untuk kenduri adik ipar bulan 2 yang lepas. Pakai pun cuma sekali jer...sayang nak buat yang baru. Baju Adik pulak..saya dah beli di Tesco masa lepas raya tahun lepas. Tesco buat offer time tu...so dapat la saya beli sepasang berbelas ringgit je. Kain pun cantik..tu yang beli. Baju untuk diri sendiri..saya beli online jer kat web Lisa Adam time ada sale before puasa ari tu. Saya beli design kurung babydoll..so tak de la sedat di perut. Huhuhu.... Baju biasa untuk Ali dan Adik pun dah settle before puasa hari tu. So sekarang ni...Mama sangat lega sebab dah tak perlu pening nak fikir pasal baju raya lagi dah.

Kuih raya
Bab ni tak boleh buat persiapan awal. Kuih tunjuk-tunjuk dah settle cuma tak sampai lagi. Sekarang ni saya tengah mencari mood nak buat kuih raya. Cadangnya nak buat dalam 2 jenis jer. Tapi tak tahu lah....dah diseru moodnya..tapi tak muncul-muncul jugak. Moga-moga mood akan sampai sebelum raya.

Duit raya
Ni dari raya tahun lepas dah settle. Hahaha....sebab saya ni malas sangat nak pegi tukar duit kat bank so lepas habis raya tahun lepas saya tukar awal-awal dengan duit raya baru yang Ali dan Adik dapat. Jimat masa menunggu kat bank dan duit raya pun comfirm baru dan cantik. Kalau tukar kat bank selalu dapat duit recycle. 
Sampul duit raya pun saya just recycle balik sampul yang Ali dan Adik dapat. Banyak sampul yang masih cantik dan nampak baru. Sayang nak buang..so saya just recycle balik jer sampul tu. 

Bajet perjalanan balik kampung
Tahun ni insyaAllah kami akan beraya di Manjung. So tak perlu peruntukkan yang banyak. Setakat perlu sediakan bajet untuk minyak kereta jer. Condition kereta memang selalu tip top. So tak perlu nak hantar servis. Cuma saya perlu sediakan bajet extra kalau-kalau si kuda hitam tiba-tiba perlukan rawatan emergency.

Itu saja rasanya persiapan raya saya tahun ni. Alhamdulillah.....walaupun sekadar ala kadar...rasanya dah cukup lengkap raya kami sefamily. Bagi saya yang paling penting masa raya ada En Amr dan anak-anak. Dah puas rasanya beraya sorang diri time study dulu dan beraya dengan anak-anak jer time En Amr masih dalam servis tentera. Doakan semoga raya tahun ni lebih bererti untuk kami sefamily.


2 comments:

  1. Alhamdulillah bila persiapan raya dah selesai...dah lega.

    ReplyDelete
  2. Moga perjalanan pergi dan balik beraya nanti dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete