05 September 2013

Kisah Amrsyar : Saving Untuk Masa Depan

Bulan Syawal dah nak berlalu. Mood beraya pun dah makin hilang kan. Bagi yang ada anak, mesti tengah dok mengira duit raya anak kan?!! Hihihi...sama lah saya pun. Duit raya Ali Amrsyar tahun ni tak ada lebat sangat sebab kami tak beraya ke mana sangat pun. Lagipun amalan bagi duit raya kat bebudak dah makin pudar dalam family saya. Kami lagi suka kalau dibelanja makan. Kesian si Amrsyar kan...

Tahun lepas Ali Amrsyar lahir pada 9 Ramadhan. Masa oarang sambut raya, memang ramai sanak saudara yang datang melawat kami. So, duit raya dia agak banyak jugak. Then sebelum habis pantang, saya buat kenduri aqiqah dia. Jadi berganda-ganda la duit dia dapat. Mula-mula tu pening kepala jugak nak mencari bank yang boleh buka akaun untuk newborn baby. Kalau nak buka akaun ASB kena tunggu till dia 6 bulan. Kalau nak buka akaun bank biasa, rasa tak berbaloi lah pulak. Bab saving dalam insurans ni, saya tak berapa arif sangat. Akhirnya........



Akhirnya saya pilih untuk bukak akaun Ali Amrsyar kat TABUNG HAJI (TH). Alasan bukak kat sini :
  1. Sebab tiada umur minimum. Dah ada surat beranak terus boleh bukak. Tapi kena guna nama penjaga sama.
  2. Sebab dah pasti simpanan selamat. Ada dividen dan bonus tiap tahun. Soal zakat duit simpanan, tak payah fikir. TH uruskan.
  3. Bila simpanan dah cukup RM 1500 ke atas, boleh terus daftar haji. Hehehehe... Jangan salah faham pulak, Daftar haji sekarang bukan bermakna boleh pergi haji dalam masa terdekat. Macam anak saya ni..tunggu umur dia dah 30 lebih baru sampai turn dia bleh pergi haji dengan TH. Berderet orang yang dah daftar sebelum dia dok menunggu giliran. Harap-harap bila dia dah besar nanti, tak perlu nak buat rayuan kat TH dan potong giliran orang lain.
  4. Sebab boleh buat potongan gaji tiap bulan. Tak banyak pun saya suruh En Amri buat potongan. Perjalanan anak-anak kita ni, InsyaAllah panjang lagi. Kalau simpan dari awal secara konsisten, InsyaAllah lama-lama jadi lah bukit.
Saya bukak akaun TH untuk Ali Amrsyar sebulan selepas dia lahir. Masa tu saya masih dalam pantang lagi. Dengan berstoking, saya pegi ke TH cawangan Tapah. Kalau simpan duit dia lama-lama kat tangan, risau nanti saya terguna pulak. Untuk si adik pun, bila dah keluar nanti, saya cadang terus nak pergi bukak akaun kat TH sebab senang Babah dia nak buat potongan gaji. Nak harap pergi bank dan simpan tiap bulan...huhuhuhu..jangan harap la.

Doakan semoga Ali Amrsyar murah rezeki selalu 

15 comments:

  1. Alhamdulillah... sikit2 lama2 jadi bukit

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..semoga amalan menabung akan sebati dlm diri anak2

      Delete
  2. Bagus tu Putri....senang, sambil menyimpan boleh gi daftar haji terus heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. TH memang mudahkan penyimpan...kami adik beradik pun dari kecik ayah cuma bukakan akaun TH je

      Delete
  3. Bagus tu Putri....senang, sambil menyimpan boleh gi daftar haji terus heehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..untuk masa depan kan..mula dari sekaranglah..jalan terbaik..usaha yang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk masa depan anak2. nak bagi harta..memang kami laki bini tak mampu

      Delete
  5. Bagus tu Putri, Farah pun plan balik Malaysia nanti nak buka akaun TH untuk anak..lepas bersalin haritu tak sempat, terus sambung belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg bestnya simpan kt TH ad dividen dan bonus.farah buka la nanti

      Delete
  6. alhamdulillah.perancangan yg bagus ni :)
    thanks putri share bersama..

    in shaa Allah sama2 kita doakan ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. U welcome.ilmu yg baik kena kongsi bersama

      Delete
  7. Alhamdulillah.. Rezeki anak kan. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur..setiap anak dah ditentukan rezeki mereka

      Delete
  8. Simpanan utk masa hadapqn..tapi insuran pendidikan pun penting..kena pandai pilihlah

    ReplyDelete
  9. Simpanan utk masa hadapqn..tapi insuran pendidikan pun penting..kena pandai pilihlah

    ReplyDelete